Bab 54

Romance Series 185331

Ariel mula tersedar dari tidur tatkala terdengar satu pesanan mesej melalui akaun instagramnya . Tangannya mula meraba telefon bimbitnya di atas meja kecil bersebelahan katilnya . Apabila tangan sudah menyentuh skrin telefon , pantas dia mencapai .

Terbuka sikit matanya melihat pesanan itu . Mulanya hanya samar-samar , tapi bila terpandangkan satu ayat itu buatkan mata dia membulat besar . Pantas ariel bangkit dari baring . Jantungnya mula mengepam laju .

Tanpa disedari ariel mula mencari artikel dari page media sosial yang terkini . Terbuntang luas biji mata ariel apabila membaca statement dari page tersebut .

Bella pecah rahsia , hamilkan anak ariel .

Ariel terasa ingin mencarut . Pantas dia mengalihkan biji mata ke sebelahnya . Susuk tubuh isterinya tidak kelihatan . Telan air liur ariel jadinya . Sebaik sahaja sudah dapat meneka apa yang dirahsiakan dari raihana semalam , dengan laju ariel turun dari katil dan ingin mencari kelibat raihana .

Pantas ariel kaki ariel menurun dari tangga . Tubuh raihana mula kelihatan di ruang tamu tatkala mata terpandang ke arah situ . Lantas dengan itu , ariel mendekati raihana dengan wajah sukar sekali . Terus dia melabuhkan punggung di sisi raihana . Belum sempat dia mahu menjelaskan kepada raihana , anak matanya mula terlihat satu luggage besar di tepi lutut raihana . Ariel mula diambang risau .

"Sayang , awak nak pergi mana ?" soal ariel laju . Wajahnya mula berubah keruh . Wajah kemerahan raihana dipandang ariel . Jelas menunjukkan ada tangisan di situ .

"Abang lapar ? Nak saya masak ?" raihana abaikan pertanyaan ariel , malah dia pulak yang menyoal dengan selamba . Ariel geleng kepala dengan laju .

"Tak ! Tolong bagitahu abang , sayang nak pergi mana ? Kalau disebabkan gossip tu , benda tu adalah mengarut ! Abang tak pernah buat perkara terkutuk tu ." ariel hendak nangis . Dipegangnya tangan raihana , berharap agar isterinya memahami dengan kata-katanya .

Raihana senyum nipis . Ditahan airmata supaya tidak ada satu titisan pun yang jatuh . Wajah ariel dipandang lama . Dah dekat sepuluh minit dia menunggu ariel di ruang tamu , akhirnya suaminya bangun jugak dari tidur . Sebenarnya dia dah buat keputusan untuk mencari ketenangan . Dan hanya dia sorang sahaja yang akan pergi .

"Apa maksud abang ?" raihana buat-buat tak tahu walaupun dalam hatinya mula terasa sebak . Jadi , ariel dah tahu perkara sebenar . Baguslah , aku sendiri pun nak dia tahu sendiri . Dan aku yakin dia mampu menyelesaikan masalah ni .

"Jangan berpura-pura lagi . Abang dah tahu perkara sebenar sayang .. abang nak mintak sangat dekat awak supaya percayakan abang . Abang tak sentuh dia pun dan abang tak pernah buat benda yang terlarang tu . Percayakan abang sayang .. tolong .." suara ariel mula kedengaran sebak , airmatanya mula hampir jatuh . Raihana tarik nafas kemudian hembus .

Tangan raihana mencapai pergelangan tangan kasar ariel , lalu mata mereka mula bertembung buat kali ketiga . Kelopak mata ariel mula bergenang airmata . Raihana tersentuh dengan cara kejujuran ariel .

"Abang , saya percayakan abang 100% . Saya tahu abang tak buat semua tu kan ? Tapi saya harap sangat yang abang tak tipu saya . Jadi , saya nak mintak izin dengan abang . Tolong benarkan saya pergi buat sementara . Saya nak cari ketenangan . Tolong bang .." airmata yang mula merembes keluar itu mula jatuh di atas tangan kasar ariel .

Ariel geleng kepala .

"Kalau awak percayakan abang , awak takkan pergi tinggalkan abang . Abang tak izinkan awak pergi . Abang tak nak awak jauh dari abang . Tolong lah , percaya dengan kata-kata abang ni . Masalah takkan selesai kalau awak pergi jauh . Abang tak nak kehilangan sayang .." rintihan dari ariel membuatkan lagi raihana menangis . Dia tahu , keputusannya amat sukar untuk ariel . Tapi dia tak boleh menidakkan rasa sakit itu , dia terpaksa .

"Abang saya yakin yang abang boleh selesaikan masalah ni . Abang dah janji kan yang abang akan tolong saya bila-bila masa . Abang kan hero saya .. jadi abang kena berdepan dengan semua orang dan berkata benar yang abang tak bersalah . Saya yakin yang abang boleh lakukannya ! Tolong abang .. izinkan saya .." raihana berkata sebelum dia meletakkan dahinya pada tangan ariel bebarapa kali , seolah-olah ingin meminta kebenaran dari suami .

Ariel melihat tindak-tanduk raihana yang seakan bersungguh untuk pergi . Ariel sebak melihat raihana .

"Macam mana abang nak selesaikan masalah ni kalau awak tak ada disisi abang ?"

"Abang .." raihana bangun dari kerusi dan melutut di depan ariel . Ariel terkejut dengan perbuatan raihana .

"Saya mohon abang . Tolong lah , izinkan saya pergi buat sementara . Saya cuma nak bersendirian buat masa sekarang . Saya tak tahu kenapa saya ambil keputusan ni . Yang pastinya saya nak cari ketenangan . Tolong abang , saya merayu sangat-sangat ." ujar raihana sambil merayu-rayu kepada ariel agar faham dengan kondisinya .

"Abang ..." belum sempat ariel mahu menghabiskan ayatnya , raihana tiba-tiba bangun dari melutut dan mula berdiri di hadapan ariel . Dipandang wajah takut ariel .

"Sayang . Dengar dulu please ." ariel mohon .

"Saya mintak maaf .. saya pergi dulu , assalammualaikum ." raihana capai luggage di sebelah dan mengatur langkah . Ariel terpempan , tanpa sedar ariel bangun dari sofa dan ingin mengejar isterinya .

Lengan raihana ditarik dari belakang . Langkah raihana terhenti .

"Sayang , tolong lah jangan pergi ." ariel tayang wajah sebak .

"Tolong lah abang , saya merayu ." raihana pandang ariel dengan berharap supaya ariel membenarkan dia pergi . Ariel genggam kedua belah bahu raihana , pandangan itu dibalas .

"Macam mana kalau abang rindukan sayang ?"

Raihana menelan air liur dengan kesat . Dia tahu memang sukar bagi ariel , dan dia jugak merasakan sama seperti ariel . Tapi dia nak bagi ruang pada ariel supaya dapat selesaikan masalah ni .

"Saya hanya pergi sementara . Dan inshaallah saya akan kembali semula pada pangkuan abang ." raihana pegang pipi ariel sebelum dia menghadiahkan satu ciuman hangat pada pipi ariel . Ariel menitiskan airmata .

"Saya pergi dulu ." raihana senyum kelat sebelum dia melangkah keluar dari rumah . Ariel kemam bibir menahan tangisan . Dia tak berpuas hati dengan cara raihana , tanpa disedari ariel mula mengejar langkah raihana yang sudah menghampiri keretanya .

"Sayang ! Abang tak boleh hidup tanpa sayang ! Tolong jangan pergi !"

Raihana melihat ariel yang sedang memakai selipar . Terus cepat-cepat dia membuka pintu kereta belakang sebelum dia kembali ke pintu depan . Raihana hidupkan enjin kereta dan mula mengundurkan kereta .

"Sayang ! Jangan pergi !" ariel berlari ke arah kereta raihana . Di tepuk-tepuk cermin tingkap kereta raihana , sesungguhnya dia sangat berharap dapat mengubah keputusan isterinya .

"Sayang !"

"Sayang dengar dulu !"

"Sayang !" ariel tidak dapat lagi mengejar kereta raihana , apabila kereta itu mula keluar dari laman rumahnya . Pacuan empat roda itu mula meluncur laju meninggalkan pekarangan rumahnya .

"Sara raihana !" ariel melaung meskipun dia tahu , sudah tiada sinar lagi untuk dia menghalang raihana dari pergi .

Ariel menangis . Ya , menangis kerana separuh dari jiwanya sudah pergi . Walaupun hanya sementara . Mungkin bagi raihana hanya sementara , tapi bagi dia macam setahun !

Wajah putih bella tiba-tiba menerjah masuk ke dalam benak fikirannya . Dan sekarang , hatinya mula membara seperti membakar kayu-kayu terbuang . Buat seketika , ariel mengetap gigi . Perasaan marah semakin membuak-buak di dalam hati .

Nafasnya jugak menjadi tak tentu arah . Dalam fikirannya sekarang hanya mahu berdepan dengan bella serta keluarganya . Dia mahu menjelaskan semuanya dan ingin tamatkan riwayat bella !

"Bella !!!!!!!!!" ariel menjerit kegeraman sehingga terduduk di lantai . Dalam masa yang sama , dia menangis dengan kepergian isterinya . Sumpah , dia tak sanggup kehilangan raihana . Dia sangat mencintai gadis kecil molek itu .

Bahunya mula terhenjut-henjut dalam bermain dengan airmata .

******

Handbrake ditarik kasar sebaik sahaja pacuan empat rodanya mula memakir di hadapan pintu pagar kediaman mewah milik keluarga bella . Dengan kadar segera ariel melangkah keluar dari perut kereta . Ketika ini , wajahnya tak usah dicakap . Memang tegang dan amat serius . Macam nak bunuh orang pun ada .

Ariel masuk ke dalam laman rumah datuk sri khaleed dengan selamba apabila melihat pagar besar itu terbuka luas . Apa dia kisah ? Suka hati mak bapak dia lah nak masuk rumah orang . Dah buat salah memang kena lah jawabnya !

Ariel menghentikan langkahnya di hadapan pintu rumah yang kelihatan mewah .

"Assalammualaikum ! Bella you keluar sekarang !" tak cakap banyak , ariel terus melaungkan suaranya . Dia mula bercekak pinggang .

"Bella !"

"Bella keluar sekarang !" terpekik terlolong ariel di depan pintu rumah datuk sri khaleed . Tiba-tiba muncul pembantu rumah datuk sri khaleed dari arah belakang .

"Ye encik ? Cari siapa ?" di sebabkan dia baru sahaja bekerja di sini , jadi dia kurang kenal dengan jejaka kacak di hadapan ini . Lagipun dia baru sahaja keluar membuang sampah . Tiba-tiba sahaja dia melihat seseorang terpekik-pekik di depan rumah majikannya . Pelik ?

Ariel menoleh memandang empunya suara itu .

"Saya cari -" belum sempat ariel ingin membalas pertanyaan pembantu rumah yang seakan berusia 40-an itu , tiba-tiba sahaja muncul datuk sri khaleed bersama isterinya .

"Kau nak apa ?" mendatar datin sri zareena menyoal . Mata helang dari ariel dipandang benci . Ariel balas pandangan mata harimau dari datin sri zareena tanpa rasa gentar sikit pun .

"Saya nak jumpa bella ."

Datin sri zareena ketawa dibuat-buat . Sungguh dia rasa nak pijak-pijak muka kacak ariel . Oh , mungkin bagi orang di luar sana ariel kelihatan kacak dan penuh bergaya , tapi bagi aku muka jantan ni macam landak laut !

"Kau nak jumpa dia buat apa ?!" datin sri zareena menengking . Dengar nama anak sendiri pun dia dah naik benci . Apatah lagi berdepan dengan jantan yang dah rosakkan maruah anaknya .

Pembantu rumah datuk sri khaleed terkejut dengan pergaduhan di depan mata itu .

"Saya nak jelaskan pada semua orang yang anak tu bukan anak saya ! Dia dah tipu semua orang supaya dia dapat kahwin dengan saya . Sekarang ni saya nak dia perbetulkan keadaan ! Anak tu bukan anak saya !" terkumat-kamit bibir ariel berkata . Bersungguh-sungguh dia mahu menyakinkan keluarga bella yang dia bukan bapa kepada anak tu . Dan dia langsung tak tahu apa-apa , tiba-tiba aje kena tuduh .

"Kau dah sentuh anak aku , kau dah cabut maruah dia . Lepas tu kau datang sini , nak bela diri kau ? Kau jangan nak perbodohkan kami lah ariel . Keturunan kau tu memang perangai macam syaitan ! Dah tahu salah sendiri nak jugak bela diri !" balas datin sri zareena dengan suara yang meninggi . Sumpah , dia rasa nak cekik-cekik aje ariel sekarang ni . Bercakap macam dia yang tak salah ! Padahal dah sedap-sedap dengan anak aku .

Ariel kacip gigi . Kalau tak disebabkan mak bapak bella ni orang tua , memang dah lama aku humban dalam loji najis ! Sebab anak kau jugak lah isteri aku lari kau tahu tak !

"Tolong lah , saya nak jumpa bella . Saya nak selesaikan masalah ni hari ni jugak !" tekad ariel .

"Bella dah tak ada . Aku dah halau dia ." datuk sri khaleed menyampuk . Wajahnya dari tadi memang tampak dingin . Langsung tiada secalit senyuman . Dah tengah marah nak senyum buat apa lagi ?!

Ariel ketawa palsu .

"Boleh tak jangan main-main . Saya dah tak ada masa nak berceloteh dengan datuk dan datin . Saya cuma nak berjumpa dengan anak datuk supaya kes saya selesai hari ni jugak !"

"Kau ni tak faham bahasa ke ?! Anak aku yang kau dah sentuh tu aku dah halau ! Dia dah tak boleh pijak kaki dekat sini disebabkan kau ! Satu je aku nak cakap , jangan kau berani tunjuk muka dekat sini kalau kau tak nak kena penumbuk dengan aku !" datuk sri khaleed menunjuk buah penumbuknya ke arah ariel .

Ariel tidak gentar .

"Saya bersumpah ! Saya tak mengandungkan bella dan saya tak sentuh dia atau pegang peluk cium sekali pun !" naik tinggi seoktaf suara ariel . Kini maruahnya benar-benar dicabar oleh keluarga bella . Datuk sri khaleed mengetap gigi seraya menghampiri ariel sebelum dia melayangkan satu tumbukan padu pada pipi kanan ariel .

Pada mulanya datin sri zareena terkejut dengan serangan mengejut suaminya , tapi disebabkan ego menguasai diri . Hanya satu senyuman puas mewarnai bibirnya .

Ariel terdorong ke belakang seraya terjelepuk jatuh di atas lantai . Bawah pipinya mula terasa pedih dek penangan dari datuk sri khaleed .

"Sampai mati pun aku takkan maafkan kau ! Sekarang kau boleh berambus dari rumah aku ! Jangan berani kau tunjuk muka depan aku ! Berambus !"

Mata ariel naik memandang wajah bengis datuk sri khaleed . Perlahan-lahan dia bangun dari lantai dan berdiri dihadapan datuk sri khaleed . Wajah tua itu dipandang .

"Saya bersumpah dan lillahi ta'ala . Saya tak sentuh bella selain dari isteri saya sendiri . Terima kasih , saya pergi dulu ." ariel menjawab perlahan sebelum dia melangkah keluar dari laman rumah datuk sri khaleed .

Datuk sri khaleed dan datin sri zareena hanya menayang wajah kosong . Dan langsung tak pedulikan kata-kata ariel .

"Dah kak wan , masuk !" datin sri zareena mengarah pembantu rumahnya . Terpinga-pinga kak wan mengatur langkah menuju ke dalam perut rumah . Fuh ! Pergaduhan paling teruk pernah dia tengok .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience