Bab 8

Romance Series 185331

Raihana mencapai telefon bimbitnya tatkala melihat si pemanggil dari nurul . Button hijau ditolak ke tepi .

"Rai , rai kau kat mana rai ?" suara nurul tiba-tiba terdengar tangisan apabila telefon bimbit sudah terlekat pada gegendang telinganya . Teresak-esak nurul menangis di dalam talian .

Raihana berkerut dahi . Dah kenapa dengan nurul ni ?

"Aku kat rumah lah , kau kenapa ni ? Kau okay tak ni ?" raihana cemas .

"Rai , aku tak kuat rai ." nurul menangis lagi .

"Cerita dekat aku nurul , kenapa ni ?"

"Aku ... aku .. "

"Aku apa nurul ? Kenapa kau nangis ? Ada orang buat kau ke ? Bagitahu aku nurul !" raihana berdiri tegak dihadapan katil . Wajahnya menjadi cemas dengan tindak balas nurul .

"Izad .. izad curang ! Izad curang rai , dia nak kahwin dengan orang lain .." terus tangisan nurul menjadi kuat . Raihana tergamam .

Izad ? Lelaki yang paling nurul cinta . Sejak zaman sekolah lagi mereka berhubungan , tapi betul ke apa yang nurul sampaikan ni ?

"Rai , apa salah aku ?" nurul bertanya dengan perasaan sebak .

"Nurul kau jangan nangis , aku akan datang rumah kau kejap lagi , kau tunggu aku okay !" raihana segera mematikan talian dan segera bersiap-siap untuk pergi ke rumah sahabat baiknya .

Siap sahaja raihana , dia pantas keluar dari bilik . Di saat pintu bilik di katup dari luar , raihana dikejutkan dengan kehadiran mamanya .

"Ha rai , nak pergi mana ?" lihat sahaja lah pakaian anaknya . Macam ada hal je ?

"Rai nak keluar kejap . Ada hal sikit ." raihana senyum nipis sebelum dia menyusun langkah meninggalkan ruang atas . Puan zaimah kerut kening .

Ada hal apa malam-malam macam ni ?

******

"Rai ....." tubuh rai dipeluk erat dengan penuh tangisan . Tersedu-sedu nurul menangis di bahu sahabatnya . Datang sahaja raihana ke rumahnya , terus di ajak berbual di luar rumah .

Belakang tubuh nurul ditepuk lembut oleh raihana sambil membuat lagak memujuk kanak-kanak .

"Aku tak tahu apa salah aku rai ? Aku tak pernah curang dengan dia . Dekat dengan laki jauh sekali tau . Aku ni cintakan dia separuh mati tau . Tapi sanggup dia lukakan hati aku ." luah nurul bersama tangisan . Raihana gigit bibir yang masih tangan menepuk belakang tubuh nurul .

"Dah lah nurul , kau nangis pun tak guna . Dia tetap dengan keputusan dia , apa-apapun kau kena move on ! Mungkin tuhan nak tunjuk yang dia bukan jodoh terbaik untuk kau . Alhamdulillah lah sebab tuhan jauhkan dia dari kau yang tak pandai hargai kau . Betul kan ?" raihana tolak bahu nurul perlahan dan bertentangan mata .

Nurul mengesat airmata dengan bahu terhinjut-hinjut .

"Aku tak boleh lupakan dia . Dia cinta pertama aku . Dia lah lelaki yang aku sayang selama ni . Tapi aku .. aku bodoh dalam cinta . aku ditipu . Mananya tak sakit hati aku rai ,"

"Yes i know benda tu sakit . Tapi dah tak ada jodoh kan ? Buat apa lagi kau bazirkan airmata untuk dia ? Dia bukan lelaki yang perfect untuk kau . Dia boleh cari perempuan lain , kau pun boleh cari laki lain . So dalam dunia tak ada yang sempurna . Cuma kau perlu sempurnakan cinta kau untuk bakal imam kau nanti ." ujar raihana panjang lebar . Hidung nurul dicuit sikit . Nurul senyum nipis .

"Aku ni tak cukup cantik ke rai ?" nurul tiba-tiba menyoal . Raihana gelak lepas . Apa punya soalan lah minah ni !

"Kau dah cukup cantik depan mata aku nurul . Cuma izad je tu yang buta . Dia tak dapat nak bezakan mana permata dan yang mana kaca . Aku yakin , kau akan temui lelaki yang boleh bimbing kau ke syurga ." wajah merah nurul yang basah lencun itu dipandangnya .

Nurul terus memeluk batang tubuh raihana . Ingin menzahirkan rasa hargai dia pada raihana . Raihana balas pelukan nurul .

Sungguh payah untuk kita miliki sahabat yang baik . Kalau tak ada rai , mungkin aku masih terhegeh-hegeh mengharap pada izad ?

"Terima kasih rai sebab kau sanggup drive datang rumah aku ." ucap nurul , terharu . Raihana sengih kambing .

"Sama-sama .. rumah aku dari rumah kau bukannya jauh mana pun ." balas raihana . Seketika itu pelukan mereka dileraikan .

"Ibu dengan ayah kau mana ?" raihana menyoal yang baru perasan dengan ketiadaan dua orang manusia tu . Selalunya kalau dia datang ke rumah nurul pasti ibu nurul akan jemputnya masuk .

"Ibu dengan ayah aku baru je balik kampung tadi . Nenek aku sakit katanya ." jelas nurul .

"So apasal kau tak ikut sekali ?" raihana jongket kening .

"Aku sedihlah sebab tiba-tiba je izad mintak putus dengan aku . So aku tak ada mood nak ikut diorang ."

"Ish ! Kau ni apalah ! Sebab si jantan tu kau tak nak ikut diorang ?" raihana tayang wajah marah .

"Ala , aku waktu tu betul-betul tak ada mood lah . Rasa menyesal pulak tak ikut ." nurul menjebikkan bibir ke bawah . Raihana menjeling .

"Tula padan muka !" bidas raihana .

Nurul tarik wajah masam . Cis !

******

"Timah , hari ni kita tutup butik awal eh ." raihana mula mengemas barang , sesekali wajah timah dipandang .

"Hah ? Kenapa cik rai ?" timah kerut kening . Walaupun umur mereka hanya berganjak setahun , tapi fatimah tetap ingin memanggil dengan panggilan itu . Katanya boss perlu dihormati , cehh !!

"Saya rasa tak berapa sihat lah . Lagipun kan customer tak berapa ada hari ni . Kita tutup jelah ye ." raihana tayang wajah penat . Lagipun si nurul tak datang kerja hari ni , dia nak mintak cuti sebab nak rehat . Yelah tu rehat padahal tak boleh move on lagi dengan izad !

Kaki kencing betul !

"Baiklah cik rai ." timah akur .

Dalam lima minit mereka selesai mengemas di dalam butik , raihana mula mengunci pintu butik sebelum pintu grill jugak dikunci rapat . Timah sudah pulang menaiki teksi , mulanya raihana mahu mempelawa timah hantar ke rumah , tapi dihalang pulak . Jadi malas lah raihana nak bersuara lebih lagi , kondisi dia pun tak berapa nak sihat ni . Jadi malas nak panjangkan cerita .

Sebaik sahaja raihana pusingkan tubuh , dia dikejutkan dengan kehadiran ariel . Mati-mati dia ingat lelaki mabuk tu yang datang . Wuish memang hampir-hampir dia nak tumbuk muka ariel . Tapi pelik jugak , kemana lelaki mabuk tu pergi eh ? Haish ! Buat apa aku peduli pulak ? Bukan kena-mengena dengan aku pun kan ?

"Awak buat apa datang sini ?" raihana menyoal sambil menjelingkan biji matanya .

"Saje . Awalnya awak tutup butik ?" balas ariel sambil menyoal semula kepada raihana . Sememangnya tersangat awal raihana mengambil keputusan untuk menutup butik . Heh ! Pukul 5:00 petang awal ke ?

"Saya tak berapa sihat hari ni ." balas raihana . Memang aku betul-betul tak sihat , rasa macam nak demam pun ada ni .

"Oh ! Awak demam ke ?" terus dahi putih raihana disentuh ariel . Raihana terkejut , pantas dia menjauhkan dahinya walaupun ariel sudah sempat menyentuhnya .

"Suka hati je sentuh dahi orang ! Tahu tak saya ni tunang orang ?" raihana pandang ariel dengan tajam . Ariel beriak selamba .

"Saya sentuh bukan saya cium . Ye saya tahu awak tunang orang , saya pun tunang orang . Tak salah seorang abang sepupu nak ambil tahu pasal adik sepupu dia ." ujar ariel sambil menyelukkan tangannya ke dalam kocek seluar .

"Sejak bila saya jadi adik awak ?" raihana tarik wajah sinis .

"Eh , kawan awak yang comel tu mana ? Selalunya saya nampak awak berdua keluar sama-sama ?" ariel ubah corak perbualan . Sengaja lah tu !

"Dia tak datang hari ni . Ada masalah sikit ." balas raihana . Ariel ni memang suka sibuk pasal orang eh ?

"Oh . Dah alang-alang kita macam ni kan , jom saya belanja awak minum . Kita borak-borak ." pelawa ariel bersama senyuman sikit . Raihana kerut kening .

"Saya tak sihat lah , dan saya tak ada mood nak minum air dengan awak ." raihana menjeling . Baru sahaja dia ingin menyusun langkah ke hadapan , tiba-tiba lengannya ditarik ariel dan secara tiba-tiba dia mengikut rentak ariel .

Raihana bungkam .

"Eh ariel ! Nak pergi mana ni ?"

"Ikut jelah !"

******

"Awak tahu kan yang saya ni penat ." raihana pandang ariel tak puas hati . Tangan disilang ke dada dengan mata yang penuh dengan berapi . Macam nak telan ariel pun ada .

"Ala restoran ni bukannya jauh pun , depan butik awak tu ha . Kereta awak pun ada tu ." bibir ariel menjuih ke arah tempat letak kereta raihana di hadapan butik gadis itu .

Raihana jeling .

"Ariel ,"

"Ye ?"

"Baju awak tu nanti esok saya pulang ." raihana menukar topik . Sesekali dia menyedut air berperisa strawberi . Dia lupa pulak nak basuh baju mamat depan dia ni .

"Okay . Baju yang awak bagi tu pulak esok saya pulang ." ariel senyum .

"Eh tak apa - tak apa . Awak ambik je baju tu . Lagipun saya simpan buat apa je ." raihana senyum nipis .

"Aik ? Tunang awak tak marah ke ? Kenapa tak bagi je dekat dia ?" ariel senyum tahan . Anak mata coklat raihana dipandangnya .

"Dia tak marah kut ? Sebab bukannya orang lain pun , sepupu saya jugak . And dia tak suka baju tu sebab bukan warna kegemaran dia ." raihana cebik bibir . Apa lah naqif ni , baju punya lah lawa ada tak suka pulak !

"Oh kiranya rezeki saya lah ni ."

Raihana kerut kening .

"Rezeki apa pulak ?"

"Rezeki dapat merasa pakai baju dari duit awak ." jelas ariel bersama sengihan . Raihana terkunci mulut . Sudah lama dia tidak melihat sengihan ariel . Kalau dulu waktu ariel ingin mengusiknya pasti ariel akan tayang sengihan ejekan dulu .

Sekarang dah berbeza . Dia dah jadi tunang orang , aku pun dah jadi tunang orang .

"Ah merepek lah awak ni ." raihana julingkan biji mata ke atas .

"Eh , awak dengan naqif macam mana boleh kenal eh ?" tiba-tiba ariel berubah tanya mengenai perkara naqif . Raihana tayang wajah pelik .

"Kenapa sibuk nak tahu ?"

"Saja lah nak tahu . Sebab dulu tak silap saya , awak dengan dia mana rapat kan ? Dulu waktu sekolah pun awak bukan kenal dia mana pun ?" ariel mula mengamit nostalgia lama . Ah mula dah malaun ni !

"Entah . Saya main rembat je ." jawab raihana selamba . Bagi dia tak perlu kut dia nak ceritakan hubungan dia dengan naqif kepada orang lain , lagi-lagi orang macam ariel ni . Bukannya boleh percaya !

Ariel gelak halus .

"Seriously ? Are you joke ?" kening ariel terjongket .

"Cukup kami saling mencintai sudah . Tak perlu lah saya nak ceritakan tentang macam mana saya kenal dengan dia pada awak ."

"Yelah , semoga awak dengan dia kekal jannah !" ariel melontarkan kata-kata itu dengan suara yang belum pasti ikhlas . Wajahnya berubah 160 darjah .

Raihana pelik . Haih marah ke ?

******

"Make sure yang awak jangan gatal lagi nak ajak saya pergi minum . Nanti tak pasal-pasal keluar artikel mengatakan yang saya cuba rampas tunang orang !" raihana memberi peringatan kepada ariel sambil menjeling tajam .

Ariel ni kan tunang kepada artist . Nanti tak pasal-pasal netizen anggap aku yang bukan-bukan ! Fuh ! Jangan terjadi sudah lah !

Ariel tahan tawa .

"Ye , ye !" balas ariel .

"Ni awak nak masuk dulu ke ?" raihana mempelawa . Alahai bukan siapa-siapa pun , sepupu sendiri jugak !

Ariel berkira-kira .

"Boleh jugak !"

Pantang pelawa ! Menyesal rasa ! Erk .

"Jom lah ," raihana menyusun langkah ke hadapan . Manakala ariel membuntunti raihana dari belakang . Mereka berjalan menuju ke pintu utama .

Raihana melangkah masuk selepas memberi salam . Ariel segera menuju ke ruang tamu , yang raihana sudah ke dapur untuk mencari kelibat mamanya .

"Mama where are you ?" raihana melembutkan suaranya . Mata meliar mencari segenap tubuh mamanya . Aik ? Dah masuk bilik ke ? Awalnya .

"Mama ?"

"Ye mama dekat belakang !" puan zaimah menyahut . Terdengar sahaja suara lemah-gemalai dari pemilik suara , raihana segera menghampiri puan zaimah .

"Aik , mama buat apa dekat belakang rumah dengan papa ? Hayok ! Main chak chak eh ?" raihana sengih panjang .

Pap ! Terus dipukul bahu anaknya . Raihana mencebik .

"Mama dengan papa tanam kucing lah !" jelas puan zaimah .

Raihana melopong .

"Kucing ? Kucing siapa mama ?" soal raihana terkejut . Sensitive betul lah kalau dengar kucing mati ni , mula lah nak nangis .

"Entah lah kucing siapa ? Mama nampak kucing ni mati depan jalan rumah kita . Jadi mama suruh lah papa kamu tanam kucing ni dekat belakang rumah kita . Dapat pahala sikit ." terang puan zaimah . Namun tiba-tiba senyumannya melebar tatkala melihat figura manusia disebelah anaknya .

"Eh ariel . Bila datang ni ?" tegur puan zaimah sambil menyoal kepada anak sedaranya . Ariel senyum sebelum dia menyalam tangan puan zaimah dan encik zamarul .

Raihana jeling .

"Baru je tadi mak long , saja hantar raihana balik . Dengar suara kuat sangat dekat dapur tu yang datang tu ." ariel senyum sikit . Dipandang sekilas wajah raihana disebelah , gadis itu tampak masam ketat . Erk !

Angin perempuan ni cepat betul berubah kan ? Kejap A kejap B kejap C kejap D kejap dia tu sampailah Z . Haha .

"Hah sebab ada kucing mati . Entah siapalah yang langgar ni ." puan zaimah menggeleng kepala . Encik zamarul letak cangkul di samping dinding sebelum tangannya naik mengesat peluh yang menitik di dada .

"Papa masuk dulu , panas pulak !" encik zamarul pantas melangkah masuk . Haih papa , malam-malam pun panas ke ?

Melihatkan puan zaimah ingin masuk jugak , cepat-cepat raihana menghalang . Ariel dipandang seketika .

"Boleh pergi tak ? Saya nak borak sikit dengan mama saya ." raihana tayang wajah samseng . Ariel akur walaupun geram je dia tengok sikap raihana ni , pijak kang !

"Amboi bukan main kamu halau si ariel tu ." puan zaimah cekak pinggang .

"Rai tak halau okay . Rai cuma suruh pergi sebab rai ada hal nak cakap dengan mama ." raihana tarik tangan puan zaimah sehingga ke meja kaunter .

Mereka mula menghenyak punggung dan bertentangan mata . Ini adalah tentang si naqif bengong tu !

"Apa dia yang rai nak cakap sangat tu ?"

"Naqif ," raihana hela nafas baru .

"Kenapa dengan dia ?" puan zaimah sudah tidak keruan . Pandangan dia terhadap raihana mula serious .

"Dia dah nak balik KL , and dia nak discuss pasal wedding kami ." bagitahunya . Puan zaimah beriak biasa walhal dia jugak terkejut dengan pemberitahuan anaknya .

"So dia nak kahwin dengan rai lah ni ?" puan zaimah jongket kening .

"Yes !"

Share this novel

nilamsukor
2020-02-11 01:22:43 

kaki kencing tu apa??


NovelPlus Premium

The best ads free experience