Bab 20

Romance Series 185332

"Sorry lah Nurul aku tak dapat nak bukak butik hari ni ." raihana labuhkan punggung di sofa empuk dengan telefon masih ditelinga . Keluhan kecil terbit dibibirnya .

"Hah ?! Patut lah datin zubaidah mengamuk dekat aku tadi ." Nurul memuncung apabila mengingatkan peristiwa di mana dia di maki hamun oleh datin zubaidah , atas sebab menutup butik secara tiba-tiba . Itu yang dia terus telefon raihana . Menanya khabar butik .

"Lah yeke ? Sorry Nurul . Tak pasal-pasal kau kena maki hamun dengan datin zubaidah ." raihana menjadi serba-salah . Ini semua gara-gara ariel ! Konon nak protect aku . Cis !

"Dah terkena nak buat macam mana . Ni kau punya cita asal tutup butik lagi ? Hari tu kemain cakap seminggu je ?" tanya Nurul berbaur sindiran . Raihana menjulingkan mata ke atas .

"Ariel tak bagi . Dia risau dengan keselamatan aku ." balas raihana sambil merengus geram . Nasib baik dia dan makcik niah sahaja di rumah . Boleh lah dia bergossip dengan kawan baiknya .

"Keselamatan kau ? Kenapa ? Pasal lelaki mabuk tu lagi ke ?" tebak Nurul laju .

"Bukanlah . Ni sebab wartawan ."

"Apa kaitan kau dengan wartawan ?" makin bercelaru otak Nurul .

"Kau ni , aku kan kahwin dengan tunang selebriti . Jadi wartawan-wartawan tak guna tu datang nak tanya tentang status ariel sekarang ni . Elok pulak semalam dia buat kecoh depan rumah ariel . Wuish seram aku ." raihana mula membuka cerita . Terkumat-kamit bibirnya bergerak .

Nurul yang sedang menyedut air berperisa strawberi , hampir tersembur dek kerana terdengar cerita dari sahabatnya . Biar betul ?!

"Habis lah kau kali ni ." Nurul seolah-olah menakutkan raihana .

"Memang habis pun . Instagram aku pun terpaksa private tau . Peminat-peminat tunang ariel pun dah mula start kecam aku dekat instagram . Haih ! Kenapa lah malang nasib aku ?" raihana mengeluh berat . Dia sudah mempunyai musuh sekarang ni , jadi tak dapat lah dia nak hidup normal macam dulu lagi .

"Rai , kesiannya kau ." Nurul menjebikkan bibirnya ke bawah .

"Tak apa lah , janji ariel tak libatkan aku dalam masalah dia . Pandai-pandai lah dia tanggung sendiri . Okay lah , aku letak dulu assalammualaikum ."

"Okay walaikumsalam ."

Panggilan dimatikan . Tiba-tiba .

"Mengumpat saya ke ?"

"Oh mak kau terpelanting !" hampir-hampir sahaja telefon bimbitnya jatuh ke lantai , nasib baik sempat disambut . Raihana ketap gigi memandang suaminya yang lengkap berpakaian kerja .

"Bila masa awak balik ?" wajahnya sudah berubah masam . Tajam dia menikam anak mata ariel .

Ariel ketawa halus sebelum dia menghenyak punggung disebelah raihana . Keluhan penat terbit dibibirnya .

"Saja balik nak tengok isteri ." balasnya lembut . Sengihan kerang busuk mekar dibibirnya . Raihana jeling .

"Awak dah makan ke belum ?" walaupun hatinya terasa menyampah dengan ariel , tapi sebagai seorang isteri perlu bertanya tentang makan minum suaminya .

"Saya balik ni sebab nak makan tengahari lah ." ariel sengih lagi .

"Okay , jom pergi dapur ." raihana sudah mula angkat punggung . Namun langkahnya terhenti tatkala ariel memanggil namanya .

"Apa ?" raihana tayang wajah bosan .

"Tarik lah tangan saya ." ariel hulurkan tangannya , tanda menyuruh raihana menarik tangannya supaya bangun dari kerusi empuk .

Raihana pandang tindak-tanduk suaminya . Bibir di kemam tak puas hati . Dasar pemalas !

"Jangan nak mengada-ngada boleh tak ?"

"Ala boleh lah ?" ariel mula menayang wajah sedih sambil memuncung . Raihana yang melihatnya terasa kesian pulak .

"Okay ," terus tangan gebunya menyentuh tapak tangan ariel sebelum ditarik penuh kuat . Terbangun terus ariel walhal bukannya raihana tarik kuat sangat pun , nampak sangat beratnya tak mampu ditarik raihana . Sengaja aje dia nak bermanja dengan isterinya .

"Puas ?" raihana pandang anak mata ariel . Sengihan dibibir ariel membuatkan raihana sembunyi senyuman .

Mengada-ngada !

******

"Mama belum balik lagi ?" soal ariel sewaktu raihana sedang menuangkan air sanquick .

"Belum , mungkin dia sibuk dengan restoran ?" balas raihana . Mama ariel merupakan boss kepada restoran mahal yang mewah di ibu kota . Sekarang restoran tersebut semakin ramai menjadi rebutan para pengunjung .

Mulut ariel berbentuk 'o' .

"Makan lah . Kejap lagi awak nak masuk office kan ." tutur raihana .

"Ye ."

"Papa tak balik makan tengahari ke ?" akhirnya terpacul jugak soalan itu dibibirnya . Pelik , si anak balik rumah si ayah tak balik pulak ?

"Kata papa dia lunch dekat restoran mama ." balas ariel sebelum dia meyuakan satu suapan di mulutnya . Raihana angguk mengerti .

"Awak ," lama begitu , raihana kembali memanggil nama ariel . Sudah lama dia nak tanyakan soalan ini kepada suaminya .

"Ye ?" dengan kunyahan di dalam mulut , dia menjawab . Raihana ni memang tak reti ke hormat orang tengah makan ? Nasib sayang gila !

"Tunang awak nama bella kan ?" raihana renyukkan wajah . Berharap ariel menjawab pertanyaannya .

Suapan ariel terhenti disitu apabila raihana menyebut segaris nama tunangnya . Ariel angguk perlahan .

"Err ... awak dengan dia okay ?"

"Rai , saya tengah makan ni . Tolong diam ." mendatar suara ariel memberi arahan . Terkunci suara raihana dibuatnya .

Ish ! Tanya sikit je pun !

******

"Jaga diri . Jangan keluar pergi mana-mana selagi saya tak suruh ." ariel berpesan di depan pintu kereta . Siap-siap ingin ke pejabat semula . Kejap lagi dia ada meeting dengan lembaga pengarah . Jadi dia harus ada di office sebelum pukul 2:00 .

"Iyela encik suami . Beta menurut perintah ." seloroh raihana sambil menjulingkan biji matanya ke atas . Ariel menahan ketawa . Ada je ayat yang dia nak jawab .

"Saya pergi dulu , assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ." kepalanya sempat digosok ariel sehingga rambutnya menjadi kucar-kacir . Raihana berdecit geram . Kurang asam boi betul !

Ariel yang sudah masuk dalam perut kereta mula membunyikan ketawa kecil . Suka dia melihat wajah masam isterinya seperti itu . Comel !

Seterusnya , kereta milik ariel mula meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah banglo dua tingkat . Bibir raihana mencebik apabila bayangan suaminya sudah hilang dipandangan matanya .

"Hari ni tak ada pulak wartawan nak berkumpul depan pagar ." gumam raihana perlahan sambil anak mata teralih ke arah pintu pagar yang sudah ditutup rapi . Seterusnya raihana bawa langkah masuk ke dalam rumah .

******

Ariel memberhentikan kenderaan setelah selesai memakir kereta di kotak parkir VIP . Dia mula membuka pintu kereta miliknya . Saat dia sudah keluar dari perut kereta , bibirnya melopong tatkala melihat sekelompok warga wartawan yang sedang berkumpul dihadapan pintu utama office nya .

"Diorang buat hal kat sini pulak dah ?" bibir ariel mengeluh perlahan . Tanpa rasa takut , ariel terus berjalan menghampiri mereka , niat mahu cepat-cepat masuk ke dalam perut office yang pintu sudah ditutup rapat .

Bila hadirnya susuk tubuh ariel , sekelompok wartawan mula menggelabah dan terus menerpa ke arah ariel . Semua sudah membuka rakaman untuk merakam suara mangsa .

"Ariel , betul ke awak sudah berkahwin dengan seseorang tanpa pengetahuan bella ?" seorang wartawan perempuan berambut panjang , mula menyoal ariel dengan lekas . Ariel rimas !

Dia endahkan pertanyaan wartawan gadis itu . Langkahnya dipercepatkan apabila wartawan-wartawan sudah menghalang pergerakannya .

"Please go ! Ini bukan masanya okay ." suara ariel sedikit meninggi . Kedua belah tangannya sudah di angkat atas udara tanda dia rimas dengan semua wartawan-wartawan yang sibuk menanyakan soalan peribadinya .

"Kami cuma mahu jawapan yang sebenar . Dan siapa gadis yang ariel berkahwin tu ?" seorang wartawan lelaki berbadan kurus mengasak ariel dengan menujukan rakaman di bibir mulut ariel .

Mahu sahaja ariel menepis , namun dia batalkan niatnya . Nanti netizen anggap tak bersifat rasional pulak . Tanpa berlengah masa , ariel terus masuk ke dalam perut office apabila pintu utama sudah dibukak . Dan pantas penjaga pintu disitu menutup dengan cepat .

Ariel mengibas blazer nya yang ditarik-tarik wartawan sebentar tadi . Rimas dan serabut !

"Encik ariel tak apa-apa ke ?" seorang gadis kaunter receptionist yang bernama maya mula bertanya risau kepada ariel .

Ariel alih pandangan ke arah maya . Wajahnya sudah berkerut-kerut menahan marah .

"I'm okay . Tuan zaidi ada ?"

"Tuan zaidi keluar pergi site dengan humaira ." balas maya . Humaira adalah secretary kepada papa ariel .

"Hah ?! Dah lama ke ?" ariel sedikit terkejut . Bukan ke dia dan papanya ada meeting dengan lembaga pengarah ? Dah kenapa tiba-tiba pergi site ?

"Emm lama jugak lah ."

"Habis meeting dengan lembaga pengarah macam mana ?" ariel kerut dahi .

"Em rasanya meeting tu dah dibatalkan oleh tuan lembaga pengarah . Better encik ariel tanya secretary encik ariel sendiri ." balas maya sambil senyum nipis .

Ariel mengeluh . Ini semua salah dia ! Kalau dia tak bermanja dengan raihana di rumah tadi , pasti dia takkan terlewat ? Bukan dia tak kenal dengan sikap lembaga pengarah yang tak suka menunggu masa . Ah ! Papa mesti marah dengan aku .

"Tak apa lah ." ariel senyum nipis . Kemudian dia beralih kepada dua security yang sedang menjaga pintu utama .

"Pastikan jaga pintu ni . Jangan bagi siapa-siapa pun yang masuk ." ariel memberi arahan tegas kepada dua orang security yang berbadan gempal . Mereka berdua angguk faham .

Seterusnya ariel bawa langkah sambil membuka telefon bimbitnya . Nombor telefon bella dicari , dia perlu selesaikan masalah ini dengan segera .

Lalu dia membuat panggilan . Gagang telefon di letak di tepi gegendang telinganya .

"We need to talk ." serius ariel bercakap ketika panggilan bersambung .

******

"Apa yang you nak jumpa i sangat ni ?" bella peluk tubuh dengan wajah masam mencuka . Anak mata terpanah ke arah ariel .

"Kita kena selesaikan masalah kita . I nak kita buat sidang media , supaya boleh khabarkan pada semua orang yang kita dah tak ada jodoh . Please i tak suka wartawan-wartawan pergi office i and then buat kecoh dekat situ . I don't like it !" tekan ariel . Wajahnya sudah tegang dan marah .

Bella ketap gigi .

"No , i don't want to do a press conference . And i won't break this relationship ." bantah bella laju . Matanya sudah tajam menikam ariel . Makin lama makin melampau perangai ariel ! Dia ingat aku sampah ke ?

"Stop it bella . Hubungan kita dah tak ada hala tuju . You buat haluan sendiri , i buat haluan sendiri . Dan i sendiri akan jumpa dengan your parents ,"

Pap ! Dada ariel ditumbuk bella . Matanya sudah berkaca .

"Why you do this to me ?! Why do you want to leave me ?! Ariel i cintakan you separuh mati ! I sayang you sangat-sangat . Tapi takkan disebabkan tu yang nak berpisah dengan i ." dada tunangnya di tumbuk bertubi-tubi dengan kuat sambil menangis teresak-esak .

Ariel hanya biarkan .

"I'm so sorry ." hanya itu yang mampu ariel keluarkan dari mulutnya . Dia keliru dengan perasaannya . Sama ada patut serba-salah atau pun biarkan . Lagipun dia banyak menderita dengan bella .

"Sorry ?" bella angkat anak mata memandang ariel . Kemudian dia gelak sinis .

"Or do you love your wife ?" sambung bella . Inginkan kepastian . Dia betul-betul nak tahu siapa perempuan yang dah rampas kebahagiaannya . Sumpah , kalau dia tahu siapa perempuan tu memang dia akan pergi jumpa dan sekaligus serang .

Ariel tersentak tatkala mendengar pertanyaan bella . Dia menjadi kelu untuk membalas jawapan itu . Cintakah dia pada raihana ? Bukan ke dia hanya cuma nak tolong raihana ?

Namun entah datang dari mana , tiba-tiba ariel mengangguk kepala . Bella terkesima sebelum dia ketawa palsu .

"Good . Thanks you because it hurts my heart . But you takkan terlepas . Jangan harap i nak putuskan pertunangan ni !"

Ariel hela nafas apabila bella sudah berjalan meninggalkannya . Dia gigi bibir perlahan . Kenapa aku angguk tadi ?

Aku dah jatuh cinta ke ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience