Bab 25

Romance Series 185331

"Ye ye , puan . Esok saya bukak butik . Ye , saya dah siapkan semua tempahan datin . Okay ye datin , assalammualaikum ." raihana terus mematikan talian telefon . Tak sanggup dia mendengar semua bebelan datin zubaidah . Rasa bernanah telinga bila dengar bebelan datin zubaidah .

Haih kalau macam ni tiap-tiap hari aku kena hadap , memang lintang pukang lah aku jadinya . Dah lah sekarang aku tak boleh keluar rumah sangat , nanti tak pasal-pasal kena serang dengan peminat si tunang ariel tu !

Tiba-tiba telefon raihana kembali berbunyi , menandakan ada orang membuat panggilan . Tapi hanya sebentar sahaja panggilan itu setelah panggilan dimatikan sebegitu sahaja . Seolah-olah hanya misscall .

Raihana kerutkan kening . Terus telefon dicapai dan matanya ligat melihat pemanggil itu . Apabila mata membaca segaris nama itu , raihana melopong . Naqif ?!

"Naqif call ?" raihana cuba ukir senyuman , namun gagal apabila ingatanya mula membayangkan betapa sakitnya hati dia apabila naqif meninggalkan dia sebegitu .

Tanpa menunggu , raihana menekan nama naqif untuk membuat panggilan . Perlahan-lahan raihana letakkan telefonnya di telinga . Dalam dua minit menunggu naqif menjawab panggilannya , akhirnya talian bersambung .

Setitis airmata raihana jatuh ke pipi apabila panggilan mula bersambung . Hati raihana kembali meruntuh .

"Assalammualaikum ." raihana memberi salam . Suaranya menjadi lemah dengan tiba-tiba .

Naqif tidak menjawab salam raihana . Dirinya membeku dengan tiba-tiba , entah mengapa tangannya ringan sahaja mahu menjawab panggilan raihana . Mungkin dia nak dengar suara raihana ?

"Dah lama saya tunggu awak angkat call saya , akhirnya awak angkat jugak . Awak sihat ?" suaranya cuba berlagak baik , namun masih kedengaran sebak . Dia sedaya-upaya cuba tampak kuat melalui suara . Sesekali dia menunduk kepala .

Naqif kesat airmata dengan perlahan . Dia tahu raihana sedang menahan tangisan . Dia tak cukup kuat untuk membalas kata-kata raihana .

"Naqif . Naqif kenapa awak buat saya macam ni ? Awak -"

Tit ... tit ... tit ...

Panggilan dimatikan secara tiba-tiba . Raihana tergamam dengan tindakan naqif , dia baru sahaja nak habiskan ayatnya , dah naqif letak panggilan dengan macam tu je ?

Airmata yang keluar dipipi raihana , dikesat perlahan . Sungguh dia kecewa dengan naqif , pada mulanya dia sangat berharap yang naqif akan menjadi imam untuknya . Tapi semuanya hancur , dan takkan boleh cantumkan lagi .

Sampai hati awak ...

******

Naqif menunduk lemah apabila memikirkan perasaan raihana yang mungkin sudah menjadi bekas tunangnya . Naqif meraup wajah dengan kasar . Dia banyak buat salah pada raihana , dia betul-betul serba-salah dan takkan dapat maafkan diri dia sendiri .

Mana mungkin raihana akan memaafkan dia macam tu je . Dia telah larikan diri sewaktu sehari sebelum majlis akad nikahnya . Dia betul-betul tak dapat nak fikir waktu tu , zalikha dibawa ke hospital dengan segera akibat pendarahan yang teruk . Dia betul-betul buntu waktu tu , jadi dengan itu dia buat keputusan untuk tinggalkan raihana dan menjaga zalikha .

Namun apakan daya , zalikha tak sempat lahirkan anaknya setelah diri zalikha tidak bermaya untuk melawan . Akhirnya zalikha meninggal dunia sewaktu tak sempat ingin lahirkan anak . Dan itu buatkan naqif rasa sedih yang menggunung di hati .

"Maafkan saya ..." gumam naqif merasa sebak di dada .

******

Raihana panjat katil dan bersila dihapadan ariel yang sedang bersandar di kepala katil . Dipandang wajah ariel yang sedang membaca majalah bisnes .

"Motif awak tak bagi saya bukak butik hari ni kenapa ?" soal raihana mendatar . Tepat wajah bersih ariel dipandangnya .

Perlahan-lahan ariel kalihkan wajah ke arah raihana yang duduk dihadapannya sekarang . Senyuman manis dilempar untuk isterinya .

"Saja . Tak boleh ke ?" buku majalah bisnes ditutup seraya membaringkan tubuhnya . Mata dipejam rapat tanpa hiraukan raihana yang berada di hadapannya . Dia sebenarnya tak nak raihana tahu yang dia ada beli rumah . Biarlah jadi kejutan untuk isterinya .

"Awak ni memang suka tengok saya kena maki hamun dengan customer saya kan ?" raihana mendengus perlahan , kembang kempis hidungnya menahan marah . Dipandang wajah ariel yang sudahpun memejam mata dengan dapat .

"Oh okay ." balas ariel selamba sambil memejam mata . Tangannya sudah menarik gebar tebal hingga separas dadanya . Raihana memuncung .

"Awak !" raihana memanggil kuat . Namun reaksi ariel masih sama , tetap dengan memejam mata . Lama-kelamaan , ariel berdengkur halus .

Raihana perhati dengan lama sehinggalah satu senyuman kecil terbit di bibir merahnya tatkala melihat ariel lena dengan cepat . Comel jugak ariel ni bila tengah tidur , patutlah cik bella mengamuk dekat aku . Rupa-rupanya tunang dia ni hensem . Siapa je sanggup tinggalkan orang yang kita sayang , dah lah segak , ada kerjaya , berkarisma pulak tu !

Raihana dekatkan sikit kedudukannya . Anak mata setia melihat wajah suaminya yang lena itu . Sedang enak dia meratah wajah ariel , tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik ariel sehingga dia jatuh di dada bidang ariel .

Raihana terkesima . Anak mata mereka bertentangan lama , manakala ariel tersenyum puas kerana dapat mengenakan isterinya . Okay , sebenarnya dia pura-pura tidur je . Dia tahu yang raihana tengah tenung dia sewaktu dia pejamkan mata .

"Kenapa , terkejut ke ?" ariel senyum nakal . Matanya menikam dalam mata isterinya . Raihana telan air liur sebelum dia bangun dari dada ariel dan laju aje tangan dia mengambil bantal lalu memukul tubuh suaminya dengan puas .

"Pandai awak kenakan saya kan ?" raihana ketap gigi . Nak je dia cekik-cekik si ariel ni ! Mati-mati aku ingat dia tengah tidur , rupa-rupanya ..

"Sakit lah ." ariel mengadu sambil menggosok-gosok bahunya yang terkena pukulan raihana . Raihana mencebik .

"Padan lah muka ! Siapa suruh tarik tangan saya ? Siap-siap peluk lagi ." tercebik-cebik bibir raihana memandang ariel . Ariel ketawa halus .

"Tula lain kali jangan tenung saya macam nak makan . Jangan ingat saya tak tau okay ." ariel senyum nakal . Lagipun bukan selalu dia dapat peluk isterinya . Jarang-jarang kalau dapat peluang tu .

"Mana ada saya tenung awak . Jangan perasan lah !" raihana kalihkan anak mata ke arah lain , berpura-pura tak bersalah . Riak wajah dikawal sehabis baik .

Ariel sembunyi tawa . Dipandang wajah raihana yang sedaya-upaya mengawal riak wajah . Nampak sangat tahan malu .

"Yeke ?" dengan pantas ariel dekatkan jaraknya , sehingga wajahnya hampir terkena kulit wajah isterinya . Raihana terkedu apabila dia terpandangkan wajah ariel yang sudah di dekatnya .

Lagi sekali mata mereka berlaga . Tiba-tiba jantung raihana berdegup pantas seakan-akan memberi kesan terhadap pandangan ariel . Tak berkelip mata raihana dan ariel tatkala pandangan itu memberi makna kepada mereka .

Dengan tak semena-mena , ariel tolak bibirnya di bibir raihana dengan sekilas . Membulat besar biji mata raihana apabila mendapat ciuman sekilas dari ariel .

Ariel dengan selambanya membaringkan tubuhnya semula di atas tilam , lalu memejam mata dengan rapat . Raihana yang masih bersila di hadapan ariel , tetap terkejut dengan tindakan tersebut . Dah macam patung cendana mungkin ?

Apa yang awak dah buat ni ariel ?!

******

Sewaktu sarapan , raihana langsung tak angkat wajah memandang ariel . Dia masih belum dapat terima dengan kejadian semalam , dia betul-betul malu dan tak dapat nak balas pandangan ariel .

"Rai , kenapa makan sikit je ?" Encik zaidi iaitu bapa kepada ariel menyoal raihana . Dari tadi dia perasan yang menantunya sekadar menguis bihun goreng buatan makcik niah .

Pelan-pelan raihana angkat wajah memandang bapa mentuanya . Satu senyuman payah terukir di bibirnya .

"Rai dah kenyang ." balasnya malu-malu . Kening puan Aisyah bercantum rapat apabila mendengar jawapan raihana .

"Kenyang ? Rai makan apa tadi ?" puan aisyah menyampuk seketika . Rasanya baru sarapan .

Mata raihana kalih ke arah puan Aisyah pulak . Manakala ariel setia memandang gerak-geri isterinya . Rasa menyesal pulak pergi cium isterinya , kalau tak pagi ni mesti raihana tak macam ni .

"Errr ... sebelum sarapan , rai dah makan benda lain. " jawabnya . Alahai kuatnya menipu , kau makan apa je tadi rai ?

"Lah , kiranya rai bangun awal daripada kami lah ni ?" tebak puan Aisyah terkejut sedikit . Raihana senyum kelat seraya mengangguk kepala , ariel sembunyi senyuman . Yeye je bangun awal , padahal pagi tadi aku tengok dia tidur lagi .

"Okay lah , ariel pergi kerja lah ." ariel bangun dari kerusi , bersiap-siap mahu keluar dari rumah .

"Papa naik kereta ariel hari ni boleh ?" Encik zaidi meminta . Ariel angguk kepala seraya tersenyum . Bukan selalu pergi kerja dengan papa pun .

"Kami berangkat dulu ye . Assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ." balas puan Aisyah serentak dengan raihana . Sesekali raihana cuba untuk memandang ariel , ternyata lelaki itu jugak memandang ke arahnya . Lantas itu , raihana alihkan biji mata memandang ke arah lain .

Dengan riak selamba , ariel menggosok kepala isterinya tanda-tanda yang dia sudah mahu ke tempat kerja . Raihana hanya akur dengan perbuatan ariel .

Hilang sahaja kelibat dua manusia yang berangkat sebentar tadi , wajah puan Aisyah berpaling ke arah raihana .

"Rai okay ke ?" soal puan Aisyah pelik . Dari tadi dia perasan yang menantunya sekadar mendiamkan diri . Macam gelisah je muka tu .

"Okay ." balas raihana seraya tersenyum , ingin menyedapkan hati ibu mertuanya . Haih , anak mama tu dah cium saya semalam ! Okay jangan ingat dah .

******

Raihana berhentikan kenderaan di hadapan sebuah rumah satu tingkat . Walaupun satu tingkat , tapi rumah ini cukup besar dan selesa untuk orang tua . Raihana segera keluar dari perut kereta . Dah tiba masanya dia pulangkan balik cincin pertunangannya .

Balik sahaja dia dari butik , dia terus memandu ke rumah keluarga naqif . Nasib baik hari ni dia dapat lindungi dirinya daripada bencana wartawan-wartawan yang tak berfaedah tu . Tapi sempat jugak lah dia dijeling oleh manusia-manusia yang berada dimuka bumi ini .

Cik bella yang ada masalah , orang lain pulak yang menyibuk ! Macam lah manusia ni boleh lari dari kesilapan . Suka sangat menghukum orang tanpa tengok seseorang itu dari luar dan dalam .

"Assalamualaikum ." raihana memberi salam tatkala kakinya sudah berdiri dihadapan pintu utama rumah keluarga naqif .

Dalam beberapa minit menunggu seseorang membuka pintu . Raihana memberi senyuman apabila susuk tubuh puan aminah iaitu ibu naqif sudah kelihatan .

"Walaikumsalam ..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience