Bab 61

Romance Series 185331

"Congrats raihana ." satu senyuman lebar menghiasi bibir Nurul . Berita yang baru di sampaikan dari raihana benar-benar membuatkan dia terkejut . Manakan tidaknya , raihana tengah hamilkan anak ariel ! Kalau ariel tahu yang isteri dia tengah mengandung , mesti terlompat-lompat Mamat tu .

"Welcome Nurul . Aku betul-betul tak sangka yang aku mengandung . Kalau ariel ada depan mata aku sekarang , mesti dia lah orang yang pertama aku bagitahu ." suara raihana sedikit mengendur . Wajahnya berubah redup seketika .

Nurul mengeluh , walaupun dia tak ada depan mata raihana sekarang . Dia dapat tahu macam mana reaksi muka raihana sekarang . Tentu-tentu sedih dengan nasib yang ditimpanya .

"Ala , kau tak payah lah cakap macam tu . Macam tak ikhlas je nak bagitahu aku pasal berita ni . Sekurang-kurangnya padan lah muka si ariel tu , sebab aku yang tahu dulu pasal berita ni !" Nurul bantai gelak . Terkekeh-kekeh dia ketawa melalui corong telefon . Niat nak menghiburkan hati sahabatnya sahaja .

Raihana mencebik .

"Yela , kau je yang aku tengah ada sekarang . Mengadu , menangis , semua dekat kau kan ? Jadi semua benda yang aku buat tu ikhlas Nurul oi !" balas raihana . Sambil-sambil tu tangannya tak lepas dari menggosok perutnya yang masih kempis . Alahai , seronoknya jadi ibu .

Nurul senyum lebar .

"By the way rai . Aku nak kau jangan fikir yang bukan-bukan , kau kan baru first time mengandung . Anak pun sulung kan ? Jadi kau jaga anak kau elok-elok , jangan disebabkan masalah ariel anak kau jadi tempias . Nanti menyesal tak berlagu lah kau !" kata Nurul berbaur nasihat .

Raihana senyum sikit .

"Ye Nurul , aku akan jaga anak aku ni dengan baik-baik . Masalah yang lain tu aku tolak tepi , aku dah tak nak fikir . Kan aku datang sini sebab nak tenangkan hati , bukannya nak tambah masalah kan ? Tapi tula , tak sangka pulak aku dah mengandung ." raihana tersenyum-senyum .

"Suka-suka jugak rai , suami kau dekat sana tu tengah struggle nak cari bukti untuk tolak balik tuduhan bodoh si bella tu . So aku harap kau jangan lupakan ariel . Dia rindu kau gila tu ."

Raihana terdiam . Rindu ? Bukan dia je yang rindu , aku pun rindu gila dekat dia . Dah seminggu aku tak tatap muka kacak ariel , rindu betul nak tengok senyuman manis dia . Kalau tak , mesti tiap-tiap hari aku dapat tengok senyuman dia .

Raihana mengeluh perlahan .

"Rai , kau tak teringin nak balik KL ke ?" tiba-tiba soalan itu diajukan kepada raihana .

Raihana gigit bibir .

"Biarlah ariel settle hal dia dulu . Aku tak nak masuk campur , dah penat ." jawab raihana dengan perlahan .

"Suka hati kau lah . Apa-apapun tak lama lagi aku dah nak jadi makcik !" Nurul bersorak riang . Tersengih-sengih dia memikirkan keadaan raihana yang tengah hamil . Terdetik di hati ingin merasa nikmat kahwin , tapi tula dah tak ada calon nak dibuat suami . Ada pun dah kena kebas !

"Kau bila pulak ?" raihana ketawa nakal . Sengaja nak menyakat kawannya .

Nurul menjeling . Ah mula dah minah ni !

"Bila apanya kalau aku pun belum ada suami ."

"Eh , bukan ada orang tu suka dekat kau ke ?"

"Siapa ?" nurul mengerut kening .

"Iyad ."

"Ah ! Merepek betul ! Sejak bila pulak dia suka aku ? Dan sejak bila pulak kau dah pandai nak kenenkan aku dengan dia ?" nurul bertanya garang .

Raihana sengih .

"Nurul , iyad tu jauh lebih baik dari si izad tu tau . Tak salah kalau korang berdua ada jodoh ." seloroh raihana sambil ketawa terkekek-kekek .

Nurul menjulingkan biji matanya ke atas . Jodoh lah sangat !

"Aku tahu lah kau boss aku , tapi tak payah lah sampai kau nak jodohkan aku dengan dia . Ish kau ni !" getus nurul . Memang lately ni iyad banyak kacau dia , apa yang dia buat semua si iyad tu nak ambik tahu . Annoying kan ?

Raihana ketawa lepas . Ala nurul ni malu-malu lipas pulak !

"Okay lah nurul , aku letak dulu okay . Malam nanti kita borak lagi tau . Bye assalammualaikum ." pantas raihana mematikan panggilan setelah nurul menjawab salamnya .

Bibirnya tersenyum kembali . Bila kita dah berbadan dua ni , mula lah tekak ni nak merasa makanan sedap-sedap je kan ? Haih , kalau lah aku ada dekat rumah mama sekarang ni . Mesti dah lama aku makan masakan mama .

Tapi kalau cicah buah belimbing dengan kicap campur cili merah pun sedap ni . Haish tekak mula dah nak mintak benda yang masam-masam !

******

"Emma , kau nak pergi mana ?" sebaik sahaja bella mahu keluar dari kamar tidurnya , tiba-tiba sahaja kelibat emma menjamu pandangannya . Gaya macam nak keluar je ?

"Aku ada hal sikit . Erm bella , kalau kau nak makan . Aku dah masak nasi goreng . Ada dalam tudung saji . Aku pergi dulu ." sempat emma tersenyum sikit sebelum langkahnya dipercepatkan .

Bella mengerut kening . Tergopoh-gopoh macam ada hal penting je ? Selalunya tak macam ni . Tanpa disedari , bella mengatur langkah menuju ke dapur . Perutnya dah berkeroncong kuat , mungkin sebab dah banyak hari tak makan . Haih , kesian pulak anak aku .

******

Emma mengerling sekilas ke arah jam . Dah dekat lima belas minit bella menunggu kedatangan seseorang . Haish , dia ni naik kereta ke jalan kaki ? Tak suka betul lah orang yang lambatkan masa ni !

Sedang emma menyedut air berperisa buah , dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berpakaian jaket hitam . Emma sedikit tersentak . Cepat-cepat dia mengalukan kedatangan ariel dan disuruh duduk .

Ariel mengambil tempat dihadapan emma . Wajah cantik emma dipandang serius . Kenal sangat dengan emma ni , kawan baik bella . Cuma bezanya , emma terlihat matang dan bella sedikit sensitif .

"Tiba-tiba je you ajak i jumpa ? Ada apa-apa ke ?" ariel menyoal terus . Pagi-pagi lagi dia dah dapat pesanan mesej dari emma . Terkejut jugaklah dia bila emma ajak jumpa . Yang paling peliknya , bila dikata hal penting . Apa lah yang penting sangat tu ?

"Tak nak oder apa-apa dulu ke ?" emma mempelawa dahulu . Namun cepat-cepat ariel menggeleng kepala . Tekaknya langsung tak rasa haus , mungkin sebab dia dah sarapan dekat rumah ? Makan ? Lagi lah dia tak ada selera sejak raihana pergi tinggalkannya .

"Tak apa , teruskan ." ariel mengarah . Emma senyum nipis .

"Actually i ajak jumpa ni sebab nak bincang pasal ... bella ." riak wajah emma berubah serius . Dipandang anak mata coklat ariel yang mula berubah risau . Rasanya dia perlu hentikan rancangan gila bella tu , dia tak nak kawannya terlibat dalam masalah rumahtangga orang . Dan dia tak nak , hidup bella musnah hanya disebabkan cinta yang tak pasti .

"Kenapa dengan dia ? You datang sini sebab nak bela dia ? Okay tak apa ." ariel mula berura-ura ingin bangun dari kerusi , namun cepat-cepat emma menghalang .

"Eh no ! Jangan lah cepat bersangka buruk dekat i ."

Ariel kembali duduk .

"Habis tu ?" keningnya terangkat .

"Okay , i tahu you ada masalah sekarang . Sebab tu i ajak you datang sini . I nak selesaikan masalah you dengan bella secara baik ." ujar emma tenang . Mata mereka bertentangan lama sebelum ariel mengerut kening .

"Apa maksud you ? You tahu hal hal sebenar ke ?" berkerut-kerut dahi ariel memandang emma . Jantungnya sudah berdegup laju , dia nak sangat tahu siapa anak dalam kandungan bella tu . Dan dia sangat menantikan saat-saat macam ni . Selama ni , dia dah penat cari siapa ayah budak dalam perut bella tu .

"You kenal farhan ?" emma pandang raut wajah ariel .

"Kenal ."

Emma mengeluh buat seketika . Sorry bella , aku terpaksa .

"Dia lah ayah kepada anak yang dikandung bella . Farhan aidin ."

Ariel terpempan . Terkunci bibir mulutnya sambil matanya tak lepas memandang emma .

"I mintak maaf sebab baru hari ni nak bagitahu you . Sebab i pun baru tahu semalam . I ada terdengar pergaduhan bella dengan farhan . Farhan yang mengaku yang anak tu anak dia . Pada mulanya , i pun macam syak jugak yang anak tu anak farhan , tapi tak sangka bella sanggup tipu i ." jelas emma memberitahu rahsia bella yang disimpan berbulan-bulan .

"Jadi selama ni bella tipu i ?" duga ariel . Tergerak-gerak rahang ariel sambil mata helangnya menikam wajah cantik emma .

Emma sedikit gerun dengan pandangan tajam ariel . Perlahan-lahan dia anggukan kepalanya .

"I dah agak . Selama i pernah bertunang dengan dia dulu , hati i macam ada rasa something yang tak kena . Rupa-rupanya ni sebab dia . Patutlah i ajak kahwin dia tak nak , rupanya ada hubungan dengan jantan lain !" tutur ariel meluahkan rasa kesalnya . Memang tepat keputusannya memilih raihana sebagai isterinya , tak sia-sia naqif tinggalkan raihana dulu .

Emma pandang ariel yang sudah berapi-api . Dia bagi pihak bella pun jugak kesal dengan perbuatan kawannya . Bila ditegur bukan nak dengar , melawan je kerja .

"I nak selesaikan masalah ni dengan segera ." putus emma .

"Sekarang ni , mana farhan ?" tanya ariel tiba-tiba .

"Actually ariel , farhan sebenarnya nak jumpa you . Dia nak bincang pasal hal ni . Mungkin esok ? Kejap , i bagi nombor telefon dia dekat you ."

"Okay ,"

******

"Banyak-banyak makan buah belimbing ni mengandung ke kak rai ?" seorang pekerja di resort menyoal raihana . Sebenarnya dia anak kepada pak long zarul , tapi dihantar ke resort untuk menguruskan perniagaan ayahnya . Pangkatnya jugak tinggi , manager kut .

Raihana sengih kambing .

"Err ye .."

"Hah ?! Kak rai mengandung ?" zahim terkejut . Membulat besar biji matanya . Dipandang wajah cantik raihana yang tersipu-sipu malu .

"Ish zahim ni ! Kalau ye pun terkejut , jangan lah besar sangat mata tu ." raihana tepuk lembut bahu sepupunya . Zahim ketawa lepas .

"Serius lah ? Kak rai mengandung ?" lagi sekali disoal . Raihana menjeling manja , zahim ni ada jugak aku ketuk kepala tu kan !

"Ye kak rai mengandung !"

"Abang ariel tahu tak ?" soal zahim tiba-tiba . Bersinar-sinar wajahnya apabila mendengar jawapan kakak sepupunya . Dah lama dia tak main dengan baby . Nak main baby sendiri belum ada calon , agak-agak ada tak yang nak temuduga untuk jadi isteri zahim Ikhwan ?

Ceh . Gatal !

Riak wajah raihana berubah pudar . Sebenarnya dia ada niat nak bagitahu dekat ariel , tapi rasanya tak payah lah . Dia tak nak ganggu emosi suaminya . Biarlah tunggu dia balik ke KL baru lah dia cerita hal sebenar .

Raihana geleng kepala selepas itu . Dahi zahim berkerut-kerut melihat gaya kakak sepupunya .

"Lah , kenapa tak bagitahu ?"

"Tunggu lah akak balik KL dulu . Nak suprise !" raihana ketawa kecil . Kepala zahim terangguk-angguk .

"Tahniah kak rai . Dah jadi mak orang dah sekarang ." zahim senyum-senyum .

Raihana ketawa .

"Thanks you zahim . Harap-harap tahun depan akak dapat rasa main dengan anak zahim pulak ye ."

"Ish ! Lambat lagi tu ." zahim senyum malu . Ada-ada je kak rai ni .

"Mana lah tahu kan .." ketawa raihana disambut zahim . Namun kehadiran seseorang mematikan gelak tawa mereka .

"Err cik raihana ." seorang gadis bertudung menegur raihana . Raihana dan zahim kalih wajah memandang empunya suara itu .

"Ada orang nak jumpa cik rai ."

Raihana mengerutkan dahinya . Siapa pulak nak jumpa aku ? Hah sudah ! Jangan cakap ariel tahu aku ada dekat sini ?

Buat seketika , raihana dan zahim berpandangan sesama .

"Lelaki ke ?" muka raihana seakan takut . Jantung tak usah cakap , berdegup-degup macam nak pecah !

"Ha'ah lelaki . Dia tunggu cik rai dekat depan sana ." senyuman mekar di bibir gadis itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience