Bab 65

Romance Series 185332

Tiga minggu kemudian ...

Bunyi deringan jam melalui telefon bimbitnya , buatkan ariel tersedar dari lena . Perlahan-lahan ariel membuka matanya , sempat bibirnya merengus geram . Kacau betul jam ni ! Nak mimpi bini aku pun susah !

Ariel bangun dari baring , belakang jari telunjuknya mengenyeh biji mata sebelum digaru pulak kepalanya . Kemudian bingkai gambar yang dipeluk semasa tidur diletak pelan-pelan atas meja kecil bersebelahan katil .

Ariel senyum manis meneliti gambar isterinya .

"Abang nak pergi dulu tau . Sayang duduk diam-diam dekat sini ." kata ariel sambil mata merenung gambar isterinya . Sempat jarinya mengusap gambar isterinya .

Perlahan-lahan ariel menapak ke bilik air sebelum tuala mandi dicapai .

Sayang , abang akan sentiasa tunggu sayang .. walaupun hari ni dah masuk bulan ke lapan abang tunggu kepulangan sayang walhal dah tiga minggu .

******

Kereta diberhentikan di hujung rumah encik zaidi . Sengaja keretanya di parkir jauh-jauh . Dia tak nak lah ariel perasan dengan keretanya . Kalau boleh biarlah suprise kan ?

Raihana tersenyum manis tatkala terpandang rumah yang lama dia tidak jejaki . Handbrake ditarik sebelum dia mencapai beg tangan di seat sebelah , kemudian pintu kereta dibuka .

Perlahan-lahan raihana menapak keluar dari perut kereta . Dia memang sengaja tak nak balik rumah ariel , lagipun dia dah call keluarga ariel dan keluarganya yang mengatakan dia bakal pulang hari ni .

Kaki melangkah ke pintu rumah . Sebaik sahaja dia melangkah masuk , kelihatan keluarganya dan jugak keluarga mentuanya sedang rancak berbual sesuatu .

Raihana simpulkan satu senyuman kecil .

"Assalammualaikum .."

Dan ke semuanya memandang ke arahnya . Raihana hadiahkan satu senyuman manis kepada ahli keluarganya .

"Walaikumsalam .." perlahan mereka membalas salam raihana . Mungkin terkejut dengan kepulangan raihana hari ni , walhal mereka dah tahu dari awal .

Puan zaimah memandang anaknya atas bawah . Raihana nampak ... gemuk ?

"Ya Allah ! Rai , sini cepat !" puan zaimah sudah bangun dari kerusi dan segera mendepakan tangannya . Raihana ketawa kecil sebelum kakinya melangkah ke arah mamanya .

Mereka berdua berpelukan mesra .

"Ya Allah mama rindu dekat rai . Rindu sangat-sangat !" ucap puan zaimah berbaur sedih . Raihana ketawa kecil . Pelan-pelan pelukan itu dileraikan .

"Rai dah balik kan ? Mama jangan risau lagi okay ." kata raihana . Airmata ditahan sedaya-upaya .

"Macam mana mama tak risau ! Anak mama tengah mengandungkan cucu mama kut ." anak mata turun memandang perut raihana yang memboyot . Raihana gelak lepas .

Oh ya , keluarga ariel dan keluarga aku dah tahu pasal kandungan aku yang sudah mencecah tujuh bulan . Cuma ariel sahaja yang tak tahu pasal kandungan .

Ya Allah rasa bersalah tak bagitahu pada ariel . Isteri jenis apa kau ni raihana ?! Macam mana lah tanggapan ariel pada aku nanti ? Mesti dia marahkan aku . Haish !

"Sorry , kalau selama ni rai banyak susahkan mama dan mama juga ." raihana kalih pandangan ke arah puan Aishah sebelum dia ketawa kecil . Puan Aishah dan yang lain turut sama ketawa kecil .

"Rai , kami tak kisah kalau rai nak ambil masa lama . Kami tau rai banyak terkilan dengan masalah ariel . Kami pun tak marah kalau rai nak ambil keputusan macam tu . Kami terima dengan hati yang ikhlas kalau itu yang buatkan rai tenang ." encik zaidi menyampuk setelah lama mendiamkan diri . Raihana kalih pandangan ke arah bapa mertuanya . Satu senyuman manis terukir dibirnya .

"Terima kasih sangat-sangat sebab faham keadaan rai . Rai harap , mama tak terkilan dengan apa yang rai buat dekat anak mama ." raihana sentuh pergelangan tangan puan Aishah , ingin memohon maaf atas kesalahan dia .

Puan Aishah senyum nipis .

"Rai tak salah pun . Memang patut rai buat keputusan macam ni . Biar ariel yang tanggung masalah ni , lagipun dia jugak yang cetuskan masalah ni . Pandai-pandai lah dia settle masalah dia sendiri ." balas puan Aishah sambil ketawa kecil . Raihana senyum nipis .

"Ariel tak datang lagi ke ?" lambat-lambat raihana menyoal . Dia tersenyum segan . Sebenarnya dari tadi dia nak tanya pasal ariel , tapi tak terluah pulak .

Puan Aishah senyum bermakna .

"Kalau pagi-pagi macam ni , dia pergi jogging . Tengahari kejap lagi dia balik la ." bagitahu puan Aishah . Raihana berkerut .

"Jogging ? Selalu ke ?" haih , selama aku hidup dengan mamat tu , tak pernah-pernah pulak dia nak jogging bagai .

"Hari ni kan hari cuti . Memang macam tula rutin harian dia semenjak rai tak ada ." kata puan Aishah . Raihana senyum kelat .

Kesian abang , terpaksa tanggung rindu sorang-sorang . Tak apa , kejap lagi kita pasti jumpa . Baby tunggu papa tau ..

"Dah , jom lah kita sarapan . Dari tadi berborak , perut dah mintak diisi dah ni ." encik zamarul mencelah sambil mengusap perut buncitnya . Bibirnya tersengih .

"Ah papa ni , asyik makan je kerja . Kan baby ." raihana menjuihkan bibir ke bawah . Ingin mengusik papanya setelah lama tidak bermanja dengan lelaki itu .

Encik zamarul jentik dahi raihana dengan perlahan . Raihana ketawa lepas .

"Baby tengok atuk ni jentik dahi mama ." raihana seolah-olah mengadu sambil mengusap-usap perutnya . Encik zamarul tersenyum sebelum tangannya naik menggosok kepala anaknya .

Eh kejap ..

"Astaghfirullahalazim . Macam mana papa boleh tak perasan yang rai dah bertudung ni ?" encik zamarul sedikit melopong . Terkejut dengan imej anaknya yang sekarang .

Raihana mencebik . Ceh papa , baru perasan ke ?

"Tahu lah rai susah nak pakai tudung dulu . Sampai hati papa tak perasan ." kata raihana sambil membuat mimik muka . Yang lain ketawa melihat dua beranak itu .

"Abang pun lah , tau lah dah tua . Takkan lah tak nampak yang anak kita dah bertudung ?" puan zaimah melirik manja ke arah encik zamarul . Ingatkan encik zamarul dah perasan dengan imej raihana , rupa-rupanya tak perasan .

"Papa mintak maaf sayang .. papa ni dah buta gamaknya ." perlahan encik zamarul membelai pipi gebu anaknya . Raihana senyum lebar .

"So macam mana ? Cantik tak rai pakai tudung ?" kening diangkat beberapa kali .

"Sebab cantik sangat lah papa jadi tak perasan yang anak papa dah bertudung ."

Raihana kembangkan hidung . Ceh , pantang dipuji . Semua ketawa melihat reaksi wajah raihana , sejak berbadan dua ni . Macam-macam perangai bengap yang keluar ye .

"Dah lah jom . Nanti tak jadi pulak sarapan kita . Dari tadi asyik berborak je ni ." puan Aishah segera mengajak sebelum jangkitan bual merebak lebih banyak lagi .

Mereka ketawa kecil . Kaki mula melangkah masuk ke ruang dapur untuk menyantap sarapan pagi yang dihidang oleh puan Aishah .

Namun dalam waktu yang sama , raihana tersenyum nipis apabila ingatannya mula terfikirkan ariel . Macam mana reaksi ariel nanti kalau dia tengok aku berbadan dua ? Kecewa atau gembira ?

******

Ariel melangkah masuk ke dalam rumah encik zaidi bersama pakaian jogging nya . Tadi waktu dia parkir kereta di depan rumah , dia ternampak sebuah kereta berjenama bezza 1.3 berwarna merah pekat , tersadai di tepi jalan di hujung rumah papanya .

Firasat hati , nak cakap yang kereta tu macam milik isterinya . Tapi takkan lah isterinya dah pulang ? Ariel berfikir sejenak tentang perkara raihana . Namun disebabkan rasa lapar semakin kuat , dia abaikan sahaja pasal tu .

Dengan segera ariel melangkah masuk ke ruang dapur . Semasa dia melintasi ruang tamu , kelihatan sunyi dan tiada bayang-bayang manusia pun . Diorang pergi mana eh ? Tadi kata suruh aku singgah rumah sini , tapi macam sunyi je ?

Ariel mengangkat kedua belah bahunya , lantak lah . Kaki menuju ke meja makan . Pantas punggung di labuh pada permukaan kerusi . Tudung salji dibukak dengan cepat , aik ? Mama cakap nak masak makanan tengahari ? Ni macam nasi goreng pagi tadi je ?

Ariel geram . Terus dihentak kakinya di atas lantai , tanda protes . Namun tiba-tiba dia terdengar jeritan halus dari seorang gadis .

Aku ada terpijak sesuatu ke ?

"Aduh !"

Ariel terkejut . Pantas ariel menunduk ke bawah , ingin melihat sesuatu di bawah meja makan . Matanya laju aje memandang seorang gadis bertudung . Namun tatkala itu , sepasang mata gadis itu menoleh memandang ke arahnya .

Mata ariel dan mata raihana berlaga buat seketika . Di saat ini , hati ariel merasakan ada sesuatu yang mengepam jantungnya . Raihana sengih memandang renungan suaminya .

"Raihana ?" sebutir nama itu terukir di bibir ariel . Macam tak percaya aje yang depan dia sekarang ni adalah isterinya . Bukan ke raihana tak balik lagi ?

"Awak buat apa kat bawah meja tu ?" soal ariel sebelum tangan dia ingin mencapai tangan isterinya . Raihana pantas menerima huluran ariel . Perlahan-lahan dia keluar dari bawah meja dan menghadiahkan sengihan di bibir .

"Tadi saya nak ambik kucing kat bawah meja . Lepas tu abang terpijak tangan saya , tu yang saya jerit ." bagitahunya perlahan . Mata ariel tak lepas memandang wajah isterinya . Tak berkedip mata ariel merenung seraut wajah itu . Berdirinya raihana di depannya , buatkan jantungnya mengepam dengan laju .

Imej raihana yang sekarang betul-betul menyentuh hatinya . Isteri aku dah bertudung ? Namun , perlahan-lahan mata ariel menurun jatuh memandang ke bawah . Tepat di perut raihana , kening ariel mula bercantum rapat tatkala perut raihana memboyot .

Berkerut-kerut dahi ariel memandang perut raihana . Sejak bila isteri aku jadi gemuk ? Pantas dia mencari kembali anak mata raihana .

Raihana yang perasan dengan riak wajah suaminya , pantas dia membuka suara .

"Errr ... saya boleh jelaskan ." suara raihana bertukar ketar . Aduh , dah lah yang lain pergi keluar beli barang . Mampus aku !

"Apa maksud awak ?" suara ariel bertukar dingin . Terkebil-kebil biji mata raihana apabila suara suaminya bertukar dingin . 

Ya allah kau lindungi lah aku dari pandangan tajam suamiku yang dah macam nak telan aku hidup-hidup . Sempat raihana berdoa dalam hatinya . Mesti ariel dah syak aku yang bukan-bukan ni kan ?

"Saya memang nak bagitahu abang pasal ni . Abang jangan lah fikir yang bukan-bukan . Saya tahu ni salah saya sebab rahsiakan benda ni dari abang . Saya mintak maaf okay ?" raihana gigit bibir dengan perlahan . Pandangan ariel terhadap dia sekarang seperti pandangan mata helang yang berwarna merah . Memang patut lah kau kena marah dengan ariel rai , memang salah kau sebab mengedik-gedik nak rahsiakan benda ni dari ariel . Kononnya nak bagi suprise dekat ariel tapi lain macam pulak renungan ariel dekatnya .

"Terus-terang boleh tak ?" mendatar suara ariel ketika ini . Raiahana menelan air liur . 

"Okay-okay , saya terus-terang dengan abang . Saya mengandung ." jelas raihana perlahan . Wajah ariel bertukar terkejut . Tegang sekali wajah ariel ketika ini . Tajam pandangan dia terhadap raihana . 

Apa raihana mengandung ?! Jadi selama ni dia rahsiakan dari aku ? Aku ni siapa pada dia ? Aku ni suami dia , aku ni syurga dia . Apa aku dah tak penting untuk dia ke ? Berbulan-bulan aku tunggu dia , tapi ini yang aku dapat ? 

Tanpa membalas apa lagi , ariel mengatur langkah meninggalkan ruang dapur . Wajahnya tak usah dicakap , memang tegang sangat-sangat . Terpinga-pinga raihana melihat ariel yang dah menonong pergi . Ya tuhan , ariel marahkan aku ke ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience