Bab 12

Romance Series 185331

"Rai , aku balik dulu tak apa kan ?" nurul memandang raihana yang sedang mengemas di atas kaunter . Raihana angkat kepala memandang nurul .

"Tak apa , kau balik lah dulu . Aku tahu kau ada hal ." balas raihana , mengerti . Nurul senyum nipis .

"Tak apa ke ?"

"Tak apa nurul . Aku okay ."

"Kalau ada apa-apa kau call aku okay ." nurul memberi peringatan . Raihana angguk sambil tersenyum manis .

Prihatin sungguh nurul terhadapnya !

"Baiklah nurul . Kau balik lah dulu tadi kata ada emergency kan ?" raihana senyum . Rasa berat hati nurul untuk tinggalkan raihana sorang-sorang di butik .

"Yela , assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ."

Nurul menapak keluar dari perut butik dan segera berjalan ke arah keretanya . Manakala raihana masih berada di dalam butik untuk mengemas apa yang patut .

Dia berjalan ke arah meja kecil dan mula mengutip sampah-sampah kecil kemudian di buang ke dalam tong sampah kecil . Seterusnya raihana menapak ke arah bilik kerjanya , untuk mengambil beg tangan . Keluar sahaja raihana dari bilik kerjanya , langkah raihana terhenti setakat itu .

Matanya terbuntang luas tatkala melihat seorang lelaki memasuki ke dalam butiknya . Itu bukan lelaki mabuk tu ke ?! Terus raihana masuk kembali ke dalam bilik kerjanya dan mengunci pintu tersebut . Nafasnya turun naik , menjadi ketakutan dengan situasi sekarang .

Apa yang dia buat dekat sini ?! Dia muncul lagi ?! Raihana menjadi ketar . Bodoh ! Telefon bimbitnya elok pulak berada dalam laci meja kaunter . Macam mana aku nak call nurul ?! Ya Allah !

Tiba-tiba gegendang telinganya terdengar derapan kaki menuju ke bilik kerjanya . Hati raihana semakin takut , dia sedaya-upaya tidak berbunyi suara . Nafasnya tidak tentu arah . Peluh di dahi tiba-tiba berasa ada .

Mungkin tahap takut itu yang boleh menimbulkan peluh di dahi ?

Mata raihana terbuka luas apabila telinganya terdengar ketukan pintu . Raihana semakin cemas .

Tok ! Tok ! Tok !

Raihana takut .

"Pergi ! Pergi ! Jangan kacau aku ! Pergi !!!" raihana menjerit kuat di dalam bilik sambil bercangkung di dinding . Airmatanya mula merembes keluar .

"Rai , ini saya naqif ."

Mata raihana bersinar . Dia menelan air liur . Apa betul ke itu naqif ? Jadi orang tu mana ?

"Rai ! Bukak pintu ni ." naqif mengetuk pintu bertalu-talu . Risau dia dengan keadaan raihana . Mulanya dia masuk ke dalam butik dia fikirkan raihana sudah pulang , tapi bila tengok ada kereta raihana dekat depan butik , memang belum balik lagi lah jawabnya .

Memang niat dia mahu berjumpa dengan raihana . Tapi tak tahu pulak boleh jadi macam ni ? Apa yang sebenarnya terjadi ?

Raihana masih berkira-kira untuk membuka pintu . Perlahan-lahan raihana bangun dari duduk dan tangan membuka kunci pintu . Apabila pintu sudah terbuka , matanya dan mata naqif bertentang .

Memang betul naqif ! Raihana tak cakap banyak , terus dia peluk tubuh tegap tunangnya . Teresak-esak raihana menangis dibahu tunangnya . Naqif hairan .

"Kenapa ni ?" tanya naqif sambil memegang belakang bahu raihana . Raihana masih menangis .

"Saya takut ."

"Takut ? Takut kenapa ?" pelukan dileraikan . Anak mata menatap wajah raihana dengan penuh tanda tanya . Sesekali tangannya naik mengesat airmata raihana .

Raihana tak dapat nak jelaskan apa-apa . Suaranya betul-betul rasa terkunci saat ini . Hanya mampu menangis di hadapan naqif . Dia betul-betul terasa cengeng dihadapan naqif .

Naqif memegang bahu tunangnya .

"It's okay . Kita cakap dekat tempat lain . Dah jom ." lengan raihana ditarik lembut . Raihana hanya akur .

Nasib baik naqif tiba dengan awal . Kalau tak , pasti dia akan menempah nasib malang lagi . Ya Allah terima kasih kerana masih menyelamatkan nyawa hamba mu .

******

"Jadi selama ni awak kena kacau dengan seorang lelaki ?" naqif mencari anak mata raihana yang hanya memandang ke arah tasik dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa . Kini raihana sudah menceritakan semuanya tentang perkara misteri itu kepadanya .

Rambut raihana yang berterbangan di selit ke telinganya . Perlahan-lahan matanya teralih ke arah naqif . Kepala di angguk perlahan .

"Kenapa awak tak bagitahu saya sebelum ni ?" naqif tampak kecewa . Dia jugak perlu tahu keadaan tunangnya macam mana !

"Saya tak nak susahkan awak ." perlahan suara raihana membalas . Matanya masih kelihatan sembab dan wajah yang tak bermaya .

Naqif hela nafas berat .

"Saya tunang awak rai . Apa-apa yang terjadi dekat awak , awak kena bagitahu saya . Tak lama lagi saya akan jadi suami awak jugak kan ? So mulai hari ni , awak tak boleh rahsiakan apa-apapun dari saya . Okay ?" naqif menatap wajah cantik tunangnya . Tangannya mula naik membelai rambut raihana .

Raihana biarkan perbuatan naqif dan hanya merenung wajah cinta hatinya . Senyuman nipis terlayar di bibir mungilnya . Perlahan-lahan kepalanya jatuh di atas bahu naqif . Bersandar penuh dengan kasih sayang .

Naqif usap ubun-ubun raihana . Mahu melemparkan kasih dia terhadap raihana . Dia mahu raihana tahu yang dia cintakan raihana , walaupun ada kisah disebalik cinta mereka .

"I love you ." bibir raihana mengungkap kata-kata romantis . Naqif senyum nipis .

"I love you too ." entah kenapa dia menjadi lambat untuk membalas kata-kata raihana . Dia tidak tahu apa betul keputusan dia sekarang ? Raihana maafkan saya .

Namun dari jauh , ada seseorang melihat mereka dengan penuh rasa kelainan . Ariel menjadi rasa lain apabila menonton drama raihana bersama naqif . Entah macam mana dia boleh terserempak dengan mereka .

Wajah ariel berubah lain . Dia perhati sahaja pelukan naqif dibahu raihana . Entah kenapa dia rasa lain ? Perlahan-lahan kakinya melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut .

Kenapa bella tak pernah buat aku macam tu ?!

******

Ariel membaringkan tubuhnya di atas katil berlapikkan tangannya . Sejenak itu ingatannya melayang memikirkan kejadian dia bersama raihana sewaktu di dapur , dimana raihana dan dia bertentang mata .

Mata merenung luar balkoni , tapi ingatan melepas ke arah raihana . Wajah cantik raihana tiba-tiba menjadi bayang-bayang fikirannya . Setiba itu , senyuman pendek mekar di bibirnya . Ariel kembali teringat lagi di mana dia cuba menolong raihana dalam kesusahan . Banyak kali jugak lah dia terpeluk pinggang sepupunya .

Senyuman makin lebar . Dup dap dup dap jantungnya bila teringatkan gadis itu . Namun senyumannya mati tatkala ingatannya mula terfikir drama yang diperlakukan oleh naqif di depan tasik petang tadi . Wajahnya berubah .

"Kenapa dengan aku ni ? Tunang orang tu ariel !" ariel merengus geram . Terus tubuh bangkit dari baring . Jantungnya masih berdegup kencang .

Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh dadanya .

"Aku ni silap pilih cinta ke ?" gumam ariel perlahan . Keluhan dilepaskan .

What wrong with me ?!

******

"Kalau aku tahu kau jadi macam ni . Memang aku takkan balik awal tau !" nurul memekik di dalam talian . Hampir pecah gegendang telinga raihana .

Kakinya menuju ke balkoni . Ingin mencari udara segar di malam hari . Lepas sahaja membersihkan diri , terus dia mendail nombor telefon nurul . Mahu menceritakan kejadian dia di butik petang tadi .

"Tak apa nurul , lagipun naqif ada waktu tu ." balas raihana .

"Alhmdulillah lah , nasib tunang kau ada ."

Raihana senyum . Bila teringatkan aje belaian naqif kepadanya , benar-benar buat dia semakin sayang kepada lelaki itu .

"Tapi kan , macam mana naqif boleh tak nampak lelaki mabuk tu masuk dalam butik kau ?" nurul yang di dalam tandas sedang membasuh muka itu bertanya kepada raihana . Baru je dia cuci muka , tengok-tengok raihana telefon dia . Terus telefon bimbitnya dijadikan pembesar suara .

"Mungkin dia dah lari awal-awal ? Aku tak faham lah kenapa dia selalu cari aku ? Aku cuba nak tanya dia , tapi aku takut ." raihana keruhkan wajah . Nafas di hela berat .

"Aku pun pelik kenapa dia kacau kau ?" tuala kecil di ambil lalu dikesat di muka . Malam-malam kita kena jaga muka betul tak ?

"Aku rasa aku nak tutup butik lah . Lagipun majlis kahwin aku dah nak dekat ." raihana mengigit bibir . Memberi cadangan kepada nurul .

"Berapa hari ?"

"Seminggu ?"

"Tak lama sangat ke ?" nurul mula menapak keluar dari tandas . Kemudian kaki menuju ke meja solek .

"Seminggu tu sekejap je nurul . Lagipun aku nak siapkan tempahan customer buat masa ni . Bila bukak je butik , aku terus boleh call puan zubaidah ." ujar raihana .

"Emmm ... betul jugak ." nurul terdiam sejenak . Memikirkan cadangan raihana .

"Suka hati kau lah . Kau yang boss bukan aku okay ." nurul sengih .

"Okay , mulai esok kita tutup butik . Dan aku boleh siapkan tempahan customer ." raihana senyum lebar . Hilang sekejap rasa takut .

"Okaylah , aku ada kerja sikit ni . Bye assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience