Bab 5

Romance Series 185331

Raihana menutup pintu kaca butik kepunyaan . Setelah itu dia mengunci pulak pintu tersebut sebelum pintu grill kedai ditutup rapat . Raihana akan tutup butiknya pada jam 7:40 malam . Biasanya awal dalam pukul 6:00 petang , tapi disebabkan ramai customer lewat pulak tutup hari ni .

Nurul awal-awal lagi sudah balik , katanya dia nak suprise kan ibunya . Yelah hari ni kan birthday ibunya . Kesian pulak nurul bila raihana tak dapat join sambut birthday ibu dia sekali . Ah maaf lah raihana oii !

Sebaik sahaja selesai mengunci pintu butik , raihana mula bersiap-siap pergi ke arah keretanya yang elok terpakir dihadapan butiknya . Pintu kereta dibuka dari luar , namun belum sempat dia mahu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta , tiba-tiba anak matanya terlihat tayar kereta yang tampak pancit .

Raihana berdecit . Aduhai pancit pulak dah . Anak mata raihana mula meliar-liar memandang sekeliling kawasan yang sepertinya jelas tiada orang . Aduhai , sudah lah aku sorang . Nak buat macam mana ni ?

Telefon bimbit dicari dalam beg tangan . Saat dapat sahaja telefon kepunyaan , dia kembali berdecit lagi . Bateri habis ! Aduhai kenapa malang sangat nasib kau sara raihana ?!

Raihana ketakutan . Bunyi macam anjing menyalak sahaja ? Makin sepi pulak kawasan di sini . Beberapa kali raihana menelan air liur . Tiba-tiba gegendang telinganya mula terdengar suara lelaki mabuk yang seakan-akan ke arahnya .

Raihana pusing memandang empunya suara itu . Ya Allah ! Dia betul-betul datang kat sini lah !

Di saat lelaki mabuk itu mahu menghampirinya , raihana mula hilang arah . Terus dia cuba memboloskan diri dalam perut kereta , namun tak sempat apabila rambutnya ditarik kuat dari arah belakang . Raihana menahan kesakitan .

"Sakit !!!! Lepaskan lah !!!" raihana cuba melawan , tapi kudratnya sebagai perempuan tak dapat mengatasi kekuatan lelaki itu . Airmata mula kelihatan .

"Nak pergi mana ? Kenapa tinggalkan abang ? Jom lah teman abang , kita bercumbu nak ?" wajah raihana di dekatkan dengan mulutnya . Raihana cuba melawan untuk tidak terkena dengan bibirnya yang tampak kotor itu . Penuh dengan air arak mana je tak kotor ?

"Lepaskan aku lah !" raihana menolak dada lelaki itu dengan kuat . Apasal kuat sangat jantan ni ? Mabuk pun boleh lawan lagi ke ?

"Abang takkan lepaskan sayang . Sebab abang sayangkan sayang ." airmata lelaki itu tiba-tiba sahaja keluar di pipinya . Raihana sedikit tergamam . Namun tak lama itu , muncul seorang lelaki berbadan tegap .

"Woiii !!"

Raihana tersentak . Terus dia menolak dada lelaki itu dan terus menjauhi lelaki tersebut . Raihana sedikit terkejut apabila ariel tiba-tiba sahaja datang tanpa disedari .

Satu tumbukan di pipi lelaki itu mula mekar . Tiga kali ariel memberi tumbukan padunya , barulah dia berhenti kerana lelaki tersebut sudah terdorong ke belakang . Tajam anak mata ariel memandang wajah lelaki itu .

"Kau berambus sekarang ! Berambus sebelum aku panggil polis ." ariel memberi arahan . Raihana yang berdiri di sebelah ariel dipandang lelaki itu dengan mata yang bergenang .

"Abang cintakan sayang . Abang janji yang abang akan datang balik . Tunggu tau ." jelas wajah lelaki itu penuh dengan kesedihan . Raihana terdiam mendengar . Dia tidak tahu kenapa lelaki itu gelar dia dengan perkataan 'sayang' .

Hilang sahaja kelibat lelaki itu . Ariel pantas menoleh memandang raihana . Wajah raihana yang basah lencun itu dipandang lama .

"Awak okay ?" soal ariel sambil memegang kedua belah bahu raihana . Raihana angguk dengan wajah ketakutan .

"Awak kenal dia ke ?"

Laju raihana menggeleng kepala . Sumpah ! Dia langsung tidak kenal lelaki itu . Seumur hidup dia , tak pernah lagi dia berjumpa dengan lelaki seperti itu .

"Kenapa awak tak balik-balik lagi ? Awak tahu kan bahaya kalau perempuan duduk sini sorang-sorang ." ariel berkata , tegas .

"Ke - ke - kereta . Kereta tayar saya pancit ." jawab raihana tergagap-gagap . Dia betul-betul trauma . Tak pernah sekalipun hidup dia kena macam ni . Dia langsung tak kenal siapa tu ? Kenapa dia pandang aku macam seolah-olah aku ni isteri dia ?

Siapa dia ?

"Kalau kereta tayar awak pancit , kenapa tak call saya je ? Nasib baik saya lalu ikut sini tau . Kalau tak meraung kesedihan lah tunang awak dekat Sabah tu bila dapat tahu tunang dia hampir-hampir kena rogol ." omel ariel dengan menayang wajah tegang . Dia dapat lihat ketika ini yang raihana hanya mampu menangis dihadapannya .

Nasib baik firasat hatinya mengatakan ada sesuatu yang berlaku kepada raihana . Sebab tu dia lalu ikut sini , tak sangka pulak sangkaannya tepat . Ajaib betul !

"Saya nak balik ." raihana malas bertengkar , terus dia mencapai beg tangan dan menjurus ke arah kereta ariel . Ariel berdecit perlahan . Sepatutnya dia tak boleh marah raihana dengan keadaan raihana seperti itu .

Kenapa saya suka tolong awak raihana ?

******

Raihana dan ariel keluar dari perut kereta setelah kereta ariel sudah selamat mendarat dihadapan rumah banglo encik zamarul . Raihana pandang ariel yang mula mendekatinya .

"Kereta awak nanti saya akan call mekanik untuk hantar kereta awak dekat bengkel nanti . Awak tak perlu risau ." jelas ariel . Raihana angguk sikit .

"Te - te - terima kasih , sebab tolong saya . Saya masuk dulu ." raihana melangkah masuk dengan menunduk kepala . Ariel menghantar kelibat raihana dengan wajah kerisauan .

"Haish !" ariel mengeluh seketika . Dia akan menunggu raihana masuk ke dalam rumah dahulu , barulah dia akan pulang . Entah kenapa hatinya risau sangat melihat keadaan raihana seperti itu .

Raihana , raihana . Awak memang tak pernah berubah .

*****

Rambut yang basah dikeringkan menggunakan tuala mandi . Raihana mula menghampiri katil bersaiz queen dan melabuhkan punggung di tirai katil . Buat sekian kalinya raihana mengeluh panjang . Ingatannya mula melayang memikirkan ariel yang selalu sahaja muncul ketika dia ada kesusahan .

Sudah dua kali ariel menolongnya . Tapi perasaan tak suka kepada ariel masih ada dalam dirinya . Entah kenapa dia susah sangat nak buang perasaan itu . Mungkin sebab kisah silam dia ? Lebih kurang dendam lah . Tapi tak elok pulak berdendam dengan orang .

"Ah lantak lah ! Aku tak mintak pun pertolongan dia . Dia yang acah hero !" raihana berkata demikian . Langsung tiada perasaan 'hargai' dalam dirinya apabila seketul ariel cuba menolongnya dalam kesusahan .

Ego seorang perempuan !

"Lagipun kalau dia tak ada tadi , mesti aku dah ...." raihana berdecit apabila tak sanggup nak habiskan ayat terakhirnya . Bibir digigit .

"Abang , sayang ?" raihana mengaju perkataan yang digunakan lelaki asing sewaktu di hadapan butiknya . Dia anggap aku ni siapa ? Dia kenal aku ke ? Haih rai , orang kalau dah mabuk mana dia ingat apa-apa ? Entah-entah dah gila !

"Aku harap , lelaki tadi takkan ganggu aku lagi . Amin !" raihana cuba tersenyum walhal hatinya masih ragu-ragu dengan kepercayaan . Buat seketika raihana memandang ke arah telefon bimbitnya yang hanya sunyi sepi .

"Ada tunang macam tak ada tunang pulak ." jelas terlihat wajah raihana tampak redup . Seolah-olah sedang bersedih lagi . Kemana awak menghilang naqif ?

******

"Hah ?! Kau tutup butik hari ni ? Kenapa ?! Kau demam ke ?" nurul bertanya dengan suara hampir terkeluar . Ini belum face to face lagi , nasib baik dalam telefon je . Fuh !

"Wo wo wo . Kau ni kalau tanya macam tak rupa tanya tau . Boleh tak suara kau tu slow sikit . Macam lagu kerna ku selow , sungguh selow , sangat selow tetap selow . Hah gittew !"

"Banyak lah kau ! Yang selow tu kau ! Cepat lah bagitau kenapa kau tutup butik ?"

Raihana sengih kambing . Nasib baik dalam fon kalau depan nurul dah lama kena tokok kepala dengan Minah tu !

"Cerita dia panjang lah nurul . Aku just boleh pendekkan cerita dia ."

"Hah apa dia ?" nurul tak menyabar .

"Aku hampir kena rogol , so aku tutup lah butik tu sehari ."

"What ?! Rogol ?! Kau biar betul weh ? Jangan main-main ?" terkejut beruk nurul mendengarnya . Fuyo scary gila !

"Kau ingat aku suka main-main ke ? Kalau main badminton aku nak lah ."

"Rai , omg ! Kau okay ke tak ?" nurul bertanya dengan suara sedih . Mana tak sedih , kawan hampir kena rogol kut ? Cuba terkena dekat diri sendiri , demam sebulan ! Sudahlah tunang orang ! Memang tempah maut betul orang tu .

Raihana senyum nipis .

"Aku okay . Nasib baik ada seseorang tolong aku ." anak mata terarah ke arah ariel dari jauh yang sedang bercakap dengan seorang mekanik . Hari ni raihana akan ambil keretanya di bengkel . Walaupun sekadar pancit , ahaks !

Nurul yang dalam talian berkerut kening .

"Seseorang ? Siapa ? Lelaki ke ?" nurul menyoal siasat . Laju betul dia nak tahu seseorang individu tersebut yang sudah menolong sahabat baiknya .

"Rai , oh rai ."

Raihana masih merenung ariel dari jauh dengan senyuman nipis . Panggilan dari nurul diendahkan .

"Sara raihana !"

Masih tetap begitu . Wajah kacak yang dimiliki ariel tiba-tiba sahaja menjadi tatapannya . Tersenyum-senyum dia melihat ariel dari jauh .

Tiba-tiba .

"Ehem !"

Raihana tersentak . Aik ? Sejak bila ariel ada depan aku ? Bukan ke tadi dia tengah borak ? Aduh malunya !

"Bercakap dengan siapa tu ?" tanya ariel sambil menjuihkan bibir ke arah telefon bimbit raihana . Raihana menjauhkan telefon bimbitnya dan terus matikan panggilan tersebut .

Oh kesian nurul .

"Tak ada siapa ." riak wajah dikawal sehabis baik .

"Awak tenung siapa sampai saya datang dekat awak pun awak tak perasan ?" ariel berpeluk tubuh sambil tersenyum melihat raihana . Ala cover malu lah lettew !

Raihana basahkan tekak ..

"Emmm ... mana saya tenung siapa-siapa . Ah saya balik dulu lah , assalammualaikum ." raihana ingin memboloskan dirinya ke dalam perut kereta , tetapi terbantut apabila terlupa nak cakap sesuatu pada ariel .

"Thanks you sebab dah tolong saya semalam dengan hari ni . Saya pergi dulu ." raihana bergegas masuk ke dalam perut kereta . Ariel sekadar memberi senyuman .

"Walaikumsalam ,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience