Bab 27

Romance Series 185332

Raihana gigit bibir sambil bersendirian di meja kaunter , menunggu kedatangan ariel yang dari tadi tidak kunjung tiba . Mungkin masih marah lagi pada raihana ?

Mata turun memandang nasi goreng yang dimasak oleh ariel . Rasanya nasi goreng ni akan sejuk kalau dibiar lama . Raihana ketuk meja seketika , sesekali matanya naik memandang anak tangga , berharap yang ariel akan turun bawah .

"Ariel ni marah lagi ke dekat aku ?" gumam raihana perlahan seraya menghela nafas malas . Boleh tahan jugak dia punya marah tu . Selepas berapa minit berkira-kira untuk membuat keputusan , akhirnya raihana bangkit dari kerusi dan menyusun langkah ke arah tangga .

Dengan perlahan-lahan raihana memanjat tangga . Kemudian dia menuju ke bilik ariel , oh ya sekarang mereka bukan satu bilik lagi , sudah di asingkan . Ini pun sebab permintaan raihana .

Seterusnya , tombol pintu dipulas lalu kaki melangkah masuk ke dalam perut bilik . Setapak demi setapak raihana mendekati ariel yang sedang berselubung dalam selimut . Kemudian raihana melabuh punggung di tirai katil bersebelahan ariel . Dipandang ariel yang masih berada dalam selimut .

"Awak , marah lagi ke ?" raihana bersuara memujuk si sang suami . Rasanya ni baru pertama kali ariel marah padanya .

Ariel tidak memberi respons . Masih tetap dengan pendiriannya . Melihatkan ariel membatu di dalam selimut , raihana mengeluh lagi . Marah pun comel .

"Saya mintak maaf , saya tahu saya salah . Jom lah turun makan , kesian nasi goreng tunggu awak . Nanti kalau dah sejuk tak sedap pulak . Lagipun awak yang masak kan ? Jom lah ." sedaya-upaya raihana memujuk hati kecil suaminya . Berharap yang ariel termakan dengan pujukan rayunya .

Namun ariel tetap berselindung disebalik selimut , walhal dia dengar suara pujukan isterinya . Dia sengaja mahu mendengar suara pujuk raihana , dia nak raihana tahu yang dia betul-betul marah tentang ni . Dan dia nak raihana tahu siapa diri dia bagi raihana .

"Kalau awak tak nak makan tak apa lah , saya makan sendiri jelah ." raihana mengalah . Dah pujuk pun tetap macam tu , dia ingat aku ni pandai ke pujuk-pujuk orang ?

Raihana angkat punggung dari katil , baru sahaja langkahnya ingin menapak ke pintu bilik , tiba-tiba ariel bangun dari baring dan duduk di atas katil sambil memandang isterinya .

"Tak baik derhaka kat suami ." tutur ariel selamba . Langkah raihana mati di situ , perlahan-lahan dia memusingkan wajah memandang ariel di atas katil .

"Ingatkan nak marah lagi ." sindir raihana selamba . Dipandang wajah tegang ariel yang masih di atas katil .

"Saya cuma nak perhatian dari awak . Saya nak awak hormat saya sebagai suami awak yang sah . Saya tahu awak belum boleh terima saya lagi , tapi apa salahnya kalau awak pergi dan mintak izin saya dulu ." ujar ariel meluahkan rasa mahunya . Mata tepat memandang wajah bersih isterinya .

Raihana terdiam seketika tatkala suara ariel berubah ke arah dingin . Bibir di kemam dalam , seolah-olah takut dengan pandangan tepat ariel .

Perlahan-lahan ariel turun dari katil dan mula mendekati raihana . Wajah isterinya masih menjadi tatapannya . Kemudian dia berdiri dihadapan raihana seraya mencapai pergelangan tangan isterinya . Kini jarak dia dan raihana hanya tinggal beberapa inci sahaja .

"Rai , saya tahu awak tak boleh terima dengan pernikahan kita . Tapi apa salahnya kalau awak terima saya dengan cara baik ?" ariel menyoal lembut sambil menyentuh kulit tangan isterinya . Biji matanya bersambung ke dalam anak mata raihana .

Raihana pandang wajah ariel yang seolah-olah berharap dengannya . Entah lah , sejak naqif tinggalkan dia . Hati dan perasaan dia susah nak terima ariel kembali . Okay , dia mengaku yang dia pernah jatuh cinta pada ariel sejak zaman sekolah . Tapi hati dia dah cukup terseksa dengan kelakuan ariel dahulu . Jadi ada sebab ke dia kena terima ariel sekarang ?

"Saya kahwin dengan tunang orang . Awak pulak kahwin dengan bekasan tunang orang . Jadi belum cukup 100% untuk saya terima orang lain dalam hidup saya . Tapi saya akan cuba layan awak dengan baik ." jawab raihana jugak dengan bahasa lembut . Dibiarkan ariel membelai kulit tangannya .

"Rai , memang kita kahwin bukan kerana cinta .  Tapi kalau di siram dengan kasih sayang , lama-lama kita boleh jadi macam pasangan suami-isteri yang lain jugak ." ariel memujuk . Berharap sangat yang raihana akan pertimbangkannya .

"Saya masuk bilik awak sebab nak ajak awak makan . Bukan nak bahas isu ni ." pantas raihana meleraikan pegangan tangan ariel dan menonong keluar .

Ariel meraup wajah seraya mengeluh perlahan . Macam mana dia nak lepaskan raihana , kalau dia lah heronya ?

******

Raihana menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya tanpa sedikit pun membalas pandangan ariel yang sedari tadi merenungnya seolah-olah tidak mahu lepas . Dikunyah nasi goreng buatan ariel tanpa bersuara .

Dalam dua tiga suap , raihana hentikan suapannya . Lalu dia bangun dari kerusi dan menuju ke singki dan sempat dia membasuh pinggan tersebut . Selesai sahaja , dia terus menyusun langkah menuju ke tingkat atas tanpa hiraukan ariel yang masih berada di meja kaunter .

Ariel pandang susuk tubuh raihana yang sudah menaiki tangga . Keluhan kecil terbit di bibir merahnya . Macam mana saya nak buat awak jatuh cinta dengan saya rai ?

******

"No !" bella membantah . Wajahnya sudah berubah bengis sambil menatap kedua wajah orang tuanya . Memang cukup pantang kalau ada orang menyuruhnya memutuskan pertunangan dia dengan ariel .

"Bella takkan putuskan pertunangan ni . Ariel tetap milik bella sampai bila-bila ." putus bella muktamad . Dikacip gigi tanda-tanda yang dia tidak main-main dengan keputusannya .

Datin sri zareena dan Datuk sri khaleed berpandangan sesama sebelum wajah dipalingkan semula ke arah bella .

"Bella , ariel dah kahwin . Putuskan jelah hubungan ni , dah tak bermakna lagi buat kami ." datuk sri khaleed membidas tindakan anaknya . Dah terang lagi bersuluh yang ariel dah tak sayangkan anaknya , jadi buat apa anak perempuannya menyimpan lelaki tak guna tu lagi ?

"Tak bermakna buat mummy and daddy , tapi bermakna buat bella . Bella cintakan ariel , takkan mummy and daddy tak nampak yang ariel dirampas ?" airmata bella sudah tertumpah di pipi . Wajahnya sudah kemerahan .

"Bella cintakan ariel . Tapi ariel dah tak cintakan bella . So that's mean , hubungan bella dan ariel dah tak ada hala tuju lagi . Jalan yang terbaik , bella berpisah dengan ariel . Teruskan kerjaya bella sebagai artist dan lupakan ariel ." ujar datuk sri khaleed dengan lancar . Dia bukan apa , dia mahu yang terbaik buat anaknya . Dia tak nak sia-siakan masa depan anaknya .

"No , bella tetap tak nak berpisah dengan ariel . Bella akan buat apa saja demi ariel . Dan bella takkan lepaskan ariel dekat tangan orang lain . Sampai bila-bila pun bella takkan bagi ariel bahagia dengan perempuan tu ." tutur bella meluahkan rasa mahunya . Dia dah tak kisah apa jua keadaan , dia tetap mahukan ariel .

Kalau tentang ni akan tempias kepada kerjanya , dia dah tak kisah . Apa nak jadi jadi lah ! Asalkan ariel dan isteri dia bercerai !

"Bella boleh tak jangan buat benda yang mummy dengan daddy tak suka ." datin sri zareena mencelah . Risau dengan keadaan anaknya sekarang , betul-betul nampak macam orang dah tak tentu arah .

Bella diam , malas mahu membalas kata-kata datin sri zareena .

"Bella , banyak lagi lelaki dekat luar sana . Kenapa bella masih letak kepercayaan dekat ariel ? Lelaki tu dah tak sayangkan bella macam dulu lagi . Daddy sendiri yang boleh carikan ganti ariel untuk bella ." datuk sri khaleed tidak berpuas hati dengan kedegilan anaknya . Kenapa masih nak terhegeh-hegeh sedangkan ariel sudah terang-terang jatuh cinta pada orang lain ?

"Dalam hati bella ada nama ariel je . So daddy tak perlukan susah-susah carikan orang lain untuk bella . Sampai mati bella takkan lepaskan ariel ." balas bella selamba seraya bangkit dari kerusi empuk dan berlalu pergi meninggalkan kedua orang tuanya .

Datin sri zareena dan datuk sri khaleed tercengang melihat anaknya . Sampai macam tu sekali ? Agaknya anak dia tu buta kut ?

"Salah saya jugak sebab tak didik anak saya dengan betul ." gumam datuk sri khaleed perlahan . Datin sri zareena menggosok bahu suaminya , ingin memberi ketenangan di situ .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience