Bab 4

Romance Series 185331

"Sayang , dah berapa jam you shopping . Tak penat ke ?" ariel menghela nafas penat . Yang butik ni pun satu , buat apa lah bukak waktu malam macam ni ? Dia tak tahu ke tunang aku ni kuat shopping ?

Bella pusing muka , pandang wajah ariel yang sepertinya malas mahu melayan perangainya .

"You ni kan bie , tak pernah nak rajin bila i suruh you teman i pergi shopping ! Ada je benda yang tak kena . Tengok la muka tu , dah macam kambing !" hambur bella dengan wajah bengis . Bukannya selalu dia ajak tunang kesayangannya pergi shopping . Baru hari ni dah selebet muka tu !

"Kambing , kambing ni jugak yang teman you tau . Tak ada lah , you kalau shopping memang tak ingat dunia . I ni dah mengantuk dah ." adu ariel dengan suara menahan kantuk . Buat seketika itu dia menguap .

Bella pandang wajah ariel dengan tidak puas hati .

"Kalau i bagi you penumbuk , apa you rasa eh ? Baik you berhenti bebel , kalau tak i suruh you bayar semua baju yang i beli . Nak ?!" bella menjegilkan matanya ke arah ariel . Ingin mengugut ariel ketika ini .

Dengan nada malas , ariel akur jugak dengan kata-kata bella . Bella kalau dah kata A makanya A lah . Dah tak boleh sebut B dah , sebabnya tuan puteri kita ni nak menang aje .

"Jom , i nak bayar baju i ." walaupun ariel selalu menjadi mangsa penemannya , namun dia tidak pernah menyuruh ariel membayar semua baju-baju yang dia beli . Kerana bagi dia , harta dia adalah harta dia . Sesetengah wanita ada yang mengada-ngada menyuruh pihak lelaki membayar semua barang-barang mereka . Ala nak kikis harta lah tu !

******

"Lepas ni you nak pergi mana ?" ariel menyoal sambil menyua satu suapan spaghetti . Anak mata menatap wajah cantik bella yang sedang berkira-kira . Minta-minta lah bella ubah fikiran . Jangan dia nak shopping lagi sudahlah .

"I rasa kita balik lah . Muka you pun nampak macam monyok je . Tak best langsung keluar dengan you !" dalam rasa kasihan terhadap tunang , masih ada rasa sakit hati . Ariel menghela nafas lega .

Fuh ! Nasib baik muka monyok aku ni menjadi .

"Next time i promise yang i akan teman you pergi mana je yang you nak ." ariel menabur janji sambil berikrar dihadapan bella . Ceh ariel bukan main kau berjanji eh !

"Emm i dah malas nak percaya dengan janji you tu ." bella tayang wajah bosan . Hilang terus semangat ariel apabila bella mengeluar kenyataan seperti itu .

"Sayang ... i nak tanya you sikit boleh ?" lambat-lambat ariel bertanya . Wajahnya sudah berubah ke arah lain . Bella angkat kepala tanda memberi respon kepada ariel .

"Hmmm ... you bila nak kahwin dengan i ? Dah lama kan kita tak bincang pasal ni ? I rasa kita patut halalkan hubungan kita lah ." teragak-agak ariel berkata dihadapan bella . Dia bukan apa , kalau dia bercakap soal ni pasti bella melenting . Ni tak tahu okay ke tak ?

Wajah bella sudah berubah menjadi ketat .

"Ariel i busy lah . I'm not ready . I kena pentingkan karier i sebagai artist . You know what , i tak sempat nak discuss pasal ni dengan you . I'm really busy and i really sorry , i'm not ready ." ungkap bella dengan wajah serba tak kena . Kan dah cakap . Pasti banyak bagi alasan .

Ariel mengemam bibir sebelum dia mengeluarkan kata-kata .

"Not ready ? okay , but why do you want to get engaged to me if you're still not ready ?" ariel bertanya dengan nada sarkastik . Wajah bella direnung sedalamnya .

Bella berdecit perlahan sambil memegang dahi . Masalah kalau ariel dah ubah topik ke alam perkahwinan . Mata naik memandang wajah ariel ketika ini .

"Bie , you nak cari gaduh dengan i ke ?" bella menyoal dengan wajah tegang . Langsung tiada riak wajah tenang .

"No i tak cari gaduh dengan you . I cuma tanya kenapa you terima i sedangkan i ajak you discuss tentang kahwin pun you bentak . Baik i kahwin dengan orang lain je ." ariel tayang wajah selamba sambil menyedut sedikit air berperisa mangga . Mata berpura-pura memandang ke arah lain , walaupun dia tahu ketika ini bella sedang merenungnya dengan tajam .

"Oh you nak kahwin dengan orang lain ? You tahu tak , kenapa i terima you sebagai tunang i ? Sebab i nak you jadi milik i sorang ! Tapi you tak pernah faham i . I setia tunggu you bertahun-tahun belajar dekat london tu . Hanya sebab i nak ikat you jadi milik i sorang je ." hujah bella , meluahkan rasa sayangnya terhadap ariel . Penuh dalam dia menatap wajah sang tunang saat ini .

"I tak rasa pun you tunggu i . I rasa macam i yang tunggu you ." balas ariel berlagak selamba lagi . Dia bukan apa , dia cuma mahu menghalalkan hubungannya bersama bella . Itu aje ! Tapi lihat sahajalah cara percakapan bella kepadanya ? Macam nak tak nak aje ?

Bella diam selepas itu . Dia seakan-akan kalah berlawan mulut bersama ariel . Tanpa dia sedari , ariel menarik tangan gebunya dan mengelus lembut . Bella sedikit tergamam .

"I cuma tak nak kehilangan you . I harap you faham i ." ujar ariel , seolah-olah berharap kepada bella agar memahami kehendaknya . Bella terdiam sekali lagi .

Oh my god ariel !

******

Disebabkan hari ni ketagih nak mencari novel , Raihana putuskan untuk mencari di kedai buku . Memang hobinya suka membaca novel , pelik kan ? Owner butik tapi hobi suka membaca novel . Ala , apa lah heran sangat . Bukannya buat benda tak berfaedah !

Sedang Raihana mencari novel di rak-rak buku , tiba-tiba ada seorang lelaki menariknya ke dalam pelukan tanpa disedari . Raihana tergamam dengan tindakan pemuda itu . Apabila mata mereka mula bertentangan lama bagaikan ada magnet membuatkan Raihana tercekik tulang .

Ariel ?!

Raihana pantas menolak dada ariel ke belakang . Wajahnya sudah berkerut tanda marah dengan perilaku ariel sebentar tadi . Dia buat apa dekat sini ?

"Hey ! Sesuka hati awak je nak peluk saya kan ?! Memalukan !" raihana tidak tunggu lama , terus dia memarahi ariel di depan khalayak orang ramai . Ah suka hati lah , siapa suruh peluk aku ? Kan dah mendapat !

Ariel menayang wajah tenang . Anak mata menikam wajah raihana yang sudah berapi seakan-akan ingin meletup .

"Saya cuma nak tolong awak . Tadi ada buku hampir nak jatuh atas kepala awak . Lain kali hati-hati , assalammualaikum ." ucap ariel dengan lagak tenang . Tanpa menunggu dari balasan raihana , dia mula berlalu pergi dengan gaya tampannya .

Raihana menelan air liur .

"Waalaikummusalam ,"

Oh ! Jadinya aku lah yang memalukan ? Ah malunya ! Dia mati-mati ingat ariel ingin merabanya , tapi silap menilai pulak . Tak sangka ariel sanggup menolongnya ? Kiranya jadi hero lah ni ?

Ah ! Dungu betul kau rai !

Hampir kesemua manusia di kedai buku memandangnya dengan wajah berkerut . Erk ? Pasti diorang fikir aku dah gila kan ?

Ah ! Macam mana ni ?

*****

Raihana menepuk-nepuk pipinya berulang kali apabila ingatannya kembali menerjah peristiwa tengahari tadi . Menjadi serba-salah pulak raihana apabila menuduh ariel sebegitu . Dalam tak sedari , Nurul memerhati tindak tanduk kawannya .

Nurul dekati raihana yang sedang berada di kaunter . Wajah cantik raihana dipandang lama .

"Kau ni dah gila ke main tepuk-tepuk pipi ?" soal Nurul , sarkastik . Kerutan di dahinya makin menjelas .

Raihana pandang Nurul .

"Haish ! Nurul ,"

"Apa ?"

"Aku ni memang suka tuduh orang ke tanpa usul periksa dulu ?" raihana menanya dengan waja sebek . Nurul tarik wajah pelik .

"Ada lah jugak ." nurul angguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan jawapan yang diberikan . Raihana hendak nangis .

"Nurul !!!! Macam mana ni ?" tiba-tiba raihana menjerit sambil mengeluarkan suara sedih . Nurul cemas .

"Eh eh kau kenapa ?"

"Tadi , aku terserempak dengan ariel ." raihana sudah bercerita .

"Okay so ?"

"Dia peluk aku ! Tapi ..... dia cuma nak tolong aku sebab ada buku tebal nak jatuh atas kepala aku . So dari situ lah aku cakap yang dia tu memalukan . Aku mati-mati ingat yang dia nak raba aku . Haish ! Malunya aku !" raihana tutup muka menggunakan tapak tangan . Rasa nak meraung kuat-kuat pun ada !

Bebola mata nurul terbuntang luas . Bibirnya sudah melopong luas .

"Serious lah dia peluk kau ? Wau macam dalam drama pulak !" nurul tersengih-sengih memandang raihana yang masih menutup wajah .

Mendengar sahaja jawapan dari Nurul , raihana pantas membuka wajahnya dan memandang nurul dengan tajam .

"Kau gila ke apa ?! Kalau naqif tau masalah tau tak ! Dah lah aku ni tunang orang ." raihana tayang wajah sedih .

"Ala , bukannya dia tahu pun ." nurul balas dengan wajah selamba . Terkejut raihana dengan tindak balas nurul .

"Kau ni kan ! Aku tengah serious kau main-main pulak ? Buang masa aku je mengadu dekat kau ! Ergh !" lantas itu raihana mengorak langkah ke arah bilik kerjanya yang sememang menjadi tempat peribadinya . Nurul mencebik apabila kelibat raihana sudah hilang dimatanya .

"Ala , bergurau sikit pun marah ." gumam nurul perlahan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience