Bab 16

Romance Series 185331

Raihana merenung ke arah kaca telefon , seolah-olah sedang menunggu panggilan dari naqif . Namun hampa . Langsung tidak ada tanda-tanda yang naqif peduli tentangnya . Lagi sekali airmata raihana menitis buat kali keberapa pun tak tahu lah , rasanya mata dia pun sudah penat keluarkan cecair jernih .

Majlis akad nikah yang berlangsung tengahari tadi sudahpun berakhir dalam pukul 1:00 tengahari tadi . Alhamdulillah mereka sudahpun sah menjadi suami-isteri . Namun bala bencana pasti wujud esok pagi . Lihat sahaja lah raihana berkahwin dengan siapa ? Tunang selebriti paling popular kut ?

Dan hari persandingan dibatalkan atas sebab kemahuan Raihana yang jelas yang tak berminat . Ariel dan yang lain hanya menuruti kehendak Raihana , lagipun dalam keadaan getir begini memang membuatkan Raihana malas berfikir untuk menyambut majlis persandingan dia . Dia masih kecewa dengan perbuatan naqif yang tak berfikiran rasional .

Bodoh !

Hari ini hari yang paling kecewa buat dia , hatinya benar-benar remuk dan hancur . Sudah tiada tanda-tanda untuk bercantum lagi . Raihana akur dengan dugaan dia yang ada sekarang , dia sedar yang selama ni dia telah ditipu oleh naqif .

Dia macam tak percaya yang dia bertunang dengan suami orang ? Benar atau tidak itu dia tak tahu . Sama ada dia yang merampas atau perempuan itu yang merampas . Hanya tuhan sahaja yang tahu semuanya .

"Call siapa ?" ariel muncul dari arah belakang , perlahan-lahan dia berdiri disebelah raihana . Anak mata naik memandang dada langit sambil tangan berpegang pada palang balkoni .
Raihana sedikit tersentak . Perlahan-lahan matanya memandang ariel yang berada disebelahnya . Pertanyaan dari ariel dibiar sepi .

"He was already far away from you . It's all over . Wouldn't you still want to wait for him ?" sambung ariel yang kini mata memandang segenap wajah cantik raihana . Raihana senyum sinis .

"I need an explanation ."

"Explanation for what ? Awak dah nampak dengan mata kepala awak sendiri yang dia dah mainkan awak ." laju ariel membalas . Anak mata merenung sedalam-dalamnya bebola mata raihana .

Raihana tahan rasa .

"Tapi kenapa awak terima saya ? Kenapa awak sanggup gantikan naqif untuk saya ? Awak dah lupa status awak ke ? Macam mana saya nak hadap esok pagi ? Awak memang betul-betul tempah maut ! " raihana hambur semua luahan hatinya . Dia sebenarnya tak nak pun kahwin dengan ariel , tapi dah tiada cara lain . Raihana terpaksa mengambil jalan seperti itu .

And dia akan pastikan yang dia takkan jatuh cinta dengan manusia yang bernama ariel hamka . Yes !

"Saya tak boleh nak bagi jawapan buat masa sekarang ." mendatar suara ariel .

"Why !" raihana tayang wajah geram . Gigi di kacip .

"Sebab saya tak ada jawapan ."

"Nonsense !" getus raihana sambil bercekak pinggang .

"Ikut suka hati awak . Tapi sekarang saya nak awak tahu yang .. saya akan jaga awak ." tutur ariel ikhlas . Ingin sahaja dia memeluk tubuh isterinya , tapi apakan daya raihana tidak mencintai dia dan mereka berkahwin pun atas sebab maruah keluarga .

Ops salah ! Dia berkahwin sebab nak tolong raihana dan jugak keluarga kakak mamanya , mak long dan pak long .

"Dengar sini ariel , sampai bila-bila pun saya takkan sesekali jatuh cinta pada awak . Dan pastikan jangan libatkan saya dalam masalah awak dengan tunang awak . That's all !" raihana angkat kaki dan berlalu pergi tinggalkan ruang bilik .

Ariel menghantar kelibat raihana sehingga hilang di pandangannya . Kemudian dia mengeluh perlahan .

"I do all this because i know that you are a weak person ." ungkap ariel perlahan sebelum mata kembali memandang dada langit yang penuh dengan kerlipan-kerlipan bintang . Ariel senyum nipis .

Raihana hempaskan punggung di kerusi meja kaunter dengan wajah kosong . Seketika kemudian airmata kembali merembes laju . Kenapa aku terlalu lemah ?! Aku penat menangis hari ni ! Tolong lah cekalkan hati aku .

Raihana terus benamkan wajah di meja dengan berlapikkan tangan sambil bahu terhenjut-henjut menahan tangisan . Dia terlalu lemah untuk hadapi dugaan ini . Kenapa orang itu harus ariel ? Kenapa dia yang selalu nak tolong aku ? Kenapa waktu aku susah dia jugak yang muncul ? Kenapa ?!

Tersedu-sedu raihana menangis di dapur . Hatinya betul-betul meruntun pilu , hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini apabila mendapat tahu orang yang kita percaya telah mempermainkan perasaan kita selama ini .

"Awak memang tak guna naqif ! Tak guna !" jerit raihana yang masih benamkan wajah di meja . Wajahnya sudah basah lencun . Seharian dia menangis hari ni . Ingatan dia selalu melayang pada naqif .

Yang dia paling sakit hati apabila mendapat tahu yang naqif sudah berkahwin dan jugak mempunyai sorang anak . Terasa nak terjun bangunan lima puluh tingkat pun ada .

Sedang raihana melepaskan tangisan di dapur . Tiba-tiba dia terasa bahunya ditarik lalu di dakap kemas . Raihana tergamam apabila tangan sasa ariel melingkar pada lehernya .

"Teruskan menangis . Saya tahu awak tak kuat ." ujar ariel perlahan di cuping telinga raihana . Raihana terasa aneh tatkala berada di dakapan suaminya . Terasa tenang sekali , dan yang paling pelik dia hanya biarkan sahaja perbuatan ariel .

Selalunya dia menolak sekeras-kerasnya ? Tanpa rasa malu , raihana kembali melepaskan tangisan di dada bidang ariel sehingga basah baju lelaki itu .

Ariel menepuk perlahan belakang badan isterinya , ingin memberi kekuatan di situ . Dia jugak tahu yang raihana perlukan seseorang disisi .

"Jangan pernah berhenti untuk lepaskan tangisan raihana , kerana saya masih ada disamping awak ." bisik hati ariel . Lalu tubuh raihana dipeluk erat .

******

Ariel merenung wajah raihana yang sedang lena dibuai mimpi . Jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja . Ini lah peluang untuk dia menatap wajah cantik raihana secara dekat .

Selepas raihana menangis semahu-mahunya di dapur sebentar tadi . Ariel mula perasan yang raihana sudah lena di dada bidangnya . Sempat jugak lah dia ketawakan raihana , elok-elok sedap menangis , dengan sukarela dia tidur dekat dada aku eh .

Dan disebabkan itu ariel mencempung tubuh isterinya , lalu dibawa ke bilik . Mungkin penat sangat raihana hari ni , itu yang tertidur di dadanya . Kesian raihana , terpaksa menanggung semuanya .

Sumpah ariel cakap , kalau dia jumpa naqif , memang teruk lelaki itu dikerjakan . Sudah dapat yang elok lagi cantik , senang-senang aje dibuang macam tu . Kurang ajar betul !

Tangan ariel naik menyentuh rambut raihana yang terjuntai di dahi lalu dibawa ke belakang telinga . Kemudian dia membelai pipi cantik raihana .

"Kenapa saya selalu tak nak biarkan awak susah ?" soal ariel sendirian . Nafas dihela berat . Entah mengapa hatinya tenang bila bersama Raihana ? Entah macam mana dia boleh terima raihana dalam hidupnya ?

Dia sendiri pelik , raihana selalu muncul dalam fikirannya . Memang dia selalu menidakkan rasa suka dia kepada raihana , tapi perasaan tu makin bertalu-talu menyerang dirinya . Ah ! Kenapa kau rasa macam ni ariel ?

"Saya akan bahagiakan awak tak kira masa . Dan saya akan ubatkan luka awak sampai sembuh ." ariel ucap penuh dengan kasih . Dibelai anak rambut isterinya sambil merenung wajah cantik raihana yang sedang lena disebelahnya .

You will be beside me .

******

Raihana bukak mata dengan perlahan . Apabila sahaja matanya dibuka , terus terkejut dia tatkala melihat wajah ariel yang lena disebelahnya . Tersentak dengan itu , dia pantas bangun dari baring dan bersila di atas katil .

"Ah ! Macam mana aku boleh tidur dengan dia ni ?" gumam raihana perlahan . Di picit dahi yang terasa sengal , mata masih terasa kabur .

"Sejak awak tidur atas dada saya ." ariel bangun dari baring dan bersila disebelah raihana . Satu senyuman manis dilempar kepada raihana .

Raihana terpempan . Hampir sahaja dia jatuh katil . Raihana pandang ariel dengan wajah masam .

"Saya nak mandi ." raihana cepat-cepat turun dari katil . Tapi perbuatannya terhenti apabila ariel menarik tangan raihana dan pantas dia melabuhkan kepalanya di bahu kanan raihana .

Raihana terkesima . Matanya turun melihat ariel yang sepertinya sedang tidur di atas bahunya . Oh my god !

"Apa yang awak buat ni hah ?" raihana bertanya kasar .

"Please give me five minutes ." serak basah suara ariel membalas sambil memejam mata .

Raihana diam . Tiba-tiba dia terasa akur dengan kehendak ariel . Dia seolah-olah patung yang berada disebelah ariel . Dia hanya biarkan sahaja kepala suaminya jatuh di bahunya .

Namun matanya ketika itu terasa gatal mahu melihat ariel dari tepi . Pelan-pelan kepalanya turun ingin melihat wajah ariel , tetapi sukar untuk dia lihat sepenuhnya . Raihana gigit bibir .

Dia nak buat apa sekarang ni ?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience