Bab 37

Romance Series 185331

Raut wajah ariel dipandang raihana dengan lama , tangannya menjadi takut-takut untuk memegang segenap wajah suaminya . Kini raihana benarkan ariel tidur di kamarnya buat kali kedua . Pada awalnya , raihana larang , tapi melihatkan sahaja wajah ariel buatkan raihana rasa berdosa . Apa salahnya kalau suami nak tidur dengan isteri dia kan ?

Mata raihana tak lepas memandang wajah ariel yang lena tidur disebelahnya . Posisi ariel mengiring ke arahnya , manakala dia mengiring ke arah ariel . Jadi sukar untuk raihana memejam mata , kata-kata ariel sewaktu tadi benar-benar buatkan dia penat berfikir .

Kenapa aku payah sangat nak terima dia ? Kenapa aku terlalu banyak fikirkan perasaan cik bella sedangkan aku yang lebih berhak atas ariel . Aku sebagai isteri aku berhak dapatkan maruah aku semula . Lagipun aku tak salah , aku hanya mangsa keadaan .

Kata-kata manis dari naqif tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam ingatannya . Raihana cuba usir namun tetap sahaja kata-kata itu bermain di kepalanya .

"Kenapa awak tak bagitahu saya sebelum ni ?" naqif tampak kecewa . Dia jugak perlu tahu keadaan tunangnya macam mana !

"Saya tak nak susahkan awak ." perlahan suara raihana membalas . Matanya masih kelihatan sembab dan wajah yang tak bermaya .

Naqif hela nafas berat .

"Saya tunang awak rai . Apa-apa yang terjadi dekat awak , awak kena bagitahu saya . Tak lama lagi saya akan jadi suami awak jugak kan ? So mulai hari ni , awak tak boleh rahsiakan apa-apapun dari saya . Okay ?" naqif menatap wajah cantik tunangnya . Tangannya mula naik membelai rambut raihana .

Raihana biarkan perbuatan naqif dan hanya merenung wajah cinta hatinya . Senyuman nipis terlayar di bibir mungilnya . Perlahan-lahan kepalanya jatuh di atas bahu naqif . Bersandar penuh dengan kasih sayang .

Naqif usap ubun-ubun raihana . Mahu melemparkan kasih dia terhadap raihana . Dia mahu raihana tahu yang dia cintakan raihana , walaupun ada kisah disebalik cinta mereka .

"I love you ." bibir raihana mengungkap kata-kata romantis . Naqif senyum nipis .

"I love you too ." 

Raihana tersedar . Bibirnya mengukir senyuman pudar . Sebaliknya awak yang tipu saya naqif , kata-kata awak yang terakhir memang tampak manis tapi dalaman awak pahit . Awak bermain dengan kata-kata supaya saya dapat percayakan awak , Sampainya hati awak naqif ..

Airmata jernih raihana berciciran jatuh di pipi gebunya . Merasakan sakit yang bertalu-talu di hati . Patut ke aku terima ariel ? Raihana mengesat airmata dengan kasar sebelum dia memejam mata dengan rapat .

******

Kaki menuju ke arah dapur apabila rongga hidung terbau sesuatu yang menyenangkan . Susuk tubuh belakang raihana dipandang ariel bersama senyuman manis . Kelihatan raihana sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi . Ariel mengambil tempat .

"Morning ." ariel bersuara perlahan . Raihana pusingkan tubuh menghadap ariel apabila suara itu menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya . Wajah senyuman ariel yang tampak manis itu menyapa pandangan raihana .

"Morning ." segaris senyuman sikit dari raihana terukir di bibir mungilnya . Sejurus itu , dia menghampiri ariel bersama teko teh . Punggung dilabuh di hadapan ariel .

"Mama saya ada call awak semalam ?" ariel menyoal sambil anak mata memandang tindak-tanduk raihana yang sedang mencedok nasi lemak ke dalam pinggan suaminya .

"Tak ada pun ." raihana membalas seraya menggeleng kepala . Sambal nasi lemak di tarut tepi nasi . Kemudian pinggan di serah kepada ariel . Hari ni sempat dia masak nasi lemak untuk ariel , alhamdulilah .

"Oh , saya ingatkan mama ada telefon awak ."

"Kenapa ?" kening raihana jongket kedua-duanya .

"Tak , dia cuma risau dengan keadaan awak . Lepas apa yang jadi dekat butik awak , dia terus tanya khabar awak dekat saya . Risau sangat mama dekat awak ." ariel menghulur senyuman nipis . Raihana ketawa sikit .

"Ala mama tu suka sangat risau pasal saya ."

"Dah menantu dia , takkan dia tak risau ." sengih ariel . Suapan ketiga menyambut ke dalam mulutnya . Raihana senyum sikit .

"Hari ni awak balik pukul berapa ?" soal raihana lambat-lambat .

"Emm , lambat sikit lah ." balas ariel . Ada masalah yang perlu dia selesaikan hari ni . Dan masalah tu berkaitan dengan bella .

"Oh , okay ." raihana tampak kecewa . Senyuman nipis terukir dibibir merahnya . Dia ingatkan ariel akan pulang pada jam awal , yela dia kan sekarang dah tak ke butik . Atas sebab nak perbaiki semula kerosakan barang-barang di butiknya . Jadi , hari ni terpaksa la dia berseorangan di rumah sementara menunggu kepulangan suaminya .

Inshallah , esok bakal bermula untuk menguruskan butiknya . Mungkin akan siap dalam sebulan . Terpaksalah dia tangguh seketika tempahan customer . Tapi Inshallah , siap sahaja membaiki kerosakan butiknya dia akan kembali semula pada butiknya . Bosan lah tak buat kerja kan ?

"Saya pergi dulu , takut jalan jem ." ariel sudah bersiap-siap mahu bangun dari kerusi . Raihana segera bangkit dari kerusi tatkala melihat gerak-geri suaminya . Terus raihana membuntuti ariel dari belakang .

Sampai sahaja di pintu rumah , raihana menghulurkan kedua tangannya tanda-tanda ingin bersalam dengan suaminya . Ariel senyum sebelum tangannya menyentuh kulit tangan isterinya .

"Hati-hati ." raihana senyum sikit apabila selesai menyalami tangan suaminya . Ariel angguk mengerti .

"Jaga diri , jangan keluar tanpa bagitahu saya ." ariel menitipkan pesanan kepada raihana . Raihana tayang wajah bosan .

"Baiklah encik suami ."

"Bye , assalammualaikum ." ariel senyum manis sambil mengucap salam .

"Walaikumsalam ."

******

Ketukan pintu rumah yang bertalu-talu buatkan raihana mengerut kening . Siapa pulak yang datang waktu petang macam ni ? Tanpa sebarang rasa takut , raihana membuka pintu rumah .

Terpampang jelas susuk tubuh puan Aisyah di muka pintu . Raihana mengulum senyuman takut-takut .

"Lah , mama . Ingatkan siapa lah tadi ." raihana sengih sebelum tangannya menyalami kedua belah tangan ibu mertuanya .

"Masuk lah ma . Sorry tadi rai dalam tandas ." raihana menjemput puan Aisyah ke dalam . Kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke ruang tamu .

"Ariel tak balik lagi ke ?" puan Aisyah menyoal setelah punggung melekat di kerusi empuk . Wajah bersih menantunya dipandang minat .

Raihana sengih payah seraya melabuh punggung di hadapan puan Aisyah .

"Ariel dia balik lambat sikit hari ni . Mungkin sibuk dengan kerja ?"

"Daripada dia sibuk dengan kerja , baik dia jaga rai dekat rumah . Macam lah tak boleh cuti ." omel puan Aisyah sedikit berubah wajah . Raihana senyum sikit .

"Tak apa , rai okay dekat sini ."

"Mama bukan apa , mama cuma risau dengan rai . Macam-macam dugaan yang datang dekat rai . Mama tak nak rai susah hati . Mama kalau boleh nak rai senang selalu . Sebab tu mama sanggup datang ke sini semata-mata nak jumpa rai ." ujar puan Aisyah penuh makna . Sedikit terharu hati raihana mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibir ibu mertuanya .

"Rai tahu . Pagi tadi ariel ada cakap yang mama risaukan rai . Mama tak perlu lah susah hati dengan rai . Rai okay je ."

"Macam mana mama tak susah hati . Ada je masalah datang dekat rai . Ni masalah butik bila nak selesai ?" dahi puan Aisyah berlapis-lapis memandang raihana .

"Pasal tu ariel cakap yang dia akan uruskan ." raihana senyum sikit . Lega jugak hati dia bila ariel mengambil berat pasalnya .

"Baguslah kalau macam tu . Mama ingatkan dia dah tak nak ambik peduli pasal rai dah ." tutur puan Aisyah sedikit risau . Bukan dia tak kenal dengan perangai anak sulung dia sorang tu . Kalau dah pentingkan kerja , mana nak ingat masalah yang lain .

"Tak ada lah . Buat setakat ni , ariel baik dengan rai . Dia layan rai lebih daripada apa yang rai sangka ." bibir merahnya mengukir senyuman manis . Tiba-tiba hatinya rasa terharu dengan cara ariel .

"Alhamdulillah kalau macam tu ." puan Aisyah jugak turut tersenyum . Bangga kerana dapat memiliki anak seperti ariel yang tak pernah lupa pada tanggungjawab .

"Ma , rai pergi buatkan air untuk mama dulu ye ."

"Yelah ."

******

Bella melangkah masuk ke dalam syarikat yang dimiliki papa ariel . Entah apa demam ariel sampai nak ajak dia jumpa di office . Dalam masa yang sama , ada terbit rasa bahagia dan dalam masa yang sama jugak ada terbit rasa risau . Mana tahu perjumpaan ni pasti ada yang tak kena .

Kaki bella menuju ke bilik kerja ariel sebelum langkahnya terhenti di meja secretary ariel . Wajah bosan ditayang .

"Cakap dekat boss you yang i dah sampai ." tangan di silang ke atas dada . Tepat anak matanya merenung hanis .

"Baiklah ." hanis akur seraya bangun dari kerusi dan menjurus ke arah pintu bilik ariel . Pintu dikuak setelah diketuk beberapa kali .

"Encik ariel , cik bella dah sampai ."

Ariel kalih wajah memandang hanis di muka pintu .

"Bagi dia masuk ." ariel memberi respon . Hanis akur dan segera memanggil bella . Bella melangkah masuk dengan wajah sombongnya .

Dia menghampiri meja kerja ariel dan berdiri tegak dihadapan . Kedua tangannya disilang ke dada dengan wajah cuba disombongkan .

"Kenapa you nak jumpa i ?" langsung bella menyoal . Dahinya berkerut memandang ariel yang tepat memandangnya . 

"I nak tanya you satu perkara ." ariel bangun dari kerusi dan berjalan dengan penuh gaya ke arah ruang sofa . Punggungnya dilekat pada permukaan kerusi empuk . Tajam matanya memandang segenap wajah bella .

Memang sengaja dia panggil bella ke sini atas kerana mahu berbincang mengenai isu butik Raihana . Dia pasti bella ada kena-mengena dengan isu ini .

Bella pusing tubuh melihat ariel di ruang sofa . Wajahnya sudah penuh kerutan di dahi . Nak tanya aku satu perkara ? Ariel ni dah gila ke apa ? Bukan ke hari tu kata dah tak nak ada apa-apa lagi dengan aku ? Ni dah kenapa sibuk nak cari aku lagi .

"You nak bincang apa lagi dengan i ?" bella menapak ke arah ariel dan mengambil tempat di hadapan . Bulatan wajahnya penuh tanda tanya .

"You jangan nak pura-pura lagi lah bella . I tahu ni semua rancangan you kan ?"

Bella tak senang duduk .

"You nak tuduh i apa lagi ni ? Apa yang you tak puas hati lagi dengan i ?" merah padam wajah bella pandang ariel . Jelas wajahnya kelihatan gelisah namun wajah gelisah itu cuba diganti dengan wajah tenang .

"You yang rancang semua ni kan ?" tebak ariel tanpa memberitahu hal yang sebenar lagi . Firasat hatinya terlalu yakin yang bella lah punca butik isterinya hancur dan musnah .

"Apa yang i rancang ?!" bella menengking .

"Eh bella . I tahu you yang upah orang untuk rosakkan barang-barang butik isteri i kan ? Siapa lagi orang yang berdendam dengan isteri i kalau bukan you . Please bella , jangan babitkan isteri i dalam masalah kita . Dia tak tahu apa-apa , dan dia tak salah ." ujar ariel yang ingin mempertahankan isterinya . Sungguh dia tak duga yang bella sanggup membabitkan butik Raihana dalam masalah ini .

Bella kacip gigi .

"You panggil i semata-mata nak bincang pasal ni ? Dan you sesuka hati tuduh i , cakap yang i ni punca rosaknya butik wife you tu . Apa yang perempuan tu dah mengadu dekat you hah ?! Dasar perampas !" bella tahan rasa . Ya Allah sekarang hatinya dah rasa nak meletup-letup . Macam dah tak boleh nak simpan lagi rasa marah ni .

"I cuma nak tahu kenapa you sanggup buat semua tu ? Kenapa you sanggup sebarkan nama wife i dekat seluruh media sosial ? Berapa kali dah i cakap , tolong jangan tambahkan masalah i . Antara kita berdua dah tak ada apa-apa lagi bella ." tutur ariel laju . Penuh yakin dia mengeluarkan kenyataannya . Dia sangat berharap agar bella memahami kondisinya .

Kelopak mata bella tajam menikam wajah kacak ariel yang tika ini tampak marah .

"You memang jantan tak guna ariel . Sampai hati you tuduh i macam tu . You ada bukti ke ? You jangan sesuka hati nak tuduh i kalau bukti pun you tak ada . You dengar sini ariel , hidup isteri you takkan aman sampai bila-bila ! Because you are mine !"  bella senyum sinis sambil berkata bersungguh-sungguh .

"You akan menyesal lah bella !" ariel cuba mengugut diri bella . Dia jugak tidak gentar dengan bella sedikitpun . Dia akui yang bella pasti menyorokkan sesuatu benda darinya .

"Not me ariel , you yang akan menyesal seumur hidup !" bella yakin . Terukir senyuman senget di bibir merahnya . Sangat-sangat tidak takut dengan ugutan lelaki dihadapannya .

"You jangan nak babitkan isteri i bella !" satu jerkahan terbit di bibir ariel . Urat-urat di tangannya mula timbul tanda kemarahan semakin meningkat .

Bella senyum puas .

"Why ? Takut ? See you yang tak berani sebenarnya ariel . So you tak payah lah nak susahkan diri panggil i ke sini ." satu kenyitan mata diberikan . Mulanya dia ingat dia akan diambang ketakutan , tapi tidak bila dia dapat berjaya memberi kemarahan pada ariel .

"Okay lah bie , i keluar dulu . Bye sayang ." bella ketawa dibuat-buat seraya bangun dari sofa dan berlalu pergi meninggalkan bilik kerja ariel .

Ariel ketap gigi sebelum dia menumbuk permukaan kerusi empuk disebelahnya . Sungguh marah dia ketika ini .

Walau macam mana sekalipun , dia takkan biarkan Raihana disentuh orang . Akan dia awasi gerak-geri isterinya

******

Raihana mengambil mangkuk tingkat di tempat sebelah bersama senyuman manis . Hari ni baik hati pulak dia masakkan sedikit lauk untuk suaminya di office . Lagipun bukan selalu dia masak tengahari untuk ariel office . Mungkin ni kejutan untuk ariel ?

Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta , dua biji matanya menangkap susuk tubuh bella yang baru sahaja keluar dari perut syarikat milik encik zaidi bersama dua orang lelaki berbadan tegap . Mungkin tu bodyguard ?

Raihana kerutkan dahinya . Persoalannya , bella buat apa dekat sini ? Takkan nak jumpa papa ariel pulak ? Atau sebaliknya jumpa ariel ?

Raihana mula terfikir-fikir tentang kedatangan bella ke office keluarga ariel .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience