Bab 38

Romance Series 185331

Raihana mengetuk pintu bilik office ariel tatkala sudah berada di muka pintu . Tangannya erat menggenggam mangkuk tingkat yang berisi lauk-pauk .

Setelah ariel memberi respon kepadanya , Raihana membuka pintu dengan tenang . Apabila Raihana melangkah masuk , dua biji mata ariel terarah ke arahnya .

Ariel terkedu .

"Assalammualaikum ." Raihana senyum sambil meluru ke arah suaminya yang sedang berlabuh punggung di kerusi kerja .

"Walaikumsalam ." walaupun masih terkejut dengan kehadiran isterinya , namun bibir masih menjawab salam si isteri . Raihana berdiri di hadapan ariel dan meletak mangkuk tingkat itu di atas meja kerja ariel .

"Maaf , saya tak bagitahu awak yang saya nak datang office awak . Hari ni saya ada masak sikit untuk awak ." Raihana senyum sikit kepada ariel .

"Oh , okay ." ariel senyum payah sebelum tubuhnya terangkat dari kerusi .

"Kita makan dekat sofa ." ariel memberi laluan kepada Raihana sebelum mereka berdua menjurus ke arah ruang sofa . Sebenarnya dia masih terkejut dengan kedatangan Raihana ke sini , lagipun Raihana tak pernah datang ke office nya .

Hari ni tiba-tiba sahaja isterinya membawa makanan , sudahlah dia baru sahaja berkelahi dengan bella . Rasa marah dia pada bella pun masih belum hilang .

Punggung dilabuh pada permukaan sofa . Raihana segera membuka penutup mangkuk tingkat , dan terserlah lauk-pauk yang tampak selera di hadapan mata . Ariel memerhati Raihana di sofa panjang .

"Kenapa tiba-tiba awak bawak makanan untuk saya hari ni ?" soal ariel masih tidak percaya . Heh isteri bawak makanan pun disoal ?

"Sebab saya tahu awak busy hari ni , so saya bawak lah makanan untuk awak supaya kita dapat makan bersama ." Raihana senyum lebar sambil tangannya lincah membuka penutup mangkuk tingkat . Ada ayam masak lemak cili api , sayur kangkung , udang goreng dan yang last nasi putih .

Ariel senyum sikit .

"Terima kasih rai , susah-susah je ."

"Tak ada yang susah pun , awak kan suami saya ." terukir senyuman lebar di bibir merahnya . Dalam masa yang sama , ariel sedikit terharu dengan ungkapan yang keluar dari mulut Raihana .

"Makan lah ," arah Raihana yang mula mengatur nasi dihadapan ariel .

"Awak tak makan sekali ke ?" kening ariel terjongket memandang Raihana yang segak berambut panjang .

"Awak makan lah dulu ." balas Raihana seakan menyuruh suaminya yang dahulu merasa masakannya . Ariel akur sambil memegang sudu dan garfu .

Sedang enak ariel menjamu selera , mata raihana setia memandang gerak-geri suaminya walhal dalam hati masih tertanya-tanya dengan kehadiran bella ke tempat kerja suaminya .

Haih , makan pun hensem ke ? Patut lah si bella tu susah nak lepaskan Mamat ni .

"Dari tadi tenung saya . Ke memang dah plan nak tengok muka saya je ?" ariel senyum simpul sambil mengunyah nasi berserta lauk . Raihana mencebik .

"Tak ada maknanya . Saya memang datang sini nak ajak awak makan je okay ."

"Dahtu takkan nak biar saya makan sorang je , awak pun join lah sekali ." mata merenung segenap wajah raihana yang dari tadi hanya memerhatinya .

"Tak apa , saya memang nak awak makan je dulu ." tolak raihana lembut . Kali ni ariel tidak membalas , dia menyuakan suapannya tanpa membalas apa-apa .

"Awak ..." lambat-lambat raihana memanggil ariel . Wajahnya berubah serius .

"Ye ?"

"Tadi saya nampak cik bella keluar dari office awak . Dia buat apa datang sini ?" akhirnya terluah jugak soalan itu di bibir mulutnya . Bukan cemburu , tapi ingin kepastian . Iyelah , yang aku nampak tadi bekas tunang suami aku , jadi aku perlu tahu kedatangan dia ke sini kerana apa .

Suapan ariel terhenti . Tak berkelip dia memandang Raihana yang seolah-olah menanti jawapannya .

"Saya ... berbincang dengan dia pasal butik awak ." jawap ariel perlahan sambil tertunduk anak mata . Raihana mengerut kening , matanya sudah menikam wajah suaminya .

"Bincang pasal butik saya ?"

"Rai , saya yakin ni semua kerja bella . Dia upah orang lain supaya dia dapat musnahkan bisnes awak ." ujar ariel yang sentiasa yakin dengan kata-katanya . Dia betul-betul curiga dengan bella , waktu dia bahas isu butik Raihana dengan bella pun dia sudah dapat mengagak bahawa itu semua perbuatan gadis itu .

"Awak masih nak tuduh dia ?" kening raihana bergerak-gerak . Walaupun bella menganggapnya sebagai musuh , namun dia tidak pernah menyalahkan bella dalam masalah dia .

"Saya bukan nak tuduh . Tapi saya dah kenal bella dua tahun , jadi saya kenal buruk baik dia . Rai saya cuma nak tolong awak je rai . Saya yakin dia nak musnahkan awak ." tutur ariel berharap agar Raihana mengerti dengan kata-katanya . Raihana gigit bibir .

"Cik bella tu artis , saya pulak orang biasa . Saya tak boleh nak tuduh orang lain sembarangan , jadi kita hadapi sama-sama . Inshaallah , Allah akan tolong kita ." senyuman nipis terukir di dua ulas bibirnya . Kata-kata itu buatkan ariel tersenyum payah .

"Dah makan ," arah Raihana sambil memandang baki nasi yang berada di dalam mangkuk ariel . Ariel akur . Dia kembali menjamah masakan isterinya tadi .

******

Baru sahaja bella ingin membuka pintu kereta , tiba-tiba sahaja lengan kanannya dicengkam seseorang dari arah belakang . Bella terpempan tatkala matanya bertembung dengan mata helang farhan .

"What are you trying to do this ?!" bella menepis kasar pegangan farhan pada kulit lengannya . Tajam anak matanya menikam seluruh wajah tampan farhan .

"You jumpa ariel kan ?" farhan menyoal tanpa membalas pertanyaan bella . Segenap wajah bella ditatap penuh tajam dari farhan . Sungguh geram dia tatkala melihat bella memasuki ke dalam office milik keluarga ariel . Bella betul-betul mencabar tahap kesabaran dia . Sudah berapa kali dia pesan kepada bella agar tidak usah berjumpa dengan ariel lagi . Tapi tetap keras kepala !

"Kalau i pergi jumpa dia pun , apa kena-mengena dengan you ?" sinis bella berkata . Bibirnya terangkat sedikit dengan menayang wajah menyampah . Sungguh dia rimas dengan adanya farhan di sini . Setiap hari kalau boleh nak muncul dihadapannya .

Ergh ! Serabut !

"Bella please lah , jangan buat i macam ni . I tak suka you pergi jumpa dengan ariel . Hati i sakit tau tak !" bicara farhan geram . Wajahnya berubah keruh menandakan ada satu pengharapan kepada bella . Dia betul-betul cemburu kalau bella masih sayangkan ariel macam dulu .

Bella memeluk tubuh seraya tersenyum sinis . Matanya tepat merenung dua biji mata farhan dengan riak angkuh .

"Ada i kisah ke semua tu ? Walau macam mana sekalipun , i tetap sayangkan ariel , you tak boleh control hidup i . You bukan siapa-siapa dalam hidup i ." satu senyuman ejek terukir di bibir merahnya . Kening kirinya terangkat sedikit .

Farhan terasa . Apa yang dia rasa sekarang sangat memakan diri dia . Dia tahu salah dia , tapi sampai bila bella mahu menghukum dia seperti ini ? Dia betul-betul menyesal dan ingin berkahwin dengan gadis pujaannya .

"You kena ingat bella . Anak dalam perut you tu anak i . Dan you tak boleh sesuka hati pisahkan i dengan anak ni ." isu anak menjadi topik farhan . Hanya soal anak sahaja yang mampu farhan memiliki bella . Sungguh dia mahu menjaga bella dan anak dalam perut bella itu .

Bella gelak sinis .

"Itu je alasan you . You ingat you boleh dapatkan i dengan cara anak ? Sampai bila-bila pun i takkan terima you . Dalam hati i hanya ada ariel ! I ulang lagi sekali . H.a.n.ya a.d.a a.r.i.e.l ." bella senyum ejek sebelum dia cuba untuk membuka pintu kereta . Namun gagal apabila pergelangan tangan bella dicengkam farhan .

"You jangan cabar i bella ." gigi diketap geram sambil merenung tajam wajah cantik bella . Cukup mendalam kata-kata bella sebentar tadi . Terasa sungguh hati ni apabila orang yang kita sayang melebihkan orang lain daripada kita .

"Lepas lah !" bella menepis tangan farhan dengan kasar . Terus farhan menonong pergi tanpa menoleh lagi . Bella memandang susuk tubuh belakang farhan yang semakin jauh dari pandangannya .

Hati bella menjadi gusar setelah mendengar kata-kata akhir dari farhan . Petanda apakah itu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience