Bab 33

Romance Series 185331

"You memang gila !" bella ketap gigi , rasa nak keluar dari hospital cepat-cepat . Dah tak sanggup nak hadap muka jantan tak guna ni !

"I memang gila . Sebab tu i sanggup buat semua ni . Ni pun demi kebaikan you ."

Bella gelak yang dibuat-buat . Sungguh kelakar ayat-ayat yang keluar dari mulut farhan . Rasa nak bagi flying kick je !

"Kebaikan i ? I tak rasa ni demi kebaikan i , lagi menyusahkan i ada lah ." bella jeling sekilas . Rasa benci dan menyampah tengok muka farhan sekarang .

"Suka hati you lah nak cakap apa . Yang penting i takkan tinggalkan you . I cuma nak tebus balik kesalahan i dekat you , sama ada you nak maafkan i ataupun tak , i tetap akan muncul depan you ."

Bella buang pandangan ke arah cermin tingkap . Sukar untuk dia membalas pandangan farhan , kepercayaan dia pada farhan makin lama makin pudar . Memang remukkan jiwa dan raganya .

******

Kaki menurun anak tangga dengan perasaan bercampur baur . Bila dia bangun sahaja , tong sampah ditepi katilnya sudah tidak kelihatan lagi . Memang luluh jantung dibuatnya .

Raihana menuju ke arah dapur , kelihatan ariel sedang menyapu mentega di atas permukaan roti dengan wajah tenang . Awal betul Mamat ni bangun ?

"Morning honey ." ariel tersenyum lebar tatkala melihat kelibat isterinya . Bibir merahnya dipandang raihana , bukan main lagi senyum tu .

Jap , jap . Dia panggil aku apa ? Honey ? Honey tenuk dia ! Suka-suka dia je panggil aku macam tu , dah lah muka happy semacam .

"Morning ." balas raihana seraya melabuhkan punggung di sisi ariel . Wajah malas isterinya menyapa pandangan ariel .

"Nak makan apa ? Roti ? Nasi goreng ? Or bihun goreng ? Hari ni saya masak bihun goreng , lagi sedap dari bihun goreng awak ." ariel bertanya sambil menyindir raihana . Wajah kurang enak raihana dipandang .

"Tak apa lah , saya makan nasi goreng je ." balas raihana acuh tak acuh . Segera ariel mencedok nasi goreng ke dalam pinggan isterinya dengan senyuman yang tak lekang di bibir .

Raihana pandang ariel dengan pelik .

"Cukup ?" ariel menyoal apabila separuh dari nasi goreng itu sudah berada dalam pinggan raihana . Raihana angguk perlahan tanda-tanda sudah cukup .

Ariel mengigit sekeping roti itu . Matanya memandang raihana dengan senyuman manis . Entah kenapa bahagia sangat hari ni .

"Awak tak kerja ke hari ni ?" raihana memecah kesunyian . Dari tadi tersenyum-senyum macam kambing tak elok jugak . Baik aku soal dia dulu .

"Tak , saya saja ambil cuti . Nak rehat ." balas ariel tenang . Mulutnya masih mengunyah roti , manakala bibir masih tersenyum-senyum .

Mentang-mentang anak boss . Suka hati dia je mintak cuti . Raihana mencebik apabila matanya melihat senyuman ariel yang semakin membahayakan . Tak penat ke dari tadi senyum ?

"Awak ni kenapa dari tadi tersenyum-senyum ?" dahi raihana berkerut memandang suaminya . Dah gila ke duk tersenyum-senyum ? Macam orang angau je suami aku ni .

"Tak ada apa ." masih dengan senyuman .

Raihana menjeling sekilas . Aku gunting jugak bibir tu karang !

"Awak .." tika ini raihana mula memanggil ariel kembali . Ariel angkat kening tanda memberi respon kepada raihana .

"Awak ada nampak tak tong sampah dalam bilik saya ?" raihana bertanya dengan berhati-hati . Rasanya soalan ni macam bengong sikit kan ?

"Nampak ."

Tersembur nasi goreng yang baru tadi dikunyah . Habis baju t-shirt suaminya yang sudah selamat 'bermandikan' nasi goreng dipagi hari . Hehehe ..

"Awak nampak ? Dekat mana ?!" terbuntang luas biji mata raihana melihat ariel . Ariel menahan rasa seraya mengibas nasi goreng yang melekat di bajunya .

"Awak ni memang tak senonoh kan ?" tajam mata ariel memerhati segenap wajah isterinya .

"Saya tanya awak ni . Dekat mana tong sampah saya ?!" raihana mengulang kembali buah soalan . Sungguh dia merasa berdebar-debar . Gila kau ! Kalau ariel baca surat tu macam mana ?!

"Ada dalam bilik saya . Pagi tadi saya pinjam , nak buang kertas-kertas kerja saya ."

"Awak masuk bilik saya waktu saya tengah tidur ?!" rasa nak cekik-cekik je ariel sekarang ni . Dia tak tahu ke aku tengah krok krok dalam bilik ? Dia memang tak malu ke masuk bilik perempuan ?

"Ha'ah ." selamba ariel membalas . Sambil-sambil itu dia kembali mengunyah roti , wajahnya masih tegang dek nasi goreng yang melekat di bajunya .

Raihana kembali terkejut . Terus punggungnya terangkat dari kerusi meja dan secara tak langsung kakinya berlari laju ke arah anak tangga .

Tangga dipijak satu-persatu dengan laju sehingga lah dia meluru ke arah bilik suaminya . Daun pintu dikuak dengan kasar , lantas dengan itu dia menoleh ke arah tong sampah yang berada di tepi meja kerja ariel .

Segera dia menapak ke situ . Tanpa menunggu lagi , dia mula mencari surat tersebut dengan perasaan bercambur baur . Laju aje tangannya mengerjakan sampah itu .

Tiba-tiba .

"Cari apa ? Cari ni eh ?" ariel muncul dari arah belakang . Bibirnya tersenyum lebar sambil melayangkan surat itu ke udara .

Pelan-pelan raihana memusingkan wajah ke arah suaminya . Perasaan malu mula menyerang dirinya . Raihana bangun dari bercangkung dan berdiri di hadapan ariel . Wajah raihana berubah keruh .

"Tak ada cari apa pun . Saya ... saya cari benda lain ." raihana kemam bibir sebelum dirinya membawa keluar dari bilik ariel . Tetapi langkahnya terbantut ketika ariel berkata sesuatu .

"Kalau awak terus-terang dekat saya dulu . Tak ada lah saya pergi bertunang dengan bella ." ujar ariel perlahan , bibirnya melorek senyuman manis . Ini lah antara sebabnya kenapa dia bahagia sangat . Rupa-rupanya dia sudah tahu hal kebenaran yang raihana sembunyi dulu .

Raihana mengemam bibir dengan perlahan , wajahnya bertukar merah dan panas . Ah ! Maknanya ariel dah baca kesemua isi ayat dalam surat tu ! Aduh macam mana lah mamat ni boleh nampak surat tu dalam tong sampah ?!

Tanpa menunggu lama , raihana mengorak langkah menuju ke arah bilik tidurnya . Terus daun pintu ditutup dengan cepat . Manakala ariel yang berada di biliknya , sudah tersenyum-senyum macam orang tak betul . Bahagia sangat hati ni .

"Rupa-rupanya cinta aku dulu tak bertepuk sebelah tangan lah ni ?" gumam ariel sendirian dengan segaris lagi senyuman manis .

******

Ariel bukak pintu bilik sedikit , matanya meninjau pintu bilik raihana yang masih terkatup kemas . Sudah lima belas minit raihana berkurung dalam bilik , dan itu buatkan ariel gelisah menunggu kemunculan raihana .

"Dia buat apa dalam bilik lama-lama ?" gumam ariel sendiri . Dahinya berkerut dalam .

Sedang enak ariel merenung pintu bilik raihana , tiba-tiba daun pintu bilik raihana terbuka dari arah dalam . Terus ariel membuat gaya konon-konon sedang membaiki pintu biliknya dengan wajah selamba . Raihana diserang kebingungan .

Dipandang wajah ariel yang beriak tenang itu . Dia buat apa tepuk-tepuk pintu tu ? Tanpa pedulikan ariel , raihana melangkah turun ke bawah . Niat nak keluar ni nak pergi dapur , tapi tak tahu pulak boleh bertembung mata dengan si sang suami .

Ariel menghantar kelibat raihana yang menjurus ke arah tangga seraya menghela nafas lega . Fuh ! Nasib baik dia tak fikir aku intai dia dari luar .

Raihana melurus ke arah dapur . Gelas kaca dicapai , lalu pintu peti sejuk dibuka sebelum air masak sejuk diambil . Kemudian dituang air ke dalam gelas . Perlahan-lahan raihana meneguk air itu dengan rakus .

Sedang enak raihana meneguk air , ariel muncul dengan wajah senang . Dia berdiri dibelakang raihana sambil bersandar pada sisi meja . Mata tepat merenung raihana dari belakang .

Selesai minum air , botol air sejuk kembali diletak ke dalam peti sejuk . Selepas itu raihana berpaling kebelakang , terkejut bukan kepalang saat matanya bertemu dengan mata ariel . Hampir tercabut jantungnya .

"Awak ni kan . Terkejut saya ." raihana menjeling tajam . Memang suka muncul tiba-tiba eh ? Nak minum air pun tak senang , sibuk ikut aku dari belakang .

Ariel senyum simpul seraya memeluk tubuh . Mata coklatnya merenung dalam ke arah biji mata isterinya .

"Kalau saya tahu lah yang awak ada simpan perasaan dekat saya dulu , memang saya takkan buat keputusan nak belajar dekat london ." tutur ariel bersama segaris senyuman lebar . Kalau boleh dia nak putar balik masa zaman sekolah dulu .

Memang sukar untuk dipercayai . Ariel begitu tak sangka yang raihana jugak mempunyai perasaan pada dia .

"Awak ni dah kenapa nak ungkit benda yang dah lama ." raihana bercantum kening . Wajah kurang enaknya menyapa pandangan ariel .

"Saya cuma tak sangka je yang awak suka dekat saya dulu . Kenapa lah awak tak terus-terang je ?" ariel mendekati raihana sedikit . Biji matanya merenung segenap wajah cantik raihana .

"Boleh tak jangan bangkitkan isu dulu ." wajah malu ditahan habis . Memang menguji kesabaran dia sungguh . Ariel ni memang sengaja nak bagi aku malu kan ? Buat apa ungkit benda yang dah lepas ? Dah lah waktu tu zaman hingusan lagi !

"Kenapa ? Tak boleh ke ? Salah ke kalau saya flashback zaman-zaman sekolah kita dulu ."

Raihana bengang .

"Dah lah , malas saya nak bercakap dengan awak ni . Nonsense !" raihana melangkah setapak sebelum langkahnya terbantut dek kata-kata dari ariel .

"Kalau saya mintak awak jadi isteri lebih dalam untuk saya , awak boleh buat ?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience