Bab 42

Romance Series 185331

Raihana masukkan gaun-gaun pengantin di dalam seat belakang . Gaun-gaun ini baru sahaja di ambil dari tailor . Cepat-cepat raihana tolak pintu kereta . Risau kalau naqif muncul depan dia lagi . Baru sahaja raihana ingin membuka pintu depan , naqif muncul dengan wajah sedih .

Langkah raihana terhenti . Wajah naqif dipandang geram . Lama raihana memerhati sebelum matanya menjeling tajam . Ei memang tak faham bahasa ke naqif ni ?!

Raihana beri amaran kepada naqif supaya tidak meletakkan tangan di pintu keretanya . Nak masuk pun payah ! Naqif geleng kepala tanda tidak mahu menuruti amarannya .

Raihana mendengus .

Terus dia membuka pintu kereta dengan kasar sebelum dia dapat memboloskan diri ke dalam perut kereta . Tak kesah lah tangan mamat ni tersepit ke terkepit ke terpatah ke janji dia dapat masuk dalam kereta .

Naqif mengeluh perlahan apabila kereta raihana sudah berbunyi enjin . Lalu pacuan empat roda itu mula membelah jalan raya meninggalkannya . Rasanya macam sia-sia je dia ikut raihana sampai sini .

******

"Assalammualaikum ," raihana senyum manis sambil menghampiri ariel yang sibuk memasak di dapur . Alahai comelnya pakai apron hello kitty .

"Walaikumsalam ," balas ariel . Raihana letak beg tangan di atas kabinet dapur . Kemudian dia menempek disebelah suaminya . Kelihatan ariel sibuk dengan memasak .

"Masak apa ni ?"

"Ayam masak lemak cili api dengan lala masak pedas ."

Raihana melopong sedikit . Wau ! Untung aku dapat suami yang pandai masak ni . Kenyang perut aku kejap lagi .

"Banyak nya awak masak malam ni ?" raihana sembunyi senyuman . Wajah ariel yang kelihatan membahang itu dipandang . Haih tengah masak pun hensem ke ?

"Ala dua menu je . Tak banyak pun ." ariel mengacau kuah lemak cili api sambil tersenyum sekilas ke arah isterinya . Raihana senyum kambing .

"Nak saya tolong tak ?" wajah dari tepi suaminya dipandang minat . Sejak hatinya dah terbuka untuk terima kasih sayang ariel , semakin berbunga-bunga hati dia melihat ketampanan dan senyuman manis lelaki itu .

"Tak payah , saya boleh buat sendiri ." ariel menolak lembut . Raihana akur , tiba-tiba ariel dekatkan sedikit hidungnya di tubuh raihana , seolah-olah menghidu sesuatu .

Raihana mengerut kening .

"Kenapa ?"

"Awak pergi mandi . Busuk tau tak !"

Raihana tayang wajah geram . Amboi suka hati cakap aku busuk !

"Ei dia ni . Cili mulut tu karang !" raihana menjeling geram . Bibirnya memuncung sedepa . Baru nak manja sikit dah kata busuk , tau lah dia wangi !

Ariel ketawa kecil .

"Cepat naik atas pergi mandi . Lepas tu turun makan ." arah ariel . Lantas raihana mengambil beg tangannya di atas kabinet dapur . Baru sahaja dia ingin menapak satu langkah , ariel menghalang tiba-tiba .

"Apa lagi ?" raihana menyoal malas . Dipandang bibir ariel yang tersengih-sengih .

"Kiss pipi saya dulu sebelum nak pergi mandi ." dia menunjuk-nunjuk pipi bersihnya pada raihana . Raihana hampir ketawa .

"Mengada ! Tadi kata busuk kan ? Ni tiba-tiba pulak mintak kiss ." ujar raihana sambil melirik manja . Ariel menyengih .

"Gurau jela , dah pergi mandi cepat ."

Raihana menggeleng kepala sebelum dia berlalu pergi . Sempat ariel memandang susuk tubuh belakang isterinya . Haih , makin lama makin sayang pulak , makin jatuh cinta , makin rindu , makin semuanya ehe !

Heh ! Gatai !

******

"Okay turn saya pulak untuk basuh pinggan ." lembut nada raihana berbunyi . Dia mengutip pinggan-pinggan di atas meja sebelum dibawa ke singki .

"Tepi ." raihana mengarah ariel yang dari tadi berdiri di hadapan singki . Basuh tangan pun lambat ke ?

"Tak payah lah basuh pinggan , esok-esok kan boleh ." ujar ariel seraya menutup paip air . Dia tersengih memandang raihana yang sudah menayang wajah garang .

"Apa esok-esok ? Tak elok lah macam tu , nanti singki kotor tau tak ." raihana menjeling manja . Apa lah suami aku ni , tadi pandai sangat kata aku busuk , ni dia pulak yang tak pandai jaga kebersihan .

"Yela ," ariel memuncung .

"Dah tepi ." raihana menolak sedikit tubuh suaminya menggunakan lengan . Ariel menempek disebelah isterinya .

"Kerja awak macam mana ? Okay ?" sekonyong-sekonyong ariel membuka bual bicara . Raihana yang mula mencuci pinggan itu dipandang .

"Alhamdulillah , sentiasa okay . Terima kasih tau sebab dah tolong kembalikan butik saya balik ." jawab raihana malu-malu . Actually , butik aku dah jadi sediakala macam dulu . Dengan bantuan ariel , butik aku kembali berkembang seperti dulu . Alhamdulillah , rezeki pun semakin meningkat . Aku harap tak ada siapa lagi yang boleh sentuh butik aku . Jangan harap !

Lagipun , dua ekor manusia yang buat onar dalam butik aku tu dah dipenjarakan ! Itu pun sebab ariel yang nak sangat , aku tak seberapa kejam sangat walaupun aku tahu siapa pelaku dia yang sebenar .

"Sama-sama . Kan saya dah janji yang saya nak tolong awak . Lagipun dengan cara tu , saya boleh hilangkan rasa serba-salah saya pada awak ." ariel senyum lebar . Raihana tersenyum nipis apabila ariel menyelit rambutnya di belakang telinga . Ah sho sweet !

"Eh esok jangan lupa tau lunch dekat rumah mama ." ariel ingatkan kembali . Raihana angguk . Takut sangat aku lupa , memang tak lah aku nak lupa kalau belah family ariel ajak aku makan tengahari dekat situ . Memang kena cepuk dengan mama kalau aku lupa ehew ..

"Saya ingat lah ." balas raihana seraya mengukir senyuman manis . Kemudian dia mengangkat pinggan kaca yang sudah dibasuh tadi , lalu di taruk atas rak pinggan . Sapu tangan yang berada di meja kabinet di capai , lalu dia mengelap tangannya dengan bersih .

"Saya dah siap !" raihana bersorak gembira . Ariel senyum .

"Dah siap ? Okay jom masuk bilik !" ariel tarik tangan isterinya lalu memeluk pinggang raihana . Raihana ketawa besar .

Mengada-ngada betul suami aku ni !

******

Rasanya dah lima kali raihana pusing badan ke kiri dan ke kanan . Matanya cuba dipaksa pejam , tapi gagal untuk lena . Entah lah kenapa malam ni sukar pulak untuk dia tidur . Nak kata panas , rasanya ariel dah pasang aircond . Apa benda lah yang tak kena dekat aku malam ni eh ?

Ariel mula perasan tindak-tanduk isterinya di atas katil . Sudah sejam dia bertapa di meja kerja , tapi tiada pulak tanda-tanda yang raihana akan tidur . Ariel mengerut kening apabila mendengar rengusan kasar dari raihana . Tanpa aba-aba , ariel bangun dari kerusi dan mendekati isterinya .

"Sayang , awak tak boleh tidur ke ?" ariel pegang bahu kanan raihana yang sedang membelakanginya . Raihana tersentak tatkala merasa sentuhan dari ariel . Pelan-pelan raihana pusing badan ke arah ariel , mata mereka mula berlaga .

"Tak boleh ." dengan suara perlahan raihana membalas . Riak wajahnya berubah redup . Ariel ketawa kecil .

"Mari sini saya dodoikan ." ariel tarik tubuh ramping raihana supaya berada di atas lengan sasanya . Raihana terkesima . Tak sangka yang ariel akan beri layanan begini . Secara rasminya , pinggang belakangnya dipeluk ariel sambil menepuk kecil lagak mendodoikan seorang bayi .

Raihana terpaku .

"Saya mintak maaf sebab malam ni saya terpaksa buat kerja office saya sikit . Saya tahu awak tak boleh tidur sebab tak ada saya dekat sebelah kan ?" ariel senyum kecil . Raihana naik pandang ariel yang hanya tinggi beberapa inci sahaja darinya .

"Saya tak suruh pun awak dodoikan saya . Dan saya tak kisah kalau awak tak ada dekat sebelah saya ." raihana berkata demikian .

Okay , sejujurnya aku tipu . Sejak aku dengan ariel dah boleh bersama , macam-macam ragam yang aku ada sekarang . Buktinya macam sekarang ni lah , nak tidur pun kena ada ariel dekat sebelah . Mengada kan ?

"Shhhh .... tak baik tipu ." ariel berbisik perlahan sambil sengih-sengih kambing . Naik membahang wajah raihana apabila ariel membisik di sebelahnya . Sudahlah jarak mereka hanya tinggal berapa inci sahaja .

Suara ariel sungguh menggoda ketika ini . Ah ! Apa yang kau mengarut ni rai ?

"Pandang apa ?" ariel senyum nakal tatkala biji matanya dapat menangkap pandangan raihana . Raihana terus alihkan pandangan ke arah lain .

Dia tahu ke aku pandang badan dia ? Ish ! Buat malu jela kau rai . Aduh kenapa sekarang aku rasa macam nak lompat dari katil je eh ?

"Nak peluk tu peluk jela . Tak payah pandang-pandang macam tu ."

Pap ! Raihana malu . Ah sumpah aku nak terjun dari katil sekarang ni . Kenapa lah aku rasa ariel macam sengaja nak kenakan aku !

"Dah , jangan malu . Depan awak ni suami awak tau ." ariel dengan selamba badaknya capai tangan raihana dan letak di atas pinggang sasanya . Raihana tahan senyum sebelum dia akur memeluk pinggang suaminya .

"Saya sayang awak tau ." ucap ariel romantis sebelum dia mengucup ubun-ubun isterinya . Bauan shampoo wanita dari rambut hitam lebat raihana mengkhayalkan ariel seketika .

Raihana senyum dalam diam . Dia kemaskan lagi pelukan di pinggang ariel . Semakin hari , semakin banyak sayang dia pada ariel . Dia harap sangat agar cinta ini kekal sampai maut memisahkan mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience