Bab 62

Romance Series 185331

Raihana mengerut kening tatkala matanya menyapa tubuh belakang seseorang lelaki . Lama dia pandang sebelum kakinya mendekati figura itu . Namun riak wajah raihana berubah apabila lelaki itu memusingkan wajahnya .

"Naqif ?" bibir merah raihana menyebut segaris nama lelaki itu . Naqif senyum nipis memandang raihana .

"Hai , apa khabar ?"

"Jap . Awak buat apa dekat sini ? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini ? Awak intip saya eh ?" belum apa-apa lagi , raihana terus menyoal . Mukanya sudah berkerut-kerut .

"Tak lah , saya tak intip awak pun . Mama awak yang bagitahu dekat saya . Jangan lah fikir yang bukan-bukan . Niat saya ke sini bukan nak buat apa-apa dekat awak , saya ke sini dengan cara baik ." jelas naqif memberitahu perkara sebenar tentang kehadiran dia ke resort pak long zarul .

Raihana berdecit .

"Ish awak ni . Kenapa awak datang sini ? Saya tak ada masa lah nak layan awak ." ujar raihana kurang senang dengan kedatangan naqif . Yang mama bagitahu dekat naqif asal ? Hari tu janji macam mana ? Mati-mati aku ingat ariel tadi , fuh !

"Bukan macam tu rai , saya datang sini bukan nak suruh awak layan saya . Saya sendiri pun dah tahu pasal hubungan awak dengan ariel macam mana . Saya bukan nak ganggu awak atau apa-apapun . Saya cuma nak bagitahu awak yang saya akan pindah ke sabah ." jelas naqif bersungguh-sungguh . Ya , dia datang ke sini pun sebab nak mintak maaf dekat raihana buat kali terakhir .

Dia harap , hubungan dia dengan raihana sekarang akan lebih kepada kawan baik . Walaupun dulu mereka pernah lebih dari kawan .

"Jom lah kita borak dekat situ ." dengan wajah kurang pasti , raihana mengalukan kedatangan naqif . Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke gazebo berukiran kayu jati .

Perlahan-lahan raihana menghenyak punggung di sebelah naqif .

"Awak nak pindah sabah ? Sebab saya ?" soal raihana hairan . Takkan sebab dia rahsiakan status dia pada naqif dulu ? Atau naqif masih berharap padanya ?

Laju naqif menggeleng kepala .

"Tak , saya pindah sabah bukan sebab awak . Tapi saya nak mulakan hidup baru saya dekat sana . Lagipun saya ada projek dekat sabah . Mungkin dari situ saya boleh mulakan hidup baru ? Tapi saya harap , lepas ni kita boleh jadi kawan ?"

Raihana gigit bibir . Dipandang wajah bekas tunangnya .

"Kita selamanya boleh jadi kawan naqif . Saya bukan pendendam . Saya tak kisah kalau awak nak kawan dengan saya . Cuma saya harap , awak dapat lupakan apa yang pernah terjadi pada kita berdua ." jawab raihana .

"Inshaallah . Saya tak macam apa yang awak sangka . Saya terima hakikat sebenar , saya tahu apa yang terbaik untuk saya . Cuma saya nak sangat awak maafkan saya buat kali terakhir . Walaupun dah banyak kali saya mintak maaf dengan awak ." naqif ketawa payah . Mungkin bagi dia , kesilapannya terlalu besar buat raihana . Jadi dia rasa belum cukup bibirnya untuk berhenti meminta maaf kepada raihana .

Raihana senyum nipis .

"Saya maafkan awak naqif ." raihana balas senyuman itu . Naqif menunduk senyum .

"By the way . Awak tak nak balik KL ke ?" soalan mengejut dari naqif membatukan bibir raihana .

Balik KL ? Rasanya belum lagi kut , dia masih tak puas nak hirup udara segar di sini . Lagipun dia yakin , ariel baik-baik sahaja di sana . Mungkin dalam dua tiga hari dia akan pulang ke kuala lumpur semula .

******

"Kenapa selama ni kau tak nak turun jumpa aku ?" ariel bercekak pinggang membelakangi farhan . Farhan yang sedang berlabuh punggung di bangku kayu hanya memerhati ariel .

"Aku mintak maaf , aku tahu aku salah ." jawab farhan perlahan . Pantas ariel pusingkan tubuhnya menghadap farhan .

"Kau tahu tak disebabkan kau aku jadi mangsa bella . Bini aku lari sebab benda ni tau ! Kenapa kau tak nak mudahkan keadaan selama ni hah ?!" mencerlung tajam anak mata ariel memandang farhan .

"Ye aku tahu semua salah aku . Aku cuba nak jumpa kau , tapi aku takut . Bella terlalu cintakan kau sampai aku dia tak peduli ."

"Habis tu kenapa kau tak bagitahu hal sebenar pada pihak media ?! Disebabkan kau , aku dengan isteri aku bermasalah tau tak . Benda senang kenapa tak nak mudahkan alamak !" ariel kacip gigi . Geram pulak dia dengan farhan ni . Benda boleh selesai kenapa nak susah-susahkan ?

Farhan bangun dari bangku . Wajah tegang ariel dipandang .

"Ariel , aku mintak maaf okay . Kali ni aku janji , hidup kau akan aman . Aku tolong kau bagitahu pada semua orang dan pihak media yang kau tak salah . Aku akan buat bella malu dengan perbuatan dia ." tutur farhan berbaur janji .

"Jangan cakap je , tapi tak buat ." satu jelingan maut menyapa pandangan farhan .

"Aku akan buat . Percaya lah ." tutur farhan bersungguh . Melihatkan wajah redup farhan membuatkan ariel melangkah mendekati lelaki itu .

"Aku nak masalah ni cepat selesai . Tolong jangan libatkan aku lagi dalam masalah kau !" ariel menunding jari , tepat dihadapan wajah farhan . Seakan memberi arahan kepada lelaki itu .

Farhan angguk kecil . Gerun jugak dia lihat kemarahan ariel yang berpunca darinya . Selalunya memang tak lah dia nampak ariel marah macam ni . Kalau nampak pun sikit-sikit je , itupun nampak ariel gaduh dengan bella . Ini baru kali pertama dia kena maki hamun teruk dengan ariel .

"Aku nak tanya kau ." lambat-lambat ariel menyoal . Segenap wajah polos farhan dipandang .

"Apa ?"

"Selama aku pernah bertunang dengan bella , apa hubungan kau dengan dia ?"

Farhan membatu . Takut-takut dia pandang wajah tegang ariel .

"Aku tanya ni , apa hubungan kau dengan dia ?" lagi sekali buah soalan dilempar tatkala farhan tidak membalas pertanyaan .

"Kami pernah ... pernah .. pernah bersetubuh ." tergagap-gagap farhan membalas pertanyaan ariel . Renungan mata ariel tak dipandang , hanya menunduk ke lantai .

Ariel gigit dinding pipi . Tangannya masih di cekak .

"Jadi kau pernah buat hubungan taik dengan bella belakang aku lah ye ?" soal ariel garang .

"Tak ariel , sumpah ! Bella tak salah , yang salahnya aku . Dia tak pernah pun ada hubungan sulit dengan aku . Aku je yang perasan selama ni . Aku bodoh sebab sanggup buat perkara terkutuk tu dengan dia . Sampai sekarang dia masih bencikan aku . Aku yang salah riel , dia tak salah ." jelas farhan kepada ariel mengenai isu dia bersama bella .

Terkadang , rasa menyesal pulak bila dia buat perkara terkutuk itu pada bella . Terlajak perahu boleh diundur , terlajak buat menyesal tak berlagu . Padan lah muka kau farhan ..

"Tak pasal-pasal aku pulak yang jadi mangsa ." getus ariel perlahan . Farhan menunduk malu . Dia tahu kesalahan dia itu besar , jadi malu untuk dia bersemuka dengan ariel .

"Dah , tak payah nak tayang muka sedih kau tu . Sekarang ni , aku nak kau , emma dengan aku sekali . Buat sidang media . Kita tutup kes ni dengan cepat ! Faham ?"

Farhan angguk kecil .

"Okay . Sebelum tu aku nak cakap sikit dengan kau ." ariel berkata .

"Apa ?"

"Jaga bella . Aku tak nak kau sakitkan hati dia . Dia perempuan , jadi dia berhak bahagia ." tanpa secalit senyuman , ariel berlalu pergi setelah melontarkan kata-kata kepada farhan yang penuh makna .

Dia kenal bella macam mana . Nampak je bella macam kejam , tapi sebenarnya hati wanita itu baik dan murni . Nak bagi 100% kesalahan tu pada bella tak boleh jugak , ariel jugak ada kesalahannya . Jadi sama-samalah kita berubah ke jalan yang benar hihok ..

Farhan menghantar pandangan susuk tubuh belakang ariel yang kian menjauh . Satu keluhan kecil terbit di bibir merahnya . Sampai mati aku akan cintakan bella , ariel .

******

"Ni awak nak terus ke mana pulak ?" raihana membuntuti naqif dari belakang sebelum dia menghadap wajah naqif .

"Saya balik KL lah , esok baru saya bergerak ke KLIA ." jawab naqif dengan secalit senyuman manis . Raihana senyum nipis , bila terfikir balik , dia pernah berjanji dengan naqif akan cintakan lelaki ini sehabis daya . Namun takdir Allah siapa tahu kan ? Itulah indahnya hidup . Allah tahu yang mana baik untuk kita .

"Hati-hati dekat Sabah . Kerja kerja jugak , tapi makan penting tau . Jaga kesihatan dekat tempat orang . Awak jangan risau , saya akan tengok-tengokkan keluarga awak kalau saya ada masa free ." ujar raihana berbaur nasihat .

"Terima kasih rai , lagi sekali saya nak mintak maaf okay ." naqif senyum segan . Rasanya dah berpuluh kali dia mintak maaf dengan raihana .

Raihana ketawa kecil .

"Saya maafkan awak , naqif . Sudah-sudah lah tu . Yang penting , awak kena cari kebahgiaan awak seterusnya . Saya yakin , mesti ada perempuan lain yang akan cintakan awak lebih pada apa yang awak sangka ." bibir merah raihana tersenyum lebar . Biarlah kisah dia dan naqif dulu menjadi pengajaran buat dia dan naqif . Yang mana salah , kita maafkan . Setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan kan ?

Naqif membalas senyuman cantik raihana .

"Terima kasih sebab dah doakan untuk saya . Jaga anak awak elok-elok okay . Dan yang penting jaga diri awak . Inshaallah , masalah awak dan ariel akan terhenti tak lama lagi ." balas naqif ikhlas . Dia kenal hati raihana macam mana . Sekuat mana pun gadis itu , pasti ada kelemahannya .

Raihana tahan airmata .

"Stay strong rai . Saya pergi dulu , assalammualaikum ."

"Walaikumsalam .." satu senyuman manis mekar di bibirnya . Dipandang naqif yang sudah melangkah masuk ke dalam kereta . Setelah pacuan empat roda itu meluncur laju , raihana kesat airmata yang tiba-tiba menitis sikit .

Rasa sebak semakin bertambah . Entah kenapa dia menjadi sedih bila naqif mendoakan dia bersama ariel . Mungkin perasaan rindu dia pada suaminya semakin kuat ?

"Tunggu saya abang .." seulas bibir mekar dengan senyuman manis .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience