Bab 24

Romance Series 185331

"Mama bukan apa , mama takut bella apa-apakan rai je . Dia tu bukan macam rai , dia tu sejenis perempuan yang tak takut nak buat apa pun . Janji hajat dia tercapai ." gelas kaca panjang yang berisikan air oren dihulur kepada raihana . Raihana sambut dengan mesra .

Punggung puan Aisyah melekat di kerusi meja kaunter . Dipandang wajah menantunya yang sedari tadi diamkan diri .

"Apa yang bella cakap dekat rai ?" kening puan Aisyah bercantum rapat . Ingin mengorek rahsia perbualan menantunya bersama menantu yang tak jadi .

Perlahan-lahan raihana alih mata ke arah muka puan Aisyah yang seperti menunggu jawapannya .

"Kami cuma berbual kosong je ." balas raihana yang ternyata berbohong . Senyuman nipis berbentuk di bibir merahnya .

"Berbual kosong apanya rai ? Mama kenal bella tu sejak dia berkawan dengan ariel lagi tau . Takkan lah rupa macam ni berbual kosong je ? Ni mesti dia ada ugut yang bukan-bukan dekat rai kan ?" jari telunjuk puan Aisyah menuju tepat di muka raihana . Raihana kemam bibir .

Apa yang mama ariel katakan tu adalah betul . Takkan dia nak berselindung lagi ?

"Mama , ariel kenal bella dari mana ?" soal raihana tiba-tiba , soalan ibu mertuanya tak dijawab . Wajah puan Aisyah dipandang minat .

"Papa ariel kawan baik dengan datuk sri khaleed , so dari situ ariel kenal dengan bella . Mereka mula-mula berkawan , lepas tu mereka buat keputusan nak bertunang . Pada mulanya mama tak berapa nak setuju , sebab ariel terlalu muda . Tapi dah kehendak dia , mama tak boleh nak halang ." puan Aishah senyum nipis sambil menceritakan tentang ariel kepada raihana .

Raihana angguk mengerti . Jadi cinta pertama ariel aku lah ? Kenapa awak tak berterus-terang je dengan saya ariel ?

"Tapi tak sangka jodoh ariel dengan rai ." belakang tapak raihana digosok perlahan oleh puan Aishah . Pada awalnya dia memang tak berapa setuju dengan permintaan ariel , tapi bila mengenangkan nasib anak sedaranya , terpaksa sahaja lah dia terima raihana ke dalam keluarganya . Lagipun raihana bukan siapa-siapa , anak sedaranya jugak .

Raihana tersenyum kelat apabila mendengar bicara puan Aisyah . Ye memang tak sangka yang dia akan berkahwin dengan ariel secara terpaksa . Padahal dulu dia memang anti dengan orang yang bernama 'ariel hamka' ni ! Sungguh dia sedaya-upaya untuk mengelak berkahwin dengan ariel . Namun jodoh sudah tertulis , apa boleh buat ? Keluarganya sudah tercemar dengan kelakuan naqif .

"Naqif ada hubungi rai ?" lambat-lambat puan Aisyah menyoal kepada raihana , risau jikalau hati menantunya terasa . Raihana terdiam seketika sebelum dia menggeleng kepala .

"Rai banyakkan bersabar , mungkin ada hikmah disebalik semua ni ." tegur puan Aisyah berbaur nasihat . Raihana angguk bersama senyuman .

"Raihana terima dengan hati yang terbuka ." balas raihana perlahan . Dia nak buat macam mana ? Dah bukan jodoh dia dengan naqif , takkan dia nak melarang pulak kehendak Allah ?

"Rai tak cintakan ariel ?" soalan maut itu akhirnya terpacul di bibir merah puan Aisyah .

Raihana terkedu .

******

"Saya dengar dari mulut mama , bella datang sini . Betul ke ?" ariel yang baru memijak lantai bilik , terus menyoal soalan itu kepada raihana . Jam di pergelangan tangannya yang baru sahaja dibuka , diletak atas meja alat solek .

Raihana yang baru menukar cadar tilam , berpaling kepada suaminya yang sedang berdiri tidak jauh darinya . Perlahan-lahan raihana anggukan kepala .

"Dia nak apa ?" jelas wajah ariel berubah tegang . Wajahnya berkerut memandang raihana yang berdiri ditepi katil .

"Serang saya lah apa lagi ?" balas raihana acuh tak acuh . Ariel menapak ke arah raihana sebelum punggungnya dijatuhkan ke tilam empuk .

"Dia cakap apa ?"

"Tak yang awak ni masuk bilik terus soal-soal pasal bella dah kenapa ?" raihana berkerut kening . Dia bercekak pinggang dihadapan ariel . Memang suka balik waktu lunch eh ? Papa tak marah ke ?

"Duduk ." arah ariel dengan menayang wajah serius . Raihana menggeleng kepala tanda-tanda yang dia tidak mahu mendengar arahan suaminya .

"Duduk !" pergelangan tangan isterinya ditarik sehingga tubuh raihana terduduk di atas katil bersebelahannya . Raihana merengus .

"Saya nak tahu , bella datang jumpa awak dia nak apa ?" lagi sekali buah soalan di pulang kembali kepada raihana . Raihana pandang ariel dengan wajah masam .

"Awak ni kan ! Buat-buat tanya pulak kan ? Mestilah dia datang marah-marahkan saya . Dia cakap saya ni macam-macam . Dan dia akan sebar nama saya dekat seluruh dunia . Dia gelar saya perampas tau tak !" terkumat-kamit raihana membebel dihadapan ariel . Sebenarnya dia nak sahaja maki hamun tunang si ariel tu , tapi nak buat macam mana , kesalahannya memang 100% dan takkan ada orang percaya yang dia tak bersalah .

"Bella tu memang dah melampau lah !" ariel mendengus kasar . Wajahnya jugak berubah bengis . Dia bukan apa , dia cuma tak nak bella libatkan raihana dalam masalah dia .

"Saya terpaksa bagitahu dekat dia yang saya kahwin dengan awak sebab nak tutup aib keluarga saya . Dari situ saya boleh mempertahankan maruah saya ." bagitahu raihana . Mendengarkan sahaja bicara raihana , ariel terkesima .

"Jadi awak bagitahu semua dekat dia pasal kita ?" wajah ariel terkejut , masih mahukan kepastian dari isterinya .

"Saya terpaksa tau tak ! Dia dah maki saya macam-macam ! Takkan saya nak diam macam tu je ? Yes dimata orang saya ni perampas tunang orang , tapi dimata saya tak pernah inginkan seseorang yang dah jadi milik orang lain ." tubir mata raihana sudah berkaca . Sungguh dia terkesan dengan bicara tunang ariel . Sikit pun tak dia cintakan ariel , dia cuma kesempitan sahaja !

Lagipun ariel sendiri yang terhegeh-hegeh nak tolong dia . Dah ada peluang untuk tutup aib keluarga dia , jadi terima sahaja lah . Takkan dia nak tolak ?

"Rai , saya cuba tak nak libatkan awak dalam masalah saya . Tapi awak sendiri yang libatkan diri awak dalam masalah saya . Awak tak kenal bella macam mana . Dia bukan perempuan yang senang dipijak , dia perempuan yang akan terima apa sahaja janji dendam dia tercapai . Awak nak nama awak disebarkan ke ?" ujar ariel panjang lebar . Anak mata menatap wajah isterinya dengan penuh dalam .

Raihana terdiam sebelum kepala perlahan-lahan ditundukkan . Entah kenapa dari cara percakapan ariel macam marah dia je ? Dia cuma nak tegakkan keadilan , dia bukan perempuan yang bella cakapkan tu ! Tak pernah sekali pun terdetik dekat hatinya mahu merampas ariel dari bella .

"Rai ," tangan raihana dicapai ariel , lalu digenggam kemas . Bebola mata tepat memandang wajah bersih isterinya . Kini air wajahnya betul-betul serius .

Raihana angkat kepala lalu memandang bentuk wajah suaminya dengan dalam . Anak mata mereka berlaga .

"Saya nak jaga awak . Saya tak nak sikit pun ada luka dekat hati awak . Kan saya dah janji yang saya tak nak awak masukkan diri awak dalam masalah saya . Saya risau kalau bella apa-apakan awak , sebab saya tahu awak tak salah . Saya punca awak jadi macam ni . So please jangan bahayakan diri awak lagi ." tutur ariel penuh sayu , berharap raihana memahami dirinya . Dia kalau boleh , tak nak lepaskan peluang bersama raihana . Dia nak berhari-hari bersama raihana sehingga mati memisahkan mereka .

Raihana terdiam seketika . Anak mata setia membalas pandangan ariel . Cukup sayu hati dengan kata-kata ariel , sungguh terharu apabila bait-bait ayat yang dilemparkan oleh ariel .

"Jadi disebabkan saya tak nak bella jumpa awak lagi , dengan cara ni kita boleh tenang buat sementara . Kita pindah okay ?" ariel senyum seraya mengangkat kening .

"Pindah ?" raihana tersedar dari renungan mata tatkala ariel mengejutkan dengan kata-kata akhir .

"Ye pindah ." balas ariel sambil mengangguk-angguk kepala .

"Tak nak lah saya ." raihana geleng kepala seraya berpura-pura memandang ke arah lain . Duduk berdua-duan dengan ariel ? Memang tak lah !

"Ini untuk keselamatan awak . Kalau awak nak bukak butik esok , awak kena dengar cakap saya ." ariel sembunyi senyuman . Terus terteleng kepala raihana ke arah ariel .

"Tak aci macam tu ! Sesuka hati je tetapkan arahan ." raihana memuncung dengan wajah geram . Rasa nak bagi buah penumbuk aje dekat ariel ni !

"Sebab tu tula saya nak awak selamat . Supaya tak ada apa-apa yang berlaku dekat awak ." ariel mencubit pipi raihana sehingga bergoyang kepala raihana ke kiri dan ke kanan .

"Sakit lah !" adu raihana .

"Eleh slow je pun ." ariel menjuihkan bibirnya ke bawah . Dia sudah berura-ura bangun dari katil .

"Gosok balik pipi saya !" raihana membentak geram . Dipandang susuk tubuh ariel yang sudah melangkah keluar dari bilik .

"Tak nak !" balas ariel dari luar bilik . Raihana merengus geram dengan tindakan ariel .

Kurang asam punya suami !

******

Ariel tersenyum puas apabila dapat mengenakan isterinya . Kaki melangkah turun dari anak tangga , dan menuju ke arah ruang tamu . Kelihatan puan Aisyah sedang menonton televisyen .

"Mama ," bahu puan Aisyah disentuh ariel .

"Hah ariel , alang-alang kamu turun bawah ni . Mama nak cakap sikit dengan kamu ." puan Aisyah membaiki kedudukannya . Kini anak mata tepat merenung wajah anak tunggalnya .

"Apa ma ?"

"Bila kamu nak putuskan pertunangan kamu dengan bella ?" soal puan Aisyah dengan serius . Sudah disuruh putuskan pertunangan , tapi tak nampak pun bayang-bayang keluarga bella ke sini untuk menghantar cincin pertunangan bella ?

"Ma , ariel dah cuba nak putuskan pertunangan ni . Tapi bella tak nak , dia masih nak teruskan pertunangan ni ."

"Sampai bila ?" puan Aisyah jongket kening . Terasa membara api kemarahan dia tatkala anak lelakinya memberi jawapan sebegitu .

"Mama , benda ni susah bagi bella . Memang tak lah dia nak lepaskan ariel , ariel dah bincang dengan dia pasal ni . Tapi dia tetap berkeras , ariel tahu ni semua salah ariel ." balas ariel dengan menayang wajah keruh . Jauh di sudut hati yang dia mengakui kesalahan dia terhadap bella , tapi orang cakap manusia boleh berubah bila-bila masa je kan ?

"Kamu dah janji kan dengan rai yang kamu takkan libatkan dia dalam masalah kamu dengan bella . Tapi kenapa kamu tak halang bella supaya jangan berjumpa dengan bini kamu ?"

"Ma ariel tak tahu pun pasal tu . Sumpah ariel baru tahu dari mulut mama kan ? Kalau ariel tahu bella nak jumpa rai , ariel takkan senang-senang bagi bella datang rumah ." balas ariel lancar . Kalau dari awal dia tahu yang bella nak datang ke rumah , memang dia akan halang bella .

"Mama tak nak hubungan kamu dengan bella dipanjangkan . Putuskan dengan segera ." tegas puan Aisyah memberi arahan . Kata-kata datin sri zareena masih segar bugar lagi di ingatannya . Memang dia takkan senang-senang bagi keluarga bella memijak keluarganya sendiri .

"Mama dah bencikan bella ke ?" tanya ariel dengan penuh kerutan di dahi . Selalunya puan Aisyah akan gembira kalau bella ke rumahnya ? Takkan sejak raihana dah jadi isteri dia , mamanya sudah beralih arah ?

"Sikap keluarga dia yang buatkan mama benci dengan dia . Mama tak suka orang lain fitnah yang bukan-bukan dekat anak mama ataupun suami mama sendiri ." jawab puan Aisyah tenang walaupun masih ada ketegangan di wajah .

Ariel mengerut kening .

"Apa yang makcik zareena cakap dekat mama ?" baru-baru ni rasanya mama ada bergaduh dengan datin sri zareena ? Mungkin dari situ punca dia ?

"Dah lah , jangan cakap pasal ni lagi . Kamu tak masuk office ke ?" puan Aisyah mengubah corak perbualan . Ariel mengeluh , baru je dia dengar cerita mamanya , sudahnya mama dia menukar topik .

"Masuk kejap lagi ." jawab ariel ringkas . Sebenarnya dia ingat nak bawa raihana ke suatu tempat , tapi disebabkan kekecohan antara raihana dan bella terpaksalah dia batalkan dulu hari ni .

"Tak apa lah , mama nak keluar kejap ." puan Aisyah sudah berura-ura bangun dari kerusi empuk . 

"Mama nak pergi mana ?" soal ariel hairan .

"Butik ."

"Habis tu rai macam mana ? Takkan nak tinggal sorang ?" tutur ariel risau terhadap isterinya . Puan Aisyah ketawa kecil .

"Makcik niah kan ada . Risau sangat dengan isteri dia tu ." puan Aisyah tersenyum .

Ariel sengih mendengar bicara mamanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience