Bab 14

Romance Series 185331

Perlahan-lahan raihana menapak ke arah ruang tamu . Matanya sudah terhidang dengan tetamu-tetamu yang hadir di rumahnya . Ada jugak adik-beradik belah papanya yang sedang berborak dengan mamanya . Tak lupa jugak mak ngah Aisyah yang jugak menolong apa yang patut .

Raihana hanya mampu tersenyum . Namun senyumannya terhenti tatkala matanya terpandang ariel yang jugak memandang ke arahnya . Mata mereka berlaga sebelum raihana mengalih memandang ke arah lain .

Ariel senyum nipis .

"Ariel bila nak kahwin ?" tiba-tiba soalan itu diaju oleh makcik ayu iaitu adik pertama kepada encik zamarul .

"Inshaallah , mungkin lepas raihana ?" ariel jawab dengan tenang . Terpandang terus biji mata raihana ke arah ariel di saat namanya meniti di bibir lelaki itu . Ariel dan raihana sekali lagi berlaga mata .

"Ariel kamu biar betul ? Keluarga bella ada cakap macam tu ke ?" mak ngah Aisyah berbisik di telinga anaknya . Terkejut jugak dia apabila ariel tiba-tiba mengeluarkan kenyataan seperti itu .

"Ariel tak pernah main-main dengan kata-kata ariel ." balas ariel tanpa memandang wajah mamanya , sebaliknya memandang wajah raihana . Binirnya sentiasa tersenyum .

Mak ngah Aisyah terkejut .

"Jadi keluarga bella dah tetapkan tarikh ke ?" mak ngah Aisyah berbisik lagi . Teruja mungkin ?

"Dah ."

"Bila ?"

"02/04 ." jawab ariel tanpa menyedari apa-apa . Mata masih setia memandang raihana .

Mak ngah Aisyah mengerut kening . Itu bukan tarikh majlis raihana dan naqif ke ?

"Kamu dah gila ke ?"

"Ye , ariel gilakan dia ." jawab ariel masih dengan dunianya . Terkejut mak ngah Aisyah apabila dia baru sedar yang anaknya sedang merenung raihana yang berada di hujung sofa .

Mak ngah Aisyah berkerut dahi .

******

Raihana berjalan setapak . Senyuman lebar apabila melihat pelamin yang tersergam indah dihadapan matanya . Nasib baik dewan di sini dekat dengan rumahnya . Jalan kaki pun tak apa .

Matanya menari-nari melihat segala perhiasan di atas pelamin . Tak sangka dia akan jadi isteri orang tak lama lagi . Yang penting orang itu adalah cinta hatinya . Raihana tersenyum sendiri .

Namun kehadiran seseorang langsung tidak membuatkan dia perasan . Dia masih leka melihat perhiasan pelamin yang tampak mahal di situ . Tiba-tiba gegendang telinganya terasa angin ditiup . Halus sahaja bunyinya . Tersentak raihana tatkala ariel disebelahnya .

"Hey ! Awak buat apa dekat sini ?" soalan pertama terpacul di bibirnya . Dijauhkan sedikit jaraknya dari ariel .

Ariel senyum .

"Nak datang sini kena mintak izin awak ke ?" soalan berbalas soalan . Dengan selamba ariel berjalan menaiki tangga pentas dan tanpa teragak-agak dia melabuh punggung di atas kerusi pelamin dengan kaki disilang .

Wajah raihana dipandang bersama senyuman selamba . Raihana menahan rasa .

"Kenapa setiap kali awak kena ada ? Tak boleh nampak saya senang sikit kan ?" raihana berpeluk tubuh dengan lagak seperti samseng .

Ariel merenung anak mata sepupunya .

"Sini , duduk sebelah saya ." baki tempat duduk ditepuk perlahan . Tanda mengajak raihana duduk di sebelahnya . Raihana memandang ariel dengan penuh kerutan di dahi .

"Gila !" getus raihana sebelum dia memusingkan tubuhnya , membelakangi ariel .

Ariel di kerusi pelamin hanya ketawa .

"Hey ! Cik sepupu marilah duduk sebelah ." ariel melaung ketika raihana sudah berjalan meninggalkan dia . Masih ada sisa-sisa tawa .

Namun tawanya mati tatkala benak fikiran mula memikirkan hari majlis perkahwinan raihana . Senyuman kelat terukir dibibirnya .

*****

Raihana keluar dari perut kedai runcit bersama coklat kinder beuno . Kemudian langkahnya menuju ke hadapan sambil ralit membuka bungkusan plastik coklatnya .

Tiba-tiba lengannya ditarik dari arah belakang , dan itu membuatkan dia terkejut dengan serangan itu . Bibirnya melopong sedikit .

"Eyy !" raihana sudah ketap bibir tatkala mata melihat gerangan pemilik yang menarik lengannya tanpa meminta izin . Tajam matanya melihat ariel yang hanya beriak selamba .

"Apa ?" ariel bertanya dengan selamba .

"Kenapa dengan awak ni hah ?" raihana hilang kawalan , hampir meninggi suaranya .

"Tu . Buta ke ?" bibirnya memuncung ke arah papan tanda yang bernama kon jalan yang elok berada di lot parkir . Kalau raihana terlanggar kon jalan ni tak ke bahaya namanya ?

Raihana memandang tujukan ariel . Perlahan-lahan dia mengemam bibir menahan malu . Aduhai raihana !

"Lain kali hati-hati . Nasib baik tak jatuh ." ariel senyum sekilas sebelum dia menapak maju ke arah kedai . Raihana menghantar kelibat ariel sehingga hilang di pandangannya .

Keluhan dilepaskan .

"Kenapa dia ?" gumam raihana sendiri . Masih pelik . Tak sudah-sudah dia yang tolong aku ? Haih !

******

Raihana keluar dari bilik peribadinya , pintu ditutup rapat . Namun baru sahaja dia ingin membuka pandangan , dia sudah terhidang dengan kelibat ariel . Raihana mengeluh panjang . Niat baru nak ke bilik tidur , dah jumpa dengan mamat ni pulak !

Raihana buat tak endah sambil kaki menuju ke pintu bilik . Tetapi langkahnya terbantut apabila ariel menghalang laluannya . Raihana angkat anak mata memandang ariel yang tinggi lebih kurang 189 cm .

"Apa alasan awak kali ni ?" raihana jongket kening . Kedua belah tangan disilang ke dada .

"Alasan apa ?"

"Awak buat apa datang sini ?" raihana menjeling . Sumpah ! Dia naik rimas tengok ariel . Rasanya baru petang tadi dia terserempak dengan ariel di kedai runcit . Tiba-tiba malam ni muncul pulak ? Ah ! Tak penat ke datang rumah orang ?

Bibir ariel memuncung ke arah tingkat bawah . Raihana kerut kening , pelan-pelan kakinya menghampiri balkoni tingkat atas dan anak mata turun melihat keluarganya yang sedang berborak dengan mak ngah Aisyah dan pak ngah zaidi .

Ok fine !

Raihana kembali menghampiri ariel . Anak mata naik memandang wajah tampan ariel . Kemudian tangannya membuat gaya 'ke tepi' seolah-olah menyuruh ariel jangan menghalang laluannya .

Ariel masih tidak berganjak . Malah dia mengambil peluang untuk menatap anak mata raihana . Dia tahu raihana sedang menghalau dia dari sini .

Raihana rengus perlahan . Dibalas renungan mata dengan tajam .

"Ke tepi , awak menghalang laluan saya ."

"Banyak lagi ruang yang awak boleh lalu ." balas ariel tenang sambil merenung anak mata raihana .

"Ish !" terus raihana menolak tubuh tegap ariel sehingga terdorong ke tepi . Sempat dia mengetap bibir sebelum dia melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya .

Ariel ketawa halus .

Raihana di dalam bilik sudah naik rimas dengan perangai ariel . Tak sudah-sudah kacau aku . Entah apa yang seronok kacau aku pun tak tahu ! Dengan hati yang sebal , raihana menghampiri meja solek lalu dia mencapai telefon bimbit .

Punggung dilabuh pada kerusi meja solek . Tersenyum lebar dia tatkala melihat mesej dari naqif . Tanpa menunggu lama , dia terus membuka aplikasi whatsapp dan mula membaca mesej tersebut . Tersenyum dia membaca mesej dari naqif , namun senyumannya mati apabila membaca mesej yang ketiga .

Naqif ?
8:00pm
Assalammualaikum awak .

Saya ada benda nak cakap dengan awak .

Saya mintak maaf kalau ini menyakitkan hati awak . Saya terpaksa buat semua ni . Saya nak batalkan perkahwinan kita .

Saya tahu awak akan benci saya . Anggap kita tak pernah ada jodoh . Assalamualaikum .

Prak ! Tidak tunggu lama , pantas telefon bimbit raihana jatuh sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat . Jatuh airmata di pipi menandakan hati sudah berkecai dan remuk . Bergetar bibir raihana menahan tangisan . Jantung jugak mula mengepam kuat .

Tidak percaya apa yang dikatakan oleh naqif . Dia benar-benar hendak pengsan , seakan-akan batu sudah menghempap dadanya . Turun naik turun nafas raihana mengembus .

Dirinya sudah menjadi lemah dan tak bermaya . Namun dia terasa ada seseorang memegang bahunya dari arah belakang .

"Rai , kenapa ni ?" soal ariel dengan wajah cemas . Nasib baik dia tak turun bawah lagi . Sewaktu dia melepasi bilik raihana , sempat jugak gegendang telinganya mendengar dentuman kuat dari bilik raihana .

Raihana tidak membalas pertanyaan ariel . Dia masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh naqif . Matanya sudah tidak berkelip , hanya mampu mengeluarkan airmata jernih di ruang pipinya .

Ariel takut melihat keadaan raihana yang tiba-tiba bertukar menjadi lemah . Tangannya masih setia di bahu raihana .

"Rai , kenapa ni ? Bagitahu saya kenapa awak nangis ?" gesa ariel cuak . Terus raihana menangis teresak-esak dihadapan ariel . Dia tidak mampu lagi untuk bertahan .

Ariel jilat bibir . Tiba-tiba anak matanya terhala ke arah telefon bimbit raihana yang sudah jatuh menyembah lantai . Tanpa teragak-agak , ariel mengambil telefon tersebut dan membukanya . Alangkah terkejutnya ariel tatkala membaca mesej yang disampaikan oleh naqif .

Pantas anak matanya tertancap pada wajah raihana yang sudah basah lencun .

"Naqif , naqif tinggalkan saya ." sayu suara raihana melontarkan kata-kata perit itu dihadapan ariel . Ariel bungkam .

"Saya - saya buntu . Apa patut saya buat ? Esok hari perkahwinan kami . Kenapa ? Kenapa ..." raihana menangis lagi dan terus dia memeluk lutut hadapan ariel . Ariel masih tidak dapat berbuat apa-apa .

Dia jugak terkejut dengan berita buruk ini . Apakah sudah tiada sinar antara naqif dan raihana ?

******

"Hah ?! Naqif lari ?!" bergema suara puan zaimah apabila jawapan dari puan aminah mengejutkan dia . Terus dia berdiri dihadapan puan Aminah , ibu naqif .

Puan aminah menunduk kepala , malu kerana ditengking puan zaimah . Manakala encik zamarul dan encik zariff hanya memicit pelipis . Mak ngah Aisyah dan pak ngah zaidi mampu menjadi tontonan .

"Saya tak kira , naqif perlu kahwin dengan raihana esok . Awak pun tahu kan aminah yang esok hari bahagia diorang ? Kenapa awak tak halang naqif ?!" rahang puan zaimah sudah bergerak-gerak , matanya jugak tajam menikam wajah puan aminah .

"Saya mintak maaf zaimah , tapi naqif cakap -"

"Naqif cakap apa ?" raihana mencelah dengan suara bergetar . Ariel di tingkat atas merenung raihana dari bawah .

"Dia dah berkahwin dengan orang lain ." perlahan dan cukup getar suara puan aminah menjawab . Raihana sekali lagi menangis . Tak sangka orang yang dia cinta sepenuh mati sudah berkahwin dengan orang lain .

Apa semua ni ?

Raihana sangat berharap yang puan aminah sekadar bermain-main . Tetapi ini adalah kenyataan . Tidak dapat mengubah apa-apa lagi .

"Berkahwin dengan orang lain ? Anak saya macam mana ?!" darah puan zaimah sudah mendidih . Ini kalau naqif ada di depan mata dia , memang dah lama arwah budak tu .

"Zaimah . Berbincang elok-elok ." encik zamarul cuba menenangkan hati isterinya . Bukan dia tak marah , tapi cara isterinya tertalu ganas . Tak elok dan boleh mengundang kemarahan .

"Abang suruh saya bincang elok-elok ? Abang pekak eh ? Anak kita dipermainkan ! Abang dah lupa esok hari apa ?" menitis airmata puan zaimah dihadapan suaminya . Mak ngah Aisyah jugak turut bersedih dengan keadaan kakaknya .

"Abang tahu . Siapa je yang suka tengok anak kita dipermainkan . Abang marah dengan naqif sebab dia lah punca semuanya . Tapi benda dah jadi . Tak boleh nak ubah apa-apa lagi . Redho !" ujar encik zamarul dengan penuh tulus ikhlas . Matanya sudah memerah menahan tangisan .

Raihana masih diam menikus sambil menangis disamping encik zamarul .

"Kami mintak maaf . Kami pun terkejut dengan berita ni . Kami sendiri pun tak tahu yang naqif dah kahwin . Isteri dia tengah sarat mengandung , dan sedang dibawa ke hospital . Kami buntu bila dia mahu batalkan majlis perkahwinan dia dengan rai . Apa boleh kami buat ?" tutur encik zariff . Puan aminah sudah mengeluarkan tangisan kecil .

Kecewa dengan sikap anaknya . Bayangkan , ibu sendiri tak tahu status anak . Tiba-tiba dah kahwin dengan orang lain ? Pengsan jugak lah puan aminah dalam lima minit macam tu .

"Terpaksalah kami batalkan perkahwinan ni . Takkan ada yang mahu gantikan naqif ." ujar encik zamarul sedih . Dilihat anaknya yang menangis tak berhenti-henti .

"Ariel ada . Ariel akan gantikan tempat naqif ." ariel berjalan sambil menurun anak tangga .

Semua disitu pantas memandang ariel dengan riak terkejut . Raihana yang tadi menangis menunduk , terus kepala terangkat memandang ariel . Mata ariel dan raihana berlaga lama .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience