Bab 19

Romance Series 185331

"Takkan boleh , sebab saya adalah hero awak . Betul kan ?"

Raihana terdiam .

"Dah lah , saya nak pergi mandi ." ariel tersenyum sebelum dia menyusun langkah menuju ke bilik air . Raihana masih mengunci suara .

Aku tak faham kenapa ariel macam tu ?

"Agak-agak sampai bila wartawan tu nak tercongok depan rumah awak ni hah ?" raihana melaung setelah sekian lama berdiam diri .

Ariel yang berada di dalam bilik air ketawa .

"Diorang nak serang awak tu , jadi jaga-jaga lah . Kata pandai jaga diri kan ?" ariel menyahut dalam bilik air sambil ketawa kecil .

Raihana mengetap bibir . Cis ! Kurang asam !

******

"Makan lah banyak lagi rai ." puan Aisyah menegur raihana apabila menyedari menantunya sekadar menguis nasi . Raihana tersentak .

"Err ... ye mama ." balasan dari raihana cukup segan silu . Puan Aishah senyum sikit .

"Jangan lah malu-malu . Macam lah rai tak kenal siapa mama ." tutur puan Aisyah .

"Tak , bukan maksud rai macam tu . Tapi rai janggal sikit , yela dulu rai kan anak buah mama tapi sekarang dah jadi menantu mama . Jadi rai rasa lain macam sikit ." luahnya . Ariel pusing kepala memandang wajah isterinya .

"Biasakan diri ye sayang ." ariel berkata lembut . Raihana sudah tayang senyuman palsu . Sayang ye , Amboi pandai dia !

"Rai bila start bukak butik ?" puan Aisyah menyoal tentang butik pula kepada raihana .

"Em esok ." balas raihana . Memang dia sudah rancang nak bukak butik esok pagi , lagipun banyak customer yang tempah baju dekat dia .

"No ! Saya tak bagi ." ariel tiba-tiba mencelah . Wajahnya cukup jelas menunjukkan yang dia tak setuju dengan jawapan isterinya . Raihana kalih pandang wajah ariel dengan penuh tanda tanya .

"Kenapa ?"

"Sebab tak boleh ." balas ariel selamba . Dia kembali menjamah nasi dengan riak muka cukup menyakitkan hati . Raihana ketap gigi dalam diam .

"Lah kenapa tak baginya ?" puan Aisyah mencelah . Kesian pulak dia tengok wajah menantunya tatkala ariel tidak membenarkan permintaan raihana .

"Ma , ariel nak dia berehat dulu . Sebab tu ariel tak bagi ." jawab ariel bagi menjawab pertanyaan mamanya . Raihana tayang wajah bosan .

Kenapa dia dah mula nak kongkong hidup aku ? Ish !

******

"Kenapa awak tak bagi saya bukak butik esok ? Awak tak boleh sesuka hati nak larang saya tahu !" bentak raihana geram . Dipandang ariel yang sedang siap-siap dihadapan meja solek .

"Kenapa tak boleh ? Saya suami awak kan ?" ariel jongket kening , pandang raihana .

"Oh sekarang dah pandai kongkong hidup saya ? Awak tak macam naqif , lain !" raihana mula menyebut segaris nama lelaki yang pernah ada di hatinya . Mata cuba untuk tidak menangis di hadapan ariel .

Perbuatan ariel di cermin meja solek terhenti apabila raihana menyebut segaris nama lelaki yang cukup buat dia membara . Dipandang wajah raihana yang merah menyala itu .

"Kenapa awak perlu nak samakan saya dengan naqif ? Naqif , naqif lah . Saya , saya !" ariel jeling sebelum dia melangkah keluar meninggalkan raihana di dalam bilik . Dia betul-betul terkesan dengan kata-kata raihana .

Dan cemburu !

Raihana hentak kaki , tanda protes terhadap ariel . Benci ! Dengan wajah masam mencuka , raihana keluar dari bilik tidur . Mengekori ariel dari belakang . Sampai sahaja di pintu luar , raihana pandang wajah ariel yang sedang memakai sneakers dihadapan .

"Awak nak pergi mana ?" raihana peluk tubuh sambil menyoal ariel . Sesekali anak matanya naik memandang halaman rumah luar pagar . Kelihatan warga-warga wartawan sudah tiada . Alhamdulillah , patut lah ariel macam beria nak keluar ?

Selesai pakai kasut , wajah isterinya dipandang .

"Kenapa nak tahu ? Awak bukan anggap saya suami awak pun kan ?" ariel membalas dengan selamba . Jelas wajahnya berubah ke arah sombong .

"Okay ! Go ! Jangan balik rumah !" raihana ketap gigi sebelum menutup pintu rumah dengan kasar . Kemudian dia mendengus perlahan dan mula menapak naik ke atas .

Padan muka !

Ariel yang berada di luar hanya kelihatan biasa . Perempuan selalunya macam tu . Tanpa berlengah masa , dia menyusun langkah ke arah kereta berjenama range rover . Ada lagi masa sejam lagi untuk dia sampai ke Lestari Hotel atas urusan kerja bersama Datuk Zakuan .

******

Sudah jam 8:00 malam , ariel masih tidak pulang . Ah ! Raihana jenis yang tak kisah pun pasal apa yang ariel buat dekat luar sana tu . Lagipun selama ni raihana tak pernah akrab sangat pun dengan dia .

Raihana mengeluh bila mengenangkan peristiwa dia bersama naqif . Apa salah dia sampai dilakukan seperti itu ? Kadang-kadang raihana terfikir , sebelum-sebelum ni pernah ke raihana buat benda yang sakitkan hati naqif ? Rasanya tak ada pun ?

Elok sahaja mereka berjumpa dan berkasih sayang bagai . Tapi paling dia tak sangka , naqif dah kahwin tanpa pengetahuan dia. Memang teruk sungguh nasib dia .

Dia membuang pandangan ke arah luar balkoni sambil melabuh punggung di tirai katil . Matanya sudah berair menandakan ada empangan bakal pecah . Entah kenapa hatinya terlalu tisu kalau melibatkan isu naqif . Mungkin masih terkesan dengan perbuatan naqif ?

Tiba-tiba matanya teralih ke arah meja kecil bersebelahan katil . Perlahan-lahan dia bangun dari katil dan berjalan ke arah meja kecil tersebut . Laci meja dibukak raihana . Terdapat isi barang yang terlihat kotak baldu berwarna biru pekat . Raihana ambil dengan hati yang hiba , kemudian dibukak perlahan . Sebentuk cincin permata tanda cincin pertunangan dia bersama naqif dipandang dengan airmata yang sudah mengalir .

Memang dia sengaja bawak cincin itu ke rumah ariel . Dia tak mahu tinggalkan cincin itu dirumahnya , takut hilang sahaja .

Airmatanya jatuh terkena pada kotak tersebut . Tidak semena-mena lututnya menjadi lemah dan tanpa sedari dia terduduk di lantai dan memeluk lutut sambil bersandar pada dinding katil . Bahu raihana terhenjut-henjut menahan tangisan .

Digenggam erat cincin pertunangannya . Kenapa awak sanggup buat saya macam ni ? Apa salah saya naqif ?!

Teresak-esak raihana menangis sambil menyembamkan muka di lutut . Hatinya remuk dan penuh dengan kekecewaan . Dia tak rela berkahwin dengan ariel , dan langsung tak ada perasaan sikit pun pada lelaki itu semenjak dia dah move on dengan ariel .

Tapi muncul pulak ariel menjadi penyelamatnya dan sekaligus menjadi suami kepadanya . Memang dulu dia pernah menaruh hati kepada ariel , tapi itu zaman sekolah . Sejak dia dah boleh terima naqif dalam hidupnya , serta-merta perasaannya bertukar kepada lelaki itu . Namun bila naqif pergi tanpa khabar , hatinya menjadi sakit sehingga tak dapat disembuhkan .

Seluar pendek sekerat atas lututnya sudah basah lencun kerana airmata yang turun berjela-jela . Hidungnya jugak kemerahan . Tiba-tiba dia terasa ada seseorang yang sedang duduk di depannya . Perlahan-lahan dia angkat kepala dan memandang seseorang itu dengan pandangan kabur .

Ariel ? Bila dia balik ? Mata raihana dan mata ariel berlaga lama sehingga membuatkan raihana terkedu . Dia betul-betul tak perasan yang ariel dah balik . Cepat-cepat raihana mengesat airmatanya sambil menarik air hingus di hidung . Wajah raihana yang sudah basah lencun itu dipandang ariel .

Kemudian mata ariel beralih pulak ke arah satu kotak baldu yang disebelah raihana . Dia pasti yang itu cincin pertunangan isterinya . Lalu dia kembali memandang raihana .

"Awak rindukan naqif ?" soal ariel perlahan . Entah mengapa hatinya sakit apabila dia bertanyakan soalan itu kepada raihana .

Raihana pandang ariel dengan lama sebelum dia mengangguk kepala dengan lemah . Ariel mengeluh kecil tatkala mendengar jawapan dari raihana . Tanpa sebarang masalah , ariel mendekati raihana dan menarik kepala raihana di dakapan dadanya .

Raihana tak menolak . Malah dia menangis lagi di dada suaminya dengan tersedu-sedu . Dosa ke aku rindukan naqif setelah aku dah kahwin dengan orang lain ? Ya Allah kuatkan lah hati aku yang semakin lama semakin lemah .

Ariel menggosok belakang tubuh isterinya dengan penuh hangat . Raihana dapat rasakan yang ariel benar-benar prihatin terhadapnya . Dia memejam mata menikmati pelukan ariel .

Terima kasih ariel kerana selalu menjadi penyelamat saya di saat saya berduka lara .

"Saya akan pastikan yang awak takkan sedih lagi ." gumam ariel perlahan yang kini tangan sudah naik membelai rambut isterinya . Ubun-ubun kepala raihana dicium lembut .

******

"Qif , kau okay tak ?" salah seorang kawan baiknya , menyoal . Naqif pusing perlahan memandang izzul , salah seorang kawan baiknya yang pernah dia ada .

Kepala di angguk perlahan bersama senyuman nipis . Jelas wajahnya kelihatan pucat lesi dan tak bermaya .

"Kau dah makan ke belum ?" soal izzul dengan prihatinnya . Naqif geleng kepala dengan perlahan . Mata kembali memandang skrin telefon . Seorang perempuan bersama senyuman manis ditatap penuh pilu .

"Sampai bila kau nak macam ni ? Zalikha dah tak ada qif . Takkan kau nak sia-siakan hidup kau ?" izzul mula risau . Wajahnya jugak tampak berkerut .

"Aku rasa bersalah izz . Aku lelaki yang tak berguna kan ?" kolam matanya sudah dipenuhi airmata . Suaranya jugak sudah berubah menjadi sebak . Izzul mengeluh perlahan .

"Kau tak salah qif . Dah takdir zalikha pergi . Kau tak boleh macam ni . Kau kena teruskan hidup !"

"Aku nak teruskan hidup macam mana ? Raihana dah benci aku . Aku memang lelaki yang tak berguna . Sebab tu zalikha pergi tinggalkan aku ." airmata sudah keluar di pipi sambil menatap skrin telefon .

"Astaghfirullah al-azim qif . Kau tak boleh cakap macam tu . Zalikha pergi waktu dia tak dapat nak lahirkan anak kau . Dan aku yakin , zalikha gadis yang baik . Sebab tu tuhan pilih dia . Kau kena redho ." ujar izzul dengan penuh sayu .

"Tapi aku berdosa . Aku duakan raihana , aku tinggalkan dia . Aku biarkan dia menara sorang diri . Dia takkan dapat maafkan aku lagi . Dan zalikha jadi tempias aku dengan raihana . Sampai hari ni aku tak dapat nak maafkan diri aku . Aku betul-betul takut dengan diri aku ." tutur naqif sebak . Berpuluh-puluh kali dia mendapat panggilan dari raihana , namun dia terpaksa abaikan .

Dia betul-betul tak dapat nak maafkan diri dia . Dia betul-betul kecewa . Kalau dia tak sentuh zalikha dahulu , pasti takkan jadi macam ni . Maafkan saya rai dan zalikha .

"Kau tak payah nak fikir . Kau rest dulu okay ." izzul memberi cadangan . Wajah kawannya kini betul-betul merisaukan dia . Dibuatnya naqif masuk hospital mampus dia !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience