Bab 64

Romance Series 185331

"Bella disahkah koma selama mana yang termampu . Dan bayi dalam perut bella ... tak dapat aku nak selamatkan ."

"Hentakan pada perut bella agak sedikit kuat , mungkin disebabkan itu bayi dalam kandungan bella menjadi tempias dia . Lagipun darah yang mengalir dari rahim bella terlalu banyak keluar ."

"Aku cuba untuk selamatkan anak tu , tapi tak boleh . Dan bella tak dapat sedarkan diri , hanya mampu memejam mata selama dia dalam koma . Mungkin ambil masa dalam enam bulan ?"

"Mungkin Allah lebih sayangkan nyawa bayi dalam perut bella ? Aku harap kau dapat terima qadak dan qadar Allah ."

Bella koma .

Itu yang buatkan farhan terdiam seketika . Kata-kata doktor azhar tiga minit yang lepas , buatkan farhan meraung kesedihan di luar bilik bella . Anak yang dia tunggu-tunggu selama ni , sudah dijemput hadir ke syurga . Hati dia sakit bagaikan di toreh pisau .

Wanita yang dia sayang dan cinta disahkan koma . Dia tak mampu menunggu detik-detik itu . Dia tak boleh melihat orang yang dia cinta terlantar di hospital . Dia tak nak kehilangan bella , bella lah satu-satunya wanita yang buatkan dia jatuh cinta pandang pertama . Dia ingatkan dapat lah dia bermain dengan anaknya nanti . Namun kata-kata bella memang tepat .

Selamanya aku tak dapat melihat anak aku sendiri . Ya , mungkin tiba masanya bella akan lebih bencikan aku setelah dia sedar dari koma ? Macam mana aku nak hadap semua ni ?!

"Farhan ?"

Tangisan farhan terhenti sekejap . Matanya naik memandang empunya suara yang menegurnya . Berdirinya tubuh datin sri zareena bersama suaminya dihadapan farhan . Farhan memandang kelopak mata datin sri zareena yang sudah berkolam .

Teresak-esak wanita tua itu menangis dihadapannya . Farhan bangun dari kerusi dan berdiri tegak dihadapan keluarga bella .

"Bella , bella macam mana ?" itu ayat pertama yang keluar dari mulut seorang ibu . Farhan senyum nipis walhal airmata tak henti-henti menitis di pipi .

"Aunty , uncle . Kita kena terima takdir Allah . Mungkin sudah tertulis untuk bella . Tapi aunty dengan uncle jangan risau , bella masih ada . Cuma dia ... dia koma ." rasa sakit dan rasa sebak semakin memijak-mijak hati farhan .

Datin sri zareena dan datuk sri khaleed tidak dapat mengambarkan betapa sebaknya hati ini . Rasa menyesal yang pernah mereka buat pada bella , serasa menyebulungi hati datin dan datuk .

"Kami mintak maaf kalau selama ni , kami pernah sakitkan hati uncle dan aunty . Saya mohon pada aunty maafkan kesilapan bella , dia tak salah . Saya yang salah . Hukum lah saya aunty .." farhan segera melutut dihadapan datin sri zareena . Airmatanya merembes laju membasahi pipi lelakinya .

Datin sri zareena turut merasa apa yang farhan rasa . Perkara yang terjadi pada bella sekarang , amat memberi impak besar pada dirinya . Mungkin perbuatan bella boleh mengecewakan dia , tapi sebenarnya hati seorang ibu terlalu sedih apabila mendapat tahu bahawa bella menerima kemalangan jalan raya .

Hati ibu mana yang tak luluh bila mendapat berita buruk yang terjadi pada anak kita . Dah nak menyesal dah tak guna lagi , perkara dah tak boleh nak diundur . Terima sahaja lah qadak dan qadar Allah .

"Aunty maafkan kamu . Aunty takkan hukum kamu . Aunty bukan tuhan yang senang-senang nak menghukum seseorang ." tutur datin sri zareena dengan lembut . Dia tersenyum nipis melihat ketulusan hati lelaki di hadapannya .

Rupanya selama ni , farhan ada hati pada anak perempuannya .

"Farhan bangun . Tak elok melutut macam tu ." setelah diam dari tadi , akhirnya datuk sri khaleed bersuara .

Perlahan-lahan farhan bangun dari melutut . Dia berdiri dihadapan dua orang tua bella . Alhamdulillah , akhirnya ibu-bapa bella dapat menerima bella kembali . Dia bukan apa , dia tak nak sesiapa menyakiti hati bella dan membenci gadis itu . Bagi dia , bella terlalu baik untuknya .

"Farhan , bayi dalam kandungan bella macam mana ?"

Soalan yang terpacul di bibir mulut datin sri zareena , buatkan farhan kembali bersedih . Dia cuba ukirkan senyuman payah , berat hati untuk dia sampaikan berita kepada keluarga bella .

"Bayi ... bayi tu dah meninggal . Atas kesan dari hentakan kereta yang dilanggar bella . Doktor azhar cuba nak selamat anak kami , tapi nyawa bayi tu dah terhenti waktu saya hantar bella ke hospital . Saya terima hakikat tu , mungkin itu salah satu dari dugaan saya ." ujar farhan dengan nada sebak . Dia tersenyum nipis dihadapan keluarga bella .

Datin sri zareena dan datuk sri khaleed berpandangan sesama . Satu titisan airmata mengalir deras di kedua belah pipi datin sri zareena .

Masih terngiang-ngiang bicaranya sewaktu dia menghina anak yang berada dalam perut bella . Pernah dia katakan yang dia haramkan cucu yang berada dalam perut bella dan jugak takkan dia mengaku yang bayi itu adalah cucunya .

Ya Allah , nenek jenis apa lah kau zareena ?! Kerana kata-kata , Allah makbulkan . Nak menyesal dah tak guna lagi .

"Aunty mintak maaf farhan . Aunty berdosa .." laungan tangisan yang keluar dari suara datin sri zareena hanya mampu farhan pandang .

Manakala datuk sri khaleed menepuk-nepuk bahu isterinya , bagi menenangkan jiwa isterinya .

******

Setiap dari segenap wajah gadis itu , buatkan aku rasa semakin rindu . Bunyi suaranya , gelak tawanya , senyumannya . Semua buatkan aku rasa rindu .

Aku tak mampu untuk tanggung rasa rindu ini . Hanya mampu menatap gambar di setiap waktu malam . Hati sering bertanya , bila akan pulangnya separuh jiwanya itu ? Adakah lama lagi untuk dia menunggu kehadiran gadis kesayangannya ?

Hati semakin tak tertahan . Risau jikalau dia berlama-lama di tempat orang . Suami mana yang boleh tahan menunggu kepulangan isteri ?

Ya Allah , pulang lah Raihana .. abang sentiasa tunggu sayang ..

Anak mata menatap bingkai gambar seorang gadis yang tersenyum manis disampingnya . Kelihatan mereka berdua amat gembira disebalik gambar itu .

Ibu jari ariel menggosok-gosok lembut di wajah Raihana . Rasa rindu ingin menyentuh kulit isterinya semakin menjadi-jadi .

"Rai , masalah abang dah selesai . Bila rai nak balik ? Abang rindukan rai .." gumam ariel perlahan . Hati yang diserang rasa sebak semakin mencucuk-cucuk jiwanya . Matanya tak lepas memandang senyuman manis dari isterinya .

Airmata seorang lelaki jatuh ke dasar pipi ariel . Dibiarkan airmata itu mengalir tanpa dikesat . Beginilah rutin yang ariel selalu buat di waktu malam , menangis dan terus menangis .

"Teman lah abang rai .. abang tak boleh tidur sorang-sorang tanpa seseorang isteri disebelah abang ." ucap ariel perlahan , sambil mata masih menatap wajah manis itu .

Dah macam orang gila pun ada cakap sorang-sorang ni . Tapi dah memang jadi kerja dia kalau waktu malam tiba . Mula lah otak teringatkan sang isteri yang dijauh sana .

"Abang janji , kalau sayang dah balik . Abang akan belikan coklat kinder beuno banyak-banyak , dan sayang akan selalu bahagia dengan abang lepas ni ." ariel usap wajah Raihana disebalik gambar menggunakan ibu jarinya . Tersenyum-senyum dia melihat wajah manis Raihana .

Pantas bingkai gambar itu di tekap pada dadanya dengan gaya memeluk sebelum dia memejamkan kedua belah biji matanya . Harap-harap hari ni dia dapat mimpikan raihana lagi macam hari yang sebelum-belum ni .

"Tidur nyenyak sayang .."

******

Raihana tersedar dari tidur tatkala pinggang belakangnya terasa berdenyut . Argh ! Makin sakit pulak pinggang belakang aku ni . Mencucuk-cucuk sampai ke bahu !

Ni kalau ada orang urut kan best . Raihana bangun dari baring dan mula menyandarkan tubuhnya pada kepala katil . Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit .

"Tengah pagi buta macam ni kau buat aku tersedar ye pinggang ! Tahu lah suami aku tak ada sekarang ni , jangan lah kau seksa aku tengah-tengah pagi macam ni ." omel raihana sebelum tangannya mencapai telefon bimbitnya di meja kecil bersebelahan katil .

Dibuka telefon bimbitnya , terlihat jam sudah menunjukkan pukul 3:00 am . Raihana mengeluh panjang . Sejak dia dah berbadan dua ni , pinggang belakangnya sering sakit . Mungkin sebab faktor mengandung ?

Buat seketika , ingatan raihana melayang memikirkan ariel di kuala lumpur . Bau-bau rindu mula hadir dalam dirinya . Tangannya menggosok-gosok perutnya yang mula nampak buncit sedikit .

"Baby dah tak sabar nak jumpa papa kan ?" raihana menolog sendiri . Tersenyum-senyum bibirnya mengingatkan wajah suaminya .

Dalam hatinya bersyukur sangat kerana rahsia bella sudah terbongkar . Terkejut jugaklah dia yang bella sanggup perangkap ariel menjadi mangsanya . Ish ! Dah tak ada kerja lain ke perempuan tu ?

Alhamdulillah , masalah ariel dengan bella sudah selesai . Kan aku dah cakap , yang ariel boleh selesaikan masalah tu . Aku cuma tak nak kacau dia je , aku nak dia tenang tanpa ada aku buat sementara ni . Dan aku janji , aku bakal pulang ke pangkuan dia .

Raihana lagi sekali tersenyum . Tak jadi pulak mata nak tidur kalau dah teringatkan encik suami .

"Abang , rai janji . Kali ni kita akan bahagia dengan apa yang kita dapat sekarang . Inshaallah , bahagia yang abang tunggu selama ni akan pulang tak lama lagi ." gumam raihana sendiri sambil mengusap perut buncitnya .

Tanpa sedar , matanya terpejam tanpa baring . Dia hanya bersandar pada kepala katil . Mungkin dia selesa dengan keadaan macam tu ?

Tunggu saya abang ..

******

Farhan menjurus masuk ke dalam bilik bella dengan perlahan-lahan . Dipandang bella yang sedang menggunakan bantuan pernafasan . Dia mendekati bella sebelum punggungnya dilabuh pada kerusi hospital .

Dipandang wajah bella dengan lama . Kepala bella sudah dibalut dengan kain pembalut luka atas kesan pada hentakan kepala . Tangan bella jugak dibalut atas kerana luka-luka kecil .

Tangan farhan naik menggenggam tangan bella bersama senyuman kecil . Tak kira lah you koma ke , you cedera parah ke , i tetap akan sayangkan you dan cintakan you bella .

Satu titisan airmata menitis laju di pipi lelakinya . Digenggam erat tangan buah hatinya .

"Bella , i janji yang i akan buat you cintakan i setiap hari . Cuma i mintak satu je , jangan tinggalkan i . You sorang je yang i cinta . You sorang je yang buat i jatuh cinta . Setiap detik , hanya you sorang je yang buat i gila . Dari segenap wajah you , tak ada siapa yang boleh lawan senyuman you .." tutur farhan perlahan . Senyuman nipis mekar di bibirnya .

"I cintakan you hingga hujung dunia i . Bella qasandra binti datuk sri khaleed . Its my love , my future wife , and my life .."

I harap you dengar bella .. i sangat-sangat harap .

Share this novel

Angah Ajalah
2020-01-23 15:29:26 

lamanya tak update lg ni..

Norzalina
2020-01-16 22:14:08 

bila nk update ni..x sabaq nk tggu kesudahan cerita

Norzalina
2020-01-16 22:14:01 

bila nk update ni..x sabaq nk tggu kesudahan cerita


NovelPlus Premium

The best ads free experience