Bab 34

Romance Series 185331

"Bella nak pergi mana pulak tu ?" datin sri zareena bukak pintu kereta dan segera menyoal bella . Bella menoleh memandang datin sri zareena .

"Bella nak jumpa ariel ." selamba bella menjawab . Balik sahaja dari hospital , dia sudah buat keputusan mahu berjumpa dengan ariel dan ingin betulkan keadaan .

"Ya Allah bella , kan mummy dah cakap jangan buat kerja gila ." raut wajah datin sri zareena menjadi tak senang .

"I'm so sorry mom . But i can't leave him . Because he is my first love ." pintu kereta dibuka dari arah luar , lantas dengan itu kaki dia melangkah masuk ke dalam perut kereta . Kemudian pacuan empat roda itu meninggalkan kawasan pekarangan rumah agam milik Datuk khaleed .

Datin sri zareena mengeluh perlahan , mata menghantar kepergian anaknya . Dalam hati berharap agar bella tidak melakukan perkara yang mengundang pelbagai masalah .

******

Dengan selamba bella melangkah masuk ke dalam rumah keluarga ariel . Matanya melilau mencari kelibat bekas tunangnya . Dengan perasaan tanpa takut , bella menuju ke arah dapur . Namun langkahnya mati apabila muncul puan zaimah dari arah belakang .

"Bella ? Bella buat apa datang sini ?" intonasi suara puan zaimah kedengaran bingung . Anak datin sri ni memang jenis yang tak tahu malu eh ? Suka hati dia je pijak rumah aku .

Bella pusing tubuh dan segera menghadap puan zaimah . Wajah tua puan zaimah dipandang bella . Begitu jelas sekali wajah bella yang kelihatan pucat dan tak bermaya .

"Ariel mana ? Bella nak jumpa dia makcik ." suara bella kedengaran sayu . Entah kenapa dia perlu merayu sebegini . Kuat sangat cinta dia pada ariel .

Puan zaimah kemam bibir , wajah puan zaimah tampak tak selesa dengan kehadiran bella . Dia ingatkan bella datang hanya sebab nak pulangkan cincin , tapi lain pulak jadi .

"Ariel tak ada dekat sini . Dia dengan isteri dia . Bella nak buat apa jumpa dia ?"

"Dia pergi mana ?" bella menyoal tanpa menjawab pertanyaan ibu ariel . Puan zaimah buntu , takkan dia nak bagitahu tempat tinggal ariel dekat bella ? Nanti tak pasal-pasal makin rumitkan keadaan .

"Makcik tak boleh bagitahu . Sudah lah tu bella , jangan ganggu rumahtangga ariel lagi . Dia dah bahagia ." ujar puan zaimah yang sangat berharap pada gadis di hadapan dia ini . Bukannya dia tak tahu yang bella masih menaruh hati pada anaknya . Dah terang lagi bersuluh yang datin sri zareena tak inginkan ariel lagi . Jadi buat apa bella masih terhegeh-hegeh pada ariel ? Sedangkan keluarga bella dah terang-terang tak mahukan ariel lagi .

"Senangnya makcik cakap . Bella dua tahun bersama ariel , jadi bukan senang untuk bella lupakan ariel . Makcik tak ada dekat tempat bella , jadi makcik dengan senang lah cakap macam tu . Sampai bila-bila pun bella takkan biarkan ariel dengan isteri dia . Bella mintak maaf , assalammualaikum ." kaki menonong pergi meninggalkan puan zaimah .

Puan zaimah merengus perlahan . Bella ni memang tak faham bahasa ke ? Dah yang lepas tu lepas lah , kenapa perlu nak sambung lagi ?

******

"Kalau saya mintak awak jadi isteri lebih dalam untuk saya , awak boleh buat ?"

Kata-kata permintaan dari ariel menerjah masuk ke dalam benak fikirannya . Sungguh terkedu untuk dia balas permintaan ariel , dia tak tahu sama ada ariel bermain dengan kata-kata atau pun boleh dikira benar .

Mata naik memerhati siling atas , masih memikirkan kata-kata ariel . Entah lah . Bagi aku , aku belum cukup sempurna lagi untuk jadi isteri yang lebih baik untuk ariel . Orang lain takkan sokong apa yang kau buat rai , malah diorang akan kecam dan menuduh pelbagai ayat lagi .

Tapi tak salah kalau aku cuba untuk cintakan ariel buat kali kedua . Lagipun syurga aku dekat bawah tapak kaki dia . Dosa kalau aku abaikan dia sebagai suami . Dan aku jugak kena dengar cakap dia .

Ah ! Lupakan jelah rai . Buat apa kau nak fikir semua ni ? Dua orang lelaki sama je ! Naqif dan ariel perwatakan yang sama . Buktinya , naqif sanggup tinggalkan aku dan ariel sanggup putuskan pertunang dia demi aku . Dalam hal ni aku tak salah , aku cuma mangsa keadaan . Dia sendiri yang cakap nak tolong aku , jadi buat apa aku nak fikir semua ni ?

Tok tok tok !

Raihana tersentak . Terus tubuhnya bangkit dari katil dan perlahan-lahan kakinya menapak ke arah daun pintu . Siapa lagi kalau bukan si encik suami . Daun pintu dibuka , terus terpacul wajah bersih ariel . Tapi yang peliknya , wajah ariel kelihatan berkerut seolah-seolah menahan kesakitan .

"Awak nak apa ? Kenapa dengan awak ni ?" soal raihana kebingungan .

"Awak ada minyak angin tak ? Perut saya .." tenggelam dalam suara ariel meminta minyak angin . Raihana mengerut kening , mintak minyak angin malam-malam macam ni ?

"Awak nak buat apa ?" waktu malam-malam macam ni lah suis otak tak berfungsi . Rasanya soalan tu macam mintak penampar ariel .

"Awak boleh tanya ? Saya sakit perut lah !" bentak ariel geram . Wajahnya sudah berkerut-kerut dalam . Betul-betul parah ni .

"Sakit perut ? Awak makan apa ? Mari sini saya letakkan ubat ." raihana tarik lengan suaminya ke dalam bilik tidurnya . Rasa malam ni macam baik sangat Sara raihana .

"Awak baring . Saya ambik minyak angin kejap ." raihana mengarahkan ariel supaya baring di atas katilnya dahulu . Kaki terus meluru ke arah laci almari meja solek . Pantas raihana menarik laci , sebotol minyak angin diambil . Seterusnya dia kembali ke tempat ariel .

Punggung di henyak di tirai katil . Wajah kerut ariel dipandang . Kesian pulak tengok mamat ni , sakit sangat ke perut tu ? Pantas penutup botol minyak angin dibuka , baru sahaja dia ingin menuang di telapak tangannya , dia mula terfikirkan sesuatu .

"Kejap . Awak tak ambil kesempatan dekat saya kan ? Awak tak tipu kan ?" mata dikecilkan sambil memandang ariel . Ingin pastikan supaya ariel tidak mengambil kesempatan ke atasnya . Mana lah tahu tiba-tiba ariel nak perhatian dari dia , mentang-mentang dah tahu pasal surat cinta aku tu .

"Ya allah , buat apa saya nak tipu awak ? Saya . Sakit . Perut . Kalau tak nak tolong , bagi minyak angin tu . Biar saya sendiri yang sapu ." ariel gerakkan badannya seraya bersandar pada kepala katil . Kesakitan di perut ditahan . Rasanya dia tersalah makan kut pagi tadi .

Raihana mencebik .

"Ala awak ni . Saya tanya je . Cuma nak pastikan yang awak ni tak gatal !" riak wajah berlagak terpapar di wajahnya .

"Saya tak ada masa nak gatal dengan awak !" ariel ketap gigi menahan sakit di perut . Raihana ni memang suka seksa jiwa dan raga aku kan ? Ceh melebih .

Raihana jeling sekilas . Ei aku lagi lah tak ingin nak menggatal dengan dia . Bengong punya suami !

"Nak tolong ke tak nak ni ?" wajah ariel sudah kelihatan marah . Dia sudah mula baringkan tubuhnya .

"Yeye kejap lah ." terus minyak angin di tuang ke tapak tangan raihana . Muka gelinya sudah terpamer di segenap raut wajahnya .

"Selak lah baju tu ." raihana bengang . Takkan itupun nak suruh aku buat ? Ei menyesal pulak aku jadi baik . Aip ! Tak baik rai , syurga di bawah tapak kaki suami kan ...

Lantas itu , ariel mula menyelak bajunya ke atas . Terus raihana menoleh ke arah lain , jantungnya sudah berdegup lain macam . Mana taknya , malu dia nak pandang ke situ . Rasa macam nak lari dari bilik pun ada .

"Kenapa ? Kalau tak selesa biar saya yang buat ." ariel berura-ura bangun dari baring , namun raihana menghalang dengan laju .

"Tak payah . Biar saya buat . Lagipun dapat pahala kalau isteri tolong suami ." jawab raihana cepat tanpa memandang ariel sedikit pun . Ariel sembunyi senyuman , kalau macam ni tiap-tiap hari aku sanggup sakit perut .

Dengan perlahan-lahan raihana letak tangan di atas perut ariel sebelum di urut perlahan . Rasa malu semakin meninggi , jantung sudah memainkan peranan , diri raihana sudah terketar-ketar . Ini kali pertama dia tolong ariel , sumpah tak nak tolong dah . Boleh cabut jantung aku macam ni !

Makin lama makin raihana urut semakin banyak masa yang diambil . Sudah lima minit raihana mengerjakan perut si encik suami sehingga lah encik suami tertidur di atas katilnya . Raihana hentikan perbuatannya , penutup botol di ambil lalu disambungkan pada kepala botol . Kemudian raihana letak minyak angin di atas meja kecil bersebelahan katilnya .

Lama raihana merenung wajah kacak ariel yang lena dibuai mimpi . Satu senyuman manis terbit di bibir merahnya . Tak sangka yang dia boleh ariel sampai tertidur .

"Hensem jugak suami aku ni kan ?" gumam raihana tanpa sedari yang dia sudah memuji suaminya . Kemudian kepala digeleng ke kiri ke kanan .

"Tak , tak . Kau tak boleh puji dia sangat , nanti kembang lubang hidung si ariel ni ." raihana mencebik sebelum dia menyelimutkan tubuh sasa ariel . Biar lah hari ni pakcik ni tidur dekat bilik aku . Tak salah pun kan ?

Seterusnya raihana melangkah ke daun pintu sebelum daun pintu ditutup rapat . Lalu dia menapak ke arah tempat tidur sebelah , tanpa aba-aba dia membaringkan tubuhnya disebelah ariel . Badannya di gerak ke kanan , secara tak langsung matanya menatap wajah ariel dari tepi .

"Goodnight encik suami ." raihana senyum lebar sebelum dia menarik gebar menutupi separuh badannya . Lalu mata dipejam rapat sehingga lena dia sudah ditemui .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience