Bab 69

Romance Series 185331

Tidak kira pagi petang malam . Farhan sentiasa akan ada di sisi bella , setiap kali dia akan mandikan bella menggunakan kain basah disebabkan keadaan bella yang masih dalam koma .

Farhan sudah niat dalam hati yang dia akan jaga bella walau macam mana sekalipun . Sekali dia cakap dia sayangkan bella sekali itu jugak dia takkan tipu dengan kata-katanya .

Farhan kalau boleh nak sentiasa berada di sisi gadis pujaannya , walaupun kadang-kadang Datin Sri Zareena dan Datuk Sri Khaleed menghalang . Dia tetap berkeras mahu menjaga bella sampai gadis itu sedar .

Dia tak nak lepaskan peluang ni , kalau boleh dia nak pegang peluang ni supaya dia dapat jaga gadis kesayangannya . Walhal dia tahu yang bella masih bencikan dia .

Ketahuilah , sesungguhnya cinta dia pada bella takkan pernah pudar . Dia tahu manusia sering melakukan kesilapan , tapi cara itu sahaja yang dapat dia miliki diri bella . Walaupun dia dipandang jijik oleh bella , dia tetap tersenyum .

Dia tahu , makian dan cacian dari bella amat pedih . Tapi siapa dia untuk melawan bella ? Memang betul kata bella , bukan cara macam ni untuk dia dapatkan bella . Tapi kalau dia guna cara lain pun , bella tetap jugak pilih ariel .

Dia tak mampu nak tipu diri dia . Tipu lah kalau dia tak berharap lagi pada bella . Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya cinta dia pada bella .

Ya , bella . Aku cintakan kau sampai bila-bila .

"Farhan ." Datin Sri Zareena menepuk perlahan bahu kanan farhan . Farhan tersentak tatkala melihat susuk tubuh Datin Sri Zareena di depannya .

"Kenapa tidur macam tu ? Tak sakit ke badan ?" soal Datin Sri Zareena yang prihatin terhadap farhan . Dah sebulan farhan ada di hospital , rasa macam tak ada peluang untuk Datin Sri Zareena menjaga anaknya .

"Maaflah , tadi saya terlelap . Aunty datang sorang ke ?" meliar mata farhan mencari kelibat Datuk Sri Khaleed . Tapi tak kelihatan pula hari ni .

"Aunty datang sorang je , uncle kena uruskan hal company dia . Jadi hari ni aunty ingat nak jaga bella , kamu balik lah hari ni . Kesian kamu , hari-hari jaga bella . Muka kamu pun dah lain macam ." ujar Datin Sri Zareena berbaur kesian . Farhan tersenyum nipis .

"Tak apa , selagi saya mampu selagi tu saya akan jaga bella . Aunty jangan lah risau , saya baik-baik je dengan bella ." farhan membalas dengan lembut . Datin Sri Zareena kemam bibir .

"Tapi dah lama sangat kamu jaga bella . Nanti apa kata keluarga kamu ?"

"Aunty dalam hidup saya cuma ada Allah , keluarga saya dan bella . Tolong lah bagi peluang untuk saya jaga dia . Saya tak nak sia-siakan peluang yang ada sekarang ni ." permintaan yang keluar dari mulut farhan sekarang benar-benar buatkan Datin Sri Zareena menjadi serba-salah .

"Aunty tau kamu sayangkan bella . Tapi jangan lah sampai seksa diri kamu . Aunty bagi kamu jaga bella , tapi hari ni biarlah aunty pulak yang jaga dia okay . Kamu balik lah , rehat kat rumah ." tutur Datin Sri Zareena dengan lembut . Farhan angguk perlahan .

Mungkin betul apa yang mummy bella cakap , aku kena rehatkan badan . Dah banyak hari aku menetap di hospital . Tubuh badan aku pun dah rasa lenguh semacam .

"Saya balik dulu ye aunty ."

"Yelah , hati-hati ."

Farhan mengangguk sebelum dia mengatur langkah meninggalkan ruang bilik bella . Datin Sri Zareena mengeluh seketika tatkala susuk tubuh farhan sudah tidak kelihatan .

"Beruntung kamu bella , ada lelaki yang sayangkan kamu ." gumam Datin Sri Zareena perlahan . Kemudian dia mengambil tempat dihadapan bella .

******

Takbir diangkat dengan penuh keimanan , saat ini hati farhan terasa lapang ketika sedang menunaikan solat zohor . Kemudian di rukuk sebelum dia bersujud kepada tuhan . Sejadah yang berwarna merah dengan penuh corak masjid , di laga dengan dahi .

Usai sahaja solat , farhan menadah tangan . Di saat ini bayang-bayang wajah bella mula bermain di fikirannya . Kelopak mata farhan mula terasa panas .

Ya Allah , sesungguhnya aku merayu pada mu , sembuhkan lah bella dari segala sakitnya ya Allah . Kau sedarkan lah dia dari koma .

Aku tahu yang aku telah melakukan perkara jijik di atas muka bumi ini . Aku telah melanggar perintah mu ya Allah . Ampunkan dosa-dosa aku bersama bella ya Allah .

Kau permudahkan ia , agar kami boleh bersama dalam keredhaan mu .. amin rabbal alamin .

Kedua tapak tangan farhan disapu kepada seluruh muka , tanda selesai mengaminkan doa . Kemudian farhan bangun dari duduk , lalu dia menuju ke pintu luar .

Saat dia sedang meluru ke pintu luar , terlihat susuk tubuh ariel sedang memakai kasut di anak tangga masjid . Segera farhan meluru ke arah ariel .

"Assalammualaikum ." salam diberi .

"Walaikumsalam ." ariel sedikit tersentak tatkala melihat farhan di depan matanya . Dia tersenyum seketika sebelum mereka berdua bersalaman .

"Lah , tak sangka jumpa dekat sini ?" ariel berkata yang sedikit terkejut dengan perjumpaan ini .

Farhan senyum nipis .

"Aku baru balik dari hospital ."

Ariel mengangguk kecil .

"Bella macam mana ? Belum sedar lagi ke ?" soal ariel hati-hati . Farhan menggeleng perlahan , terbit rasa rindu di hati . Sudah lama dia tidak mendengar suara gadis kesayangannya .

"Kau sabar ye , insyaaallah dia akan sedar . Kau banyak-banyak lah berdoa untuk dia . Allah itu maha mengetahui , dia tahu mana yang baik dan mana yang buruk ." ucap ariel sambil memberi kata-kata semangat untuk farhan .

Farhan angguk perlahan .

"Terima kasih ariel . Kau dah banyak tolong aku ." farhan senyum payah , walaupun dahulu dia dan ariel tidak lah seberapa rapat , tapi sekarang ariel banyak memberi semangat untuknya .

"Kau yang dah banyak tolong aku . Kau yang pulihkan keadaan , kalau kau tak muncul mungkin bella masih kejar aku . Aku rasa , mungkin ada hikmah untuk bella . Dan mungkin ada sebab kenapa Allah tentukan bella macam tu ."

"Aku harap , kau terus setia di sisi dia . Kau jaga dia , hanya kau sahaja yang mungkin dia perlu sekarang . Doa-doa kau jugak mungkin dia perlu , aku harap kau kekal tabah ." sambung ariel sebelum dia menepuk bahu kanan farhan . Jelas wajah farhan menunjukkan betapa sedihnya dia .

Ariel turut simpati dengan farhan . Setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan , terus lah berdoa untuk diri sendiri agar bertaubat dari segala perbuatan jahat . Dalam dunia tidak pernah ada yang kekal , hanya DIA sahaja yang kekal selama-lamanya .

"Aku pergi dulu , assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ." farhan senyum nipis sambil menghantar kelibat ariel yang mula menunu ke arah kereta .

******

Raihana turun dari anak tangga setelah selesai bersiap berdandan . Perlahan-lahan kaki raihana menuju ke ruang tamu , ketika itu terdapat sepucuk surat di atas meja kecil . Raihana mengerut kening tatkala melihat isi kandungan surat tersebut .

Pantas raihana mengambil surat tersebut . Lalu di baca dengan perlahan .

Ada seseorang tunggu awak dekat luar . Sorry abang tak dapat nak jemput awak .

From ;
Suami mu yang kiut miut :)

Raihana ketawa besar . Sempat lagi angkat bakul sendiri . Tanpa menunggu lama lagi , raihana segera mendapatkan purse sebelum dia melangkah keluar dari rumah .

Kereta yang berjenama Audi A8 sudah siap sedia memakir di hadapan rumahnya , raihana sedikit melopong tatkala melihat dua orang lelaki berbadan tegap berpakaian sut hitam sambil berdiri betul-betul di hadapan kereta tersebut .

Perlahan-lahan kaki raihana menghampiri dua orang lelaki itu . Satu senyuman segan diberi , heh gangster nya muka ? Ariel ni memang nak bagi aku kecut perut ke ?

"Saya ahmad ."

"Dan saya , abu ."

Raihana tahan ketawa . Muka macam ketua gangster , tapi nama macam budak baik . Memang dekah aku kalau aku kat rumah ni . Raihana angguk kepala tanda memberi respon .

Segera lelaki yang bernama Ahmad membuka pintu kereta untuk raihana . Raihana angkat sedikit kain yang labuh bagi menyenangkan diri yang ingin membolosi ke dalam perut kereta . Tutup sahaja pintu kereta , kedua-dua lelaki itu segera memasuki ke dalam kereta .

Pacuan empat roda itu meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah banglo milik ariel . Dalam hati raihana dah mula tak keruan , kenapa lah ariel perlu nak susahkan orang lain sedangkan lelaki itu memang dah sah-sah ada kereta sendiri .

Suprise apa yang dia cuba nak tunjuk ni ?

Dalam perjalanan yang memakan sejam lebih , akhirnya pacuan empat roda itu mula memakir elok-elok di sebuah dewan besar yang tampak mewah dari luar . Pergh , ni belum masuk lagi .

Lantas dengan itu , abu yang merangkap sahabat kepada Ahmad segera membuka pintu untuk raihana . Raihana senyum tanda berterima kasih kepada lelaki itu . Abu sekadar angguk , cepat-cepat raihana keluar dari perut kerut .

"Nak kami tolong puan raihana masuk ke dalam ke ?" abu bertanya prihatin . Raihana sengih .

"Encik ariel ada suruh ke ?" raihana menyoal dengan wajah selenge . Sumpah , dia takkan sudi menerima pelawaan orang kalau suami dia sendiri yang izinkan . Yela sejak akhir-akhir ni , ariel banyak kumpul penyakit cemburu dia tu .

"Tak , encik ariel tak suruh pun . Kami cuma risau kalau apa-apa jadi dekat puan raihana ." walaupun wajah tegang , suara tetap kelihatan macho .

Awww gentleman nya !

"Tak apa , tak apa . Saya boleh hati-hati . Err by the way thanks sebab hantar saya ." raihana senyum segaris . Agak-agak dua ekor ni dah kahwin ke belum ek ?

"Tak apa , memang tu kerja kami ." balas abu . Raihana sengih lagi sambil mengerling sekilas ke arah Ahmad yang sedia tadi berdiri tegak di sebelah ali .

"Saya masuk dulu . Terima kasih ."

"Sama-sama ."

Sampai sahaja di muka pintu utama dewan , raihana segera melangkah masuk . Terpana raihana tatkala memandang dalaman dewan yang dihiasi dengan lampu-lampu kecil di dinding .

Kemudian matanya terhala ke arah meja makan yang berlapik dengan kain putih di atas pentas besar . Raihana senyum lebar menikmati pandangan cantik di matanya . Pandainya ariel hias ?

Saat dia sudah memijak lantai dewan , tiba-tiba sahaja pintu dewan tertutup secara mengejut . Terangkat sedikit bahu raihana apabila mendapat kejutan dari arah belakang .

Namun tak lama kemudian lampu dewan tiba-tiba terpadam . Raihana terkesima . Alamak , aku salah masuk dewan ke ?

"Abang ! Jangan main-main lah ! Saya tengah pregnant ni , kang tak pasal-pasal keluar air ketuban !" raihana memekik . Gila ke apa , dah lah gelap . Lepas tu sunyi lain macam pulak tu ?

Pelan-pelan kaki raihana menapak ke hadapan . Sudah lah dewan yang dia berada sekarang teramat luas , mesti boleh bayang betapa jauh jarak untuk sampai ke pentas . Raihana angkat kain apabila dia terasa susah untuk berjalan .

Sumpah , keadaan sekarang memang gelap ! Dia sendiri pun tak tau nak jalan ikut arah mana . Dalam hati berharap yang dia tak salah dewan , takkan lah Ahmad dengan abu sanggup tipu aku ?

Eh ni kan semua rancangan ariel ?

"Abang ? Keluar lah ! Mana suprise nya ?" raihana mendengus geram . Ariel ni memang sengaja nak suprise macam ni ke ? 

Dia tak tau ke aku tengah mengandung anak dia hah ?

Raihana melangkah lagi , cuba untuk beranikan diri . Seketika kemudian , lampu dewan kembali menyala . Dan di saat ini , raihana terkesima sebentar .

Susuk tubuh ariel di hadapannya sekarang benar-benar buatkan raihana terpukau . Gaya ariel yang sedang memegang gitar begitu tampak macho di depannya .

Raihana ukir sebentuk senyuman bahagia .

"Sayang , lagu ni khas untuk awak ." ariel melemparkan senyuman manis kepada raihana sebelum jari-jemarinya memetik gitar .

Raihana tersenyum .

Apa Khabar dinda
Lama Tak jumpa
Rasanya Hampir dua purnama
Rindu Didada tak siapa yang tahu

Dinda Jauh di sana
Jauh Dimata
Namun Dihari sentiasa ada
Menemani Dikala gundah gulana

Dinda Kanda pergi hanya
Seketika Cuma
Inikan Semua demi
Masa Depan kita

Dinda Jangan marah marah
Takut Nanti lekas tua
Kanda Setia orangnya
Takkan Pernah mendua

Dari Jutaan bintang
Dinda Paling gemerlapan
Dari Segenap wanita
Dindalah Yang paling menawan

Dinda Kanda pergi hanya
Seketika Cuma
Inikan Semua demi
Masa Depan kita

Dinda Jangan marah marah
Takut Nanti lekas tua
Kanda Setia orangnya
Takkan Pernah mendua

Dari Jutaan bintang
Dinda Paling gemerlapan
Dari Segenap wanita
Dindalah Yang paling menawan

Raihana ketawa lepas tatkala melihat ariel sudah berdiri di hadapannya . Mata mereka bertembung buat seketika . Lagu yang cukup sweet baginya . Tak sangka yang ariel pandai membawakan lagu itu .

Comel pulak !

"I love you sayang .." ucapan berbaur romantis itu buatkan raihana tersipu malu .

"I love you too .." balas raihana lambat-lambat .

"Suka tak ?" ariel menyoal .

"Kenapa perlu nak takutkan saya ? Saya mati-mati ingat yang saya ni salah masuk dewan !" omel raihana geram . Pertanyaan suaminya tak dibalas .

Ariel ketawa lepas .

"Kata suprise ? So kena lah ada impression dia ." balas ariel perlahan . Raihana memuncung seketika . Impression tahik kucing dia !

"Hargai lah apa yang abang buat . Penat-penat tau abang belajar main gitar ni . Ingat senang ke ?"

"Mestilah saya hargai . Pernah ke saya tak hargai apa yang abang pernah buat untuk saya ?" raihana capai pergelangan tangan suaminya , lalu dibelai dengan lembut .

"Suka tak ?" lagi sekali ariel menyoal .

"Suka sangat ! Dengan nyanyian abang yang merdu tu , mestilah saya suka . Abang hias satu dewan ni , mestilah saya suka . Abang tak pernah kurang pun dimata saya ." raihana senyum lebar sambil anak mata merenung dalam ke arah bebola mata ariel .

"Pandai abang bagi kejutan untuk saya . Terima kasih ." raihana menunduk malu . Gila ke tak suka dengan kejutan yang ariel bagi ni ? Dah macam keindahan syurga pulak bila ariel bagi kejutan macam ni .

"Sama-sama sayang . Abang nak , buktikan yang abang tak pernah tipu diri sayang . Abang nak jadikan awak yang pertama dan terakhir untuk abang ." kata-kata romantis itu menusuk masuk ke dalam segenap ruang hati raihana tika ini .

Dia berharap yang ariel sentiasa cintakan dia dan tidak berubah hati . Itu yang dia doa selama ini kepada tuhan .

"Cantik awak malam ni ." tak jemu mata ariel memandang busana yang melekat di tubuh badan isterinya . Raihana tersipu malu lagi .

"Oh ya . Sebenarnya abang ada lagi satu suprise untuk awak ." ariel mula teringatkan sesuatu . Terkebil-kebil raihana memandang ariel yang sepertinya mencari sesuatu di kocek seluarnya .

Terdapat satu kotak panjang kecil yang dipegang ariel . Raihana mengerut kening . Apa lagi yang ariel belikan untuknya ?

"Apa tu ?"

"Nah , bukak sendiri ." ariel menghulurkan kotak berwarna hitam pekat itu kepada raihana . Lambat-lambat gadis itu menyambut huluran ariel .

Perlahan-lahan tangan raihana membuka penutup kotak itu . Alangkah terkejutnya raihana tatkala memandang isi barang yang ada dalam kotak tersebut .

"Rantai ? Rantai ni sebiji macam rantai yang hanyut dekat air terjun tu . Kenapa abang beli ?" raihana menyoal pelik . Dia kalau boleh tak nak ingat pun peristiwa hitam itu , sangat-sangat ngeri baginya !

Ariel senyum nipis .

"Abang nak kembalikan rantai yang pernah hilang di leher awak . Abang pernah leka sebab tak jaga awak dengan betul sampai buat awak menangis . Abang tak nak macam tu lagi ." luah hati ariel dengan bersungguh-sungguh .

Tubir mata raihana seakan terasa panas . Ditahan supaya tidak mengalirkan cecair jernih . Tipu lah kalau dia tak sebak bila ariel ingatkan dia dengan kejadian malang tu .

"Abang nak , nama kita sentiasa ada pada rantai ni . Biar kekal selamanya macam kita ." satu senyuman manis mekar dibibir merah itu . Senyuman itu disambut penuh kasih oleh raihana .

Perlahan-lahan tangan raihana menyentuh kedua belah pipi suaminya sebelum di belai manja .

"Tapi rantai ni takkan sama macam yang dulu ." balas raihana seolah merasa berjauh hati .

"Biarlah , asalkan abang dapat hidupkan kembali nama kita ." jawab ariel sambil mengenyit mata . Raihana ketawa .

Segera ariel mengambil rantai itu sebelum dipakaikan di leher isterinya . Kemudian hidung raihana dicuit manja .

"Percayalah , hanya sayang sorang sahaja yang ada dalam hati abang . Tak pernah terlintas pun dihati abang nak menduakan sayang ." ujar ariel berbaur romantis . Hati dan segala organ dalaman raihana terasa ditaburi dengan bunga-bunga cinta .

Ah ! Indahnya ungkapan yang keluar dari mulut suami aku ni !

"Dan dalam hati saya jugak hanya ada abang sorang sahaja yang bertakhta . Kerana abang , hero yang saya cari selama ni ." balas raihana sebelum jari telunjuknya mencuit hidung mancung ariel .

Ariel ketawa kecil . Pantas ariel memeluk pinggang raihana sebelum dahinya dilekat pada dahi raihana .

"Bahagia sampai mati . Cinta sampai mati . Dan kekal sampai mati . Janji okay ?" tutur ariel penuh makna . Raihana angguk kecil sebelum tangannya jugak naik memeluk leher ariel .

"Terima kasih sebab sanggup buat kejutan macam ni untuk saya . Saya dan baby happy sangat ! Lagi-lagi lagu dinda yang abang nyanyikan tu ."

Ariel senyum . Tak pernah terlintas pun dihati mahu membawakan lagu macam tu . Mungkin raihana adalah 'dinda' baginya . Jadi macam kena kalau dia bawakan lagu dari kumpulan masdo itu .

"Kasih diterima . Lagipun abang nak buat yang terbaik untuk awak dan anak kita . Supaya hari ni akan menjadi kenangan sampai selamanya ."

Raihana merenung mata ariel dengan lama sebelum dia menjinjitkan kakinya dan terus tubuh ariel dipeluk erat . Ariel membalas pelukan itu .

Biarlah cinta ini kekal menjadi kenangan manis untuk mereka . Tiada yang sempurna dalam diri mereka , tapi yang sempurna adalah cinta mereka .

Bila dah sayang , benda yang paling takut adalah 'kehilangan' . Jadi ariel sangat berharap agar tiada lagi bencana dalam hubungannya .

Biarlah hubungannya bersama raihana sentiasa berjodohan hingga ke jannah .

******

Makan malam yang penuh dihiasi dengan keindahan cinta , baru sahaja selesai sebentar tadi . Kini ariel dan raihana sudahpun mahu pulang ke istana mereka .

"Ahmad dengan Abu tu , mana abang kenal ?" itu soalan pertama yang raihana ajukan . Dipandang wajah ariel yang sedang tekun memandu kereta .

"Kenalan lama . Diorang tu sebenarnya bodyguard kepada Datuk Hanaf ." balas ariel .

"Datuk Hanaf ? Siapa tu bang ?"

"Kalau nak tau , Datuk Hanaf tu lah ayah farhan ."

"Hah ?! Ayah farhan ? Wau ! So maknanya , abang memang rapat lah dengan keluarga farhan ?" tebak raihana .

"Eh tak ! Abang rapat dengan Datuk Hanaf tu sebab dia pernah jadi client abang . Dengan isteri dia abang tak kenal mana ." jelas ariel laju . Bibir raihana berbentuk 'o' .

"Tapi kan , dah alang-alang cerita pasal farhan ni . Boleh kan dia terima pemergian anak dia ? Kesian saya tengok dia . Bella tak patut buat dia macam tu ." topik semakin berkembang tentang farhan . Dia hanya pelik , takkan lah sekuat itu dia boleh terima ? Kalau aku lah kan , sebulan belum tentu aku boleh berhenti menangis .

"Hati orang mana boleh kita baca sayang . Luar nampak macam tenang , tapi dalam penuh dengan derita . Awak tak boleh cakap macam tu , mungkin bagi kita dia okay je . Tapi bagi dia , tak okay . Anak tu satu anugerah Allah , nak tak nak kita kena terima hakikat sebenar ." ujar ariel penuh dalam . Raihana senyum nipis , benar belaka kata-kata ariel tu .

Nak tak nak , kita kena terima . Hidup menjadi seorang manusia takkan pernah lari dari ujian . Mahupun kesilapan .

"Kita doa yang baik-baik untuk diorang . Insyaallah , farhan dan bella boleh bahagia macam kita suatu hari nanti ." ariel senyum sikit . Raihana angguk perlahan .

Namun tak lama kemudian , jalan raya bertukar sesak . Raihana memuncungkan bibirnya , benci lah kalau dah masuk bab jammed ni !

Ariel berdecit perlahan tatkala melihat kereta semakin perlahan . Apa hal lah pulak ni !

"Ni mesti polis buat roadblock . Haish ! Malam-malam macam ni pun nak buat roadblock ke ?" omel raihana perlahan sambil memeluk tubuh . Wajahnya sudah berubah masam .

Ariel ketawa kecil .

"Biasalah sayang , dah namanya bertugas . Takkan lah diorang nak makan gaji buta ?" ujar ariel .

Raihana diam tidak membalas . Hanya tinggal sepi ketika ini . Namun selepas itu , kereta ariel mula berada di kedudukan kedua . Ketika ini , kening ariel mula bercantum rapat memandang situasi di hadapan .

"Ni bukan roadblock sayang . Ada orang excident ni ." ariel seakan ingin tahu . Kepalanya sudah terjenguk ke luar tingkap kereta .

"Siapa pulak yang excident ni ?" raihana jugak turut membuat perkara yang sama seperti ariel .

"Jap sayang , abang nak parkir kereta kat tepi ." terus ariel membelok ke kiri untuk memakir kereta di tepi jalan . Hatinya berasa tak enak . Manakala raihana sudah gelisah .

"Abang nak buat apa ? Tak payah lah ambik tahu pasal orang lain . Biar polis yang buat kerja dia ." raihana membantah . Lagipun dah lewat malam , tak elok untuk ibu mengandung .

"Sayang , sekejap okay . Abang rasa macam tak sedap hati . Tunggu dalam kereta okay ."

"Tapi -" tak sempat raihana ingin habiskan ayatnya , ariel terlebih dahulu memotong .

"Tunggu okay ." terus ariel membuka pintu kereta dan segera berlalu pergi . Raihana mengeluh panjang .

Laju kaki ariel menuju ke tempat kejadian . Namun matanya menjadi samar-samar dek cahaya kereta yang menerangi jalan . Ariel tidak dapat melihat mangsa kemalangan , kerana sudah ditutupi dengan plastik hitam .

Kereta yang berjenama BMW sudahpun hancur di bahagian hadapan , manakala lori jugak hancur di bahagian hadapan . Mungkin disebabkan itu mangsa disahkan meninggal .

"Encik , boleh saya tahu siapa yang excident ?" ariel bertanya kepada pihak polis .

"Encik siapa ? Ahli keluarga dia ke ?"

Ariel senyum payah .

"Tak , tapi saya nak tahu . Boleh kan ?" ariel sepertinya berharap agar lelaki yang beruniform polis ini dapat berkerjasama dengannya .

"Mangsa ialah artis ."

"Artis ? Siapa ?"

"Farhan Aidin Bin Datuk Hanaf ."

Wajah ariel bertukar pucat . Terus matanya memandang ke arah tempat yang diletak mayat . Ketika ini mata ariel mula berkolam . Betul lah firasat hatinya , memang dari tadi dia tak sedap hati . Rupa-rupanya mangsa tu adalah farhan !

"Encik kenal ke ?" polis itu bertanya apabila perasan dengan riak wajah ariel yang bertukar mendadak . Rahang ariel bergetar sambil anak mata terhala ke arah wajah polis tersebut .

Ariel tak dapat nak sembunyikan perasaan sedihnya . Dan bibirnya tak mampu untuk bersuara bagi membalas pertanyaan polis itu . Hanya mampu menitiskan airmata .

Raihana mengigit bibir . Tak betah dia menunggu di dalam kereta , rasa nak keluar je panggil ariel . Tapi tula kereta banyak , dengan diri dia yang tengah sarat mengandung ni . Memang kena marah dengan ariel nanti .

"Lama pulak suami aku ni ." raihana mengeluh perlahan . Sedang dia menanti kehadiran ariel , tiba-tiba dia terasa sesuatu di bawah . Sepertinya ada cecair yang keluar dari bawah kain raihana .

Jantung raihana mula berdegup kencang . Wajahnya jugak sudah berubah pucat lesi . Perlahan-lahan raihana menyentuh kain bawah .

Air ketuban ?!

"Abang !!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience