Bab 32

Romance Series 185331

"Bella ni dah makin kurang ajar ! Suka hati dia je lontarkan kata-kata yang tak rasional dekat raihana ." puan Aisyah ketap bibir , geram dengan tindakan bella . Rasa pedih biji mata bila melihat video sidang media dari bella yang baru sebentar tadi .

"Macam lah awak tak kenal dengan perangai bella tu . Dia kalau dah benci , semua benda dia boleh buat ." encik zaidi membalas dengan selamba . Sejadah di sidai atas ampaian kecil . Kemudian dia mendekati isterinya di katil .

"Awak ni duk membebel , dah sembahyang ke belum ?" encik zaidi bukak kopiah di atas kepala seraya diletak atas meja kecil bersebelahan katil .

Puan Aisyah mencebik , dipandang susuk tubuh belakang suaminya yang sedang melabuh punggung di tirai katil .

"Dah ..." balas puan Aisyah acuh tak acuh .

"Baguslah . Awak tak payah lah ambik tahu pasal ariel . Tahu la macam mana dia nak settle ." encik zaidi gerakkan badan seraya membaringkan tubuhnya disebelah puan Aisyah .

"Masalahnya , ariel dah janji tak nak libatkan raihana dalam hal dia . Tapi ni rai dah terlibat , habis semua maruahnya tercalar ." omel puan Aisyah geram . Bila teringatkan kata-kata datin sri zareena tempoh hari , buatkan puan Aisyah panas hati . Cakap dekat anak orang , padahal anak sendiri yang terhegeh-hegeh !

"Ariel tu dah jadi suami , dah ada akal dan fikiran . Dia tahu macam mana nak jaga rumahtangga dia , jadi awak sebagai ibu dia , sokong dia dari belakang . Saya tak nak awak desak dia yang bukan-bukan , takut nanti jadi benda lain pulak ." balas encik zaidi seraya memejam mata .

"Ye saya tahu . Tapi saya tak nak lah kak mah fikir yang bukan-bukan dekat anak kita ."

"Inshallah kak mah faham ." ujar encik zaidi yang ingin menyedapkan hati isterinya . Puan Aisyah mengeluh perlahan sebelum kepalanya dijatuhkan pada permukaan bantal .

******

Raihana angkat punggung , tanda-tanda ingin meninggalkan ruang dapur .

"Awak nak pergi mana ?" ariel kalih pandangan ke arah raihana yang sudah menapak ke arah anak tangga . Baru je berborak , takkan dah nak lari ?

Raihana menoleh memandang ariel yang masih berada di meja makan . Separuh dari mee goreng udang sudah masuk ke dalam perut ariel . Dalam diam , raihana gembira melihat ariel habiskan mee buatannya .

"Saya nak masuk bilik ." raihana senyum kelat seraya meninggalkan ariel berseorangan di bawah . Ariel gigit dinding pipi , niat di hati ingin bersama raihana lagi . Tapi pada wajah raihana dah jelas-jelas macam nak mengelak dari dia lagi .

Raihana panjat tangga dengan perlahan sehingga kakinya melurus ke arah daun pintu bilik . Tangan memulas tombol pintu , kaki melangkah masuk tanpa menutup pintu kembali .

Raihana menjurus ke arah beg tangan berwarna merah hati yang berada di atas almari baju . Kaki di jinjit seraya tangannya mencapai beg tangan tersebut . Raihana senyum sikit bila mata melihat beg tersebut .

Beg tangan yang naqif hadiahkan dahulu . Sudah lama dia tidak pakai , last dia pakai waktu hantar naqif ke KLIA . Raihana berjalan ke tirai katil sebelum punggungnya dilabuhkan di situ .

Zip beg dibuka perlahan , ketika mata raihana terlihat sesuatu benda di dalam perut beg , lincah tangannya menceluk ke dalam beg tersebut . Kulit jari raihana tersentuh sesuatu objek , seperti kertas .

"Apa benda ni ?" raihana mengerutkan dahi . Bila kertas diambil dari dalam , raihana melopong .

"Ni bukan ke kertas surat cinta aku dekat ariel yang tak jadi tu ?" tebak raihana terkejut . Pantas dia membuka lipatan kertas tersebut , disaat mata membaca bait-bait ayat yang tertulis di kertas , raihana menjerit kecil .

"Aduh ! Ni kalau ariel jumpa surat ni , mati aku . Memang malu tujuh keturunan !" raihana kemam bibir dengan kuat . Wajahnya sudah bertambah kerut .

"Apa tu ?" tiba-tiba sahaja ariel muncul dengan wajah kehairanan . Dia mendekati isterinya . Terdengar sahaja suara ariel , raihana terus membuang surat itu ke dalam tong sampah berdekatan .

Cepat betul mamat ni makan ? Tak sempat aku nak sembunyikan surat ni !

"Tak ada apa ." tergeleng-geleng kepala raihana menidakkan sesuatu benda . Takut-takut raihana memandang ariel yang sedia berdiri dihadapannya .

Kening ariel bercantum rapat . Matanya tepat memandang segenap wajah isterinya yang jelas tampak gelisah .

"Awak dah nak tidur ke ?" ariel mengubah corak perbualan . Mungkin malas nak ambil tahu apa yang bermain di fikiran raihana .

"Dah , awak pergi lah keluar ." raihana sengih . Jantung sudah dup dap dup dap . Risau kalau ariel tahu hal yang sebenar .

"Pergi lah ." raihana bangun dari katil apabila melihat ariel masih berdiri statik dihadapannya , seraya menarik tangan ariel ke arah pintu bilik .

"Awalnya tidur ?" ariel masih berkeras tanda-tanda tidak mahu berganjak dari situ . Raihana merengus .

"Ish ! Keluar lah ." raihana terus pusingkan tubuh ariel dan menolak pinggang ariel dari belakang sehingga keluar dari kamar tidurnya .

"Bye bye ." raihana senyum lebar sebelum pintu bilik ditutup rapat . Sempat nafas dihembus lega .

Ariel jongket kening . Daun pintu bilik raihana dipandang lama .

"Bukan main halau aku ." gumam ariel perlahan . Kaki terus beredar dari situ seraya menjurus ke arah kamarnya .

******

Kelopak mata bella terbuka ketika dirinya terasa ada sesuatu objek yang bermain di tangannya . Lenanya juga terganggu dek kerana dirinya diganggu pada siang hari .

Perlahan-lahan matanya membuka , memandang empunya badan .

"Mummy ." bibir bella bergerak menyebut sebaris ayat itu . Senyuman dari datin sri zareena menyapa pandangannya .

"Bella okay ? Dah tak pening-pening kan ?" datin sri zareena menyoal lembut .

"I'm okay . Daddy mana ?" jawab bella sambil menyoal keberadaan bapanya kepada datin sri zareena . Alhamdulillah , setakat ni pening-pening dah hilang sikit . Lagipun semalam dia tidur lena sangat , mungkin sebab terlalu penat menangis .

"Daddy tak dapat datang sayang , daddy kena pergi Kelantan , ada urusan kerja dekat sana ." jelas datin sri zareena , sedikit kecewa apabila mendapat tahu bahawa suaminya harus ke Kelantan atas urusan kerja .

Bella diam tidak membalas , tubuhnya mula bergerak untuk bersandar pada kepala katil . Rambutnya yang panjang diselit ke telinga .

"Kenapa sembab sangat muka bella ni ? Bella menangis ke ?" datin sri zareena mula syak wasangka terhadap diri anaknya . Memang jelas sangat wajah anaknya yang kelihatan pucat dan sembab .

Bella geleng kepala dengan laju . Sungguh kalau boleh dia tidak mahu menceritakan hal sebenar kepada keluarganya . Biarlah ini menjadi rahsia dia dan farhan . Lagipun kalau pihak media tahu pasti akan lebih kecoh .

"Bella okay . Semalam bella layan drama korea dalam fon . Sebab tu menangis sampai mata jadi macam ni ." bella cipta alasan . Senyuman kelat terukir di bibirnya . Sejak bila lah aku minat korea ni ? Pandai-pandai je kau buat alasan ye bella .

"Sejak bila bella minat korea ni ?"

"Errr semalam ." bella sengih kelat . Sedaya-upaya menutup rahsia terbesarnya dari datin sri zareena .

"Macam-macam lah bella ni . Mummy cuma tak nak bella menangis pada orang yang tak penting , lagi-lagi ariel . Buat apa fikir pasal dia , membazir airmata je ." omel datin sri zareena . Intonasi suaranya sudah jelas kedengaran marah .

"Bella cuma nak pertahankan hak bella ." perlahan suara bella membalas . Mata menunduk ke bawah memandang selimut yang menutupi pehanya .

"Sudah-sudah lah tu bella , lupakan jela lelaki tak guna tu . Dia tak sesuai dan tak setaraf dengan bella ." datin sri zareena senyum lebar seraya menepuk perlahan belakang tapak tangan anaknya .

Bella tayang wajah biasa . Kata-kata dari ibunya dibiar sepi tanpa membalas . Bagi datin sri zareena mungkin ariel sudah tidak berguna lagi , tapi bagi bella , ariel cukup berguna untuk dia .

"Bella nak makan apa ?" wajah datin sri zareena sedikit berubah tatkala melihat wajah pucat anaknya .

"Bella tak kisah ."

"Kalau macam tu , mummy belikan makanan untuk bella dulu okay ."

"Em okay ."

Hilang sahaja kelibat datin sri zareena . Bella membuang pandangan ke arah tingkat bilik hospital . Kepalanya menerawang memikirkan bayi yang berada dalam perutnya sekarang . Bila mengingatkan peristiwa pahit itu , buatkan bella kecewa dan menyesal .

Sungguh dia tidak mahu memikirkan kejadian kotor itu . Sangat pedih untuk mengingati kembali peristiwa itu . Entah macam mana dia nak jelaskan semua ni pada mummy dan daddy nya .

Bella mengeluh buat sekian kalinya . Kepala otak dia dah tak dapat nak fikir cara macam mana lagi . Dia betul-betul buntu .

Di saat bella terleka dalam termenung , dia dikejutkan dengan kehadiran firhan . Dahinya berkerut seribu pertanyaan .

"What are you doing here ?" intonasi suara bella kedengaran lantang . Tajam anak mata menikam wajah bersih farhan yang mula mendekatinya .

"Kan i dah cakap , i takkan biarkan you sesuka hati . Sebab anak dalam perut you tu anak i ."

"Stop it ! Jangan bangkitkan isu ni depan i . You memang tak faham bahasa ke ? I tak nak you datang sini , nanti my mom akan syak yang bukan-bukan ." wajah bella kelihatan marah , terkumat-kamit bibirnya memarahi farhan .

"Why ? Mummy you kenal i kan ? Jadi apa salahnya ?"

"You nak mummy i tahu semua pasal kita ?" bella menahan rasa . Sungguh dia tak mahu datin sri zareena tahu hal yang sebenar . Kalau semua rahsianya terbongkar , pasti keadaan semakin teruk .

"Kalau itu dah bukti cinta i pada you , i sanggup ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience