Bab 36

Romance Series 185331

Raihana menguak daun pintu rumah sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam . Sebaik sahaja dia meluru ke arah dapur , terpapar susuk tubuh ariel yang sedang melakukan kerja di ruang tamu . al-maklumlah , rumah ariel ni dapur depan pintu rumah , jadi awal-awal lagi ruangan dapur dah menjadi pandangan .

Beg tangannya diletak atas meja kaunter dengan pandangan ke arah ariel . Lelaki itu tekun membuat kerjanya di ruang tamu sambil mata menatap kaca laptop . Tak habis kerja dekat office , sambung kerja dekat rumah pulak ?

"Assalammualaikum !! Dah tak ada orang ke dalam rumah ni ?" raihana memerli seraya menapak ke peti sejuk . Tangannya mencapai botol air plastik .

Ariel kalih pandang ke arah pemilik suara itu . Hampir-hampir sahaja jantungnya terkejut . Sungguh dia tak perasan kepulangan isterinya .

"Walaikumsalam . Bila awak balik ?" ariel membalas salam raihana . Anak mata yang berwarna coklat merenung tindak tanduk raihana yang berada di dapur .

Raihana meneguk air masak sejuk dengan rakus . Kemudian gelas kaca dibasuh ke dalam singki sebelum gelas kaca di sangkut pada rak gelas .

"Baru je . Saya ingatkan dah tak ada orang dalam rumah ni . Senyap semacam je . Sampai saya balik pun awak tak perasan ." raihana capai beg tangannya di atas meja kaunter seraya melangkah ke ruang tamu . Ariel didekati secara perlahan .

Ariel senyum sikit sambil mata melihat raihana yang sudah menghenyak punggung di hadapan .

"Saya banyak kerja sikit hari ni . Kenapa awak balik lambat hari ni ?" ariel mengerut kening . Selalunya pukul enam setengah raihana dah ada dekat rumah , ni dah kenapa balik pukul lapan malam pulak ?

Raihana mengeluh . Dipandang kertas kerja ariel yang bersepah di atas meja ruang tamu .

"Butik saya ." raihana menayang wajah redup . Sungguh pilu hati bila melihat keadaan butiknya yang sudah musnah . Agaknya orang yang musnah butik dia tu fikir beli butik tu pakai daun kut .

"Kenapa dengan butik awak ?" ariel ketepikan kerjanya dahulu , raihana difokus .

"Butik saya kena ceroboh . Habis barang-barang dalam butik tu rosak dan hancur . Pintu butik pun dah pecah , rasanya sebulan baru boleh siap butik saya tu ." raihana mengadu . Rasanya tak salah dia nak cerita pada ariel , lagipun ariel kan suami dia .

Ariel tampak kejut . Membulat biji matanya memandang raihana . Astagfirullah al-azim , siapa lah yang sanggup buat perkara bodoh tu ?

"Habis awak dapat tangkap tak pelaku dia ?"

Raihana geleng .

"Saya tak tahu siapa orang dia . Saya tak cam , tapi saya ada bukti untuk tuduh si pelaku tu . Saya harap tak ada orang berdendam dengan saya ." raihana buntu . Bukan nak cakap apa , sejak dia kahwin dengan ariel , bermacam-macam dugaan yang datang . Tapi siapa dia nak larang kehendak Allah kan ?

"Kalau masuk bab berdendam ni , rasanya bella ." ariel tayang wajah bersahaja , seolah-olah yakin dengan jawapannya . Raihana kerut kening .

"Awak nak tuduh dia ke ? Awak tak ada bukti tau ."

"Mana ada tuduh dia . Tapi siapa lagi yang berdendam dengan awak rai . Saya kenal bella tu macam mana . Selagi dia tak dapat apa yang dia nak , sejuta kali pun dia sanggup dera perasaan orang ." ujar ariel ingin menyakinkan hati isterinya . Raihana gigit bibir bawah .

Rasanya betul apa yang ariel cakap . Tapi nak ke aku berdepan dengan dia ? Pandang muka dia pun dah macam singa , nanti tak pasal-pasal telinga aku berdarah lagi dengar makian dia .

"Saya tak boleh tuduh dia . Takut nanti semakin menjadi pergaduhan kami . Dah lah dia benci dekat saya , nanti kalau saya tuduh dia , macam-macam bala pulak saya dapat ." tutur raihana perlahan .

"Tapi awak ada bukti kan ? Dengan bukti tu awak boleh tuduh dia ."

"Tak apa lah ariel , saya boleh settle masalah saya sendiri . Saya naik atas dulu ." raihana angkat punggung sebelum langkahnya menuju ke anak tangga . Ariel mengeluh sambil anak mata merenung kelibat raihana yang semakin jauh di pandangan .

"Sebab saya , awak yang kena tanggung semua ni . Maafkan saya rai ."

******

"Dah kenapa muka awak gelisah semacam je ?" encik zamarul menyoal isterinya . Dipandang wajah puan zaimah yang berada di kerusi panjang .

"Saya risau bang ." adu puan zaimah .

"Apa yang risaunya ?"

"Rai cakap , butik dia kena ceroboh . Habis semua barang-barang dia punah ranah . Saya kesian lah dekat anak kita tu bang , macam-macam dugaan yang datang dekat dia . " puan zaimah mulakan cerita . Berkerut-kerut wajah puan zaimah . Sebentar tadi , raihana ada menelefon puan zaimah . Raihana menceritakan semua perkara yang berlaku di butiknya . Jadi itu yang buatkan puan zaimah risau .

"Astaghfirullah al-azim . Macam mana boleh jadi macam tu ?" wajah encik zamarul berubah risau . Terbit rasa kesian pada anaknya . Bukan dia tak tahu yang anaknya itu usahakan butik itu dengan titik peluh anaknya sendiri . Tiba-tiba je musnah macam tu . Tak ke bengang namanya tu .

"Saya pun tak tahu bang , rai cuba nak cam orang yang ceroboh butik dia , tapi dia tak kenal . Tak pernah-pernah pulak orang lain ada niat nak masuk butik dia . Agak-agak siapa lah yang bermusuh dengan raihana ."

"Apa je yang rosak barang dalam butik dia tu ?" soal encik zamarul , berminat ingin tahu .

"Hah yang tu lah saya pelik bang . Dalam butik rai , semua barang yang rosak tapi duit tak ada pulak dia nak sentuh . Saya tak faham , apa niat dia sebenar ?" terkadang terfikir jugak , kalau pencuri mesti duit dan segala harta hilang , tapi ni berkaitan barang sahaja . Macam ada muslihat tersembunyi .

Encik zamarul terdiam memikir . Betul jugak apa yang isteri dia cakapkan itu . Kalau pencuri dah sah-sah duit hilang , ni barang je yang rosak . Macam ada yang tak kena ?

"Habis rai macam mana ? Dia okay ke ?" encik zamarul menyoal tentang keadaan anaknya . Puan zaimah mengeluh .

"Dia tengah serabut lagi tu . Dia cakap , dia akan settlekan masalah ni dengan cepat . Saya harap macam tula , dah lah dia sorang je anak perempuan saya . Dah tak sanggup tengok dia dalam kesedihan ." ujar puan zaimah berbaur sedih . Dia harap-harap sangat yang orang melakukan perkara terkutuk itu mendapat balasan setimpal .

"Suami dia tahu ke pasal ni ?" encik zamarul angkat kening .

"Mestilah tahu , ariel kan suami rai ."

"Habis tu , dia tak tolong ke isteri dia ?" intonasi suara encik zamarul kedengaran garau .

"Ala saya malas nak masuk campur hal rumahtangga rai . Takkan lah saya nak soal banyak-banyak pulak kat anak kita tu . Nanti apa pulak kata si rai ." balas puan zaimah .

"Tak ada lah , awak pun tak tahu kan cara diorang bernikah macam mana . Abang tak nak lah ariel abaikan isteri dia ." kata encik zamarul yang sedikit was-was . Surat khabar di atas meja dicapai sebelum anak mata menatap di situ . 

"Inshaallah , tak adanya dia nak abaikan anak kita tu ." puan zaimah menyedapkan hati kecil suaminya . Lagipun dia kenal hati budi anak sedaranya itu . Takkan lah si ariel sanggup abaikan isteri dia hanya kerana berkahwin paksa .

Encik zamarul bergumam sahaja selepas itu . Dia mula tumpukan perhatian pada surat khabar . Melihat sahaja cara encik zamarul , puan zaimah menjeling manja . Tak habis dengan surat khabar dia !

******

Keluar sahaja dari kamar mandi , raihana menjurus ke arah tirai katil sebelum punggung dihenyak di situ . Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya tatkala mendengar bunyi mesej dari telefon bimbit . Aplikasi instagram ditekan sebelum peti masuk dibuka .

Satu mesej dari seseorang gadis menjadi tatapan raihana .

zhirahmell_
Oiii perempuan ! Tak cukup ke kau nak sakitkan hati bella ? Memang jenis tak sedar diri eh ?

Dah lah perampas ! Dasar betina tak sedar diri . Tunang orang jugak kau nak sapu kan ?! Elok kau mati lagi bagus lah !

Eii perempuan gatal macam kau ni elok pupus lah ! Memang jenis kau tak kesian dekat orang ke ? Kau tahu disebabkan kau ariel dengan bella putus ! Bodoh punya perempuan !

Raihana terkesima . Okay ! Sangat-sangat terkesan raihana saat membaca semua mesej dari peminat bella . Kalau dia tahu akan jadi macam ni , dia takkan terima lamaran ariel dahulu . Sumpah demi apa pun dia tak pernah ada niat nak rampas ariel dari bella . Kalau dia boleh buat pilihan , dia akan pilih hidup bersendirian .

Raihana mengeluh perlahan . Telefon digenggam kemas apabila tubir mata sudah berkolam . Raihana takkan nak pilih jalan macam ni , tapi siapa dia nak menidakkan kehendak Allah swt ? Ya dia akui , sejak dia berkahwin dengan ariel bermacam-macam dugaan yang menimpanya . Tapi dia mampu diamkan diri .

"Rai ,"

Raihana tersentak . Cepat-cepat dia mengesat air matanya yang semakin banyak jatuh di pipi . Raihana kalih pandang ariel yang semakin mendekatinya .

"Saya ganggu awak ke ?" ariel menyoal . Siap sahaja kerja , ariel buat keputusan mahu ke bilik raihana . Ingin berbincang sesuatu berkaitan hubungan dia dan raihana .

"Tak ." raihana geleng kepala . Ariel senyum nipis sebelum punggungnya dilabuhkan pada tirai katil bersebelahan raihana .

"Saya nak mintak maaf ." tiba-tiba sahaja ariel memohon maaf . Raihana dahi raihana hampir berkerut .

"Maaf ? Kenapa nak mintak maaf ?"

"Rai , saya tahu apa yang awak fikir selama ni . Saya gagal nak kotakan janji saya pada awak . Ye saya tahu siapa yang musnahkan butik awak . Bekas tunang saya rai , siapa lagi kalau bukan dia ." ujar ariel menayang wajah redup . Raihana pandang ariel lama .

"Rai , saya janji . Saya akan lindung awak , saya akan ganti balik apa yang bella dah buat pada awak . Pasal butik awak , awak tak payah risau . Saya akan uruskan semuanya ." tutur ariel dengan penuh sumpah janji . Dia bukan apa , dia tak nak raihana lalui semua ni . Dia tak nak raihana yang kena tempiasnya , kan dia dah janji yang dia akan lakukan apa saja demi raihana .

Raihana diam .

"Rai , saya cintakan awak sampai mati rai . Selagi jantung saya bergetar , selagi tu saya akan lindung awak . Dan saya takkan bagi orang sentuh awak sikit pun ." mata redup ariel bertemu dengan mata raihana . Kata-katanya amat syahdu bila didengari , dia tidak pernah sesekali bermain dengan kata-kata .

Bibir merah raihana terkunci serta-merta . Hanya mampu memberi renungan mata kepada ariel . Kenapa kata-kata dia terlalu bermakna untuk aku ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience