Bab 56

Romance Series 185331

Ariel berjalan laju menuruni tangga sambil tangannya lincah membetulkan baju t-shirt hitamnya . Hari ni dia tak masuk kerja , ada masalah yang perlu dia selesaikan hari ni . Lagi cepat dia selesaikan masalah , lagi cepat raihana balik . Lagipun semalam , dia betul-betul tak dapat tidur lena . Sampaikan pukul tiga pagi barulah dia dapat lelapkan mata .

Betul-betul mabuk rindu !

Sampai sahaja di pintu utama , laju aje tangannya ingin membuka . Namun matanya menangkap susuk tubuh makcik niah yang tiba-tiba muncul di depan pintu rumahnya . Nasib baik tak terkeluar jantungnya .

Ish ! Makcik niah ni !

"Ada apa makcik niah datang rumah saya ?" ariel mengerutkan keningnya . Anak matanya menurun memandang bekal warna unggu yang berada di pegangan tangan orang tua itu .

"Puan aisyah suruh makcik datang bawakkan bihun goreng ni untuk ariel . Dia risau kalau ariel tak makan pagi ." jelas makcik niah . Ariel senyum nipis .

"Makcik niah masuk lah dulu ." pelawa ariel . Dia sudah biasa dengan pembantu rumah mamanya , dia sendiri pun dah anggap makcik niah macam ahli keluarganya sendiri .

Makcik niah melangkah masuk dan segera menjurus ke arah dapur . Ariel membuntuti makcik niah dari belakang sehingga lah ke ruang dapur . Ariel memilih tempat di kerusi sebelah kiri . Dipandang makcik niah yang sedang meletakkan bihun goreng ke dalam pinggannya .

Ikutkan hati , memang tak lah dia nak sarapan pagi . Lagi-lagi waktu dia tengah susah hati macam ni . Mananya nak selera makan . Lain lah kalau isteri dia ada , kira lain pulak lah selera dia .

"Ariel makan dulu , makcik pergi bancuh teh untuk ariel ye ." arah makcik niah sambil menolak pinggan yang berisi bihun goreng ke arah ariel . Ariel ambil seraya tersenyum nipis . Dipandang wajah bihun goreng yang sepertinya mengingatkan dia pada seseorang .

Serta-merta ingatannya menerawang jauh memikirkan raihana . Bihun goreng ? Pasal bihun goreng lah diorang pernah gaduh kecil . Tak pasal-pasal ariel terpaksa tunggu raihana balik rumah . Sampai terlelap dia di ruang tamu .

Ariel tersenyum sikit tatkala mengingatkan peristiwa bihun goreng itu .

"Senyum-senyum tu ada apa-apa ke ?" makcik niah menyampuk yang sedang mengacau air teh . Matanya memandang ariel yang tidak jauh darinya .

Ariel senyum nipis apabila ditegur makcik niah . Perlahan-lahan dia menggeleng kepala .

"Tak ada apa pun makcik niah ." jawab ariel seraya mencedok bihun goreng menggunakan garfu yang sudah berada di tangannya . Suapan pertama mula menuju masuk ke dalam mulutnya .

Makcik niah tersenyum , sudah dapat meneka dengan riak wajah anak majikannya . Bukannya dia tak tahu yang ariel sedang ada masalah dengan isterinya . Lagipun siapa lah dia nak masuk campur kan ? Mampu mendengar sahajalah .

"Makcik niah faham dengan keadaan kamu sekarang . Iyela , siapa yang nak berjauhan dengan isteri kan ? Hidup kita ni ariel , umpama roda . Kadang-kadang di atas , kadang-kadang di bawah . Jadi makcik niah harap kamu jangan terlalu ikutkan perasaan , percaya dengan Allah . Yakin dengan diri tu yang kita tak bersalah ." tutur kata makcik niah dengan niat ingin memberi semangat untuk ariel . Dia yakin sangat , si artis nama bella tu cuma nak pergunakan ariel je . Ala , memang dah jadi trend main rampas kebahagiaan orang ni .

Ariel ukirkan senyuman . Inilah salah satunya kenapa dia selesa dengan makcik niah . Antara sikap yang makcik niah ada , adalah sentiasa positif . Selalu melemparkan kata-kata semangat untuknya . Sebab tu dia dah tak kisah kalau makcik niah nak nasihat dia sekalipun . Memang kata-kata seorang wanita tua itu adalah benar , dan tidak pernah tipu . Melainkan ada sifat buruk .

"Minum air ni , bagi sejuk hati tu ." makcik niah hulurkan secawan teh panas kepada ariel . Ariel ambil dengan mesra .

"Tapi ni air panas makcik niah ?" ariel ketawa .

"Alah , air kalau dah masuk dalam tubuh badan kita tak adanya jadi panas ." makcik niah membalas . Hah lagi satu , makcik niah ni suka nak menang aje . Biasalah , perempuan kan ..

Ariel hanya senyum .

"Makcik niah nak pergi mana tu ?" ariel menyoal tatkala terpandang makcik niah yang seakan mahu ke ruang tamu . Langkah makcik niah terhenti . Di toleh belakang memandang ariel yang kacak berpakaian biasa . Haih , pakai baju biasa pun kacak . Mananya si bella tu tak penat kejar kamu ariel .

"Makcik niah nak naik atas . Nak kemas bilik kamu . Entah-entah dah bersepah dengan kain baju , mana lah tahu kan !" makcik niah menjawab sambil membuat andaian sendiri . Ariel ketawa kecil .

Memang dah tepat sangat , kain baju dia dah cuba meningkat dalam bakul baju tu . Macam tahu-tahu je makcik niah ni . Pandai sangat !

******

"Makcik niah terima kasih lah ye sebab sanggup hantarkan bihun goreng untuk ariel . Sorry kalau susahkan makcik niah hari ni ." ariel berkata , terasa serba-salah pulak . Disebabkan kuasa pemalas dia lah makcik niah terpaksa basuh kain bajunya . Nasib baik rumahnya tak terlalu kotor .

Makcik niah tepuk perlahan bahu anak majikannya . Sudah dianggap anak , apalah sangat kalau setakat basuh baju tu . Kalau rumah besar puan Aisyah pun dia boleh kemas , apatah lagi rumah si ariel ni . Kacang hijau je !

"Bukannya selalu makcik niah buat macam ni . Lagipun mama kamu yang suruh . Risau sangat dekat anak dia yang hensem ni hah !"

Ariel senyum nipis .

"Makcik niah , ariel pergi dulu eh . Apa-apa nanti jumpa di rumah mama jelah ye ." kata ariel .

"Hah yela ." pantas tangan berkedut itu di salamnya .

"Assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ."

******

Bie?
10:00am
I nak jumpa you hari ni jugak !

I akan send location !

Nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya dipandang . Masih mekar lagi panggilan itu , sikit pun dia tidak tukar dengan panggilan lain walaupun ariel bukan lagi tunangannya .

Buat seketika , bella gigit dinding pipi tatkala membaca mesej dari lelaki pujaannya . Tiba-tiba sahaja jantungnya berdetak laju , seolah-olah akan hadir satu bala padanya .

Tak ! Ini lah peluang kau nak dapatkan ariel . Bukan selalu dia nak ajak kau jumpa , mungkin dia ajak jumpa sebab nak selesaikan masalah kau . Dan mungkin jugak dia ajak kahwin ?

Oh my god ! I'm very hope ! Semoga hati ariel terbuka untuk terima aku buat kali kedua . Bisik hati bella perlahan . Diaminkan doa itu beberapa kali .

"Kau ni dah kenapa muka macam banyak dosa je ?" seorang gadis berambut perang menegur bella seraya menghenyak punggung disebelah sahabatnya . Bella hampir tersentak .

"Aku nak keluar kejap ." bella menjawab . Dilihat wajah sahabatnya yang jugak merupakan seorang supermodel terkenal . Sudah masuk lima tahun dia berkawan baik dengan emma . Sejak dia dihalau oleh keluarganya , di sini lah tempat dia menumpang buat seketika . Di mana lagi dia nak duduk ? Kondo ? Jawabnya aku kena halau buat kali kedua pulak .

Mananya mummy and daddy nak bagi aku duduk situ . Sah-sah diorang dah sekat semuanya . Hah ! Jadi , rumah si emma lah tempat dia berteduh sekarang . Tapi kalau bab dari segi kewangan , memang dia ada lah . Dia artis kut , pastilah duit simpanan tu ada . Takkan itupun mummy and daddy dia nak kongkong ? Jawabnya gaduh besar lah nanti !

"Kau nak pergi mana ? Kau tu dah lah tengah mengandung , ada hati nak keluar !" omel emma , sesekali dia mengunyah kerepek pisang . Bella merengus perlahan .

"Aku keluar kejap je pun ."

"Nak keluar dengan siapa ? Farhan ? Tak payah !"

"Ish bukan dia lah ! Aku nak keluar dengan future husband aku ." bella tersenyum-senyum . Sudah terbayang-bayang wajah manis dan kacak ariel di dalam kotak pemikirannya . Haih , bila lah aku boleh kembalikan ariel macam dulu . Bila ingat balik , rasa menyesal ikat tunang selama dua tahun . Kalau aku tahu aku mengandung , memang dah lama aku kahwin dengan ariel . Tak payah tunggu si farhan tu !

Heh ! Jijik betul aku dengar nama dia !

"Future husband yang kau cakap tu suami orang tau ." emma senyum ejek . Dia kembali mengunyah dengan selamba .

Bella bengang .

"Kau ni tak support aku langsung kan ?"

Emma mengeluh . Susah lah bercakap dengan orang yang degil tahap thousand ni !

"Bukannya aku tak support kau , aku support okay . Siap bagi kau tumpang dekat rumah aku lagi . Cuma aku tak nak lah kau beria-ia sangat jumpa laki orang !"

Bella menjeling . Ah dah mula lah tu !

"Okay aku tahu yang gossip kau dengan ariel sekarang dan meletup kebabom bom bom ! Tapi kau kena ingat , dia ada isteri . Walau macam mana sekalipun , isteri dia tetap nombor satu ." sambung emma dengan bersungguh-sungguh membasuh otak kawannya . Biar suci sikit otak tu !

Bella tayang wajah bosan .

"Oh ya ? Sebelum isteri dia jadi nombor satu , aku pernah tau jadi tunang kepada ariel . Bukan setakat nombor satu , tapi pertama dan terakhir ." dengan bangga bella membalas . Heh betul apa , dia masih ingat tau momen-momen terindah dia bersama ariel .

Emma ketawa lepas .

"Celah mana yang terakhirnya . Dah lah , daripada kau fikir pasal ariel tu baik kau fikirkan anak kau ni . Tak guna kau nak pijak kebahgiaan orang lain ." emma senyum sikit sebelum matanya memandang ke arah kaca TV .

Bella mengetap gigi . Sakit betul hati dia bila emma lebih sebelahkan isteri ariel daripada dia yang dah lama berkawan . Kenapa semua orang nak bela si perempuan tu hah ?! Membazir masa je tau ! Ergh !

Buat seketika , bella mendapat pesanan mesej ringkas dari ariel . Lelaki itu menghantar location kepadanya . Bella senyum lebar .

"Okaylah , daripada aku dengar kau membebel . Lebih baik aku bersiap-siap dulu . Ariel dah tunggu aku , aku pergi dulu ."

Emma menggeleng kepala sambil mengeluh perlahan . Entah macam mana lagi dia nak nasihatkan si bella ni !

Haih !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience