Bab 63

Romance Series 185331

"Kenapa kau buat aku macam ni ?!" bagaikan ada syaitan yang merasuk tubuh bella . Mencerlung tajam anak mata bella menikam wajah emma . Ingin sahaja dia tampar wajah kawan karibnya .

Emma mengeluh perlahan . Dia tahu yang bella pasti akan marahkan dia . Tapi dia buat semua ni untuk kebaikan bella jugak , dia tak nak bella terus-terusan begini .

"Aku terpaksa buat . Aku nak tegakkan keadilan , aku tak nak kau jadikan ariel mangsa kau . Tolong lah bella , kahwin dengan farhan !" jawab emma yang ingin mencuci kekotoran yang ada dalam otak bella tika ini . Bella senyum sinis .

"Kahwin dengan farhan ? Memang tak lah ! Mati hidup semula pun aku takkan kahwin dengan jantan tu ."

"Habis tu ? Kau nak kahwin dengan suami orang ? Apa masalah kau hah bella ? Dah terang-terang anak tu anak farhan , apa lagi yang kau nak hah ?!" wajah emma berubah keruh . Dia dah tak tahan dengan perangai gila bella , dah terang lagi bersuluh . Masih tetap berkeras nakkan ariel . Lagipun semua orang dah tahu cerita sebenar sejak ariel , farhan dan dia membuat sidang media pagi tadi .

Lepas tu nak salahkan aku ?! Apa dia buta ke yang aku cuba nak buat yang terbaik untuk dia ?!

"Aku nak ariel ! Aku cintakan dia kau faham tak ?! Kenapa kau susah nak faham hati aku ? Kau kawan aku emma , sepatutnya kau berada di pihak aku . Bukan berada di pihak orang yang salah ! Kau sanggup bersubahat dengan ariel dan farhan semata-mata nak aku malu depan pihak media kan ?"

Emma tidak mampu nak berbalas apa lagi . Agaknya bella ni dah gila kut ?

"Kenapa kau sanggup setuju buat sidang media dengan farhan dan ariel ?!" sambung bella sambil menyoal emma .

"Sebab aku nak kau sedar yang kau cuma bertepuk sebelah tangan ! Cukup-cukup lah kau seksa diri kau bella , kau tak penat ke dengan keadaan kau macam tu ? Kau tak kesian dekat anak kau ke ? Tolong lah bella , sedar diri . Ariel dah ada isteri dia , buat apa lagi kau nak terkejar-kejar dia hah ?!" balas emma penuh dengan perasaan . Kawan mana yang sanggup tengok kawan dia dalam kesusahan ? Dia buat semua ni bukan sebab nak masuk campur hal bella , tapi ni demi kepentingan anak bella .

Bella senyum sinis . Ada cecair jernih yang mengalir di lekuk pipinya .

"Kau tak ada dalam diri aku emma . Kau takkan pernah faham apa yang aku rasa . Kau rasa boleh ke kau terima lelaki yang dah rosakkan kau ? Kau rasa boleh ke kau hidup dengan orang yang kau tak cinta ? Kau rasa kau boleh ke tengok orang yang kau cinta bahagia dengan perempuan lain ? Boleh ke ?!" suara bella meninggi . Nafasnya kurang teratur , dipandang wajah kawannya dengan pandangan tajam .

"Kalau itu dah takdir aku , aku terima . Kenapa kita nak perlu ada hasad dengki sedangkan Allah tahu masa depan kita macam mana nanti . Dia yang penting pokok pangkal hati kita . Dah lah bella , alasan kau tak munasabah . Tak boleh pakai !"

Bella terdiam . Memang tepat kena batang hidung sendiri .

"Bella , farhan sedaya-upaya cuba nak tutup aib kau . Tapi kau sendiri cari peluang untuk bukak aib kau . Tolong bella , fikirkan masa depan anak kau . Dia perlukan ayah kandung dia ." sambung emma tatkala melihat bella mendiamkan suara .

Berharap sungguh agar bella mendengar nasihat dia sebagai seorang sahabat . Dia kenal bella dah bertahun-tahun , walau sekeras mana pun hati gadis itu . Kalau dibelai dengan cara kata-kata , inshaallah akan terbuka hati bella untuk berubah .

"Dah ada tak guna farhan nak jadi bapak budak ni . Dia sepatutnya happy sebab dapat 'haramkan' anak ni !"

"Astagfirullah al-azim ! Bella bawa mengucap bella ! Anak yang kau kandung tu tak bersalah ! Dia cuma diciptakan dari Allah , dan dilahir untuk menjadi seorang manusia biasa . Dia tak tahu apa-apa , dan dia tak mintak untuk jadi anak yang macam kau cakap tu !" hambur emma dengan cukup perasaan kecewa . Ini ke bella yang selama ni aku kenal ? Sampai hati dia menghina budak yang tak tahu apa-apa lagi . Langsung tak ada adab bila bercakap !

"Kenapa ?! Apa betul aku cakap , dah tak guna kami kahwin lagi ! Bukannya aku boleh ber'binkan anak ni dengan nama farhan pun ." bidas bella sambil menghadiahkan satu jelingan tajam kepada emma .

Emma merengus perlahan . Ada nanti aku tibai minah ni !

"Tu sebab kau punya pasal ! Lambatkan perkahwinan kau dengan farhan . Acah macam boleh dapat suami orang , tapi satu habuk pun tak berhasil ! Dah lah bella , aku malas nak bertekak dengan kau . Apa nak jadi , jadi lah ! Hal aku dengan ariel dah selesai , dia pun dah bersyukur sebab dapat bersihkan nama dia . So aku harap , tak payah lah kau nak pergi serang dia lagi . Susah-susahkan diri kau je . lagi-lagi dengan perut kau yang dah besar tu ." habis perkataan sindir yang keluar dari mulut emma .

Rasa puas hati ni bila dapat lihat wajah bella yang seakan sentap dengan kata-katanya .

"Satu je aku nak cakap . Kau memang kawan tak guna ! Buang masa aku je duduk sini . Kau bukan nak bela aku pun kan ? Kau pun dah tak kisah kalau hidup aku tunggang terbalik ! Tak apa emma , kalau ni cara kau untuk malukan aku . Its okay , i accept with what you do . But don't you wish you could see my face again !" bella tayang wajah bengang sambil memberi kata-kata terakhir sebelum dia mencapai beg tangan di sofa . Menonong bella pergi tanpa hiraukan emma dibelakang .

Emma gigit bibir . Risau pulak bila dia dengar kata-kata akhir dari bella . Satu keluhan kecil terbit di bibir merahnya .

"Kenapa lah susah sangat kau nak lembutkan hati kau tu bella oi !" berkeruh wajah emma tika ini . Muka tak boleh releks woi !

******

Pang !

Tamparan hebat dari bella tepat mengena di pipi kanan farhan . Mencerlung tajam dia merenung wajah farhan yang sedang menahan pedih dek penangan darinya

Farhan pegang pipinya . Terasa jugak pedih sampai ke bucu bibir . Memang tangan bukan sebarangan tangan ni . Nampak sangat marah tu .

"Kurang ajar punya jantan ! Aku dah cakap kan jangan masuk campur hal aku ! Kau tak faham bahasa ke ?! Kau nak aku cakap macam mana lagi supaya kau sedar yang aku tak nak kahwin dengan kau ! Biarlah aku tanggung anak ni sorang-sorang pun aku tak kisah ! Janji dia tak ada bapak macam kau !" hambur bella selepas puas dia menampar wajah farhan .

Farhan merengus perlahan . Tak sangka ni yang dia dapat , dia ingatkan bella dah berubah dan mahu membuka cerita baru bersamanya . Tapi tak tahu pulak pertemuan dia kali ni cukup pedih .

"I buat semua ni sebab i sayangkan you . I tak nak kehilangan you bella . I nak kahwin dengan you , dan nak hidup semati dengan you . Kita boleh jaga anak kita sama-sama . Kita lupakan hal dulu , buang yang keruh ambil yang jernih ."

"Buang yang keruh ambil yang jernih kepala otak kau ! Ingat senang ke aku nak terima kau mentah-mentah ? Sedar diri kau tu ! Aku tak pernah cintakan kau langsung ! Dan jangan harap lah kau dapat tengok anak ni ." terkumat-kamit bibir mulut bella berbicara . Sekejap mengacip , sekejap mengetap . Begitulah bibirnya di saat kemarahan meningkat .

"Sampai hati you bella , teruk sangat ke i di mata you . Hina sangat ke i di mata you . Takkan tak ada langsung rasa kesian you dekat i ? I cintakan you bella . Sumpah demi Allah , i tak tipu . Since i cintakan you waktu you bertunang dengan ariel lagi . I tak tipu bella , i sanggup buat apa sahaja demi you . I nak jaga anak kita sama-sama , supaya kita boleh hidup bersama ." bicara farhan dengan hati yang penuh syahdu . Kelopak matanya mula kemerahan .

Bella tayang wajah menyampah . Langsung tak ada rasa simpati dalam dirinya . Bagi dia , farhan hanya berlakon . Dan selama niat farhan hanya nampak tipu !

"Bella , i nak kahwin dengan you . Please , kita kahwin bella . I janji yang i akan jaga you sampai setia hujung nyawa . Lillahi ta'ala i cintakan you ." farhan memandang bella dengan pandangan redup . Berharap sangat agar bella menerima lamarannya . 

Bella gigit dinding pipi .

"Jangan nak berangan . Sampai bila pun kau takkan dapat cinta dan kesetiaan aku . Lelaki macam kau tak layak untuk dapat seorang perempuan . Buktinya dari awal lagi kau dah hancurkan hati aku . Mungkin perempuan kat luar sana dah gugurkan anak ni , tapi aku masih nak anak ni hidup . Aku takkan sakiti dia , sebab ni lah peluang aku untuk dapatkan ariel semula ."

Bella tahan airmata .

"Tolong jangan berharap yang aku boleh terima kau . Angan-angan kau hanya kosong farhan . Kau bukan lelaki yang aku harapkan , tapi ariel . Dia je yang boleh buat aku bahagia ." sambung bella . Farhan senyum nipis sambil terangguk-angguk kepala .

"I sedar siapa diri i . I tahu you tak pernah cintakan i . I cuma bertepuk sebelah tangan , tapi salah ke kalau i nak cuba untuk dapatkan apa yang i nak ? Bella , ariel dah ada kehidupan dia sendiri . Tolong lah , sedar dengan apa yang jadi sekarang . Ariel takkan balik pada you semula . Dia dah ada permaisuri dalam hidup dia . Jadi sekarang tolong , capai impian i untuk bersama you ?"

Bella genggam penumbuk kecilnya dengan erat . Bibirnya diketap geram . Memang berdesing telinganya kalau mendengar bab 'isteri' ariel . Perempuan tu yang patut rasa apa yang aku rasa sekarang ! Dan bukannya aku !

"Kau tak payah nak suruh aku berubah atau jadi insaf . Aku tak salah pun . Aku cuma nak dapatkan hak aku balik . Jadi kau dengar sini , aku dan anak aku takkan boleh terima jantan macam kau . Farhan aidin bin Tan sri Hamid , mulai sekarang jangan pernah kenal siapa aku dan aku takkan muncul lagi depan kau . Faham ?!" bella menitiskan airmata kecewa sebelum dia melangkah setapak .

Mata farhan langsung tak berkedip saat bella melontarkan kata-kata akhir . Terkesima seketika . Sampai macam tu sekali bella bencikan aku ..

Nafas farhan berdegup sakit . Kata-kata bella amat seperti pisau tajam yang menguris hatinya . Salah ke kalau dia nak bahagia dengan wanita yang dia sayang ? Kenapa dunia ni terlalu kejam ?!

B U M !

Farhan terkejut tatkala terdengar bunyi yang datang dari arah jalan raya . Pantas farhan memusingkan kepalanya . Terlihat tubuh bella sudah terlentang di atas jalan raya dengan perutnya yang membuncit serta darah pekat yang keluar dari bawah pehanya .

Farhan bungkam .

"Bella !!!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience