Bab 23

Romance Series 185331

Ariel meletakkan tangan di atas dahi sambil merenung syiling atas . Dia tahu raihana takkan terimanya dengan dalam .

Kini dia buat keputusan tidur di ruang tamu . Dia mahu raihana selesa di dalam bilik tanpa adanya dia . Mata dipejam rapat selepas itu , tidak mahu  memikirkan apa-apa lagi .

******

2:00 am

Raihana ketap bibir tatkala mata tidak dapat memejam mata dengan lena . Sudah dipaksa namun tetap sama . Kemudian mata dikalih memandang ke tepi , kosong ! Ya ariel tidur di luar mungkin ? Kalau tak dah lama suaminya masuk bilik , ini dah masuk jam 2 pagi memang tidur diluar lah tu .

Raihana mengeluh perlahan apabila memikirkan soal suaminya . Dia bangun dari baring dan bersila sambil mata tepat memandang ke hadapan . Berkira-kira mahu melihat ariel di bawah , tapi kuasa egonya cuba untuk menghalang niatnya . Raihana merengus .

Tanpa sebarang masalah , raihana bangun dari katil dan berjalan menghampiri daun pintu . Pintu bilik dibuka dari dalam dan ditutup kembali dari arah luar . Kaki menapak turun dari anak tangga , perlahan-lahan dia mendekati ariel yang sedang lena di atas sofa tanpa selimut .

Ariel tidur membengkokkan kaki , tanda-tanda rasa sejuk menyentuh kulit ariel . Raihana kemam bibir apabila melihat keadaan suaminya yang tidur dengan kesejukan . Rasa kesian mula menyerbu dirinya . Perlahan-lahan raihana duduk di atas lantai dan menatap wajah bersih suaminya .

"Awak , awak ." raihana dekatkan sedikit wajahnya , agar telinga ariel bisa mendengar suaranya . Ariel tidak memberi respons . Masih lena lagi .

"Awak , bangunlah ." raihana cuit lengan suaminya sedikit .

"Awak ," raihana dekatkan wajahnya lagi . Tiba-tiba ariel terjaga dari tidur di saat terdengar bunyi bising di telinganya . Saat itu , mata ariel dan mata raihana berlaga . Raihana segera jauhkan sedikit wajahnya .

"Awak , jom lah tidur dalam bilik . Kat luar ni sejuk ." pelawa raihana lembut . Satu senyuman nipis mekar dibibirnya .

Ariel tenyeh mata dan pelan-pelan bangun dari baring . Mata memandang wajah isterinya . Sejak bila raihana ada depan aku ?

"Pukul berapa dah ni ?" soal ariel dengan suara serak basah . Dipandang raihana yang setia duduk dihadapannya .

"Dua pagi ." balas raihana membalas pandangan ariel seraya bangun dari duduk dan berdiri dihadapan suaminya .

Ariel angguk sedikit . Ariel kembali diam . Melihatkan ariel hanya diam , membuatkan raihana berlabuh punggung disisi suaminya pulak .

"Awak tidur lah dalam bilik . Kat luar sejuk , nanti masuk angin susah ." ujar raihana prihatin terhadap ariel . Ariel geleng kepala .

"Tak apa lah , saya tidur dekat luar je . Awak pergilah tidur , dah lewat ni ." ariel menghalau lembut . Sesekali dia menguap .

"Tempat isteri kan disisi suami ? Takkan awak nak tidur dekat luar ? Jom lah masuk bilik ." raihana menundukkan sedikit kepalanya . Ariel senyum nipis .

"Saya nak bagi awak keselesaan , itu je ."

"Tapi saya tak boleh tidur ." balas raihana malu-malu . Mata ni pun satu hal . Mengada tak nak tidur !

"Kenapa ?" ariel jongket kening .

Raihana angkat kedua belah bahu . "Entah ."

Ariel ketawa kecil .

"Jom , masuk bilik ." ajak ariel . Mendengar sahaja jawapan ariel , raihana senyum sedikit . Pantas dia bangun dari kerusi empuk dan berdiri dihadapan ariel .

"Dukung saya ." ariel sengih .

"Hah ?" raihana kerut kening .

"Tak ada lah gurau je ." ariel sengih kambing seraya mencapai pergelangan tangan isterinya . Raihana geleng kepala sambil tersenyum sikit .

Mengantuk-mengantuk pun masih nak bergurau ye ?

******

Raihana betulkan tali leher suaminya dengan teliti . Tanpa sedar segenap wajah raihana diratah ariel dengan penuh minat . Sesekali bibir ariel tersenyum-senyum melihat raihana yang terlalu teliti membaiki tali lehernya . Hanya beberapa inci sahaja jarak mereka ketika ini .

Raihana angkat wajah memandang ariel yang sedari tadi tersenyum-senyum melihatnya . Kerutan di dahi raihana menjadi tanda tanya .

"Kenapa ?" soal raihana pelik . Muka dia hari ni ada yang tak kena ke ?

"Tak ada apa ." balas ariel seraya tersengih . Raihana menjeling , suka eh balas jawapan macam tu ?

Selesai membaiki tali leher suaminya , raihana mengibas dada ariel sedikit ingin membuang debu-debu halus yang melekat di kemeja kerja suaminya .

"Dah siap ." raihana senyum sikit . Ariel segera mencapai briefcase dan blazer , siap-siap mahu keluar dari bilik . Raihana membuntuti ariel dari belakang sehingga lah di pintu utama .

"Awak tak nak sarapan dulu ke ?" dipandang ariel yang sudah siap memasang kasut . Ariel kerling jam di pergelangan tangannya sebelum kembali memandang raihana .

"Tak sempat lah , saya ada meeting kejap lagi ." balas ariel dengan wajah sedikit kecewa . Raihana angguk perlahan .

"Awak ," raihana keruhkan wajah . Sementara ariel mahu bersiap-siap mahu ke office , dia ada benda nak cakap dengan ariel .

"Ye ?"

"Izinkan saya bukak butik hari ni ?" raihana tayang wajah berharap . Mata jugak dikedip kan beberapa kali .

"Tak boleh ke kalau esok je bukak ?" kini ariel pulak yang tayang wajah berharap . Raihana mengeluh .

"Dah lama saya tak bukak , customer saya pun dah mengamuk ." suara raihana jelas mengendur . Bibirnya sudah memuncung .

"Tahan satu hari ni je . Esok bukak lah ye ." sebenarnya ada sesuatu yang dia nak tunjuk dekat raihana hari ni . Sebab itu dia nak batalkan niat raihana untuk bukak butik hari ni .

Raihana mengeluh perlahan sambil mencebikkan bibirnya seraya mengangguk kepala dengan lemah . Melihatkan raihana sebegitu , membuatkan ariel menahan ketawa .

"Saya pergi kerja dulu ."

Raihana hulur tangan , tanda-tanda yang dia mahu bersalam dengan suaminya . Ariel menyambut dengan mesra , siap sahaja bersalam . Kepala raihana digosok ariel . Raihana senyum nipis .

"Hati-hati ." pesan raihana kepada ariel . Ariel senyum sikit bagi membalas respons isterinya .

Sejurus itu , ariel melangkah ke arah kereta yang berjenama range rover . Sempat raihana melambai tangan sementara ariel mengundurkan kereta ke belakang . Alahai , pergi kerja je pun !

******

Raihana mengutip baju-baju yang kotor di dalam bakul , dan di masukkan pulak ke dalam bakul yang lain . Kemudian bakul dipikul lalu dibawa ke tingkat bawah . Sampai sahaja di dapur , raihana menjurus ke arah mesin basuh . Baru sahaja raihana ingin membuka mesin basuh , makcik niah muncul dengan berpakaian kain batik .

"Rai , ada orang nak jumpa ." makcik niah muncul . Dipandang wajah pelik raihana . Sememangnya makcik niah dah biasa dengan raihana , dari dulu lagi makcik niah dah kenal rapat dengan raihana .

"Siapa ?" kening raihana bercantum rapat . Tergendala seketika perbuatan raihana yang ingin memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin baju .

"Tunang ariel ."

Mendengarkan sahaja jawapan makcik niah , raihana telan air liur . Terkedu dia jadinya . Wajahnya jugak berubah .

"Kain baju ni biar makcik niah yang basuh . Rai pergi lah jumpa ." bakul yang tadi dipegang raihana kini berubah ditangan makcik niah pula . Raihana senyum nipis .

"Okay ," raihana berjalan meninggalkan ruang dapur . Seterusnya dia menyusun langkah ke arah pintu utama , sampai sahaja di situ , raihana menarik nafas baru lalu dihembus perlahan-lahan .

"Tenang rai , tenang ." raihana mengusap dada perlahan seraya mengorak langkah keluar dari rumah . Kemudian dia menghampiri ke arah gazebo berukiran kayu jati . Kelihatan seorang gadis berpakaian skirt pendek sekerat atas lutut serta blouse berwarna kuning pisang .

Raihana dekati gadis itu dengan perasaan berbaur risau . Dilihat gadis itu yang sedang membelakanginya .

"Cik ke yang nak jumpa saya ?" raihana angkat kening . Apabila gadis dihadapannya memusingkan tubuh menghadap ke arahnya , raihana terkedu .

Bella angkat punggung dan berdiri dihadapan raihana . Lalu dia tersenyum senget memandang raihana sambil memeluk tubuh .

"Jadi ni lah ye isteri ariel ?" soal bella sinis . Wajahnya cukup jelas menunjukkan betapa menyampahnya dia terhadap raihana .

Raihana angguk perlahan tanpa sedikit pun senyuman . Hanya wajah risau sahaja yang terpapar di mukanya .

"Cik ni , cik bella kan ?" raihana bertanya hati-hati . Dengan angkuhnya bella mengangguk kepala .

"Takkan you tak kenal i siapa ?" wajah sombong makin menjadi-jadi di wajah bella . Biar dia ajar sikit perempuan depan dia ni ! Suka hati rampas hak orang !

Raihana senyum ketar . Sumpah ! Dia bukan takut dengan bella , tapi dia risau kalau bella fikir yang bukan-bukan .

"Mestilah kenal . Artist popular yang menang anugerah baru-baru ni kan ?" raihana beriak biasa . Cuba untuk melayangkan senyuman manis , namun gagal .

Bella gelak sinis .

"Yes . I pernah menang anugerah bagi pelakon popular 2019 . Tapi i rasakan , you pun boleh menang anugerah . Tapi bukan dalam bidang pelakon lah , rasanya anugerah 'perampas hak orang' ." bella senyum pura-pura sebelum matanya menikam wajah raihana .

Raihana terkelu .

"I rasa i pernah nampak muka you . You ni sepupu ariel kan ?" tebak bella dengan gaya angkuh . Raihana angguk lemah .

"Gosh !" bella tepuk tangan dengan ketawa yang dibuat-buat .

"You kahwin dengan sepupu sendiri ? Can't brain lah . You tahu tak ariel tu siapa ? Ariel tu tunang i tau ! You sedar tak apa yang you buat sekarang ni ?!" amarah bella makin puncak . Bibirnya diketap geram .

Raihana gigit bibir .

"Cik bella salah faham . Saya tak ada niat pun nak kahwin dengan ariel ." wajah raihana berubah redup . Tau tak aku tengah berdepan dengan siapa sekarang ni ?! Selebriti weh !

"Tak ada niat ?! You dah kahwin pun dengan dia ! You tau tak i ni tunang ariel . Dan i artist ! Bila-bila masa je i boleh sebarkan nama you dekat seluruh dunia ni !" jerkah bella seraya mengacip gigi . Mau je dia cekik-cekik gadis depan dia ni !

Raihana hilang arah .

"Cik bella salah faham . Saya bersumpah yang saya tak pernah rela kahwin dengan ariel . Saya kahwin dengan dia pun sebab nak tutup aib keluarga saya . Sumpah cik bella , saya tak ada niat nak rampas ariel dari cik bella ." raihana tayang wajah sedih . Berharap bella memahami keadaan dia . Dia terpaksa menceritakan semuanya kepada bella dan dia mahu pertahankan maruahnya .

"Tutup aib ? What do you mean ?"

Raihana hela nafas .

"Saya kahwin dengan ariel sebab dia nak tolong keluarga saya dari tahan malu dekat semua tetamu . Tunang saya larikan diri sebelum sehari majlis perkahwinan saya . Dan ariel muncul dengan rela nak gantikan tempat tunang saya . Sumpah ! Saya tak ada niat nak rampas ariel dari cik bella . Dia cuma nak tolong saya je , dan perkahwinan kami berlandaskan maruah bukan cinta ." jelas raihana panjang lebar . Ditahan airmata supaya tidak mengalir sedikitpun di pipi .

Bella tahan rasa . Wajahnya sudah memerah sambil mengacip gigi .

"You ingat i nak percaya cakap you ? Hey dengar sini ! Ini bukti cinta ariel dekat i ." jari manis yang terlihat cincin permata ditunjuknya kepada raihana . Raihana hanya pandang .

"Sampai mati pun you takkan dapat cinta ariel . Sebab dia hanya cintakan i , dan dia tak pernah cintakan orang lain selain tunang dia sendiri ."

"Dan sila bukak telinga kau luas-luas . Kau takkan bahagia dengan ariel . Sebab kau tak ubah seperti iblis yang suka rosakkan hubungan orang !" bella tolak sedikit bahu raihana seraya mengorak langkah menuju ke arah keretanya . Hilang terus bahasa 'i you' setelah kemarahan semakin meninggi .

Raihana terdiam dengan wajah redup . Dipandang kelibat bella yang mula melangkah masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah keluarga ariel .

Keluhan kecil terbit di bibirnya . Tipulah kalau tak terasa hati dengan kata-kata keji tunang ariel . Dia pun ada hati dan perasaan , sesuka hati je cakap iblis !

Keluar sahaja kereta bella dari halaman rumah keluarga ariel , muncul pulak kereta puan Aishah yang memasuki ke dalam halaman rumahnya . Kereta berjenama honda 2.4 vti-l elok sahaja terpakir di halaman rumah agam dua tingkat .

Seterusnya , puan Aisyah keluar dari perut kereta . Dari jauh dia melihat raihana berdiri di hadapan gazebo . Tanpa menunggu , dia mendekati menantunya .

"Rai , rai okay ke ?" soal puan Aishah sambil memegang lengan raihana . Bukannya dia tak tahu pemilik kereta yang baru keluar dari rumahnya tadi . Mesti bella punya !

"Okay ," balas raihana seraya tersenyum nipis , ingin menutup rasa sedihnya dihadapan ibu mertuanya . Puan Aisyah risau .

"Bella datang ke tadi ?"

Raihana kemam bibir sebelum kepalanya dijatuhkan sekali . Pantas puan Aisyah merengus perlahan .

"Dia ada buat apa-apa dekat rai ke ?" soal puan Aisyah cemas . Raihana pantas menggeleng .

"Tak ada pun , rai okay . Mama jangan lah risau ." balas raihana yang ingin menyedapkan hati ibu mertuanya .

"Betul ni ?"

"Betul mama . Rai okay ."

Puan Aisyah mengeluh .

"Okay , jom masuk dalam ." lengan raihana dipaut puan Aisyah seraya kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience