Bab 1

Romance Series 185331

"Eh eh , nak pergi mana tu ?" puan zaimah menyoal apabila anak matanya ternampak kelibat anak perempuan tunggalnya . Langkah raihana terhenti , dia menoleh memandang wajah puan zaimah iaitu mamanya .

"Rai ada hal sikit dengan nurul , masalah butik . Customer buat hal pulak ." balas rai dengan wajah gelisah . Sumpah ! Hari ni aku terlewat , macam mana lah aku boleh terlajak tidur ? Comfirm minah mangkuk tu dah maki hamun aku .

"Lah ... mama baru nak ajak rai pergi rumah mak ngah ."

Kening raihana bercantum rapat .

"Pergi rumah mak ngah ? Buat apa ma ?" soal raihana . Masa bila pulak mamanya pesan kepada dia ? Lagipun ada apa dekat rumah mak ngah ?

"Kan anak lelaki dia tu dah balik ." jawab puan zaimah.

"Kejap ? Anak lelaki dia ?" raihana seolah-olah berminat dan mula menghampiri mamanya .

"Siapa ?" sambung raihana , ingin tahu .

"Ariel lah . Yang baru balik dari london tu ." bagitahu puan zaimah sambil memuncung .

Raihana melopong . Oh ! Jejaka tenuk tu ?! Dah balik rupanya tenuk tu , aku ingat dah lupa diri . Eh buat apa dia balik sini ? Menyemak je ! Eh suka hati dia lah nak balik sini ke tak . Bukan ada kena-mengena dengan aku pun kan ?

"Hah rai ? Kata dah lambat ?" tegur puan zaimah . Tersentak raihana , terus dia menyalam tangan puan zaimah dan menonong pergi .

Astaga macam mana lah aku boleh terlupa ? Mampus aku kena dengan Nurul nanti . Ini semua ariel punya pasal ! Ish ! Tengok dia belum jumpa aku lagi dah sakitkan hati aku . Tapi kenapa aku rasa berdebar ni ?

Argh ! Malas aku ambik tahu .

******

"Kau asal lambat sangat hah ?" nurul bercekak pinggang . Wajah kerisauan raihana dipandangnya .

"Ala sorry lah , tadi aku terlajak tidur lah ." balas raihana . Beg tangan diletak di atas meja kaunter . Wajah samseng nurul dipandang .

"Kau tak habis-habis dengan terlajak tidur kau . Nasib baik puan zueera dah balik tadi . Kalau tak habis butik kau ni dia hancur !" ujar nurul sambil menceritakan kehadiran puan zueera ke butik . Raihana kemam bibir .

"Aku tak tahu pulak dia nak datang hari ni . Lagipun semalam aku tidur lewat lah ." raihana hampiri kerusi sambil menghela nafas baru sebelum menghenyak punggung . Punya kemain drive kereta sampai ke butik . Risau punya pasal lah !

"Siapa suruh kau tidur lewat ? Tula layan lagi drama korea kau tu !" nurul mendekati raihana . Punggung dilabuh sebelah raihana .

"Aku tak layan drama korea pun lah . Semalam aku struggle nak siapkan tempahan datin maria . Tu yang lambat bangun tidur ." jelas raihana sambil berdecit perlahan . Tubuhnya disandar pada kepada kerusi .

Nurul pandang raihana yang mata terpejam rapat .

"Kau ni punya takut dengan datin maria sampai sanggup berjaga ye ?" nurul sembunyi senyuman .

Perlahan-lahan raihana bukak mata . Kemudian memandang wajah putih nurul yang berambut panjang sekerat bahu .

"Aku bukan takut , tapi aku ikut arahan . Customer always right ." perlahan raihana menuturkan kata-kata itu . Nurul mengulingkan biji mata ke atas .

Ceh !

******

Selesai sahaja mereka menutup butik pada hari ni , raihana terus mengajak nurul ke kedai makan . Niat mahu memujuk katanya . Lagipun nurul ni memang sejenis kaki pelahap ! Apa semua makan , patutlah gemok ! Eh tak gemok mana pun , berisi je . Cakap gemok kan tak pasal-pasal si minah mangkuk ni merajuk !

"Serius lah ?!" terbuntang luas biji mata nurul memandang raihana . Berita yang dia dengar ini memang benar-benar mengejutkan dirinya .

Raihana mengangguk .

"Takkan aku nak tipu pulak ?"

"Wau ! Jejaka kacak sudah sampai di bumi malaysia . Kau mesti happy gila kan ?" tebak nurul sambil tersengih kambing . Raihana menjeling .

Aku happy ?! Sorry sikit . Aku lagi suka kalau Mamat tu duduk dekat london , menyakitkan hati je kalau pandang muka dia .

"Sorry , i have naqif ziyyad . Setakat muka tenuk macam ariel tu apa lah sangat ? Aku sikit pun tak happy dia balik sini tau !" balas raihana sebelum menyuap mee udang ke dalam mulutnya . Pergh sedapnya !

Nurul mencebik .

"Kau tak baik tau cakap macam tu . Macam mana kalau suatu hari nanti muka tenuk macam ariel tulah yang akan jadi suami kau ?" nurul senyum lepas .

Raihana melopong .

"Kau ni ! Janganlah doa ? Dah tau kata-kata tu satu doa yang pergi sebut tu kenapa ? Kau nak aku putus dengan naqif ke apa ?" ujar raihana geram . Nak je dia cekik-cekik si nurul ni . Mulut tu tak jaga langsung !

"Aku tak doa . Tapi kau ni benci sangat dengan si ariel tu . Aku takut kalau nanti benci kau tu bertukar sayang . Lagipun jodoh kan rahsia Allah ?"

"Suka hati kau lah nak cakap apa nurul . Janji naqif yang berada di hati aku . Bukan si tenuk tu !" tutur raihana sambil tersenyum lebar . Nurul menggeleng kepala .

Lantak kau lah raihana .

******

Mama ?
7:50pm
Datang rumah mak ngah . Kami semua dah tunggu rai dekat rumah mak ngah . Datang tau jangan tak datang !

Raihana mengeluh apabila mendapat satu message dari puan zaimah . Ingatkan bila dah balik dari butik boleh melepak dalam bilik , rupa-rupanya sangkaan aku salah ! Tak pasal-pasal kena makan malam dekat rumah mak ngah . Aduhai apa lah nasib.

Dua puluh minit jugak raihana memandu ke rumah mak ngah Aisyah . Lagipun rumah mak ngah tak jauh mana pun .

Sampai sahaja dirumah banglo dua tingkat milik pak ngah zaidi iaitu suami kepada mak ngah Aisyah , raihana segera keluar dari perut kereta . Dia berjalan menghampiri pintu utama , lalu diketuk. Terpancul wajah mak ngah Aisyah dihadapan raihana . Raihana memberi satu senyuman manis kepada wanita itu.

"Assalamualaikum mak ngah ." raihana menyalam kedua belah tangan kedut mak ngah Aisyah .

"Walaikumsalam rai . Mari lah masuk ." pelawa mak ngah . Raihana senyum sebelum melangkah masuk . Mereka menjurus ke arah ruangan meja makan .

Sampai sahaja di situ , raihana melabuh punggung di sisi puan zaimah . Matanya mencari kelibat si 'tenuk' yang bergelar sepupunya . Tangan kiri puan zaimah mencuit bahu anaknya.

"Cari siapa ?" soal puan zaimah , buat-buat tak tahu . Padahal dia tahu yang anak perempuannya sedang mencari kelibat ariel .

Raihana membetulkan wajahnya . Ala nak cover line sebenarnya .

"Cari apa ? Mana ada cari siapa-siapa ?" bohong raihana . Dia berpura-pura memandang ke arah lauk-pauk yang sememangnya menyenangkan perutnya . Alahai tak sabarnya nak makan .

"Rai , tunggu ariel kejap ye . Mak ngah tahu rai lapar ." tutur mak ngah Aisyah sambil tersenyum manis . Raihana tersengih kambing , aduhai rai buat malu je . Padahala dan makan mee udang tengahari tadi .

Raihana angguk kepala . Tak sampai lima minit , ariel turun dengan berbaju t-shirt dan berseluar track . Raihana menoleh memandang ariel apabila wangian jejaka itu menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya . Buat seketika kalinya , mata raihana dan mata ariel bertembung .

Namun pantas ariel mengalihkan pandangannya . Sempat dia menjeling manja ke arah raihana . Raihana mendengus perlahan . Ceh ! Berlagak kau eh ! Mentang-mentang duduk london !

Ariel melabuhkan punggungnya di sebelah mak ngah Aisyah . Raihana cover ayu . Rambutnya diselit ke telinga ,

"Hah ariel ! Baca doa ." arah pak ngah zaidi . Ariel akur. Mendengar sahaja suara bacaan dari ariel membuatkan raihana gatal mahu melihatnya . Makin kacak pulak sepupu aku ni ?

Aip aip rai . Kau dah ada tunang , jangan nak menggatal !

Selesai mereka mengaminkan doa . Masing-masing mengambil lauk sendiri . Tetapi lain pulak pada raihana dan ariel apabila mereka mahu mengambil lauk yang sama sehingga tangan mereka bersentuhan . Pantas raihana menarik tangannya ke dada , sambil meniup-niup kulit tangannya seolah-olah membuang habuk .

Ariel yang melihatnya sudah berkerut kening . Geram dengan tindakan raihana . Amboi dia ingat aku ni kotor sangat ke ? Perangai tak ubah-ubah dari dulu lagi ! Kurang asam boi betul !

Share this novel

cempaka biru
2020-12-01 08:48:20 

kurang best. banyak typo, jadi keliru. pertengahan cerita membosankan. maaf

Angah Ajalah
2020-01-25 12:56:32 

apa sal tak update lg..dah nak abuskan cerita ni

Rogayah As
2020-01-12 07:55:56 

update plzzz


NovelPlus Premium

The best ads free experience