Bab 7

Romance Series 185331

Siap kunci pintu butik , raihana pandang nurul disebelah .

"Kau tak apa ke teman aku ?" raihana bertanya .

"Ala , tak apa lah . Kau kan kawan aku , aku tak nak apa-apa jadi dekat kau ." nurul tepuk perlahan bahu raihana . Raihana senyum nipis .

Sememangnya dia amat bersyukur kerana dikurniakan kawan baik seperti nurul . Bukan senang kita nak jumpa kawan yang sanggup susah senang dengan kita . Ada lagi ke di muka bumi ini ?

"Terima kasih ." raihana ucap dengan penuh terharu .

"Sama-sama ." balas nurul . Seketika kemudian , raihana dan nurul mula beriringan berjalan menuju ke arah parking kereta . Namun langkah mereka berdua terhenti setakat itu saat empat mata itu terlihat satu figura manusia yang tiba-tiba muncul .

Raihana pandang nurul .

"Nurul , jom kita menyorok ." tangan nurul ditarik raihana . Lantas itu mereka berdua segera menyorok disebalik kereta yang berhampiran dengan butiknya .

Nurul menjadi terkejut dengan tindak-tanduk raihana yang secara tiba-tiba . Raihana dipandangnya .

"Asal kita tiba-tiba menyorok ?" soal nurul , hairan . Raihana balas pandangan nurul .

"Tu lah lelaki yang aku cerita tu . Aku takut kalau dia apa-apakan kita ." jawab raihana , cemas . Anak mata mengintai-intai gerak-geri lelaki misteri itu . Lelaki itu seolah-olah mencarinya .

Raihana takut .

"Serius lah ?" nurul hampir kuatkan suaranya . Bila tersedar , cepat-cepat dia tutup mulutnya menggunakan tangan . Raihana menjeling , ish ni yang geram ni !

"Aku bukan kaki kencing ." balas raihana separuh berbisik . Nurul tahan ketawa , dan lagi buat lawak si rai ni !

"Habis tu kita nak buat apa ni ? Takkan nak sorok sampai tahun depan ?"

"Kita slow-slow lari dekat kereta kita . Jangan sampai orang gila tu nampak !" raihana beri arahan setelah lama berfikir . Nurul angguk kepala , mengerti .

Dengan perasaan berani , nurul dan raihana bergerak perlahan-lahan sehinggalah mereka melarikan diri ke arah kereta masing-masing .

Dah macam penyamun tarbus pun ada .

Haish ! Memang nak suruh aku bunuh lelaki tu agaknya !

******

"Terima kasih lah nurul sebab sanggup teman aku balik hari ni ."

"Ala no hal . Selagi kau kawan aku selagi tu aku akan di sisi kau . Pekerja kan kena dengar cakap boss ." nurul ketawa halus .

Raihana senyum nipis .

"Aku rasa aku kena buat pengumuman lah ."

"Hah pengumuman ? Kejadah apa malam-malam nak buat pengumuman ?" nurul kerutkan kening .

"Ish kau ni . Aku nak tutup butik awal supaya aku tak ada lah menyusahkan kau selalu ." jelas raihana .

"Rai , aku dah anggap kau macam adik-beradik aku sendiri . Kau langsung tak menyusahkan aku . Lagi menyedapkan aku ada lah ." nurul sengih kambing .

Raihana sudah fikir bukan-bukan . Menyedapkan ?

"Menyedapkan amende kau ni ?" berlapis-lapis kerutan di dahi raihana .

"Ish ! Kau ni jangan fikir bukan-bukan lah . Maksud aku , kau best lah . Gaji kau bagi dekat aku pun masyuk .." ujar nurul tersengih-sengih . Sungguh , berkerja dengan kawan sendiri memang best !

"Oh ! Aku ingatkan apa tadi ? Mati-mati aku ingat kau ni les !" raihana ketawa kecil . Kadang-kadang otak nurul ni dah setaraf dengan otak orang tak betul . Bengap je selalu .

"Wuish ! Kalau aku les , naqif kau nak campak mana ?"

Tawa raihana terhenti tatkala nurul menyebut segaris nama yang sungguh membuatnya luka dalam . Naqif langsung tak memujuknya selepas tercetus pergaduhan kecil tengahari tadi .

Tunang bengong !

"Kau okay ke ?" tegur nurul setelah menyedari wajah raihana berubah masam ketat .

"Okay je , dah lah nurul . Aku masuk dulu . Hati-hati drive tau ." raihana senyum nipis sambil menitipkan pesanan kepada kawan karibnya .

Nurul angguk sikit .

"Okay , bye assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ." balas raihana . Nurul mula bergerak masuk ke dalam perut keretanya , kemudian pacuan empat roda itu mula meluncur meninggalkan pekarangan rumah banglo milik keluarganya .

Haih nurul , aku sayang kau sangat-sangat !

Seketika itu dia mula menyedari yang dia sedang menggalas beg plastik yang berisi baju kemeja kotor milik ariel .

Raihana senyum tiba-tiba .

Aik ? Dah kenapa ?

******

Raihana keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan diri . Tatkala mata melihat baju kemeja putih yang tersadai dalam bakul baju , dia tersenyum nipis .

"Macam tak sangka yang baju mamat tenuk tu boleh ada pada aku ." gumam raihana perlahan . Rambut digosok menggunakan tuala mandi sehingga kering . Kemudian dia berlalu ke arah katil dan mula melabuh punggung di tirai katil .

Baru sahaja ingin membaringkan tubuhnya di atas permukaan tilam , terdapat satu bunyi mesej dari seseorang . Tak jadi raihana untuk baringkan tubuhnya . Segera tangan mencapai telefon bimbitnya di atas meja bersebelahan katil . Jelas tertera nama 'naqif' di situ .

Aplikasi whatsapp dibuka .

Raihana menjeling seketika apabila membaca mesej dari si tunang .

Naqif ?
9:00pm
Sayang .. awak masih marahkan saya lagi ke ?

Sayang konon ! Nak pujuk lah tu ?

Raihana menaip ..

Raihana
9:00pm
Saya marah pun bukannya awak peduli pun ?

Naqif ?
9:01pm
No ! Siapa cakap ? Saya peduli lah sebab tu saya whatsapp awak .

Raihana mencebik .

Raihana
9:01pm
Awak nak apa ?

Malas mahu melayan naqif . Dia benar-benar makan hati dengan sikap naqif .

Naqif ?
9:01pm
Saya dah fikir masak-masak , saya akan bincang pasal wedding kita selepas saya balik dari sabah . So awak tak perlu risau okay :')

Agak terkejut sedikit dengan mesej dari naqif . Raihana cuba senyum , tapi gagal apabila dia takut kalau naqif sekadar menipu dirinya . Bercakap kalau tak buat susah jugak .

Raihana
9:01pm
Saya harap awak berjanji dengan diri awak yang awak akan kahwin dengan saya . Janji okay ?

Butang send ditekan dengan penuh berharap . Bibir dikemam sebelum dia mengeluh panjang . Saya harap awak tak main-mainkan saya . Alhamdulillah kalau naqif sudah fikir masak-masak tentang ni , tak ada lah dia asyik bertekak dengan mamanya saje .

Naqif menaip ..

Naqif ?
9:01pm
Okay sayang ??

Raihana membaca mesej terkahir dari naqif . Kenapa hatinya merasa lain dengan jawapan dari naqif . Terasa seperti dipermainkan ? Kalau betul kenapa dia bertunang dengan aku ? Ah ! Perasaan kau je mungkin ?

"Abaikan rai ," gumam raihana perlahan sebelum mendaratkan kepalanya di atas permukaan bantal .

******

"Rai , datin maria dah sampai ." nurul memanjangkan kepalanya disebalik pintu . Wajah raihana dipandangnya .

"Hah ? Dah sampai dah ? Okay jap ." raihana segera bangkit dari kerusi beroda lima . Oh ya semalam datin maria tak dapat datang , jadi hari ni baru si datin maria itu muncul . Kalau tau-tau je datin maria tak datang semalam , mungkin dia takkan bukak butiknya .

Haish customer punya pasal , tak apa lah janji dia dah ambil tempahan dia !

Daun pintu dikuak dari dalam . Lantas itu datin maria dihampiri ,

"Hai dat -"

"Mana tempahan saya ?" datin maria memotong percakapan raihana . Baru sahaja dia mahu berbual dengan datin maria , dah kena potong ayat .

Raihana sengih kambing . Ini lah antara sebab-sebab kenapa raihana anti sangat dengan datin maria ni . Mulut tu dah lah suka potong percakapan orang , dah lah sombong , berlagak pulak tu ! Haish nasib lah dapat customer macam ni .

"Datin duduk dulu , saya pergi ambilkan tempahan datin okay ." satu senyuman pura-pura terukir dibibirnya sebelum dia menyusun langkah menjauhi datin maria .

Timah dihampiri . Salah satu pekerja yang bagus dalam butik ini . Yang pastinya seorang wanita berhijab .

"Timah , mana baju tempahan datin maria ?" Timah pusing pandang raihana .

"Kejap saya pergi ambik ." timah berlalu pergi . Tak sampai seminit menunggu ketibaan timah , timah kembali muncul bersama baju yang sudah siap berada dalam tempatnya .

Baju dihulur kepada raihana . Raihana sambut dengan baik . Satu senyuman dihadiah buat timah .

Selepas itu raihana kembali menghampiri datin maria . Satu senyuman manis mekar dibibirnya sebelum menyerahkan baju tersebut .

"Ni tempahan datin maria ."

"Berapa ?" dengan wajah sombongnya ditayang . Alahai datin , janganlah garang sangat muka tu .

"Datin boleh buat payment dekat kawan saya ." raihana memuncung ke arah kaunter . Dengan tanpa membalas apa-apa lagi , datin maria menjurus ke arah kaunter .

Raihana pandang susuk belakang tubuh datin maria . Memang datin semua sombong-sombong ke ? Erk menjengkelkan , halau baru tahu !

Siap sahaja datin maria membuat pembayaran . Renungan tajam datin maria ke arahnya membuat dia mengerut kening . Erk dah kenapa ? Tahulah datin muda ! Tak yah belagak !

Hilang sahaja kelibat datin maria , nurul hampiri ke arah raihana .

"Datin maria tu habis-habis nak cari pasal dengan kau kan ? Mentang-mentang suami dia datuk !" nurul mengomel . Hah membawang !

"Ala biarlah dia . Mungkin dia sakit mata kut , itu yang tak habis-habis jeling aku tu ." ujar raihana seraya ketawa kecil .

******

Raihana keluar dari kedai runcit setelah selesai membeli kinder beuno . Coklat yang paling dia gemari . Memang favorite habis weh ! Harga pun boleh tahan favorite dia ahaks !

Keretanya dihampiri yang terletak di seberang jalan . Namun tiba-tiba telefonnya tiba-tiba berbunyi nyaring . Baru sahaja raihana ingin mencari telefonnya di dalam beg tangan , tiba-tiba pinggangnya ditarik dari arah belakang .

Raihana bungkam . Dapat rasakan yang tangan sasa seorang lelaki menjalar di pinggangnya . Raihana mula sedar yang dia hampir-hampir dilanggar kereta .

"Gila ke hah ?!" pemandu kereta tersebut keluar dari perut kereta dan mula menjerkah raihana yang sudahpun berada di sisi ariel .

Raihana dan ariel memandang pemandu tersebut .

"Sorry bang ," ariel mengucap tanda maaf bagi pihak raihana . Raihana sekadar membisu kerana masih terkejut dengan kejadian ini .

Pemuda itu menggeleng kepala kerana tidak menyangka dengan keberanian wanita itu yang hampir-hampir dilanggarnya . Kemudian pemuda itu mula memboloskan diri ke dalam perut kereta dan segera menekan pedal minyak .

Ariel meleraikan pelukan pinggang . Tubuh raihana yang sebenarnya membelakangi dia , mula dipusingkan oleh ariel . Anak mata menatap wajah wajah cemas raihana .

"Are you okay ?" tanya ariel . Tangan naik memegang kedua belah bahu raihana . Pelan-pelan anak mata raihana naik memandang ariel .

"Terima kasih , terima kasih sebab dah .. tolong saya ." balas raihana tanpa menjawab pertanyaan ariel . Dia betul-betul tak sedar yang kereta pemuda itu hampir melanggarnya .

"Sama-sama ." balas ariel , sesekali anak mata turun memandang coklat kinder beuno yang sudah selamat jatuh di atas jalan tar . Mungkin hak milik raihana ?

"Awak punya coklat ke ?" ariel menyoal .

"Hmm ye ." perlahan raihana membalas . Kenapa ariel akan selalu muncul ketika dia dalam masalah ? Ini dah masuk kali ketiga ariel menolongnya .

Mendengar sahaja jawapan dari raihana , lantas itu ariel bercangkung sopan di atas jalan lalu mengambil coklat tersebut . Alah masih elok dah bersih , lagipun plastik dia tak koyakkan lagi .

Kemudian ariel bangun dan segera menyerahkan coklat tersebut kepada raihana .

"Masih elok . Lain kali hati-hati , jangan asyik nak tunggu saya tolong aje . Okay !" lantas itu ariel menyusun langkah meninggalkan raihana yang terkebil-kebil memandangnya , selepas coklat tersebut bertukar tangan . Memang ayat macam tak ikhlas , tapi sampai bila nak tunggu dia datang baru nak selamat ?

Tak ke pelik macam tu ? Setiap raihana ada masalah , pasti ariel akan muncul . Dan kalau ariel menempah nasib malang , pasti raihana pulak yang akan muncul .

Aik ?

Share this novel

Norzalina
2020-01-22 16:42:12 

bila nk sambung ni..lama sangat stucknya kat cni


NovelPlus Premium

The best ads free experience