Bab 48

Romance Series 185331

"Rai !"

"Astaghfirullah al-azim !" raihana kaget tatkala ada seseorang memanggilnya dari belakang . Terpacul wajah bersih naqif dihadapan setelah baru sahaja dia menoleh ke belakang . Nasib baik tak terjatuh gaun-gaun pengantin yang baru diambil dari tailor sebentar tadi . Ish ! Serabut betul aku !

"Awak ikut saya ke naqif ?"  raihana tarik wajah dingin . Nak tercabut jantung dia bila naqif memanggilnya secara begitu . Rasa nak tampar-tampar aje muka bersih si naqif ni ! Tak habis-habis ganggu hidup aku ! Ish dasar tenuk !

"Saya terpaksa ikut awak . Kalau saya tak buat macam tu , sampai bila-bila pun awak tak nak jumpa saya ."

Raihana menjeling . Dah agak , dari awal lagi dia dah dapat rasa ada seseorang mengekorinya dari belakang . Kalau dah tahu aku tak nak jumpa dia , buat apa lagi dia sibuk nak kejar aku ?

"Rai saya ada benda nak bincang dengan awak ." tutur naqif meminta . Dipandang wajah masam raihana . Raihana pedulikan apa yang dikata naqif , gaun-gaun pengantin yang berada di tangannya di campak ke dalam seat belakang . Wajah naqif dipandang semula .

"Kita dah tak ada apa-apa lagi nak bincang ." pintu kereta belakang ditutup kasar sambil dia memberi satu jelingan maut kepada naqif . Naqif pandang tindak-tanduk raihana yang ingin melangkah ke pintu depan , tanda-tanda yang raihana ingin pergi .

Cepat-cepat naqif menyaingi raihana sebelum lengan gadis itu di cengkam lembut . Raihana tepis dengan kasar .

"Rai tunggu lah dulu ."

"Berani awak pegang saya ye ?!" mencerlung tajam anak mata raihana menikam wajah naqif . Ni kalau aku bagi flying kick memang arwah si naqif ni nanti ! Memang jenis tak faham bahasa betul . Nak aku cakap bahasa istanbul ke apa ?!

"Saya tahu awak dah benci saya . Tapi saya nak awak jujur . Betul ke awak dah kahwin ?" seraut wajah naqif kini benar-benar kelihatan redup . Dia betul-betul mahukan jawapan dari raihana , dia sendiri tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan dia ketika ibunya memberitahu perkara sebenar tentang raihana .

Raihana terdiam seketika , dibalas panahan mata naqif yang kini tepat di wajahnya . Persoalannya , macam mana naqif dapat tahu yang aku dah kahwin ? Ah ! Mungkin makcik aminah yang bagitahu ?

"Kenapa ? Ada masalah dengan awak ke kalau saya dah kahwin ?" raihana dengan beraninya membalas jawapan sarkastik itu . Apa dia heran ? Dia dengan naqif dah tak ada apa-apa lagi , lagipun hubungan mereka sudah tamat sejak bulan yang lepas . Mungkin dah tiba masanya untuk dia jelaskan kepada naqif soal status dia yang sekarang .

Naqif sentap . Sungguh tak sangka yang selama ni raihana sudah menjadi milik orang lain . Yang pastinya orang itu adalah ariel ! Ya , dia kenal sangat dengan jejaka tampan itu . Pernah sekali dia terserempak dengan ariel sewaktu dia dengan raihana di restoran .

"Kenapa selama ni awak tak pernah bagitahu saya yang awak dah kahwin ? Kenapa awak cuba sembunyikan ?" tutur naqif berbaur sedih . Tubir mata naqif sudah kelihatan basah , raihana pandang anak mata naqif .

Rai , ingat balik apa yang dia buat dekat kau . Jangan simpati dengan apa yang jadi sekarang !

"Saya nak awak tahu sendiri . Biar awak rasa macam mana sakitnya hati tu . Mungkin kedengaran kejam , tapi itulah realitinya . Naqif , lupakan segala kisah cinta kita yang dulu . Mungkin dulu kisah kita hanya sementara , tapi sekarang saya dah ada hidup saya sendiri . Saya dah jadi isteri orang , saya dah ada suami . Dan mungkin saya bakal ada seorang anak ?" raihana senyum nipis . Pandangan mata mereka berlaga lama sebelum raihana membuka pintu kereta . Cepat-cepat dia memboloskan diri ke dalam perut kereta .

Naqif mengundur setapak , memberi laluan kereta raihana . Dipandang wajah raihana di dalam kereta . Saat itu satu titisan airmata jatuh di pipi naqif , cepat-cepat dia menyeka . Dia tak nak raihana nampak yang dia sedang menangis .

Walaupun dulu saya tak ada niat nak lukakan hati awak , tapi saya rasa mungkin ini lah takdir saya . Saya tak boleh nak lawan kehendak Allah , dan saya terima apa yang Allah bagi pada saya .

"Rai , saya masih cintakan awak . Tapi saya terpaksa lepaskan awak ." naqif pandang kereta berjenama bezza 1.3 milik raihana yang sudah meluncur laju meninggalkannya . Lagi sekali airmata naqif menitis di pipi .

******

"Bella ," bella yang sedang merendam kaki di kolam renang sambil mengigit potongan apple , tersentak tatkala datin sri zareena menegurnya . Dipandang wajah mummy nya . Raihana bergumam sahaja .

"Farhan datang . Dia tengah tunggu dekat luar ." bagitahu datin sri zareena mengenai kedatangan farhan ke sini . Bella tarik wajah masam . Terus potongan apple itu di letak atas pinggan kaca di sebelahnya . Rasa mood nak makan tu dah hilang !

"Cakap je bella tidur ." suruh bella tanpa menghiraukan perasaan farhan di luar sana . Lagipun dia tak ada mood nak jumpa-jumpa buat masa sekarang .

"Ish ! Apa lah buat farhan macam tu ? Tak baik buat dia tunggu dekat luar tu , pergi lah jumpa dia . Apa salahnya ?" balas datin sri zareena separuh marah . Tergeleng kepala datin sri zareena memandang bella . Kadang-kadang pelik jugak datin sri zareena , bila farhan datang aje ke rumahnya , pasti raut wajah anaknya berubah masam . Macam ada yang tak kena aje ?

"Bella tak suruh pun dia tunggu dekat luar ." jawab bella sarkastik . Satu jelingan bermain di matanya . Datin sri zareena mengeluh panjang .

"Kalau bella tak nak jumpa dia , mummy sendiri yang akan panggil dia masuk ke rumah ."

Bella berdecit .

"Okay fine !" bella akhirnya mengalah . Sempat dia merengus ketika berlalu disebelah datin sri zareena . Kau nak sangat jumpa aku kan , kau tunggu farhan !

Bella menyarung selipar seraya menghampiri farhan yang sedang menanti di pintu pagar rumah . Tepat dia memandang wajah manis farhan yang hanya beriak biasa .

"Ada apa you nak jumpa i ? Penting sangat ke ?" bella peluk tubuh , masam mencuka wajah bella memandang farhan yang segak berpakaian kemeja . Farhan tersenyum , sungguh dia rindu pada gadis dihadapan ini .

Baru sahaja farhan ingin membalas kata-kata bella . Bella terlebih dahulu memotong .

"Oh ! Atau you nak cakap pasal i tolak tawaran jamil ? Sorry i tak berminat dah nak bekerja dengan you ."

Farhan pantas menggeleng .

"Bukan lah , ni pasal lain ."

Bella jeling . Sedikit rasa malu di hati , dia ingatkan farhan akan marahkan dia atas sebab dia sudah menolak tawaran jamil . Ah ! Pedulikan lah , bukannya penting pun .

"Pasal apa ?" bella layankan aje .

"Macam mana dengan kandungan you ? Hari tu tak sempat i nak tanya you dah pergi ." anak mata farhan turun memandang perut bella yang masih kempis , tapi kalau pakai baju ketat mungkin perut itu akan buncit sedikit . Pandai bella cover perutnya supaya daddy dan mummy nya tidak dapat mengecam sesuatu tindakannya .

"Kandungan i okay je ." balas bella mendatar . Nak tak nak dia pandang wajah farhan yang dari tadi tidak lepas dengan senyuman .

"Alhamdulillah ." farhan tersenyum simpul tatkala mendengar jawapan baik dari bella . Tiba-tiba farhan dekatkan telinganya pada perut bella seakan-akan mahu mendengar . Tidak lah terlalu dekat hanya beberapa inci sahaja .

Bella terkesima dengan tindakan refleks dari farhan . Tak berkelip matanya melihat tingkah-laku lelaki itu .

"Baby jangan nakal-nakal dalam tu tau . Kesian dekat mama nanti . Janji dengan papa bila dah keluar nanti tunggu papa tau ." farhan membuat gaya suara seakan-akan budak kecil . Tersenyum-senyum bibirnya memandang perut wanita kesayangannya .

Bella terdiam memandang tindak-tanduk farhan . Sedikit demi sedikit , hatinya tersentuh dengan layanan naqif , bibirnya cuba melorek satu senyuman , tetapi gagal apabila ego datang menyerang dirinya . Cepat-cepat dia gelengkan kepalanya .

"Tak payah lah nak tunjuk baik sangat ! Dan you tak payah nak gelar diri tu sebagai 'papa' kepada anak ni . I tak izinkan !" ulasan dari bella buatkan farhan mengangkat wajah dan hanya mampu tersenyum nipis . Dipandang wajah singa bella yang tengah merenungnya .

"Bella , sampai bila kita nak macam ni ?" lambat-lambat farhan menyoal mengenai hubungan dia bersama bella . Bella gigit dinding pipi seraya berpeluk tubuh .

"I tak faham ." bella buat-buat tak mengerti . Dengan selamba dia tayang wajah menyampah .

"Bella please jangan buat-buat tak tahu . Sampai bila you nak kita macam ni ? You sanggup  tengok anak ni keluar tanpa berbapa ?"

"Waktu you rosakkan i , you tak fikir pulak ? Kenapa sekarang you risau sangat kalau anak ni keluar nanti tanpa berbapa ?" sinis bella menjawab . Darahnya sudah mendidih ketika ini , entahlah . Dia tak boleh nak berlembut sikit pun dengan farhan , pasti ada yang rasa sakit hati . Tengok senyuman laki ni pun buat dia geli dan menyampah !

"Bella , i kan dah mintak maaf . Berapa kali you nak i merayu pada you supaya maafkan kesilapan i ? Tolong lah , jangan seksa i lagi . I dah penat ."

"I lagi penat lah ! I yang lagi terseksa dari you ! Sampai bila-bila pun you takkan dapat maaf dari i . Dengar sini , cinta i pada ariel masih ada . So you tak payah cuba nak ambil hati i !" tutur bella yang kini semakin meninggi suaranya . Rahang bella bergetar menahan amarah yang memuncak di hati .

Farhan terdiam .

"And you tak payah susah-susah nak fikir tentang anak ni . I takkan senang-senang biarkan anak i lahir tanpa berbapa ." bella senyum sinis , seolah-olah ada sesuatu yang direncanakan .

Farhan mengerut kening dengan kata-kata bella .

"Apa maksud you ?"

Bella ketawa sinis mendengar suara farhan yang seakan-akan risau dengan kata-katanya sebentar tadi .

"Yeah , i rasa i perlukan 'someone' untuk jadi bapa kepada anak ni . But bukan you okay , tapi ....."

"You jangan nak buat kerja gila bella !" farhan memotong . Suaranya sudah meninggi .

"You yang buat i gila . Tapi terima kasih jugak sebab you dah senangkan kerja i ."

"Bella you memang tak serik nak jadi kejam kan ?!" mencerlung tajam anak mata farhan memandang bella . Bella menjeling tajam .

"Ye ! Sebab i akan jadi kejam bila orang lain cuba musnahkan hidup i !" ujar bella yang jugak membalas pandangan farhan . Langsung tidak takut dengan pandangan lelaki itu , dia rasakan dirinya adalah betul .

"Tapi dalam perut you tu benih i !"

"Ada i kisah ke semua tu ?!" pantas bella membalas . Farhan meninggikan suara , dia jugak boleh meninggikan suara . Apa dia heran , lelaki di depan dia ini langsung tak menakutkan dia . Rasa menyampah dan benci ada lah !

"Bella ," tiba-tiba datin sri zareena muncul dari belakang . Farhan dan bella tersentak , terus mata mereka menjadi terkebil-kebil melihat kehadiran datin sri zareena ke arah mereka .

"Apa yang benih ?" datin sri zareena menyoal pelik . Dari belakang jauh sana dia terdengar suara farhan menyebut perkataan itu .

Bella kemam bibir sebelum dia membuka mulut .

"Tak , err farhan dia nak cari benih untuk pokok bunga dia . Kan ?" bella kalih pandang farhan sambil tersengih palsu . Farhan angguk tanpa secalit senyuman .

"Ha'ah ."

"Oh ! Ingatkan benih apa lah tadi . Hah farhan , jom lah masuk dalam . Panas ni , aunty ada masak cucur udang ." pelawa datin sri zareena yang sudah lupakan soalannya yang sebelum tadi .

"Actually , farhan dia ada kerja mummy . So dia tak dapat nak join sekali ." bella mencipta alasan untuk farhan , dipandang wajah farhan seolah-olah memberi isyarat mata supaya menyuruh lelaki itu pergi dari sini .

Farhan mula terasa dengan sikap bella . Sungguh beria-ia wajah gadis itu supaya dapat menghalaunya dari rumah gadis itu .

"Ha'ah , farhan ada kerja sikit . Next time aje lah aunty ." satu senyuman nipis terukir di bibir merahnya . Sempat dia memandang bella yang sudah terjegil mata memandang ke arahnya .

Datin sri zareena mengangguk faham .

"Assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ." balas datin sri zareena serentak dengan bella . Terus farhan melangkah menuju ke arah keretanya sebelum dia memboloskan diri ke dalam perut kereta .

Hilang sahaja kelibat lelaki itu , bella segera menoleh memandang datin sri zareena . Bayangan cucur udang kembali menerjah ke dalam fikirannya .

Fuh ! Lega lelaki tak guna tu dah blah !

"Mummy , betul ke mummy ada masak cucur udang ?" bersinar-sinar biji mata bella memandang seraut wajah ibu kesayangannya . Datin sri zareena angguk kecil .

"Iyela , tadi kan bella beria sangat suruh mummy buatkan cucur udang untuk bella ." balas datin sri zareena .

"Wah ! Thanks mummy !" bella paut lengan datin sri zareena .

"Welcome . Tapi sejak dua menjak ni , mummy perasan yang bella kuat makan ye . Mengandung ke ?"

Wajah keceriaan bella mati di situ . Terpinga-pinga bella membalas renungan datin sri zareena . Luluh jantung bella bila datin sri zareena mula mengesyaki sesuatu pada dirinya .

"Mengandung apanya mummy kalau kahwin pun tak ." bella sengih palsu . Melihatkan wajah kelainan dari bella , buatkan datin sri zareena menahan ketawa .

"Mummy gurau jelah , takkan lah anak mummy mengandung pulak kan ?" datin sri zareena dan bella sudah mula mengorak langkah . Bella angguk laju .

"Ha'ah . Kan ?" bella hanya mengiyakan sahaja . Walaupun dalam hati cuak bagai nak rak ! Nasib baik aku boleh cover muka pucat aku ni ! Fuh , mummy memang nak bagi aku sesak nafas !

Ni semua salah kau farhan ! Jantan tak guna !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience