Bab 9

Romance Series 185331

Akhirnya kepulangan naqif sudah tiba , kini raihana sudah memutuskan untuk mengambil naqif di KLIA . Sengaja nak menggedik dengan tunang , padahal boleh je naqif balik sendiri .

Dekat lima belas minit jugak tunggu punya tunggu , akhirnya susuk tubuh naqif sudah kelihatan . Raihana pantas bangun dari kerusi dan melambai tangan supaya naqif perasan dengannya .

Melihat sahaja raihana seperti itu , naqif terus mengorak langkah ke arahnya . Bibirnya sudah tersenyum lebar .

"Sayang ,," naqif menegur dengan bahasa lembut . Raihana balas senyum . Haih tunang , dah lama tak dengar suara dia !

"Awak sihat ?" raihana menyoal . Tangkas tangannya menolong naqif memegang beg kecil yang tersandang dibahu sasa laki itu .

"Alhamdulilah , sihat . Awak pulak sihat tak ni ?" jawab naqif sambil menyoal kembali kepada raihana . Raihana angguk kepala .

"Sihat je . Awak ada tengok saya sakit ke ? Tak ada pun kan ?" raihana sengih kambing . Naqif sudah tersenyum-senyum , sudah lama dia tidak melihat sengihan kerang busuk tunangnya .

Haih rindunya !

"Jom saya belanja awak makan ." raihana mempelawa . Naqif akur , lagipun dah lama tak ber'dating dengan cik tunang kan ? Alang-alang ni boleh lah borak lama sikit .

Tanpa berlengah masa , mereka mula menjurus keluar dari pintu KLIA . Mereka berdua segera mendapatkan kereta dan mula menuju ke destinasi mereka .

Argh my fiance is comeback !

******

Nasi goreng yang dijamah raihana sudah tinggal separuh . Sudu dan garfu diletak atas pinggan , mahu memberi perhatian kepada naqif dihadapan pula .

"So macam mana dengan projek awak dekat sabah ? Okay ?" anak mata menatap wajah naqif . Ketampanan pada wajah naqif tidak pernah berubah , sentiasa tampak macho . Lagi-lagi bila  hidung dia yang mancung itu . Memang tak hairan lah kalau raihana memilih naqif sebagai pasangannya .

Lagi pula , naqif mempunyai syarikat tersendiri . Dan jugak sudah berjaya membuka cawangan baharu di sabah . Alhamdulillah , tunangnya itu memang workaholic orangnya .

"Alhamdulillah , buat setakat ni okay ." naqif senyum lebar .

"Bagus lah , tak ada lah awak asyik ke sabah je kan ?" senyum naqif terhenti tatkala melihat wajah raihana berubah tegang .

"Why ? Kalau ada masalah dekat sabah pun saya still kena turun . Takut lah jadi apa-apa kan ?" naqif cuba tersenyum dihadapan raihana meskipun raihana tetap berwajah tegang .

"Masalah apa lagi naqif ? Masalah kita berdua pun tak selesai lagi . Bila nak discuss pasal wedding kita ni ?" raihana tampak marah . Sudah berkerut-kerut dahinya menahan amarah . Naqif kemam bibir .

"Sayang ,, kan saya dah janji dengan awak . Takkan awak dah lupa kut ? Pasal ni awak jangan risau okay , kita tetap akan kahwin . Saya takkan lari punya ." naqif ketawa kecil , ingin menyedapkan hati kecil tunangnya .

Raihana pandang naqif tak puas hati .

"Okay fine , saya mintak maaf ." ucap raihana perlahan . Naqif senyum kerana gembira dengan jawapan raihana . Baru sahaja raihana ingin menyuap nasi goreng separuh yang berada di dalam pinggan , matanya terpandang susuk tubuh tegap lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam perut restoran dengan penuh gaya tampan .

Raihana terkejut , ariel ?!

"Ariel ?" raihana memanggil tanpa disedari . Rasa nak tampar aje mulutnya saat terpanggil nama lelaki itu . Ariel mencari suara yang memanggilnya .

Macam kenal ? Disaat bebola matanya terpandang raihana yang berada di hujung meja , dia dapat rasakan yang raihana lah orang menyebut namanya . Bibirnya terlayar senyuman mekar .

Segera dia melangkah ke arah raihana tanpa rasa malu . Raihana telan air liur , alahai suara ni pun lah kuat sangat !

Naqif bingung .

"Eh rai , awak pun ada dekat sini ?" ariel menegur lembut . Raihana sengih paksa .

"Ha'ah , saya baru pick up tunang saya dekat KLIA . Dia baru balik dari sabah ." raihana memandang ke arah naqif , seolah-olah ingin memperkenalkan tunangnya kepada ariel .

Mata ariel terhala ke arah naqif . Saat empat mata itu berlaga , pelbagai andaian negatif yang masuk dalam fikiran naqif . Manakala ariel sekadar tersenyum .

"Ariel ." ariel menghulurkan tangannya , tanda-tanda ingin berjabat tangan bersama naqif . Naqif pandang huluran tangan ariel sebelum dia lambat-lambat membalasnya .

"Naqif . Tunang raihana ." perkataan tunang ditekan naqif , sengaja dia ingin memberi amaran kepada ariel . Mungkin dia fikir ariel cuba merapatkan diri dengan tunangnya ?

Ariel senyum tawar . Raihana pulak silih berganti memandang dua ekor kumbang dihadapannya . Naqif cemburu ke ? Macam marah je ?

"Oh jadi ni lah tunang awak rai ? Hensem orangnya ." puji ariel bersama senyuman lebar . Naqif senyum paksa , bagi dia pujian ariel tak ikhlas ! Lebih kurang macam nak menganjing ?

"Erm , naqif . Ariel ni sepupu saya tau , dia pernah satu sekolah dengan kita dulu . Takkan awak dah lupa ?" raihana ubah corak perbualan , senyuman payah diukir .

Naqif angkat bahu .

"Entah ." dengan selamba naqif membalas . Langsung tiada riak ceria di wajah . Raihana sengih paksa bila reaksi wajah naqif berubah .

"Errr ...."

"Its okay , saya pergi dulu . Lain kali kita berbual lagi ye ." ariel senyum pahit setelah raihana mengalu-alukan dia pergi . Ariel tak jadi makan dekat sini ke eh ?

Wajah naqif dipandang geram .

"Awak ni kenapa eh ?" soal raihana setelah kelibat ariel hilang dimatanya . Naqif balas pandangan raihana .

"Kenapa apa ?" renungan tajam raihana dibalas tenang .

"Ariel tu sepupu saya lah , kenapa awak jadi dingin ni ?"

"So ?"

"Are you jelous ?" biji mata dikecilkan sambil memandang  wajah naqif .

Naqif diam .

"Naqif ! Awak cemburu ke ?"

Masih diam .

"Naqif ! Jawab lah !"

"Yes ! I'm jelous ! Puas hati ?"

Raihana terdiam .

******

"Naqif , awak still marahkan saya lagi ke ?" raihana pandang naqif yag sedang memandu kereta dengan wajah tegang . Betul-betul tiada sinar keceriaan di mukanya . Masam ketat !

"No !"

"Tapi muka awak macam tu lagi kenapa ?" raihana berpeluk tubuh , dia pulak yang rasa nak merajuk . Eh memang macam tu pun selalu , sepatutnya perempuan yang pujuk laki bila si laki tu sedang merajuk , ini dengan-dengan perempuan tu sekali merajuk ! Haish pelik ?

"I said no sayang . Saya cuma tak ada mood tu aje ." balas naqif perlahan . Raihana memuncung .

"Betul ni ?"

"Ye , kenapa tak percaya ke ?" naqif jongket kening walhal wajahnya masih begitu .

"Saya bukan apa , saya tak nak awak tuduh saya yang bukan-bukan . Mana tahu awak ingat saya curang ." ujar raihana memandang naqif .

Naqif diam tidak membalas .

"But , kalau awak yang curang saya takkan cari awak dah , pandang muka awak pun saya tak nak !" raihana menayang wajah selamba . Senyuman nak tak nak dilempar kepada naqif .

Kali ni naqif betul-betul tak dapat nak balas kata-kata raihana . Dia pun menjadi kelu lidah untuk membalas . Wajahnya yang mulanya badmood sudah berubah menjadi lain .

"Dengar tak ni ?" raihana cuit bahu naqif sikit . Anak mata menatap sisi wajah si tunang .

"Ye dengar ."

Raihana senyum bangga . Beranilah curang , aku bawak kapak keliling KL . Haha . Cakap je lebih , buat pun tak !

******

Raihana melangkah masuk ke dalam lantai rumah dan mula menyusun langkah ke arah dapur , tiba-tiba sahaja tekaknya haus . Kelihatan rumah sunyi sepi , mungkin mama dan papa ada di atas ? Well mama dengan papa memang awal naik atas , solat maghrib mungkin .

Gelas kaca pendek di capai , kemudian diletak atas tempat penapis air yang berjenama coockoo . Lalu ditekan .

Sambil-sambil itu , raihana membuka aplikasi instagram . Sebaik sahaja air di dalam gelas sudah penuh , raihana ambil lalu di minum dengan rakus . Habis sahaja baki yang diminum , raihana kembali letak di dalam singki tanpa membasuh .

Tiba-tiba dahinya mengerut tatkala mata membaca caption dari gambar ariel . Memang dari dulu pun dia sudah ada instagram lelaki itu .

arielhamka._
"My heart is broken :("

"Broken ? Dia broken dengan siapa ? Tunang dia curang ke ?" raihana mula mencipta andaian sendiri . Bibir di gigit perlahan sambil mencerna caption dari ariel .

Ah ! Buat apa aku nak susah-susah fikir ? Bukan ada kena-mengena dengan aku pun ! Tanpa mempedulikan caption dari ariel , raihana mula menapak ke hadapan , namun langkahnya terhenti apabila kelibat encik zamarul mula kelihatan .

"Hah rai , baru balik ? Dah solat mahgrib ke ?" soal encik zamarul sekilas memandang wajah raihana . Kaki encik zamarul mendekati gelas kaca dan mula mencapai sebelum dituang air masak sejuk yang berada di dalam peti .

"Baru je tadi pa , rai tak boleh solat lah pa ." raihana sengih . Encik zamarul hanya angkat kening , sudah faham-faham sajalah dengan riak wajah anaknya itu .

baru sahaja raihana ingin melangkah setapak , namanya dipanggil lagi .

"Ye pa ?"

"Mari duduk sini , papa nak berbual sikit dengan kamu ." encik zamarul menepuk kerusi meja kaunter . Tanpa sebarang kata-kata , raihana mendekati encik zamarul dan mula menghenyak punggung di situ .

Anak mata menatap wajah encik zamarul dengan penuh tanda tanya . Apa pulak lah yang papa nak cakap ni ?

"Naqif dah balik dari Sabah ?" soalan itu mula terpacul dari mulut encik zamarul . Raihana angguk perlahan .

"Dah , kenapa papa ?"

"Tak ada papa cuma nak tahu je bila dia nak ready nak kahwin dengan kamu ?"

Oh ! Sebab tu ke ?

"Hm , dia cakap mungkin esok atau lusa . Lagipun dia dah janji dengan rai yang dia akan kahwin dengan rai ." jelas raihana sambil tersenyum .

"Papa bukan apa , anak papa ni bukan patung nak tunggu dia bertahun-tahun . Papa cuma ada kamu sorang je . Jadi papa harap sangat yang naqif tak mainkan perasaan kamu ." ubun-ubun anaknya digosok perlahan . Raihana senyum lebar , sayang jugak papa dekat aku .

"Kalau dia mainkan perasaan rai macam mana papa ?" raihana menguji kesabaran papanya .

"Papa sumbat dia dalam tanah ." jawab encik zamarul sambil tersenyum manis . Raihana ketawa lepas .

Alahai papa ni !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience