Bab 29

Romance Series 185331

Ariel mengetap bibir tatkala mata membaca artikel daripada bella melalui media sosial . Sungguh dia marah dengan perilaku bella yang secara mendadak ini . Sudah berapa kali dia pesan kepada bella , jangan lakukan benda yang boleh melibatkan maruah isterinya .

Tengok sekarang , diam-diam buat pergi sidang media . Memang mendatangkan masalah betul !

Tanpa berfikir apa-apa lagi , ariel mencapai kunci kereta di dalam laci meja kerjanya . Kemudian dia bangun dari kerusi empuk lalu berlalu meninggalkan ruangan bilik kerja .

Hanis bangun dari kerusi tatkala susuk tubuh ariel menjelma di hadapannya .

"Eh encik ariel nak pergi mana ?" tanya hanis laju , namun pertanyaannya dibiar tergantung . Ariel langsung tidak kalih memandang ke arahnya , malah berjalan laju tanpa membalas pertanyaannya .

"Garangnya muka ." desis hanis sambil mencebik .

******

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo tiga tingkat , ariel memberhentikan kenderaan dengan segera . Seterusnya pintu kereta dibuka , kaki melangkah keluar selepas pintu kereta kembali ditutup . Ariel menuju masuk ke dalam pekarangan rumah keluarga bella dengan wajah begitu dingin .

"Bella ! Keluar sekarang ! I tahu you ada dekat dalam ." ariel melaung kuat sambil berdiri dihadapan pintu utama . Menanti kedatangan bella .

"Bella ! Keluar sekarang ! Bella qasandra ! Keluar lah !" bagaikan ada bala bencana yang mungkin akan timbul dalam hubungan dia antara bella .

"Hoi ! Kau dah kenapa datang rumah aku menjerit bagai ni ?" datin sri zareena muncul dengan wajah helangnya . Pantang sungguh kalau keturunan keluarga zaidi memijak lantai dirumahnya .

"Saya nak jumpa bella . Dia ada ?" dingin sekali wajah ariel menyoal .

"Kau nak jumpa dia ? Kau nak buat apa ? Nak merayu dekat dia balik ? Asal , dah tukar fikiran ke ? Kau dah tinggalkan anak aku , lepas tu kau nak dia balik ? Hey ! Jangan perasan lah kau boleh dapat anak aku balik !" ujar datin sri zareena tanpa menyoal terlebih dahulu . Wajah angkuhnya ditayang dengan penuh tajam .

"Saya bukan nak merayu dekat dia balik . Tapi saya nak betulkan keadaan . Tolong makcik , panggilkan bella sekarang ." walaupun suara sedikit perlahan , namun cukup tegas bunyinya .

Datin sri zareena mengawal riak wajah apabila ariel menidakkan kata-katanya . Terbit rasa malu di hatinya . Dia mati-mati ingat yang ariel datang hanya kerana mahu menagih kasih dari bella semula , rupa-rupanya tidak .

"Kau panggil aku apa ? Makcik ? Hey ! Aku datin sri tau tak . Siapa kau untuk panggil aku macam tu ?" sombongnya memang mengalahkan artis-artis di luar sana . Langsung tidak berlembut dengan ariel seperti dulu .

Ariel berdecit perlahan . Makin lama makin menyampah pulak aku tengok si mummy bella ni . Dia ingat aku hadap sangat ke datang rumah dia ?

"Okay fine , datin sri zareena . Sekarang tolong panggil bella ." balas ariel berbaur sindiran . Dia mula bercekak pinggang dengan wajah sukar dikawal .

"Bella tak ada , dia keluar . " selamba badak air aje datin sri zareena membalas . Punya lama ariel tunggu di luar rumah , hanya itu sahaja jawapan datin sri zareena ?

"Datin sri boleh tak jangan lambatkan masa saya ? Datin sri ingat saya bodoh ke ? Kalau bella tak ada dekat rumah , kenapa kereta dia ada dekat sini ?" ariel kacip gigi . Ya Allah tabahkan lah hatiku supaya aku tak melakukan perkara yang boleh menimbulkan masalah .

Datin sri zareena peluk tubuh seraya anak mata merenung tajam ke arah ariel yang masih setia berdiri dihadapannya .

"Kau jangan harap lah dapat jumpa anak aku ." ego masih menguasai diri puan sri zareena . Langsung tidak memberi peluang kepada ariel .

"Bella ! Keluar sekarang , we need to talk !" ariel tidak mempedulikan datin sri zareena . Dia betul-betul tak ada masa nak layan karenah datin sri zareena sekarang ni . Banyak cekadak pulak !

"Kau ni memang gila kan ? Pergi lah ! Jangan datang lagi dekat sini ." halau datin sri zareena apabila melihat ariel semakin agresif .

"Bella ! Keluar lah !"

"Ada apa ni hah ?!" bella muncul secara mengejut . Wajahnya penuh dengan kerutan , baru sahaja dia nak ke dapur , tiba-tiba terdengar pergaduhan di luar rumah . Rupanya , mummy dengan ariel yang bergaduh .

"Hah elok lah dah keluar . I nak tanya you , apa yang you dah buat dekat isteri i ?" tak tunggu lama , ariel terus menyoal apabila susuk tubuh bella kelihatan .

Bella tersenyum senget . Dinding pipi di gigit perlahan sambil menatap wajah tegang ariel . Tak sangka yang ariel serius pasal ni ?

"You datang sini semata-mata nak marahkan i pasal ni ?" bella menjegilkan biji matanya . Sungguh terluka hatinya apabila melihat ariel memarahinya sebegini . Sepatutnya ariel sebagai tunangnya akan berada di pihaknya , ini tidak ! Makin melebih di pihak si perempuan tu pulak !

"Berapa kali i nak cakap dekat you ? I tak suka you libatkan isteri i dalam masalah kita . Dia tak salah , yang salah i bella ."

Bella gelak palsu .

"What do you mean 'dia tak salah' ? You buat-buat buta eh ? Dia dah rampas you dari i ! Takkan i nak biarkan dia macam tu je ?" bella menapak ke hadapan sedikit , melawan pandangan tajam ariel .

"Dia tak pernah rampas i dari you pun . I je rela kahwin dengan dia . You boleh tak jangan buat spekulasi sendiri ? Tolong bersihkan nama isteri i , dia bukan perempuan yang you sangka ." ujar ariel bersungguh-sungguh .

"Wau sampai macam tu sekali eh you bela dia ? Apa yang dia bagi makan dekat you ? Dia dah jampi you ke sampai you jadi macam ni ?"

"Bella !" tengking ariel laju . Menyirap darah ariel apabila bella menuduh tanpa usul periksa . Sungguh pantang dia kalau ada orang fitnah yang bukan-bukan dekat isterinya .

"I dah penat dengan you . if you want to know , I got engaged with you just to forget my first love . And just so you know , my first love is the wife of my own . So jangan perasan yang you cinta pertama i ."

Pang !

Satu tamparan hebat hinggap di pipi ariel . Berdesing telinga bella apabila ariel mengeluar kenyataannya . Sungguh tercalar hatinya mendengar kata-kata ariel seperti itu .

"You memang jantan tak guna . Jadi selama ni , you tipu i ! You pergunakan i ! You memang kejam ! I sanggup bertunang dengan you sebab i cintakan you but end up , you tipu i ." dada bidang ariel ditumbuk beberapa kali . Sungguh merasa sakit bila orang yang kita sayang tipu kita selama ni .

"I mintak maaf , i terpaksa . Kalau you tak bersihkan nama isteri i , kita dah tak ada apa-apa . We are over , and pasal cincin tu i tak ambil kisah dah . Kalau you nak hantar dekat my mom hantar lah , kalau tak nak suka hati ." ariel mengatur langkah meninggalkan bella tanpa menghiraukan perasaan bella ketika ini .

Bella tergamam , kolam mata sudah memenuhi .

"Bie ! Bie ! Bie you tak boleh buat i macam ni !" bella mengekori ariel dari belakang , di capai lengan ariel namun ditepis oleh ariel .

"Ariel hamka !" bella mula mengejar kereta ariel yang sudah keluar dari garisan pintu pagar .

"Bella ! Bella !" datin sri zareena menarik lengan anaknya apabila melihat bella terlalu mengejar kereta ariel dari belakang .

"Sudahlah tu !" datin sri zareena menarik tubuh bella seraya memeluk anaknya .

"Mummy , ariel ." tiba-tiba tubuh bella terasa lemah , seakan-akan sudah tidak bermaya lagi untuk berdiri . Tanpa aba-aba , tubuh bella jatuh di dakapan datin sri zareena .

Datin sri zareena cemas melihat anaknya jatuh pengsan .

"Bella , bella bangun !"

******

"Kalau you tak bersihkan nama isteri i , kita dah tak ada apa-apa . We are over , and pasal cincin tu i tak ambil kisah dah . Kalau you nak hantar dekat my mom hantar lah , kalau tak nak suka hati ."

Satu titisan airmata merembes keluar di pipi bella tatkala benak fikirannya melayang teringatkan kata-kata kesat dari ariel . Sungguh dia tidak sangka yang ariel sanggup berbuat demikian . Apa sikit pun tak ada rasa sayang lagi pada dia ke ?

"Mana pergi kata-kata manis you dekat i ariel ?" ungkap bella sendirian bertemankan airmata sambil bersandar pada kepala katil hospital . Kini dia terpaksa ditahan wad selama sehari , atas kerana tubuhnya yang lemah dan tak bermaya .

"Bella ." seorang jejaka kacak melangkah masuk dengan lengkap berpakaian t-shirt polo serta mengenakan seluar jeans . Dia dekati bella dengan perlahan-lahan .

Bella pandang dengan mata yang penuh kejutan . Segera dia mengesat airmata dengan laju .

"Farhan ? You buat apa dekat sini ?" soal bella mendatar . Farhan ialah merupakan selebriti terkenal dan jugak tidak lupa , pasangan kepada bella di dalam drama malaysia . Memang boleh dikatakan pasangan sweet apabila mereka disatukan di dalam drama .

Kadang-kadang ada jugak sesetengah netizen yang menyatukan mereka berdua , tapi disebabkan bella sudah menjadi tunangan orang , maka dari situ netizen-netizen berhenti untuk menyatukan mereka berdua .

"Mummy you cakap you pengsan ? Betul ke ?" farhan ambil tempat disebelah bella seraya menatap wajah pucat gadis dihadapannya .

"Dah kalau i ada dekat hospital , pengsan lah namanya , takkan i buat shooting kat sini pulak ?" jawab bella berbaur sindiran . Mata cuba untuk tidak membalas tatapan farhan . Sungguh dia jijik melihat lelaki disebelahnya ini .

"You sakit ke ? You sakit apa ?" soal farhan lagi tanpa mempedulikan sindiran bella . Selama dia jatuh cinta dengan bella , sebesar kuman pun dia tidak kecil hati dengan sikap bella . Kerana dia tahu , kesalahan dia tak mampu buatkan bella maafkan diri dia .

"Farhan berapa kali i nak cakap dengan you . Tolong jangan ganggu i . I sakit ke i nak mati ke , itu bukan urusan you . Yang you sibuk-sibuk datang sini kenapa ? You memang sengaja nak viral kan perjumpaan you dengan i kan ?" angin kepala bella sudah berpusu-pusu menyerang di dalam dirinya . Memang menguji kesabaran dia sungguh , farhan ni memang sejenis lelaki yang tak faham bahasa ke ?

"Ya Allah bella , sumpah i tak ada niat pun nak buat benda tu . I tahu you sakit pun dari mulut mummy you . I risaukan you , i tahu you tertekan . Bella , kenapa you sanggup layan i macam ni ? Dosa ke kalau i datang jenguk you ?" jelas suara farhan kedengaran sayu . Sungguh dia rindukan senyuman gadis cantik dihadapan dia ini .

"Kalau i dah cakap i bencikan you , tengok muka you pun i dah tak nak . Perasaan benci i pada you semakin ada . So you jangan tanya i kenapa i layan you macam ni ." balas bella dengan menayang wajah bengis . Kelopak mata sudah memerah .

"I cuma nak lindung you . I tak suka ariel sakitkan hati you . Kenapa you masih nak ada hubungan dengan ariel sedangkan dia dah awal-awal mainkan hati you ."

Bella senyum sinis . Anak mata membalas pandangan wajah bersih farhan .

"Bukan you pun sama ke ?" bella jongket kening .

Mendengarkan sahaja jawapan bella , buatkan farhan sentap habis . Terkunci bibir mulutnya . Memang makan dalam betul sindiran bella kali ni . Memang betul-betul bencikan farhan sangat ni .

"Cik bella ." seorang doktor perempuan berambut panjang melangkah masuk ke dalam bilik bella . Bella kalih mata ke arah doktor perempuan cantik itu .

"Ye doktor ?"

"Macam mana ? Dah okay sikit ?" senyuman manis yang mekar dibibir doktor perempuan itu buatkan bella membalas senyuman itu . Sesekali mata doktor perempuan itu memandang farhan yang hanya diam disebelah bella .

"Dah okay dah . Pening-pening pun dah lari sikit ." balas bella tanpa hiraukan farhan disebelahnya . Nametag di kocek baju doktor itu dipandang , tertera nama di situ 'Hannah' .

"Alhamdulillah . Ada perkara baik yang saya nak sampaikan pada cik bella ."

"Apa dia ?" kening bella terangkat sedikit , manakala farhan sekadar mendengar .

"Tahniah , cik bella disahkan mengandung ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience