Bab 72

Romance Series 185331

Setahun kemudian ...

"Sayang !" ariel melaung memanggil nama isterinya . Dia berjalan menghampiri dapur rumahnya .

"Ye saya dekat sini !" balas raihana . Kini dia bertungkus-lumus menyiapkan bahan-bahan untuk menyediakan kek sempena sambutan hari jadi anaknya yang ke satu tahun .

Ariel dekati raihana sebelum pinggang isterinya dipeluk dari arah belakang . Satu ciuman singgah dipipi kanan raihana . Bibir merah raihana tersenyum manis tatkala merasa ciuman hangat dari suaminya .

"Abang , saya nak buat kerja ni . Jangan ganggu boleh ? Nanti tak siap kek Rainann ." raihana berkata . Ariel ni kalau tak ada aku depan mata dia , mula lah datang penyakit miang dia tu !

"Abang nak bermanja sikit pun tak boleh ." ariel membalas , suaranya sengaja dikecilkan , tanda-tanda merajuk dengan isterinya .

Raihana menjeling malas .

"Saya tengah buat kek ni kan ? Manja-manja tu kejap lagi lah ."

"Yela-yela . Abang faham ! Okay abang tak kacau awak ." terherot-herot bibir mulut ariel membalas . Raihana ketawa kecil .

"Abang tak call mama dengan papa lagi ke ?" lambat-lambat raihana menyoal sambil tangannya lincah membuat cream kek . Sebenarnya dahulu raihana pernah bercita-cita untuk menjadi chief , tapi tak kesampaian . Jadi sekarang seketul raihana sudah menjadi pereka fesyen .

Entah macam mana boleh terjebak dalam bidang fesyen ni . Mungkin dah rezeki aku kat situ ?

"Mama dengan papa kejap lagi sampai ." balas ariel . Tak semena-mena tangannya mencapai buah strawberry di atas meja makan . Selamba badak aje dia makan depan raihana .

Raihana pandang ariel sebelum mulutnya terlopong besar .

"Abang ! Buah tu saya nak buat hiasan atas kek Rainann lah !" raihana berdecit perlahan . Bengang betul bila tengok ariel makan dengan selamba .

"Lah , mana abang tau . Ala ada lagi tu . Abang bukan makan banyak mana pun ." balas ariel bersahaja . Terus dia berjalan ke ruang tamu tanpa hiraukan pandangan isterinya .

Raihana ketap bibir . Ei ! Dia dah buat dah perangai tak semenggah dia tu !

Nasib baik sayang !

******

"Wahh ! Dah siap dah kek baby Rainann ." puan Aisyah berkata gembira . Wajahnya jelas kelihatan ceria . Raihana senyum sambil membawa kek tersebut lalu diletak ke atas meja ruang tamu yang sememangnya sudah dihias cantik .

"Pandai rai buat kek . Mana belajar ?" puan Aisyah menyoal . Setahu dia , menantu dia hanya pakar dalam bidang fesyen . Tapi tak tau pulak pakar dalam bidang bakeri ?

"Sebenarnya rai memang minat dalam bidang buat kek ni . Pernah jugak nak bukak kedai , tapi tula tak ada rezeki kan . So rai buat keputusan nak ambik course designer ."

Mulut puan Aisyah berbentuk 'o' . Buat seketika ariel datang sambil mendukung anak perempuannya . Kepala raihana dan puan Aisyah terteleng memandang ke arah ariel .

"Anak mama !" raihana dah excited apabila memandang Rainann . Cepat-cepat dia hampiri ariel sebelum dia mendepakan tangan seolah-olah ingin mendukung anaknya .

"Baby Rainann tak nak kan ?" ariel seakan-akan mengejek . Raihana menjeling , tangannya masih setia begitu .

"Mari kat mama sayang ."

"Tak nak , mama busuk !"

"Ish ! Abang ni . Saya tak busuk lah !"

Puan Aisyah gelak .

"Ada bau ketiak , kan Rainann ." wajah anak perempuannya di kerling sekilas . Rainann sengih comel , seakan-akan menyokong apa yang papanya berkata .

Raihana melopong melihat tindak balas anaknya .

"Tengok , Rainann pun sokong tau ." ariel gelak lepas . Sesekali pipi Rainann diciumnya . Raihana dah memuncung .

"Ei abang ni ! Sepatutnya anak perempuan kena berpihak pada mamanya . Bukannya papa dia !" raihana jegilkan biji mata . Ariel ni ada je masa dia nak sakitkan hati dia , rasa nak cekik-cekik pun ada ni .

Ariel mencebik setelah penat ketawa .

"Kalau macam tu kena ada anak lelaki lah , baru boleh berpihak dekat papa dia . Kan mama ?" ariel senyum ke arah puan Aisyah . Kepala puan Aisyah dah terangguk-angguk menjawab kata-kata anaknya .

Tak cakap banyak , terus jari raihana menguntil perut suaminya . Terjerit-jerit ariel merasa kesakitan di perutnya .

"Aduh sakit sayang !" terbengkok-bengkok tubuh ariel . Raihana puas hati dengan perbuatannya . Rasakan ! Siapa suruh gatal sangat ?

"Padan muka !" bidas raihana selepas habis kerjakan perut suaminya . Dia berlalu ke arah dapur , sempat ariel dijelingnya .

"Sorry sayang , abang gurau je !"

"Ah tak ada !"

"Sorry !"

"Tak nak dengar !"

Ariel garu kepala yang tak rasa gatal . Puan Aisyah ketawa terkekeh-kekeh , gatal lagi kan dah mendapat .

"Dah , mari sini Rainann tu ." puan Aisyah depakan tangan . Terus tubuh Rainann dibagi kepada mamanya .

******

Happy birthday to you ~
Happy birthday to you ~
Happy birthday to baby Rainann ~
Happy birthday to you ~

Nyanyian dari seluruh keluarga itu bergema di rumah encik zaidi . Tersimpul satu senyuman di bibir merah raihana tatkala melihat ariel mendukung anak perempuannnya . Haih comelnya !

"Yeahhh ! Baby Rainann dah cukup setahun ." kata ariel sambil mencium sekilas pipi Rainann . Rainann mengeliat sedikit apabila ariel memeluk kuat tubuh anaknya . Geram sangat ni !

"Rimas dah dia duduk dekat papa dia tu ." puan Aisyah mencelah . Matanya tak lepas memandang pelukan erat ariel pada Rainann . Sejak dua menjak ni , ariel kerap beri perhatian kepada Rainann berbanding raihana .

Ah mungkin rasa excited tu belum hilang ?

"Kan . Sepatutnya baby Rainann kena duduk dekat mama dia ." terus raihana merampas Rainann dari dukungan ariel dengan selamba . Ariel mencebik .

"Tak aci !" bentak ariel tiba-tiba . Raihana mengerut kening .

"Kenapa pulak ?"

"Yela , awak kena bagi sorang lagi anak baru lah adil ! Kan papa mama ." ariel kerling sekilas ke arah keluarganya . Satu senyuman nakal terbit di bibir merahnya . Raihana jeling sekilas , mula dah tu datang penyakit miang dia .

"Abang jangan nak mengada-ngada boleh tak ? Tak malu ke dekat papa dengan mama ?" raihana jegilkan biji mata sambil membisik perlahan ke telinga ariel .

"Ala , abang nak keadilan ."

"Keadilan apanya ! Cubit nanti !" raihana dah tunjuk gaya tanda-tanda ingin menguntil pinggang suaminya . Pantas ariel sengih dan jauhkan sedikit jaraknya sebelum jari raihana menari-nari dicelah pinggangnya .

Ahli yang lain tersenyum penuh makna .

"Kami dengar , tak payah bisik sangat ." encik zamani berkata sambil mata melirik ke arah raihana . Raihana pandang wajah papanya .

Sengih diberi .

"Sorry , hari ni ariel tak behave . Sebab tu dia mintak yang bukan-bukan !" wajah suaminya dipandang sekilas sebelum di beri lagi satu jelingan padu .

"Apa yang bukan-bukan nya ? Elok lah tu tambah lagi sorang anak , tak ada lah nanti Rainann sunyi ." puan zaimah menyokong tindakan ariel . Ariel pantas tayang wajah semangat dan ceria .

Laju kepala raihana terteleng ke arah ariel . Bibir di ketap geram . Amboi ! Laju je kan kalau ada orang sokong dia ? Ingat senang ke nak beranak ?! Aku yang sakit tau tak !

Haih , bila fikir balik betul jugak apa yang mama cakap . Tak salah kalau kita nak tambah anak kan ? Anak tu kan ibarat rezeki . Jadi apa salah kalau aku cuba lagi sekali . Lagipun kesian Rainann kalau dia tak ada adik , inshaallah kalau ada rezeki ada lah tu .

"Tengok lah , kalau ada rezeki . Raihana akan cuba ." kata raihana malu-malu . Ariel senyum nakal sebelum dia kembali dekatkan jaraknya . Dengan selamba bahu isterinya dipeluk .

Raihana pandang ariel . Mengada !

******

"Rai , ada orang nak jumpa ." puan zaimah muncul bersama wajah kelat . Raihana dan ariel berpandangan sesama sebelum raihana kembali memandang puan zaimah .

"Siapa ?"

"Rai pergi lah tengok sendiri . Mama ke dapur dulu ." puan zaimah berlalu pergi . Makin kuat kerutan di dahi raihana tatkala mamanya memberi jawapan seperti itu .

Aik ? Siapa pulak nak jumpa aku ?

"Pergi lah tengok siapa . Meh sini Rainann tu ." ariel depakan tangan . Lambat-lambat raihana menghulurkan tubuh Rainann kepada ariel .

"Abang tak nak ikut saya sekali ke ?" raihana tak sedap hati . Ariel ketawa halus .

"Dia nak jumpa awak , bukan abang ."

"Jom lah ikut sekali . Saya takut , nanti tak pasal-pasal orang tu membahayakan ."

"Membahayakan apanya . Takkan lah mama nak bagi orang jahat masuk rumah kita ?" ariel gelengkan kepalanya . Raihana memuncung .

"Yela abang !" raihana jeling sekilas sebelum dia mengorak langkah meninggalkan ariel bersama Rainann . Ariel pandang susuk tubuh raihana yang semakin jauh sebelum dia tersenyum manis .

Nun jauh di sana kelihatan susuk tubuh seseorang gadis sedang menunggu raihana di gazebo . Raihana sudah dapat mengesyaki individu tersebut . Terpancar wajah risau tatkala melihat bella berada di gazebo .

Lambat-lambat raihana menyarungkan selipar . Tempat bella di tuju dengan perlahan-lahan . Satu hembusan nafas berat keluar di bibir mulut raihana . Agak-agak sebab apa eh bella datang sini ?

Raihana merapati bella .

"Hai ." bella senyum sikit apabila melihat raihana sudah berdiri tegak dihadapannya . Raihana balas senyuman itu .

"Hai ." kekok sedikit untuk raihana balas kata-kata itu . Yela dulu mereka bersemuka sebagai 'musuh' tapi sekarang terasa macam percakapan bella berlainan . Atau bella sudah dapat menerima raihana sebagai kawan ?

Eh , macam tak jugak . Takkan lah senang-senang tu je bella nak terima takdir ? Kata ariel , bella bukan mudah putus asa . Apa yang gadis tu nak , akan tercapai walaupun dalam perbuatan kejahatan .

"Sorry lah sebab saya tak tahu cik bella nak datang . Kalau saya tahu , saya dah simpan kek untuk cik bella ." raihana berkata perlahan . Lambat-lambat dia labuhkan punggung di sebelah bella .

"Eh tak apa , i datang sini pun sekejap je ." balas bella sambil mengukirkan satu senyuman lebar . Raihana garu kepala yang tak terasa gatal .

Datang sini sekejap je ? Apa maksud dia eh ?

"Errr cik bella nak jumpa saya sebab apa eh ?" raihana jongket kening sedikit . Risau kalau bella tiba-tiba datang sebab nak kahwin dengan ariel ke ? Atau nak mintak restu jadi madu aku ke ? Tak pun , nak suruh ariel gantikan tempat arwah farhan untuk dia ?

Aduh , aku tak nak kehilangan ariel ! Aku tak nak berpisah dengan dia dah ! Huwargh !!! Jangan lah itu yang dia mintak nanti .

"Rai ?"

"Hah ?" raihana tersentak apabila bella mencuit sedikit lengannya . Terkebil-kebil dia memandang wajah cantik bella . Bella ada cakap dengan aku ke tadi ?

"You dengar tak apa yang i cakap tadi ?"

"Cakap apa ?" raihana tayang wajah selenge . Lain kali berangan lah lagi ye cik kak !

"Tak , i just nak mintak maaf dengan you atas perbuatan i selama ni ke atas you . I sedar yang i tak layak untuk memiliki ariel . I banyak buat salah dekat keluarga you , dekat husband you sampai you terpaksa larikan diri semata-mata nak cari ketenangan ."

"I know that I'm too obsess want ariel . I'm willing to make things worse by get ariel to convey love farhan I don't see . I'm sorry ! I'm right stupid and now god pay cash to me ." mata bella sudah kelihatan berair . Sebak suaranya ketika ini .

Raihana terdiam .

"I harap sangat you dapat maafkan i . I nak pergi jauh lepas ni , so before i nak pergi i nak you maafkan i . Hidup i takkan tenang kalau you tak maafkan i rai ." sambung bella panjang lebar . Tangan naik mengesat airmata .

Raihana gigit bibir . Sebenarnya masalah ni jugak ada kaitan dengan ariel . Jadi apa kata kalau bella pergi minta ampun dengan ariel ?

"Saya dah lama maafkan cik bella . Tapi saya rasa , cik bella kena mintak maaf dengan ariel terlebih dahulu . Sebab saya takut kalau ariel masih simpan rasa sakit hati tu . Tapi lebih better kalau cik bella mohon ampun dari Allah . Inshaallah , segalanya dipermudahkan ." balas raihana lemah-lembut . Satu senyuman payah terukir dibibirnya .

Ariel jugak penting dalam masalah ni . Dan ariel banyak tanggung rasa sakit hati berbanding dia . Aku banyak lepas beban pada ariel . Semua masalah dia yang selesai , jadi bella patut mintak maaf dengan ariel terlebih dahulu .

"Ariel mana ?" wajah bella berubah sedikit . Raihana kemam bibir .

"Jom , ikut saya ." raihana angkat punggung . Bella sudah resah apabila melihat raihana mengajaknya .

"Jangan takut , ariel takkan marah cik bella ." raihana seolah-olah memberi keyakinan pada diri bella . Perlahan-lahan bibir merah itu mengukir satu senyuman nipis .

Kalau lah aku lebih kenal raihana dari awal , pasti takkan jadi macam ni . Kenapa kau selalu ego bella ? Tak nampak ke raihana sangat baik depan mata kau sekarang ni ? Kenapa kau sangat kejam pada dia dulu ?

Ah ! Tolong maafkan aku ya Allah .

Bella pejam mata sekejap . Kemudian dibuka , lambat-lambat dia angkat punggung dan mengekori raihana dari belakang . Satu keluhan berat keluar dari mulutnya .

Rilek bella . Ariel tak makan orang !

Raihana dan bella memasuki ke dalam perut rumah . Perlahan-lahan raihana melihat ariel di ruang tamu sambil bermain dengan Rainann . Kelihatan ariel sangat senang di situ .

"Abang .." raihana tegur . Pantas ariel angkat kepala dan memandang raut wajah isterinya . Baru sahaja dia ingin melayangkan satu senyuman manis , tiba-tiba matanya menyapa pandangan bella .

Senyuman itu langsung mati !

"Bella nak jumpa ."

Bella takut-takut pandang ariel . Sumpah , pandangan ariel sekarang tidak lah garang cuma dia dapat rasa yang ariel tidak senang dengan kedatangan dia . Buktinya , lepas dia muncul terus hilang sinar ceria di wajah lelaki itu .

"Abang , dengar tak ?" raihana tegur lagi . Ariel senyum nipis bagi membalas respon isterinya .

"Korang borak lah dulu , saya pergi buatkan air dulu ye ." baru sahaja raihana ingin hilangkan diri . Tiba-tiba bella tarik pergelangan tangan raihana .

Raihana pandang bella .

"Tak payah . I datang sekejap je . Lagipun flight i pukul dua ni ." ujar bella . Raihana kerutkan dahi .

"Flight ? Cik bella nak pergi mana ?"

"Melbourne . By the way , tak payah lah panggil i 'cik' . Panggil je apa yang you selesa ."

Raihana senyum payah . Melbourne ? Kenapa jauh sangat ? Dia nak buat apa pergi sana ?

"You nak buat apa pergi sana ?" ariel mencelah . Dipandang wajah bella yang sedang duduk di kerusi panjang .

"I nak pergi suatu tempat . Tempat yang pernah farhan datang . Dan kat situ , ada rumah peninggalan farhan ." jawab bella sambil menahan sebak . Terus terbayang-bayang wajah kacak farhan di ingatannya .

Raihana dan ariel berpandangan sesama . Ada riak wajah yang berubah di antara mereka .

"Ariel , i nak mintak maaf ." kini tidak dapat lagi bella menahan sebak , airmatanya sudah mengalir di pipi apabila mengenangkan perangai tak senonoh dia ketika dahulu .

"I tahu i banyak susahkan you . I lah perempuan yang selalu sakitkan hati you . I tak pernah nak senangkan you , sampailah kita bertunang dan sampailah kita putus . I tak pernah nak nampak salah i , i selalu akan salahkan you sampaikan isteri you jadi mangsa ." wajah raihana dipandang sekilas .

"I berdosa sangat-sangat . I berzina dengan orang lain , and then i tuduh you macam-macam ! Sampailah farhan berubah pun i still nakkan you ." sambung bella dengan perasaan cukup sebak . Suaranya jugak bertukar serak basah .

Ariel tunduk sikit . Memang diikutkan hati , dia berasa marah dengan kelakuan bella dulu . Tapi siapa dia mahu menghukum bella lama-lama ? Dia bukan tuhan , dan dia bukan malaikat nak catat dosa-dosa bella .

Tapi dalam lubuk hati , masih ada luka-luka kecil yang bella pernah bella toreh kan dahulu .

"Kalau you tak dapat nak maafkan i , its okay . I faham dengan keputusan you . I tak boleh paksa you untuk maafkan i . Siapa je boleh tahan dengan perangai jahat i kan ?" bella berkata sebak . Dia senyum nipis sambil mengesat airmata yang berderai di pipinya .

Raihana pandang bella dengan sayu . Kemudian wajah ariel dipandang pulak , terus lengan suaminya ditolak sedikit . Raihana tayang wajah garang , seakan-akan menyuruh ariel maafkan sahaja perbuatan bella ketika dahulu .

Benda dah lepas kan ? Buat apa lagi perlu diingat ? Setiap manusia takkan pernah lari dari kesilapan , jadi bila hati manusia itu ingin berubah maafkan sahaja perbuatannya . Dan jangan pernah ungkit kisah silam dia , setiap yang bernafas itu perlu hidup untuk masa yang akan datang .

Inshaallah , tuhan akan permudahkan segala-galanya .

"Bel , i bukan pendendam . I jugak manusia biasa , siapa lah i untuk bencikan you ? I tahu , bukan salah you sorang , i pun ada jugak salah dia . Kita sama-sama berubah demi masa depan kita . Lupakan segalanya , biarkan jadi masa silam kita . Kita cuba untuk perbaiki diri kita untuk lebih baik ." ujar ariel selepas ditegur raihana .

Bella terharu . Terus bibir merahnya mengukir senyuman bahagia . Senang dia bila ariel memberi respon baik terhadapnya .

"I maafkan you bella . I'm so sorry , kalau i tak dapat kembalikan farhan kepada you . Dia pergi secara mengejut . I tak sangka yang dia pergi buat selamanya . I ingat yang dia akan kahwin dengan you , but ya Allah lebih sayangkan dia kan ?"

Raihana pandang ariel yang sudah menitiskan airmata . Dia cuba untuk tahan daripada pecahkan empangan airmata . Tetapi tidak bagi bella yang sudahpun teresak-esak dihadapan raihana .

Siapa je yang tak sedih dengan kehilangan seorang lelaki yang banyak berkorban untuknya ? Kalau dia dapat putarkan masa , dia takkan sia-siakan peluang tu . Dia sedar , yang farhan banyak membantu dia . Tapi dia cuma dia sahaja yang tak nampak !

Akhirnya , farhan pergi tinggalkan dia . Buktinya dia pernah berdoa supaya Allah tidak wujudkan farhan di pandangan matanya .

Good bella . Kau memang kejam !

Raihana ambik Rainann dari pegangan ariel apabila melihat ariel semakin banyak menangis .

Bella hentikan airmata tatkala melihat raihana mendukung bayi comel . Satu senyuman nipis cuba diukir walaupun masih ada sisa-sisa airmata .

"By the way , hari ni birthday anak you ke ?" mata memandang ariel yang sibuk mengusap airmata . Comel pulak bila lelaki menangis !

"Ha'ah . Alhamdulillah , kami masih dapat bersama ." ariel pandang raihana sambil tersenyum manis . Raihana senyum kekok .

"I doakan you dengan rai bahagia sampai jannah . Terima kasih sebab sudi maafkan i . I pergi dulu , takut flight terlepas ." bella sudah berura-ura bangun dari sofa . Manakala ariel dan raihana segera berdiri .

"Betul ke awak tak nak minum-minum dulu ?" raihana bertanya lembut . Bella geleng kepala .

"Tak apa lah , lain kali kalau i balik malaysia . Inshaallah i singgah rumah you , okay !"

Raihana angguk mengerti .

"Ariel , rai . I pergi dulu . Selamat tinggal ." bella senyum nipis sebelum dia mengatur langkah menuju ke pintu utama . Raihana dan ariel angguk kepala . Kemudian mereka membuntuti bella dari belakang sehingga mereka berhenti di pintu rumah .

Sempat bella melambaikan tangan kepada pasangan suami isteri itu . Raihana dan ariel membuat perkara yang sama .

Hati-hati bella , semoga awak dapat mencari pengganti farhan .

Raihana senyum sikit . Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arah ariel .

"Bahagia saya bila tengok bella dah berubah . Saya mati-mati ingat dia datang sini sebab nak cari pasal . Takut saya kehilangan abang ." adu raihana manja . Ariel ketawa halus .

"Takut kehilangan abang ? Kenapa pulak ? Bukannya awak ke yang tinggal abang dulu ?" ariel jongket kening . Sengaja nak menguji kesabaran isterinya .

Raihana memuncung . Ah ! Mula lah tu nak ungkit kisah lama !

"Abang ni , saya pergi sebab cari ketenangan je pun ."

"Tapi lama ."

"Eh lama ke ?" raihana tayang wajah selamba .

"Lama lah ! Sampai mengandung tau tak !" ariel jeling sekilas . Raihana ketawa mengada sebelum dia letakkan kepala di bahu kiri ariel .

Manakala Rainann di dukungannya .

"Sorry abang , saya janji takkan tinggalkan abang lagi . Okay !"

Ariel senyum sendiri .

"Okay ! Tapi abang ada simpan satu hukuman untuk awak ." ariel senyum nakal . Raihana terus angkat kepala dan memandang wajah suaminya kembali .

berkerut-kerut dahinya memandang ariel .

"Hukuman apa ?"

"Hukuman dia , sayang kena tambah satu anak lagi . Boleh ?" ariel sengih kerang busuk . Wajah raihana dah berubah mendadak .

Tambah satu anak ? Itu je yang dia fikir kan ?!

"Abang !!!" terus pinggang suaminya menjadi mangsa cubitannya . Tergeliat tubuh ariel apabila terasa serangan mengejut itu .

"Okay okay ! Tak tak !"

"Jangan ! Sakit !"

"Sorry tak cakap dah pasal ni !"

"Sayang !!!"

"Sorry !!!"

Raihana senyum puas . Padan muka !

TAMAT :)

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-14 19:21:24 

pengakhiran yg bagus puas hati baca ceta ni . terbaik la


NovelPlus Premium

The best ads free experience