Bab 52

Romance Series 185331

Video pengakuan berani dari bella kini view telah mencecah sebanyak 1,131,200 . Raihana gigit bibir sambil mata tertancap pada skrin telefon bimbitnya . Jadi sekarang ni , bella benar-benar ingin mencabar kesabarannya . Sanggup melakukan kerja gila hanya disebabkan ingin berkahwin dengan suaminya .

Raihana meraup wajah buat seketika . Dia tidak tahu sama ada betul ataupun tidak dengan pengakuan bella itu , nak percaya pada ariel tapi mereka berdua pernah bertunang , mana tahu sewaktu mereka bertunang ada rahsia yang mereka sembunyikan ?

Ah ! Rai , tak baik kau berburuk sangka pada suami kau sendiri ! Kau kena percaya pada ariel selagi bukti tak ada depan mata ! Bella hanya mempergunakan kau saja . Supaya dia dapat kahwin dengan ariel . Tapi kenapa aku rasa dah penat dengan semua drama bella dan ariel ? Kenapa aku selalu yang jadi mangsa .

Bila cinta aku mula hadir untuk ariel , pasti aje ada bala yang muncul . Dahulu , aku dan naqif turut rasa begitu . Punya setengah mati aku cintakan lelaki itu , akhirnya kami berpisah jugak atas kerana rahsia yang naqif sembunyikan . Mana mungkin aku dapat terima dengan lelaki yang dah menipu aku hidup-hidup ?

Memang semua manusia tak lari dari kesilapan , tapi kenapa manusia tak pernah gunakan akal sebelum berbuat sesuatu perkara . Kenapa selalu gunakan alasan 'manusia tak pernah lari dari kesilapan' . Persoalannya sampai bila ?

Dan sampai bila jugak aku harus disakiti ? Aku ni terlalu banyak dosa ke sampai dah tak boleh nak bahagia ?

Raihana mengeluh perlahan . Tangan memicit pelipis . Sungguh rasa berdenyut-denyut di kepalanya . Tak boleh jadi ni , aku kena buat satu keputusan untuk tenangkan diri aku buat sementara .

Ya , kau kena cari sinar kebahagiaan kau raihana ! Kau tak boleh menyerah ! Kau kena lawan dengan musuh kau sendiri . Segelintir mereka , ada yang mempunyai hasad dengki pada kau , jadi kenapa kau perlu mengalah ? Aku tahu ariel tak bersalah , kau kena yakin ..

Raihana kalihkan biji mata memandang jam di telefon bimbitnya . Sudah menginjak ke pukul 8:40 malam . Waktu Isyak dah masuk , dengan itu raihana bangkit dari kerusi dan berlalu menuju ke arah tangga .

******

Ariel memulas tombol pintu rumah seraya melangkah masuk . Tali leher dilonggarkan sambil menuju ke arah ruang tamu , punggung di labuh pada permukaan kerusi empuk . Penat ! Ya hari ni sangat penat ! Dia bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerjanya di pejabat . Tak apa lah ariel , demi projek papa kau jugak . Sekali-sekala kau kena penatkan otot-otot kau .

Dia bersandar pada kepala kerusi sambil anak mata melilau mencari kelibat isterinya yang tidak kelihatan . Seharian tak bermesra , rasa macam tak senang hati rasanya . Selalunya dia akan keluar lunch dengan raihana , tapi disebabkan masing-masing sibuk . Alamatnya makan nasi goreng sotong sahaja . Tak apa lah , dapat rasa masakan isterinya pun dah cukup buat dia rasa bahagia .

Ternyata isterinya memang tak pernah menyerah untuk memujuk hatinya yang degil dan keras ini . Ariel ketawa kecil . Rasanya sudah berapa minit dia menunggu kelibat raihana , tapi tak nampak-nampak pun ? Mana pulak isteri comel aku sorang tu ?

Ariel bingkas bangun dari sofa dan segera menuju ke tingkat atas . Apa yang dia buat dalam bilik lama-lama tu ? Ariel memanjat tangga dengan tenang , sebaik sahaja sampai di depan biliknya . Dia menguak pintu , terlihat susuk tubuh raihana yang sedang melipat sejadah dan kain telekung .

Oh baru lepas solat rupanya !

Ariel melangkah masuk dan menghampiri meja solek , segera dia tanggalkan jam ditangannya . Raihana yang baru sedar dengan kepulangan suaminya , hanya menanyang wajah biasa .

"Abang dah makan ?" raihana menyoal pantas . Dia mengikat rambutnya dengan kemas sebelum dia menghampiri ariel . Walaupun dalam fikirannya masih mengingatkan kata-kata bella , namun dia cekalkan hati untuk bercakap dengan suaminya .

Ariel pandang raihana .

"Dah , abang singgah mamak tadi ." balas ariel seraya mencapai tuala . Raihana angguk kecil sebelum dia melangkah keluar tanpa hiraukan ariel . Ariel pandang raihana pelik .

"Haih ! Selalunya dia peluk cium aku dulu . Ni dah kenapa masam je muka dia ?" ariel bercakap sendirian . Dahinya mula berkerut . Ada apa-apa yang aku tak tahu ke ?

Raihana menghampiri kabinet dapur sebelum dia membuka pintu kabinet dan mencapai satu paket kecil milo . Terbayang-bayang wajah kacak ariel di ingatannya . Kenapa aku perlu bersikap begitu ?

Raihana mengeluh . Aku rasa aku patut marah dengan apa yang jadi . Iyela , aku dah cakap ariel tak sepatutnya libatkan aku dalam masalah dia . Sekarang aku yang jadi mangsa bella ! Dan aku pulak yang rasa sakit hati ! Ergh !

Gelas dibawa ke air panas . Dituang air panas ke dalam gelas kacanya sebelum dikacau lembut . Sepatutnya hari ni ariel yang harus merajuk dengan aku atas masalah yang terjadi pagi tadi . Tapi bertukar pulak pada aku apabila aku yang mendapat masalah yang berpunca dari bella ! Dan tak semena-mena aku pulak yang marah .

Raihana mengeluh panjang . Rasanya dah banyak keluhan yang keluar dari mulut aku ni . Serius hari ni hati aku sangat-sangat terkesan dan marah dengan pengakuan bongok bella . Kalau tak disebabkan dia artis , memang dah lama aku bunuh dan campak dalam tasik . Biar dia kenal erti hidup macam mana ! Sesuka hati nak cakap anak dia tu anak ariel . Entah-entah , tipu !

Dah tak cukup manusia yang bergelar lelaki ke dalam dunia ni , sampai suami aku pun dia nak ? Ah ! Mungkin salah kau jugak rai , kalau kau tak setuju dengan lamaran ariel , pasti kau tak kahwin dengan ariel dan pasti jugak kau membujang lagi . Kalau tak disebabkan aib keluarga , aku takkan buat semua ni .

Tapi aku dah jatuh cinta dengan suami aku sendiri . Takkan aku nak biarkan dia hidup dengan bekas tunang dia ? No ! Lantak lah orang gelar aku 'perampas' ke janji aku takkan lepaskan cinta aku . Mungkin dulu aku gagal bersama naqif , tapi sekarang aku yakin yang ariel lah hero sebenarnya ..

"Buat air pun lama ke ?" dipandang tangan raihana yang sedari tadi hanya mengacau minuman milo . Raihana tersentak dengan teguran suaminya . Terkebil-kebil anak matanya memandang ariel yang lengkap berpakaian t-shirt putih dan berkain pelikat .

Baru habis solat Isyak kut ?

"Abang nak air ke ?" raihana menanya tanpa memandang wajah ariel . Dia berpura-pura memandang ke bawah , melihat air milo yang sudah pekat . Pantas dia mengisi air masak pula .

"Tak apa lah , abang tak nak ." jawab ariel . Matanya ligat memikirkan cara pandangan raihana ke arahnya . Macam nak tak nak je pandang aku ?

Raihana angguk kecil . Baru sahaja dia ingin melangkah ke ruang tamu , tiba-tiba lengan raihana dicengkam lembut oleh ariel . Langkah raihana terhenti . Raihana naik memandang wajah ariel yang kelihatan tegang ketika ini .

"Awak okay ke ?" soal ariel mendatar . Raihana alihkan pandangan tatkala mata helang ariel menyapa pandangannya .

"Ye , saya okay ."

"Tak , kenapa macam awak nak elak dari abang ? Sepatutnya abang yang merajuk dengan awak sebab hal naqif . Tapi kenapa awak pulak yang nak mengelak daripada abang ? Abang ada buat salah apa-apa ke ?" tegas suara ariel meluahkan rasa perasaannya .

Raihana bermain bibir .

"Abang tak ada buat apa-apa pun lah . Saya okay je ,"

"Kalau okay , awak takkan -"

"Abang , saya penat . Nanti-nanti lah kita borak ." raihana memotong kata-kata ariel seraya mengatur langkah ke arah tangga . Mulanya ingat nak layan drama , tapi bila tengok ariel macam ni buatkan dia rasa hilang mood nak layan drama . Baik dia tengok design baju yang terkini .

Ariel hantar kelibat raihana yang sudah memanjat tangga bersama mug yang berisi milo suam . Ariel mengerut dahi sambil melepaskan keluhan kecil . Buat seketika dia bercekak pinggang .

Raihana melangkah masuk ke dalam kamar sebelum pintu biliknya di tutup rapat . Hari ni dia nak bersendirian tanpa ada makhluk lain yang menganggu . Tanpa sedari , tubir matanya mula terasa panas . Perlahan-lahan airmata menitis di pipi , tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup sakit .

Salah aku ke memilih cinta ? Salah aku ke memilih jodoh ? Kenapa aku yang kena fikir semua ni ? Kenapa hati aku selalu disakiti ? Kenapa ?!

"Maafkan saya . Saya cuma nak bersendirian . Jangan risau , saya masih percayakan abang walaupun hati saya sakit ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience