Bab 18

Romance Series 185331

Tangisan bella terhenti . Anak mata memandang ariel dengan pandangan terkejut . Nafas bella kini tidak tentu arah .

"Please don't ." berlinang airmata bella sambil mencapai pergelangan tangan ariel . Merayu kepada ariel supaya tidak memutuskan pertunangannya .

Ariel keluh perlahan .

"I dah penat . Penat dengan you . I mintak maaf , i dah buat keputusan nak putuskan pertunangan kita . So please respect my decision , and i won't change my decision ." tutur ariel perlahan namun cukup tegas ketika ini . Bella tergamam .

"Kenapa you buat i macam ni ? Apa salah i ?" sayu suara bella menanya . Tangan masih melekat di pergelangan tangan ariel . Ariel mengeluh perlahan .

"You kan lebih pentingkan kerja you berbanding i . So you bebas . You can do it anything without me ." ariel meleraikan pegangan tangan bella yang sedari tadi melekat di tangannya . Bella terkesan dengan kata-kata ariel .

"No ! I still love you . Please don't leave me ." lagi sekali tangan ariel dicapai , lalu digenggam kemas . Anak mata mencari bebola mata ariel .

Ariel semakin cemas . Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh dengan ayat-ayat yang dilontarkan oleh bella .

"I dah jadi suami orang . I tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan you . Mulai hari ni i akan putuskan hubungan kita . Cukup lah sampai sini sahaja . You boleh teruskan kehidupan you dengan kerja sampai bila-bila yang you nak . So please go , and don't show your face again in front of me ."

Bella kesat airmata dengan kasar . Dia rasa tercabar dengan kata-kata ariel . Huh ! Senangnya ?

"Dari dulu sampai sekarang , itu je alasan you . Kan i dah kata bagi i masa !" meninggi suara bella ketika ini . Jiwanya betul-betul meruntun pilu . Ariel betul-betul tergamak melakukan sedemikian kepadanya .

"Masa ? Sampai bila ? Sampai i dah kahwin dengan orang lain baru you nak fikir tentang kita ? I rasa kita tak sehaluan . Please bel , go ." ariel tayang wajah marah . Bella gelak sinis .

"You dengar sini , sampai bila pun you takkan bahagia dengan perempuan yang you pilih tu . I takkan senang-senang lepaskan you . The reason I won't decide this engagement ." bella angkat kaki meninggalkan ariel dengan hati yang penuh terluka . Ariel pandang susuk tubuh belakang bella yang sudah hilang dimata . Kemudian dia mengeluh panjang .

"I'm sorry . I promised to take care of my wife with sincere ." gumam ariel perlahan .

******

Raihana berhentikan kenderaan di bahu jalan . Matanya terbuntang luas tatkala melihat ramai orang yang sedang tercongok di depan rumah agam milik keluarga ariel . Sepertinya wartawan ? Mungkin nak penjelasan dari ariel mengenai perkahwinan lelaki itu yang secara tiba-tiba ?

Raihana berdecit .

"Macam mana aku nak masuk ni ? Habis lah aku ." raihana kelihatan seperti ketakutan . Macam mana kalau wartawan tu tahu yang aku ni isteri ariel ? Wajahnya sudah kelam-kabut .

Raihana menghela nafas berat . Baru sahaja dia mahu mengintai disebalik cermin kereta , tiba-tiba seseorang wartawan perempuan terpandang ke arahnya . Pantas raihana mengelak dan menunduk kepala . Dadanya sudah berdebar-debar .

"Ini lah jadinya kalau kahwin dengan tunang artist !" getus raihana geram . Lantas dengan itu , telefon bimbit di seat sebelah dicapai . Kemudian nama ariel di cari sebelum dia membuat panggilan .

Lalu telefon bimbit dilekatkan di gegendang telinganya . Menanti panggilan dari ariel . Dia masih menunduk kepala . Aduh susah lah aku macam ni !

Dua minit menunggu panggilan ariel , akhirnya talian bersambung .

"Hello encik suami . Agak-agak sampai bila saya nak duduk luar eh ?" raihana menerjah panggilan .

Ariel yang sedang mengemas barang-barang kerja di atas meja berkerut kening .

"Duduk luar ? What do you mean ?"

Raihana gelak sinis . What do you mean nenek dia !

"Awak tahu tak sekarang ni wartawan sedang berkeliaran depan rumah awak . Saya nak masuk macam mana ? Nak saya panjat pagar belakang rumah awak ke ?" bidas raihana sambil merengus geram .

Ariel melopong .

"Wait ! Jangan keluar kereta ! Duduk dalam tu diam-diam okay ? Saya akan datang dalam masa lima belas minit ." kelam-kabut sekali suara ariel .

"Baiklah ." raihana menjeling apabila sudah mematikan panggilan . Haih susahnya ! Kenapa lah banyak dugaan yang aku terima semenjak naqif tinggalkan aku ?

Haih !

******

Pacuan empat roda itu mula meluncur laju apabila lampu merah sudah bertukar kepada lampu hijau . Dia perlu pulang dengan segera , raihana perlukan dia sekarang ni . Dia betul-betul risau dengan diri raihana . Takut diapakan-apakan oleh wartawan-wartawan yang tak dijemput itu !

Entah macam mana wartawan-wartawan gila itu boleh datang ke rumahnya ? Mampus lah kalau tiap hari macam tu ? Macam mana dia nak handle ? Ini kena selesaikan masalah dengan cepat ni .

Dia bukan apa . Dia cuma takut kalau diri raihana diganggu oleh wartawan-wartawan gila tu ! Sudah lah dia dah berjanji dengan papa raihana agar menjaga anak perempuannya dengan baik .

Setelah lama berfikiran negatif , akhirnya ariel sampai jugak di lorong kawasan rumahnya . Sempat anak mata memandang kereta myvi milik raihana yang terpakir di bahu jalan . Ariel memberhentikan keretanya di hadapan pagar besar rumah milik keluarganya . Keretanya sudah dikerumuni oleh wartawan-wartawan tersebut . Manakala kereta raihana sudah membuntuntinya dari belakang .

Pantas pak guard yang menjaga kawasan rumahnya membuka pintu pagar yang terbuka secara automatik . Ariel pedulikan wartawan-wartawan tersebut lalu memasuki ke dalam pekarangan rumah agamnya , jugak diikuti raihana dari arah belakang .

Setelah itu pintu pagar ditutup dengan segera . Raihana memberhentikan kenderaan disebelah kereta suaminya . Lalu dia membuka pintu kereta dan mula keluar dari perut kereta , setelah itu pintu kereta ditutup semula . Dia mendekati ariel yang sudah keluar dari perut kereta .

Ariel pandang raihana .

"Pergi masuk dalam ." arah ariel tegas . Raihana menjeling sebelum langkahnya dibawa pergi . Hilang sahaja kelibat raihana , ariel menghampiri pak guard yang dikenali sebagai pak Abu .

"Tolong jangan bukak pagar selagi saya tak suruh . Dan tolong awasi kawasan rumah ni ." tegas ariel memberi arahan kepada pak Abu .

Pak Abu angguk kepala .

"Baiklah encik ariel ."

Setelah itu ariel mengangkat kaki menuju ke pintu masuk . Kemudian dia melangkah masuk dengan mata mencari kelibat isterinya .

"Hey !" raihana mencuit bahu suaminya dari belakang . Ariel pantas memusingkan tubuhnya menghadap raihana yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh .

"Puas ?" raihana bertanya dengan wajah tegang . Kening ariel terangkat . Raihana ni memamg suka bagi soalan yang aku tak dapat cerna ke ?

"Apa yang puas ?"

"Tak nampak ke apa yang dah jadi dekat luar sana tu ?" raihana memuncung ke arah pagar luar . Ariel memandang tunjukan raihana . Kemudian dia senyum .

"Jangan risau , saya akan selesaikan dengan segera ." balas ariel yakin .

"Saya tak faham lah awak ni . Kenapa mesti nak burukkan keadaan ?" raihana peluk tubuh , wajahnya sudah masam mencuka .

Ariel tarik senyuman lagi . Dengan perlahan-lahan dia dekatkan wajahnya pada wajah raihana . Raihana sedikit mengundur apabila wajah suaminya ketika ini terlalu dekat .

"Sebab saya nak . Saya akan laluinya . So don't worry honey ." ariel kenyit mata sebelah . Raihana sedikit tergamam dengan ayat terakhir ariel . Ditelan air liur yang terasa kesat .

"Dah pergi naik atas . Saya nak pergi dapur , cari mama ." arah ariel apabila jarak wajahnya sudah dijauhkan . Raihana berdehem bagi menghilangkan janggal .

"Okay ." raihana tidak tunggu lama , terus dia mengorak langkah menuju ke arah anak tangga . Ariel ketawa kecil melihat reaksi wajah isterinya yang tadi .

"Mama ..... where are you ?" ariel menyusun langkah ke arah dapur , ingin mencari kelibat puan Aisyah .

"I'm here ."

Dengan cepat ariel menghampiri puan Aisyah yang sedang menghidangkan pelbagai lauk-pauk di atas meja makan . Ariel tersenyum lebar .

"Banyaknya lauk ?" kerusi meja ditarik sebelum dia melabuhkan punggung di permukaan kerusi . Wajah orang tua ibunya dipandang minat .

"Hari ni kan rai balik . Sebab tu mama masak banyak-banyak ." jawab puan Aisyah . Dia mengambil tempat dihadapan anaknya .

Kelihatan wajah puan Aisyah berubah kelat .

"Kenapa ma ?" ariel menyoal .

"Wartawan dah start cari ariel . So sampai bila ariel nak mengelak dari diorang ?" puan Aisyah jongket kening . Senyuman ariel mati .

"Mama , don't worry . Ariel akan selesaikan masalah dengan cepat ." jawab ariel tenang .

"Bella ada jumpa ariel ?" soal puan Aishah apabila ingatannya mula melayang ke arah bella , bakal menantu yang mungkin takkan jadi ?

"Ada ,"

"Then ariel cakap apa dekat dia ?"

Ariel mengeluh perlahan .

"Ariel nak putuskan pertunangan kami ." balas ariel lambat-lambat . Bila terfikirkan tentang bella , kesian pulak . Tapi dia dah tak boleh tahan lagi dengan perangai bella , sampai bila dia nak jadi tunggul ?

Wajah puan Aisyah sedikit redup apabila anaknya menyatakan hasrat seperti itu .

"Ariel betul-betul nak pisah dengan bella ? Dah tak sayangkan dia ?" puan Aisyah jongket kening .

"Ma , ariel dah penat . Mungkin ariel dengan bella dah tak ada jodoh ?" jawab ariel .

"Mama akan sokong ariel dari belakang . Apa yang terbaik untuk ariel , jugak terbaik untuk mama ." balas puan Aishah sambil tersenyum nipis . Ariel senyum sikit .

"Ariel naik atas kejap . Nak mandi ." ariel bangun dari kerusi dan mula mengorak langkah meninggalkan ruang dapur . Lagi lama dia berborak dengan mamanya , lagi sakit kepala dia nak ingat tentang bella .

******

Ariel membuka pintu bilik dari luar dan mula melangkah masuk ke dalam kamar . Ketika dia sudah menutupi pintu bilik , dia melihat raihana sedang berdiri di hadapan balkoni . Bibirnya tersenyum tatkala melihat isterinya di situ , perlahan-lahan langkahnya menuju ke arah raihana .

Lalu dia berdiri dibelakang raihana , tanpa segan silu dia mengunci kedudukan raihana dengan gaya kedua tangan berlabuh di palang balkoni . Kini pergerakan raihana terkunci . Haruman dari rambut raihana menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya .

Tersentak raihana apabila ariel berada di belakangnya . Terus dia berpusing menghadap suaminya . Kini mata mereka berlaga .

"Awak nak apa ni ?" soal raihana dengan wajah tegang .

"Muka tu jangan serius sangat boleh ?" ariel senyum .

"Boleh jauhkan diri awak tak ?" raihana menolak dada ariel dengan lembut . Namun tetap jugak ariel berkeras tidak mahu berganjak dari situ . Raihana jeling .

"Rai , awak jangan takut okay . Keselamatan awak akan baik-baik je . Selagi saya ada disamping awak , selagi tu awak akan selamat ." tiba-tiba ariel berkata serius . Senyumannya hilang , tetapi wajah masih tenang .

Anak mata raihana tertumpu ke dalam mata ariel . Dia tak faham kenapa ariel bersikap begini ? Dia tak sayang dekat tunang dia ke ? Atau saja dia nak mainkan aku supaya aku nampak buruk dimata orang ?

"Saya boleh jaga diri saya sendiri ." raihana kawal wajah . Cuba berlagak seolah-olah dia tak perlukan pertolongan suaminya .

Ariel ketawa halus

"Takkan boleh , sebab saya adalah hero awak . Betul kan ?"

Raihana terdiam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience