Bab 21

Romance Series 185332

"Ariel tak boleh buat bella macam tu ! Dia jugak ada hati dan perasaan ." datin sri zareena meninggi suara , mengeluarkan rasa ketidakpuasan hatinya pada keluarga ariel .

Puan Aishah mengigit bibir . Sudah dia pasti , mesti keluarga bella bakal menyerangnya . Itu yang cepat-cepat dia suruh raihana menyorok dalam bilik . Kalau tak , sudah tentu mummy bella menyerang menantunya .

"Saya mintak maaf , keputusan dia kami tak boleh halang . Saya tahu perbuatan anak saya tak betul di mata datin sri dan datuk sri . Tapi saya cuba untuk halang dia supaya tak putuskan pertunangan dia dengan bella , tapi dia tetap degil ." balas puan Aishah serba-salah . Datin sri zareena menjeling .

"Ariel ingat anak kami tu patung beruang ke ? Yang sesuka hati nak buang ? Dulu beria cakap yang dia cinta mati dengan bella , last-last kahwin dengan orang lain . Ingat kami tak ada hati ke ?" nafas datin sri zareena turun naik turun . Betul-betul menguji kesabarannya !

Puan Aisyah tersentap . Betul-betul makan dalam kata-kata datin sri zareena ni . Wajah puan Aishah berubah redup , dia akui dengan kesalahan anaknya .

"Kami cuba pujuk dia supaya tak batalkan pertunangannya . Saya mintak maaf bagi pihak anak saya . Saya tahu keputusannya terlalu terburu-buru ." puan Aishah menatap mata kasar datin sri zareena dan datuk sri khaleed .

"Siapa isteri ariel ? Kenapa dia tak muncul ?" tiba-tiba datin sri zareena mengubah topik kepada isteri ariel . Puan Aishah menggaru kepala yang tak terasa gatal , makin rimas dia dengan soalan mummy bella ini .

"Errr ... dia keluar ." balas puan Aishah berbohong .

"Kenapa ariel sanggup kahwin dengan orang lain sedangkan dia dah bertunang ?" datuk sri khaleed mencelah . Tajam dia menikam anak mata bakal besannya .

Puan Aishah mati kata . Sudahlah suami dia sedang bekerja , macam mana dia nak hadap sorang-sorang ni ? Aduh ariel kenapa buat mama macam ni ?! Baru je dia balik dari butik dah kena serang dengan keluarga bella .

"Dia ada sebab-sebab tertentu . Kami tak boleh nak buat kenyataan sendiri ." balas puan Aisyah tenang . Di kemam bibirnya agar mengurangkan rasa gugupnya di hati .

"Sebab-sebab tertentu ? Ke dia dah mengandungkan anak orang ?" sinis datin sri zareena menyampuk sambil tersenyum sinis .

Puan Aisyah tergamam . Bangkit terus punggung dia dari permukaan sofa .

"Astaghfirullah al-azim ! Anak saya takkan buat macam tu . Dia masih kenal dosa pahala , datin sri tak boleh tuduh anak saya macam tu . Saya tahu jaga anak saya macam mana !" rasa nak dicekik leher datin sri zareena sekarang ni . Sesuka hati dia je tuduh anak aku macam tu !

Tak tahu apa-apa diam jelah ! Kaki kang ?!

"Habis tu , kenapa dia kahwin dengan orang lain ? Dah tahu ada tunang , yang pergi menggatal dengan perempuan lain tu dah kenapa ?! Dah terang lagi bersuluh yang awak tak pandai jaga anak !" datin sri zareena membidas . Bibirnya sudah terkumat-kamit memarahi puan Aishah .

Puan Aisyah tayang wajah geram . Rahangnya sudah bergetar . Amboi ni dah lebih !

"Datin sri tak boleh membuta tuli sesuka hati ! Datin sri ingat anak datin sri tu elok sangat ke ?! Kalau tak disebabkan ariel tak ada maknanya saya nak tunangkan diorang tu ! Datin sri ingat datin sri tu ada pangkat , datin sri boleh sesuka hati menghina anak saya macam tu ?" darah puan Aisyah sudah mendidih . Memang lah dia akui kesalahan anaknya , tapi datin sri zareena ni dah melebih ! Macam lah anak dia tu bagus sangat !

"Apa yang tak bagusnya ? Anak saya tu dua kali ganda bagus dari anak awak ! Butiknya dia tak curang , dia masih setia pada ariel ! Tapi apa yang ariel buat dekat dia ? So sekarang siapa yang tak pandai jaga anak ?!" mencerlung tajam anak mata datin sri zareena menikam anak mata puan Aisyah . Manakala datuk sri khaleed menggelabah .

"Memang patut pun ariel kahwin dengan perempuan lain ! Bertahun-tahun dia tunggu bella , tapi sampai sekarang dia sikit pun tak pernah cakap tentang kahwin . Yang dia tahu kerja , kerja , kerja ! Bila anak saya dah kahwin dengan orang lain mula lah anak datin sri tu menggelabah macam -" belum sempat puan Aisyah mahu menghabiskan kata-katanya , tiba-tiba muncul ariel secara mengejut .

"Mama !" ariel menghampiri puan Aisyah dan keluarga bella yang sudah menikam anak mata mamanya . Sempat dia meletak beg kertas yang berisi barang di atas meja kecil .

"Kenapa ni ?" ariel menarik lengan mamanya . Nafas puan Aisyah sudah tak tentu arah . Dilihat wajah mamanya yang sudah kemerahan menahan amarah .

"Baguslah dua beranak dah ada depan mata sekarang . Dengar sini ariel , aku nak kau lepaskan anak aku hari ni jugak !" puan sri zareena menengking ariel sekuat hati . Datuk sri khaleed cuba memaut bahu isterinya supaya tidak melakukan perkara membahayakan .

Ariel pandang datin sri zareena dengan dahi yang berlapis-lapis .

"Sabar makcik , kita bincang okay ." balas ariel yang kemungkinan tidak mahu membesarkan masalah .

"Bincang ? Kau suruh aku bincang ? Aku tak nak ! Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan anak aku . Aku tak nak ada menantu main kayu tiga !" bidas datin sri zareena . Puan Aishah kacip gigi .

"Makcik kita -" belum sempat apa-apa lagi , datin sri zareena dah memotong .

"Ingat eh . Bella ada maruah ! Sekali kau sakitkan hati anak aku , tunggu lah nasibnya macam mana !" ujar datin zareena berbaur ugutan . Puan Aisyah jeling tanpa rasa takut .

"Jom abang , kita balik . Sakit hati saya kalau lama-lama dekat sini ." datin sri zareena terus menyambar lengan suaminya sebelum dia menyusun langkah meninggalkan ruang tamu rumah milik keluarga encik zaidi .

Hilang sahaja kelibat keluarga bella , ariel ubah pandangan mata ke arah mamanya .

"Apa yang kecoh ni mama ?" mendatar suara ariel . Dia mula bercekak pinggang , dipandang puan Aishah yang sudah menghenyak punggung .

"Mama nak ariel putuskan pertunangan ariel dengan bella ." laju puan Aisyah menuturkan kata-kata itu . Ariel tidak beriak terkejut .

"Kenapa ?"

"Buat sahaja apa yang mama suruh . Dan jangan pernah sekali ada hubungan dengan bella ." keputusan dimuktamadkan sebelum puan Aisyah bangun dari sofa dan mengorak langkah ke arah dapur .

Ariel mendiamkan diri . Dia tak tahu apa yang mamanya bincang dengan keluarga bella sampai macam tu sekali reaksi wajah mamanya . Ariel gigit bibir memikirkan permintaan mamanya , memang dia ada niat nak putuskan pertunangannya , tapi bella masih mahu teruskan hubungan mereka . Macam mana tu ?

Haih kusutnya !

"Bila awak balik ?" raihana muncul dihadapan ariel . Dari jauh lagi dia melihat ariel termenung di ruang tamu . Memang niat dia mahu turun dari awal lagi , risau kerana telinganya terdengar kekecohan di bawah . Niat memang ingin terjah , tapi bila ibu mertuanya meminta agar dia sembunyi di dalam bilik , terpaksa dia membatalkan sahaja niatnya .

Nanti tak pasal-pasal makin membesar masalah .

Ariel angkat kepala memandang isterinya yang setia berdiri di hadapannya . Satu senyuman nipis mekar dibibirnya . Terus dia melabuhkan punggung di kerusi empuk , lalu tangan menepuk permukaan kerusi disebelahnya .

"Mari sini ." senyuman manis dihadiahkan buat isterinya . Raihana hanya akur , lalu menghenyak punggung disebelah suaminya .

"Saya tanya , bila awak balik ?" buah soalan dilontarkan kembali .

"Baru je tadi ." balas ariel .

"Jadi awak tahu lah yang keluarga tunang awak datang ?"

Ariel angguk perlahan . Raihana segera berpura-pura memandang ke arah lain . Entah kenapa dia rasa tak sedap hati , seolah-olah macam dia pulak yang bersalah dalam perkara ini .

"Awak jangan risau , saya takkan babitkan awak dalam masalah saya ." ujar ariel tenang seraya memandang Raihana yang berpura-pura memandang ke arah lain . Mendengarkan sahaja kata-kata ariel sebegitu membuatkan Raihana berpaling memandang ke arah suaminya .

Satu senyuman nipis mekar dibibirnya .

"Saya ada benda nak bagi dekat awak ." ariel tersenyum lebar sambil mencapai plastik kertas di atas meja berhadapannya . Raihana kerut kening .

"Apa tu ?" Raihana melihat tindak-tanduk ariel yang sudah mula mengambil beg kertas berwarna hitam di atas meja .

"Hadiah ." jawab ariel . Dia mula mengeluarkan isi barang di dalam beg kertas tersebut . Apabila barang itu sudah keluar , dahi raihana makin berlapis-lapis tatkala melihat barang tersebut .

Ariel mula membuka kotak panjang itu dengan berhati-hati . Terdapat satu kalung emas yang berloket huruf . Raihana melopong .

"Kenapa awak beli rantai ni ?" soal raihana masih tak percaya . Cantik !

"Sebab waktu saya kahwin dengan awak , saya tak pernah bagi apa-apapun dekat awak . Jadi saya beli rantai ni untuk awak . Dan rantai ni ada huruf AR . Bermaksud , ariel dan raihana ." ariel senyum lebar . Raihana terkedu memandang ariel .

Pelik . Ya sangat pelik ! Aku kahwin dengan dia bukan atas dasar suka sama suka . Tapi kenapa dia layan aku macam aku ni cinta pertama dia ?

"Pusing , saya nak pakaikan untuk awak ." ariel menyentuh kedua belah bahu isterinya sebelum dia memusingkan badan raihana membelakanginya . Raihana hanya akur walhal masih terkedu .

Ariel masukkan rantai tersebut melalui hadapan , dan mula mengkancing rantai tersebut dari arah belakang tengkuk raihana . Lalu dia menarik lembut rambut raihana agar tidak tersekat di rantai tersebut .

Tubuh raihana kembali menghadap ke arahnya . Mata mencari bebola mata raihana .

"Suka ?" tanya ariel apabila melihat raihana sekadar diamkan diri . Raihana naikkan anak mata memandang ariel . Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman nipis tanda memberi respons kepada pertanyaan ariel .

"Tapi kenapa awak hadiahkan rantai ni untuk saya ?" raihana masih tak berpuas hati . Takkan lah disebabkan ariel tak pernah bagi apa-apa padanya , ariel sanggup hadiahkan rantai semahal ini untuknya ? Pelik !

"Salah ke ?" ariel jongket kening . Laju raihana menggeleng .

"Tak salah , tapi saya pelik . Cara awak layan saya dari awal sampai akhir , macam kita ni pernah bercinta . Padahal kita kahwin sebab awak nak tolong saya je ." ujar raihana dengan suara mengendur . Ariel senyum nipis seraya membelai rambut isterinya .

"Saya nak mintak maaf ." akhirnya terpancul jugak kata-kata itu di bibir mulutnya . Wajah raihana berkerut .

"Kenapa ?"

"Sebab saya selalu buli awak dulu . Saya banyak sakitkan hati awak kan ?"

Raihana terus alihkan pandangannya tatkala ariel bersuara seperti itu . Ya dia akui yang ariel selalu buli dia sewaktu zaman sekolah dahulu , sampai lah sekarang dia masih tak lupa apa yang ariel buat dekat dia .

Bibir di kemam rapat . Sedaya-upaya tak nak bertembung mata bersama ariel . Tiba-tiba belakang tapak tangan raihana disentuh ariel dengan lembut .

"Pandang lah saya ." pinta ariel dengan lembut . Raihana terasa sesak nafas , apa yang ariel cuba sampaikan ni ?!

"Saya masuk bilik dulu , terima kasih sebab belikan rantai ni untuk saya ." raihana tak menunggu lama , pantas dia angkat punggung dan menjurus ke arah anak tangga . Ariel tersenyum melihat tingkah-laku isterinya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience