Bab 28

Romance Series 185331

Bella melangkah keluar dari bilik sidang media , bibirnya mengukir senyuman sinis tatkala dirinya puas dapat menceritakan semuanya tentang isteri ariel yang bergelar 'perampas' kepada pihak media . Akhirnya dia dapat mencalarkan maruah perempuan yang merampas kebahagiaannya .

"Kau tunggu lah nasib kau . Jangan mimpi boleh bahagia ." ungkap bella dengan senyuman penuh kegembiraan . Dalam masa sehari , perempuan tu akan merasa keperitan yang patut dia rasa . Jangan sesekali sentuh 'hak' bella qasandra . Dan bila kau dah sentuh , hidup kau musnah dan akan semua manusia bencikan kau !

Kaki mengatur langkah ke hadapan dengan hati yang penuh puas . Tak lama lagi , 'femes' lah isteri si ariel tu hahahaha ..

******

Mangkuk kaca yang berisi bihun goreng diletak perlahan di atas meja . Kemudian apron di tubuhnya dibuka , lalu dia mula menyapukan mentega kacang di atas permukaan roti gardenia . Sebelum menunggu ariel , awal-awal lagi dia sudah menyediakan sarapan pagi .

Sedang dia menyapu mentega kacang di atas permukaan roti , susuk tubuh ariel mula kelihatan yang sudah turun dari tangga . Ariel butangkan pergelangan tangannya sambil berjalan ke arah daun pintu utama .

Raihana kerutkan dahi , aik tak nak makan dulu ke ? Selalunya hari macam ni , ariel akan sarapan dulu . Takkan dah tak sempat ?

"Awak !" raihana dengan cepat melaung nama ariel . Roti yang sudah disapu rata diletak kembali di atas pinggan . Lalu dia mengekori ariel dari belakang .

Langkah ariel terhenti , lantas dia mengalihkan wajah di hadapan raihana .

"Tak nak sarapan dulu ke ? Saya ada masak bihun goreng . Makan lah dulu ." wajah raihana kelihatan berharap . Yela , pagi-pagi lagi dia struggle nak masak bihun goreng untuk ariel . Hargai lah sikit !

"Saya dah lambat , ada meeting kejap lagi ." tegang sekali wajah ariel dihadapan raihana . Tiada langsung riak wajah senang . Tanda-tanda macam tak ada mood aje .

"Tapi makan lah dulu . Nanti kalau perut masuk angin macam mana ?" raihana berharap agar suaminya akur dengan kehendaknya . Aku beria-ia masak untuk dia , dia nak blah macam tu je ?

"Saya dah lambat , i'm sorry ." ariel senyum segaris seraya membuka daun pintu dari arah dalam dan segera melangkah keluar meninggalkan raihana .

Raihana bercekak pinggang menggunakan sebelah tangan . Sedikit terkesan hati raihana tatkala melihat ariel pergi begitu sahaja . Kalau ye pun lambat , jamah lah sikit bihun goreng aku tu . Macam tak hargai je .

Keluhan kecil terbit di bibir mungilnya . Berasa serba salah kerana biarkan raihana begitu sahaja . Kalau ye pun kau masih terasa dengan kata-kata dia tentang semalam , hargai lah sikit apa yang isteri kau buat dekat kau ariel . Sekurang-kurangnya tak ada lah hati dia terluka dengan cara kau .

"Sampai bila aku je yang kena mengalah ?" gumam ariel perlahan seraya menghentak stereng kereta . Dinding pipi digigit perlahan , memikirkan hubungan antara dia dan raihana .

Memang perkahwinan dia tidak seperti suami-isteri di luar sana . Tapi sampai bila dia nak tunggu raihana ? Dia jugak inginkan isteri yang mencintainya seperti pasangan yang lain . Okay aku mengaku aku jahat sebab tinggalkan bella dan kahwin dengan orang lain , tapi aku buat semua tu bersebab . Aku takkan tinggalkan orang yang aku sayang .

Cuma bella lain , dia tak macam raihana . Dan aku mengaku , yang aku bertunang dengan bella hanya kerana mahu melupakan raihana . Gila !

Tanpa berfikir lagi , ariel mengundurkan kereta kebelakang seraya menekan pedal minyak . Lalu pacuan empat roda itu meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah tingkat dua .

******

Kereta berjenama bezza 1.3 memakir masuk dihadapan sebuah boutique pengantin Hana's . Raihana membuka pintu kereta apabila enjin kereta telah dimatikan . Kaki melangkah keluar dari perut kereta sebelum pintu kereta ditutup kembali . Seterusnya , kaki mengatur langkah menuju ke arah butiknya .

Saat pintu butik dibuka dari arah luar , raihana dikejutkan dengan kedatangan Nurul yang tiba-tiba menerpa ke arahnya secara mengejut .

"Kau ni kenapa ?" soal raihana geram . Hampir luluh jantung tatkala melihat Nurul menyergahnya .

"Habis lah weh habis lah ." Nurul picit pelipis , manakala sebelah tangan lagi bercekak pinggang . Raihana yang dihadapannya mengerut kening .

"Apa yang habis ?"

"Kau tak tahu lagi ke ?" Nurul pandang raihana dengan mata membulat . Raihana geleng kepala . Apa yang aku kena tahu ni ?

"Kau tunggu kejap ." Nurul tarik telefon dari kocek seluar jeans miliknya . Kemudian aplikasi instagram dibuka , lalu page berita berkaitan artist ditekan . Selepas itu skrin telefon bimbitnya dituju tepat diwajah raihana .

Raihana pandang .

"Saya takkan lepaskan tunang saya ditangan orang lain ." - bella qasandra menentang hubungan tunangnya bersama gadis lain .

"Tunang ariel tu dah melampau lah ! Dia malukan kau tau tak !" getus Nurul tidak puas hati . Raihana mengeluh , ini satu hal ! Tak habis-habis nak tuduh aku perampas !

"Dah nasib aku nak buat macam mana ." balas raihana perlahan . Kalau aku tahu jadi macam ni , memang aku takkan terima lamaran ariel dulu .

"Kau dah tengok ke video si tunang ariel tu buat sidang media ?" soal Nurul tiba-tiba . Dipandang wajah gelisah raihana .

"Tak ." raihana geleng kepala .

"Dalam video tu , dia tuduh kau macam-macam . Dia bukak aib kau , dia hancurkan maruah kau depan pihak media . And dia akan pastikan hidup kau takkan aman . Rai ," Nurul capai tangan raihana .

"Kau tak boleh berdiam diri . Kau kena lawan dia , kau kena bersihkan nama kau . Perempuan tu makin lama makin melampau , dia ingat dia artist dia boleh calarkan maruah kau ? Rai , kau kena buat sesuatu ." sambung Nurul sambil mata menatap dalam ke arah biji mata sahabatnya . Berharap raihana mengerti dengan permohonannya .

Raihana senyum nipis seraya membalas pegangan tangan Nurul .

"Aku redho , dah nama pun ujian . Nak tak nak aku kena terima ." balas raihana perlahan . Bayangkan , dia lawan bella . Bella artist , dan dia hanya orang biasa . Dah tentu-tentu netizen takkan berpihak padanya , lagipula peminat bella tu ramai . Memang tak lah dia akan menang .

"Habis kau nak biar perempuan tu macam tu je ? Eh takkan lah ariel tak tahu lagi pasal ni ?"

"Nurul , aku tak nak masuk campur dalam hal diorang . Even tunang ariel tu memang dah jelas-jelas tak puas hati dengan aku , aku mampu diam jelah . Aku malas nak fikir banyak , hal butik pun aku kena fikir tau . Lantak lah dia nak gelar aku perempuan apa sekalipun , janji dia tak libatkan keluarga aku ." raihana senyum sikit seraya menuju ke bilik kerjanya .

"Sejak bila kau jadi baik ni rai ?" gumam Nurul perlahan setelah kelibat raihana sudah hilang di pandangannya .

******

Raihana termenung sendiri di dalam bilik kerjanya , entah apa yang patut dia fikir sekarang ni . Kepalanya betul-betul tengah serabut , tipu lah kalau dia tak terkesan dengan perkara sekarang ni . Nama dia dah busuk kut .

Takkan aku nak gembira pulak bila nama aku dah busuk ? Itu lah , sepatutnya ariel dengar arahan aku . Kalau ariel kahwin dengan cik bella , mungkin masalah dah selesai ?

"Kalau naqif tak lari tinggalkan aku , mesti masalah ni takkan muncul ." ungkap raihana bersendirian . Keluhan kecil terbit di bibirnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience