Bab 13

Romance Series 185331

Mata bundar yang dimiliki raihana ralit melihat baju yang sedang dijahit olehnya . Oleh sebab hari ini sudah mulakan cuti , dia ambil masa untuk siapkan tempahan baju customer . Ala bukan siap sepenuhnya , separuh-separuh dulu . Lagipun baju ni mungkin akan siap dalam dua tiga hari ni ?

Lincah jarinya menyatukan dress yang akan dipasang manik-manik putih . Memang ini lah favorite kerja dia . Sewaktu dia belajar pun dia ambik course fesyen designer . Memang kegemaran dia betul kalau bab-bab fesyen ni !

Sedang ralit raihana melakukan kerjanya , tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring . Pantas anak mata raihana terhala ke arah telefon bimbitnya . Tangannya pantas mencapai dan sempat anak mata membaca nama yang tertera di kaca skrin telefonnya .

"Naqif ?" raihana menyebut segaris nama itu . Tak tunggu lama , terus dia menjawab panggilan itu sebelum telefon bimbit di letak ditepi telinga .

"Assalammualaikum rai ," naqif menyapa .

"Walaikumsalam ." balas raihana . Awal betul dia telefon aku hari ni ?

"Awak busy ke ?" lambat-lambat naqif bertanya .

Raihana kerut kening .

"Ha'ah kenapa ?"

"Ermm .. yeke ? Tak apa lah ." sepertinya suara naqif berbunyi sedih . Dahi raihana berlapis-lapis .

"Kenapa ?" soalan yang sama di aju .

"Tak , sebenarnya . Saya nak ajak awak keluar ." bagitahunya dengan suara diperlahankan .

Raihana senyum sikit .

"Oh ! Kenapa tak cakap awal-awal ? Kalau tak saya boleh tangguh kerja saya ."

"Kenapa ? Awak busy sangat ke ?"

"Tak apa lah , saya boleh tangguh kerja saya dulu . Awak nak bawak saya pergi mana ?" raihana bersetuju dengan pelawaan naqif . Amboi laju je kau eh !

"Tak apa ke ?" naqif seolah-olah ragu dengan jawapan raihana . Mana lah tahu kalau dia mengganggu ketenteraman raihana ke ?

"Tak apa lah . Lagipun kerja saya ni tak lama lagi settle lah ." balas raihana , ingin menjaga hati tunangnya .

Naqif senyum gembira . Memang niat dia hari ni mahu mengajak raihana keluar , bukan selalu dia spend time dengan raihana . Selalu aje dia sibukkan diri dengan kerja . Sekali-sekala nak jugak dia ber ' dating dengan cik tunang .

"Betul ni ?" naqif masih inginkan kepastian .

"Ye , betul ." balas raihana dengan suara dilembutkan .

"Okay , saya jemput awak kejap lagi . Bye !"

"Bye ." talian dimatikan . Tersenyum-senyum bibir raihana ketika ini . Semakin sayang dia kepada naqif , dan semakin itu jugak dia percaya dengan cinta naqif .

******

Kenderaan naqif terhenti di bahu jalan apabila destinasinya sudah sampai . Naqif menarik handbrake sebaik sahaja kereta dihentikan . Kepala di pusing ke tepi , memandang raihana disebelah .

"Jom , kita dah sampai ." naqif bersuara . Raihana angguk sambil tersenyum , segera dia membuka seat belt sebelum pintu kereta dibuka dari dalam kemudian dia mula keluar dari perut kereta . Manakala naqif mengikut rentak tunangnya .

Di saat mereka berdua mula keluar dari perut kereta , pantas tangan naqif memaut jari-jemari raihana dengan erat . Raihana pandang naqif sambil tersenyum .

"Dah jom !" naqif terus mengheret raihana ke tempat seterusnya .

Mereka mula memasuki ke dalam pusat membeli-belah pavillion . Raihana hanya membuntunti naqif ke mana sahaja lelaki itu pergi . Sebaik sahaja naqif melangkah masuk ke dalam butik kasut , naqif segera menyuruh raihana mencari kasut yang sesuai untuk dia .

Raihana hanya akur dengan arahan naqif . Lagipun dia rindu dengan layanan naqif , sudah lama naqif tidak seperti ini . Sejak dah bekerja keras ni , nak spend time dengan dia pun dah jarang-jarang .

Raihana menunjuk kasut tumit tinggi ke arah naqif . Naqif geleng kepala sambil mengigit bibir atas , tanda tidak setuju dengan pilihan raihana . Raihana ketawa kecil , memang dia sengaja nak tengok reaksi naqif . Lagipun dia bukan berminat mana pun pakai kasut tumit tinggi . Rendah-rendah pun dah okay .

Kasut yang tadi diletak semula atas rak . Dia kembali mengambil kasut sarung yang tampak elok di matanya . Kemudian ditunjuk kepada naqif , naqif pandang lama sebelum dia kembali menggeleng kepala . Raihana mencebik , ala !

Seperti biasa , kasut yang tadi jugak diletak atas rak . Pelayan perempuan disebelah raihana hanya melihat perilaku mereka berdua . Alahai nak pilih kasut pun nak ber sweet ye ?

Raihana melihat kasut-kasut di atas rak dengan mata yang tajam . Mahu berkira-kira untuk memilih , sehingga lah naqif menghampiri raihana dan terus mencapai satu kasut bertumit rendah . Memang cantik ! Tidak terlalu nampak over , pasti sesuai kalau disarung ke kaki tunangnya .

Raihana melihat gerak-geri naqif . Tersenyum bibirnya tatkala naqif menyuruhnya duduk di atas kerusi , dan tanpa ragu-ragu dia menyentuh kulit kaki raihana sebelum kasut disarung ke kaki raihana .

Okay muat !

Raihana tunjuk jari 'ok' bersama senyuman lebar . Naqif ketawa yang berada dibawah raihana . Alahai !

Pelayan perempuan disebelah mereka sudah menahan ketawa . Kenapa comel sangat ?! Entah dari mana datangnya lawak tu ?

Selesai mereka memilih , naqif dan raihana berlalu ke kaunter untuk membayar harga kasut tersebut . Ada lah dalam dua ratus atau tiga ratus . Well naqif tak pernah beli barang murah dekat tunangnya , even raihana tak pernah mintak .

Selepas di butik kasut , naqif mengheret raihana ke butik baju pulak . Macam biasa , raihana hanya akur . Suka sangat kalau naqif memberi layanan seperti ini . Harap-harap layanan naqif akan mekar sehingga mereka diijab kabul . Itu yang dia pinta .

Sehelai Blouse blue peach stripe dicapai naqif sebelum blouse itu dihala ke arah raihana . Raihana hanya beriak biasa . Dipandang baju yang dipilih naqif .

"Nak ?" tanya naqif . Raihana mengeluh .

"Awak banyak sangat belanja saya hari ni . Tak apa ke ?"

Naqif senyum .

"Sayang , saya buat semua ni untuk awak tau . Saya nak tebus semua salah saya pada awak ." balas naqif sambil membelai anak rambut raihana . Raihana terharu , alahai cairnya !

"I love you ." raihana kenyit mata sambil tersenyum ketawa . Naqif ketawa lepas .

"I love you too ." naqif pun kenyit mata . Terserlah lah kegatalan mereka di butik pakaian . Nasib orang tak ada waktu tu .

Raihana ketawa .

******

"Kenapa awak oder air satu je ?" tanya raihana pelik . Elok pulak straw ada dua ? Haih peliknya ? Air oder satu straw dua ? Pelik-pelik lah naqif ni .

Naqif senyum lebar .

"Saya nak kongsi dengan awak . Biar nampak sweet sikit ." balas naqif senyum-senyum . Raihana ketawa lepas . Apa benda lah naqif ni ?

"Awak ni macam-macam lah naqif ." raihana menggeleng kepala bersama sisa tawanya . Naqif hanya tersenyum-senyum .

Nasib baik makanan tak oder . Kalau oder mesti makanan pun kena kongsi jugak . Aduhai ..

Terus raihana dan naqif menyedut air berperisa coco cola menggunakan dua straw dan satu air . Nak nampak manis kan ? Jadi kita ikut sahajalah kehendak si naqif ni .

Disaat mereka sedang enak menyedut air bersama-sama , anak mata mereka bertembung bersama senyuman . Hanya beberapa inci sahaja jarak mereka .

Namun sedang enak naqif dan raihana berbahagia , tiba-tiba langkah ariel terhenti apabila matanya tepat memerhati dua pasangan sejoli itu . Langkah bella jugak terhenti di situ . Dipandang wajah ariel .

"Kenapa ?" tanya bella hairan . Soalannya tidak dijawab . Mata ariel masih tepat memandang pasangan itu . Namun bella teragak-agak untuk melihat arah tuju mata ariel . Dan tepat matanya jugak memandang naqif dan raihana .

Dahinya berlapis-lapis . Dilihat wajah seorang wanita yang sedang tersenyum bahagia . Siapa perempuan tu ?

Wajah ariel dipandang kembali . Masih begitu jugak . Wajah ariel betul-betul tidak mempedulikan dia sekarang ini . Ariel kenal mereka ke ?

Tanpa teragak-agak , terus lengan ariel dipaut dan dibawa jauh dari situ . Bibirnya sempat di ketap geram .

******

Bella semakin geram dengan tindak balas ariel . Langsung wajah lelaki itu tiada perasaan di saat dia menyuruh ariel memilih antara dua baju yang paling mahal di sebuah butik terhandal . Rasanya dah masuk sepuluh kali dia mengetap gigi .

Entah apa yang ada dalam kotak fikiran lelaki itu pun dia tidak tahu . Rasanya buang masa aja dia ajak ariel pergi ke pusat membeli-belah . Semuanya dibuang dengan begitu sahaja .

Sudah penat bella membebel dihadapan ariel , namun masih termenung jauh tanpa mempedulikan perasaannya . Bella mengalah . Terus disangkut baju di rak kembali . Tanpa sebarang tindakan , lengan ariel ditarik dan dibawa keluar dari butik termahal itu .

Bella peluk tubuh bersama renungan tajam .

"Apa masalah you ni ?" soal bella tidak puas hati . Tajam matanya menikam wajah ariel yang masih menayang wajah kosong .

"Apa yang you tengah fikir hah ? I macam cakap dengan batu nisan tau tak ?"

Ariel mengeluh tiba-tiba .

"I nak balik ." ariel melangkah setapak meninggalkan bella yang terpinga-pinga . Melopong mulut bella tatkala kelibat ariel semakin jauh darinya .

"Bie !"

Bibir diketap geram .

******

Raihana menuang segelas air masak ke dalam gelas kaca panjang . Kemudian diteguk rakus , namun sedang enak dia meneguk baki minumannya , dia terasa ada seseorang menarik ikatan rambutnya dan membuatkan kepalanya terangkat ke atas .

Raihana segera meletak gelas di atas meja dengan kerutan di dahi . Siapa pulak yang suka hati tarik rambut dia ni ? Raihana terus berpusing ke tepi memandang empunya badan .

Ariel ?!

Raihana mengerut kening saat matanya berlaga dengan anak mata ariel . Wajah ariel yang tersenyum selamba itu dipandang pelik .

"Awak buat apa datang sini ?" soal raihana laju . Wajah ariel dipandang dalam .

"Saya rindu seseorang , sebab tu saya datang sini ." balas ariel , tersenyum lagi . Bila terpandangkan wajah manis raihana membuatkan dia teringat peristiwa tengah hari tadi . Di mana naqif dan raihana sedang menikmati percintaan mereka .

Dahi raihana semakin berlapis-lapis .

"Saya rindu mak long , bukan awak . Jangan perasan ." jelas ariel , walaupun ada sedikit bohong itu . Apa kejadah rindu mak long ? Wajah raihana terus berubah seperti biasa . Nak kawal riak wajah sebenarnya .

Dia mati-mati ingat ariel rindukan dia .

Ariel mencapai gelas raihana yang baru diguna sebelum dituang air masak separuh . Raihana hanya memandang tindak-tanduk ariel . Kemudian ariel mendekatkan bibirnya di bibir gelas dan mula meneguk air tersebut .

Raihana sedikit terkejut . Dia guna gelas aku ?!

Tidak berkelip raihana memandang setiap inci wajah ariel dari tepi . Sememangnya ariel dan naqif tidak jauh beza , sama-sama tampan dan bergaya . Cuma ariel lebih sikit , mungkin sebab ariel putih melepak dan naqif hanya putih biasa-biasa .

"Dah puas tenung saya ?" ariel letak gelas atas meja kaunter . Wajah raihana dipandang minat .

Tersentak raihana tatkala ariel mengejutkan dia . Cepat-cepat dia berada di alam nyata . Macam mana dia boleh terpesong ni ?!

Ariel ketawa tanpa berbunyi .

"Awak ni dah tak ada rumah ke ? Asyik datang rumah saya je ?" raihana mengubah corak perbualan . Nak kawal emosi sebenarnya .

"Hey jangan perasan . Saya bawa mama saya ke sini sebab dia nak tengok persiapan majlis awak ." jelas ariel .

Lagi sekali raihana termalu sendiri . Haih pandainya dia ni jawab !

"Majlis awak lagi beberapa hari ?" ariel berlabuh punggung di atas kerusi meja kaunter . Wajah raihana dipandang yang sedang berdiri dihadapannya .

"Tiga hari ." balas raihana hanya melayan diri ariel . Walaupun dia tak senang hati kalau setiap kali ariel ke sini . Entah lah kenapa ? Rasa macam lain !

Mulut ariel berbentuk 'o' .

"Untung kan naqif ."

Dahi raihana kembali berkerut .

"Untung ? Kenapa pulak ?" apa yang untung pulak ni ?

"Sebab dapat memiliki awak ."

Raihana terkedu . Dia kembali menatap anak mata ariel dengan lama . Dia terkedu dengan jawapan ariel . Apa maksud dia ?

Ariel membalas renungan itu dengan dalam . Wajahnya yang tenang itu setia membalas tatapan mata raihana . Jantungnya tidak keruan apabila raihana semakin lama merenungnya . Namun kejutan yang mereka dapat menghentikan aksi itu .

"Ariel ?"

Raihana dan ariel segera memandang ke arah pemilik suara itu . Mak ngah Aisyah .

"Lama nya mama tunggu . Rupanya berborak dengan rai ." mak ngah Aisyah menapak ke arah mereka . Lantas itu raihana menyalami kedua tangan mak ngah Aisyah .

Ariel tersengih .

"Sorry mama , tadi ariel seronok sangat dengar cerita rai ." wajah raihana dikerling sekilas . Berbohong sedikit . Raihana masih terdiam . Cerita apa pulak dah dia ni ?

"Jom ke depan , mama ada benda nak cakap dengan ariel ." lengan anaknya dipeluk erat dan di heret ke depan . Kini hanya tinggal raihana sorang sahaja di dapur .

Sempat lah jugak ariel memandang wajahnya sebelum mengangkat kaki . Raihana menghantar kelibat dua beranak itu saat melepasi garisan dapur . Lalu bibirnya bergerak .

"Kenapa dia cakap macam tu ?" gumam raihana perlahan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience