Bab 31

Romance Series 185331

Kereta berjenama bezza 1.3 milik raihana mula meluncur masuk ke dalam pekarangan rumah ariel . Selesai sahaja dia memakir kereta di halaman rumah , segera dia membuka tali pinggang yang melekat di tubuhnya . Kemudian kaki mengatur langkah keluar dari perut kereta .

Pintu kereta ditutup kemas seraya menyusun langkah ke pintu rumah . Seterusnya dia memberi salam selepas dia menguak pintu rumah . Kaki menyusun masuk dengan wajah tenang .

Baru sahaja kaki dia ingin menapak ke ruang tamu . Matanya terlihat susuk tubuh ariel di atas kerusi empuk yang sedang berbaring mengiring ke arahnya .

Langkah raihana terhenti di situ . Dipandang wajah bersih ariel yang sedang lena di atas sofa . Dia tunggu aku balik ke ? Berlapis-lapis dahi raihana melihat ariel .

"Ada bilik tak nak guna , nak jugak tidur kat luar ." omel raihana sendirian . Tanpa berlengah di situ , raihana mendekati suaminya lalu duduk di atas lantai dihadapan ariel . Sempat beg tangannya diletak atas meja kaca kecil .

Wajah tidur ariel direnung raihana . Pakcik ni dah makan ke belum ?

"Awak , bangun ." raihana mengeluarkan suaranya . Dilihat ariel yang masih tak bergerak .

"Ariel . Bangun lah ." raihana menepuk bahu sasa ariel apabila melihat ariel tidak memberi respons kepadanya .

"Ariel hamka !" raihana keraskan suara . Ariel bergerak sedikit namun mata masih belum dibuka .

"Kenapa tidur dekat luar ?" soal raihana bila melihat ariel mengenyeh biji matanya . Penat sangat ke sampai tertidur dekat luar ni ?

"Dah pukul berapa ?" tanya ariel dengan suara serak basah . Raihana kerling jam di tangan .

"Pukul lapan ." balas raihana . Terdengar sahaja jawapan raihana , terus ariel bukakkan biji matanya dengan luas .

"Elok lah tu , balik rumah pukul lapan malam . Empat jam awak tinggal saya dekat rumah sorang-sorang . Sepatutnya dalam masa empat jam tu awak masakkan untuk saya ." ariel sudah mengeluar buah bebelnya . Raihana pandang ariel dengan berkerut .

Haih , sempat lagi membebel ?

"Saya makan malam dekat rumah mama . Lepas tu solat maghrib sekali , itu yang saya balik lambat sikit . Mana lah saya tahu awak tak makan lagi , lain kali call lah saya ." raihana jeling .

"Amboi makan malam dekat rumah mama ye . Suami dekat rumah ni nak makan apa ?" ariel pandang raihana yang sudah mencebik-cebik dihadapannya .

Lihat sahaja ariel semakin banyak membebel , raihana angkat punggung dan berdiri dihadapan suaminya .

"Saya takut lah nak masak untuk awak . Nanti jadi macam pagi tadi , tak makan . Membazir je bihun goreng saya tu ." raihana pulang paku buah keras . Kedua belah tangan disilang ke dada .

Terbuka sedikit mulut ariel apabila melihat raihana menyindirnya .

"Kira nak balas dendam lah ni ?"

"Balas dendam tak balas dendam . Saya malas masak , awak masak lah sendiri ." kaki ingin melangkah setapak , namun terbantut disaat ariel mencapai pergelangan tangannya . Langkah raihana mati serta-merta .

"Merajuk ?" ariel jongket kening , mata menatap dalam ke arah mata isterinya . Raihana menoleh memandang ariel .

"Sekurang-kurangnya awak kena hargai apa yang saya buat untuk awak . Dan awak kena faham , saya cuba nak terima awak secara perlahan-lahan . Saya bukan nak merajum atau nak marah , saya masak untuk awak pagi tadi pun sebab nak pujuk awak . Tapi tak sangka awak sanggup tak makan bihun goreng saya ." jelas suara raihana mengendur . Tangannya masih dipegang ariel .

Ariel mengeluh perlahan .

"I'm so sorry . Saya cuma tak dapat nak kawal ego saya pagi tadi ."

"Awak nak makan apa ?" raihana abaikan kata-kata ariel , malah dia bertanya kepada suaminya . Tak nak lah jadi isteri durhaka yang sesuka hati biar suami kelaparan .

"Awak nak masak ke ?" ariel sengih .

"Eh tak lah , saya oder food panda jelah . Kan masak nanti tak makan , membazir je kan ?" raihana senyum ejek . Kalau bab perli memang serah dekat sara raihana .

Ariel merengus perlahan .

"Saya makan lah , pagi tadi saya cuma mogok je ."

"Sekarang nak mogok lapar lagi ke ?" lagi sekali raihana memerli . Ditahan tawanya yang kemungkinan akan berlaku .

Ariel pandang raihana tak puas hati . Pegangan tangan raihana dilepas seraya memeluk tubuh .

"Nak saya mogok lapar dengan awak lagi ke ?" ariel jawab tanpa memandang wajah raihana , mata acah-acah pandang ke arah kaca TV .

Raihana senyum tanpa dilihat ariel . Comel jugak pakcik ni merajuk eh ?

"Dah tak payah mengada . Tunggu saya nak naik atas nak mandi kejap ." raihana melangkah ke arah anak tangga tanpa hiraukan pandangan ariel .

Senyuman manis mekar di bibir ariel . Entah lah , dia memang tak boleh nak merajuk lama-lama dengan raihana . Nanti perasaan rindu ni makin membuak-buak .

******

"Nah !" mee goreng udang yang dimasak oleh raihana menjadi tatapan ariel . Bauan wangi dari mee goreng udang memasuki ke dalam rongga hidungnya .

"Awak ni memang terer eh bab-bab masak ni ?" mata naik memandang raihana yang berdiri disebelahnya . Raihana tersenyum bangga .

"Ofkos ! Ni sara raihana lah ." tangan mendebik dada dengan wajah berlagak . Senyuman bangga masih terlakar di bibirnya .

Ariel menjeling melihat kebanggaan raihana yang jelas-jelas menunjuk . Ceh , baru puji sikit dah berlagak .

"Makan lah , tunggu apa lagi ? Tadi kata lapar sangat kan ?" raihana ambil tepat disebelah kanan ariel . Mata memerhati ariel .

"Ye nak makan lah ni ." garfu diambil , lalu mencedok mee dengan perlahan . Apabila mee itu dimasuk ke dalam mulut ariel , raihana sudah tak sabar-sabar melihat reaksi dari suaminya .

"Amacam , sedap ?" kening diangkat beberapa kali . Menanti jawapan ariel , mana lah tahu si suami cakap tak sedap . Nanti tak pasal-pasal tak nak masak lagi .

"Apa yang awak masak semua sedap ." balas ariel seraya senyum manis . Raihana senyum segan , entah kenapa jawapan ariel terlalu terharu baginya .

"Rai ." tak lama kemudian , ariel memanggil raihana tatkala menyedari raihana hanya diam .

"Ye ?"

"Awak dah baca artikel pasal bella ?" lambat-lambat ariel menyoal . Raihana gigit bawah bibir . Entah macam mana dia boleh lupa pasal tu , bila ariel ingatkan balik tentang artikel tu buatkan dia kembali resah .

"Dah ,"

Suapan ariel terhenti . Dia mula fokus kepada raihana .

"I'm sorry , saya tak tahu pun semua tu . Dia sendiri yang rancang , saya ingatkan dia takkan berani buat semua tu . Tapi bila saya dapat tahu je , saya rasa bersalah pada awak ." biji mata ariel memandang raihana .

"Tak apa lah , saya okay je . Saya mintak maaf lah kalau disebabkan saya awak kena tanggung semua ni ." Raihana takut-takut pandang Ariel . Terasa serba salah pulak bila biarkan ariel sorang sahaja menangungnya .

"Tak rai , semua ni sebab saya . Saya sendiri yang rela nak kahwin dengan awak . Jadi saya kena tanggung semua ni ." laju ariel membalas . Tidak mahu sikit pun buat gadis itu rasa takut .

"Untuk pengetahuan awak , saya dengan bella dah putus tunang . So kami dah tak ada apa-apa lagi ." sambung ariel seraya tersenyum kelat , terbayang-bayang wajah nangis bella apabila gadis itu mengejarnya dari belakang . Kenapa rasa macam diri ni kejam sangat ?

Terbuntang biji mata raihana mendengarnya . Sungguh dia tidak percaya dengan omongan ariel . Takkan secepat itu ariel mahu berpisah dengan bella ?

"Betul ke ?!" bibir mulut raihana melopong .

"Ye ."

"Habis dia macam mana ? Awak tak kesian ke dekat dia ?" wajah raihana berubah redup , memikirkan perasaan gadis itu . Memang ikutkan hati yang bella tu spesis perempuan angkuh , tapi hati dan perasaan tak boleh buat main kan ?

"Dia calarkan maruah awak . Takkan saya nak biar macam tu ?"

"Benda tu boleh bincang elok-elok . Tak perlu lah sampai putus ." lembut anak mata raihana menatap wajah ariel . Dia tak mahu keruh kan keadaan , nanti tak pasal-pasal dia kena serang dengan bella lagi . Cukup lah dia dah penat tadah telinga dengan sindiran dan maki hamun si tunang encik suami dia tu .

"Rai , saya dah tak cintakan dia . Saya tak nak lukakan hati dia lagi . Buat apa saya pura-pura untuk teruskan hubungan ni sedangkan saya dah ada awak ." ariel kemam bibir , lemah gemalai suara ariel melemparkan bicara kepada raihana .

Raihana gigit bawah bibir .

"Jadi selama saya bertunang dengan naqif , dia cuma pura-pura dengan saya jelah kan ? Sebab tu dia pilih untuk tinggalkan saya ." raihana senyum nipis , terbayang-bayang wajah manis naqif saat bibir menyebut segaris nama itu .

Ariel menghela nafas berat . Tangannya perlahan-lahan jatuh di belakang tapak tangan raihana , lalu dibelai lembut .

"Saya janji , saya takkan tinggalkan awak . Sekecil mana pun perasaan awak pada saya , saya hargainya . Dan saya janji akan jaga awak sampai maut pisahkan kita ." ariel melayangkan senyuman manis kepada isterinya . Janji-janji ini lah yang selalu ada di dalam fikirannya , dan dia takkan sesekali memadam janji itu .

Raihana senyum kelat . Ada rasa sedikit tersentuh dengan janji yang dikata ariel , tapi kalau tentang perasaan dia belum bersedia . Inshaallah dia akan cuba menyemai cinta dan kasih dari ariel .

Sedang enak mereka bertentang mata , telefon bimbit raihana berbunyi mesej . Terus raihana alihkan pandangan ke arah telefon bimbitnya . Aplikasi instagram ditekan , kemudian jari-jemarinya membuka peti masuk .

Satu mesej dari seseorang yang tak dikenali di buka .

"Siapa tu ?" ariel menyoal seraya memanjangkan lehernya ke arah kaca telefon raihana . Raihana toleh pandang ariel .

"Peminat cik bella ,"

"Dia nak apa ?" kening ariel bercantum rapat .

"Apa lagi kalau bukan kecam . Tempat mesej saya ni dah macam pembuangan sampah , banyak sangat ayat-ayat yang tak elok ." raihana gelengkan kepalanya seraya senyum sikit .

Wajah ariel berubah keruh . Disebabkan aku , dia terpaksa lalui semua ni . Maafkan saya raihana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience