Bab 43

Romance Series 185331

Pagi-pagi lagi bella dah naik angin . Manakan tidaknya , awal-awal lagi dia dah dapat bungkusan nasi dari farhan . Mananya tak angin ! Rasa nak campak-campak je nasi yang farhan bagi tu .

Bella tersentak apabila mendengar ketukan pintu dari luar . Wajahnya berubah malas setelah datin sri zareena melangkah masuk ke dalam kamarnya . Wajah malas bella dipandang datin sri zareena sebelum dia mendekati anaknya .

"Bella , kenapa tak makan nasi yang farhan bagi tu ?" datin sri zareena mengerut dahi . Rasanya dah lama dia bagi nasi tu pada bella , takkan tak sentuh-sentuh lagi ?

"Tak ada selera ." pendek aje bella membalas .

"Takkan tak ada selera lagi ? Dari semalam lagi bella tak makan . Kesian dekat perut tu , asyik kosong je mana nak sihat . Nanti masuk angin macam mana ?" ujar datin sri zareena .

Bella sedar yang dia dah menyeksa anak dalam perutnya . Iyelah , dah banyak hari dia tak makan . Entah lah , dia muak dengan semua yang dibagi dari farhan . Konon nak tunjuk baik , menyampah aku !

"Bella takkan makan dari pemberian farhan . So mulai hari ni , bella mintak dengan mummy supaya jangan terima apa-apa dari farhan ." tutur bella bersungguh-sungguh . Matanya menjeling sekilas wajah datin sri zareena .

Kadang-kadang datin sri zareena pelik , kenapa lah bella benci sangat dengan budak farhan tu ? Apa yang tak kena pun tak tahu lah . Bila ditanya , masing-masing buat senyap .

"Kenapa pulaknya ? Rasanya tak salah kalau dia nak bagi makanan dekat bella . Lagipun dari cara dia , mummy dapat tahu yang dia ambil berat pasal bella . Yang bella benci sangat dekat dia kenapa ? Apa salah dia sebenarnya ?"

Bella diam .

"Hah ! Bila orang tanya diam . Sama je lah dengan farhan tu . Sampai kesudah aku tak dapat fikir ." datin sri zareena menjeling seraya berlalu meninggalkan kamar anaknya . Bella pandang kelibat datin sri zareena yang sudah hilang dipandangan .

Kolam mata bergenang secara tiba-tiba . Hatinya menjadi sebak kerana terpaksa merahsiakan perkara ini kepada kedua ibu-bapanya . Mummy , i'm so sorry . Bella cuma tak nak mummy and daddy malu . Bella dah tak suci mummy , bella gagal jaga diri bella . Bella mintak maaf ...

Setitis airmata jatuh ke pipi tanpa dikesat . Biarlah airmata ini menjadi bukti yang betapa bencinya aku pada farhan . Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan dia ..

******

Raihana dan ariel melangkah masuk ke dalam rumah tatkala mereka dihampiri puan aisyah . Tersenyum girang puan aisyah apabila melihat anak menantunya sudah sampai . Terus tubuh raihana dipeluk rindu .

"Haih rindunya mama dekat rai ." luah puan aisyah kepada raihana . Raihana senyum kecil , baru berapa minggu tak jumpa dah rindu .

"Amboi ma , rindu rai jeke ? Anak sendiri dah tak rindu ?" ariel segera menyalami kedua tangan puan aisyah .

"Dengan isteri sendiri pun nak cemburu ke ?" puan aisyah berkata selepas anaknya menyalami tangannya . Ariel ketawa kecil serentak dengan itu raihana jugak menyambut ketawa suaminya .

"Dah , jom kita ke dapur . Mama ada masak special hari ni ." puan aisyah berkata seraya menarik tangan menantunya . Manakala ariel dibelakang hanya tersenyum manis .

Dia akui , sewaktu dia dan bella bertunang dulu puan aisyah tidak melayan bella seperti mana puan aisyah melayan raihana . Tapi tidak lah menunjukkan yang puan aisyah tak suka pada bella , cuma tak berapa nak akrab sahaja . Mungkin bella lebih pentingkan kerja daripada bermanja dengan bakal mertua ? Yelah , masing-masing ada cara tersendiri . Mungkin dah takdir aku berjodoh dengan sepupu sendiri . Ariel ketawa halus sambil membuntuti puan aisyah dan raihana dari belakang .

Sampai sahaja di meja makan . Raihana tarik kerusi dibahagian kiri , manakala ariel ambil tempat disebelahnya . Terdapat lauk-pauk yang begitu menyelerakan saat ini , raihana senyum kecil . Puan aisyah segera mencedok nasi putih ke dalam pinggan raihana dan ariel .

"Ma , papa mana ?" ariel menyoal setelah sedar dengan ketiadaan encik zaidi di ruang meja makan .

"Papa tengah solat zohor . Kejap lagi turun lah tu ." jawab puan aisyah seraya menghulurkan pinggan kepada ariel . Ariel sambut sambil mengangguk kepala , nasib baik dia dan raihana sudah menunaikan solat zohor di rumah tadi sebelum nak bergerak ke rumah puan aisyah .

"Rai , hari ni makan je apa yang rai nak . Biar gemuk sikit badan tu . Kurus je mama tengok rai sejak dah kahwin ni ." ujar puan aisyah seraya menarik kerusi dihadapan raihana . Raihana senyum malu .

Mama , ada ke perempuan nak gemuk ?

"Mama , ariel tak kisah kalau rai ni gemuk ke kurus ke . Janji cantik di mata ariel ." ariel senyum gatal disebelah raihana . Raihana melirik manja . Mengada !

Puan aisyah mencebik .

"Mama nak lah jugak tengok perut raihana tu ada isi ." selamba puan aisyah berkata . Hampir terbatuk raihana mendengarnya . Fuh ! Boleh luluh jantung aku macam ni .

Ariel senyum sikit .

"Inshaallah ma , kalau ada rezeki dapat lah mama timang cucu ." segaris senyuman di bibir merah ariel menyapa pandangan raihana . Dalam hati dia jugak  berharap agar kata-kata ariel menjadi kenyataan .

"Bagi lah diorang masa dulu . Nak dapat anak cepat-cepat bukan senang ." encik zaidi muncul dengan lengkap berpakaian kerja . Raihana dan ariel menoleh memandang sebelum bibir mereka tersenyum nipis .

Encik zaidi lipat lengan baju hingga separas siku . Kemudian dia ambil tempat di kerusi tengah-tengah . Wajah puan aisyah sudah mencuka .

"Yela abang , saya bukan memaksa pun . Cuma nak merasa je ." balas puan aisyah seraya mencedok lauk kegemaran suaminya . Raihana sekadar tersenyum .

"Ala , mama dengan papa jangan risau . Ariel akan pastikan yang mama dengan papa akan dapat cucu dari kami ." ujar ariel bersungguh-sungguh , dikerling sekilas wajah isterinya .

Raihana menjeling dalam diam . Amboi , bukan main ye awak ariel . Siap awak ! Tunggu lah balik rumah nanti .

"Dah-dah , makan ." arah encik zaidi seketika itu . Mereka bertiga akur .

******

Raihana melabuhkan punggung di sisi ariel . Wajah tampan suaminya dipandang . Siap sahaja makan tengahari tadi , ariel hilang di dapur . Rupa-rupanya tengah menyedap duduk di tepi kolam ikan ye .

"Awak ,"

"Ye ?" ariel balas pandangan raihana .

"Awak tak bosan ke jadi anak tunggal ?" soal raihana sambil mengangkat kening . Iyela , aku yang anak tunggal pun bosan tau . Dah lah sepupu semua lelaki , hampeh !

"Tak ." ariel geleng kepala sambil tersenyum-senyum .

"Serius lah tak bosan ?" riak wajah raihana sedikit berkerut .

"Dahtu takkan saya nak suruh mama mengandung lagi ? Sayang , dah memang ditakdirkan saya tak ada adik-beradik . Memang kadang-kadang saya rasa sunyi sebab tak ada gurauan dari adik-beradik . Tapi saya dah cukup kasih sayang dari mama dan papa saya . Jadi buat apa saya nak rasa bosan kalau tak ada adik-beradik ?" tutur ariel dengan lembut . Raihana memuncung seketika .

"Tapi saya bosan . Kadang-kadang saya cemburu dengan orang yang ramai adik-beradik ni . Especially nya nurul . Ramai tau adik-beradik dia ."

"Ala , buat apa awak nak rasa bosannya . Saya kan ada ?" ariel senyum lebar ke arah raihana . Raihana menjeling manja . Awak tu tau menggatal je ariel !

"Awak tu suami , bukan abang saya atau adik saya ." jawab raihana , sesekali matanya turun memandang ikan-ikan yang sedang enak berenang di dalam kolam . Ariel senyum sikit .

"Kalau macam tu , awak panggil lah saya abang ."

Raihana terus pandang ariel . Senyuman yang cukup lebar dari ariel menyapa pandangan matanya . Ariel suruh aku panggil dia abang ?!

"Ei , tak nak lah saya ! Tak selesa lidah saya nak panggil macam tu ."

"Kenapa pulak ? Salah ke kalau seorang isteri tu nak panggil suami dia dengan panggilan 'abang' ?" ariel jongket kening . Sengaja mahu menguji raihana .

"Memang tak salah . Tapi masalahnya saya tak biasa lagi nak panggil macam tu ." balas raihana , tetap mahu menang .

"Sayang ... perkahwinan bermaksud , mengeratkan lagi hubungan seorang suami-isteri itu lebih dalam . Kita semua tak sempurna sayang , saya tahu awak tak biasa nak panggil saya macam tu . Tapi , kan lebih afdhal kalau awak cuba panggil saya macam tu . Sejuk jugak hati saya bila isteri panggil saya macam tu ." senyuman yang cukup manis di bibir merah ariel membuatkan raihana terdiam .

Okay dia kalah !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience