Bab 26

Romance Series 185331

"Walaikumsalam ..." puan Aminah sedikit terkejut melihat raihana dihadapan muka pintu rumahnya . Tanpa sebarang masalah , raihana menyalam kedua belah tangan puan Aminah dengan mesra .

"Makcik apa khabar ?" raihana bertanya mesra setelah siap menyalami tangan puan Aminah . Senyuman manis berbentuk di bibirnya .

"Macam tula rai . Kenapa rai datang sini ? Ada apa-apa ke ?" bergetar bibir puan aminah saat bertanyakan soalan itu kepada raihana . Sudah berapa hari dia tidak menatap wajah raihana .

Raihana senyum sikit .

"Rai nak serahkan ni ." raihana menghulurkan sekotak baldu berwarna biru kepada puan Aminah . Dia sendiri lupa yang cincin pertunangannya masih ada padanya . Lupa pulak dia nak serahkan benda ni kepada puan Aminah .

"Masuklah dulu . Kita berborak dekat dalam ." jemput puan Aminah setelah mata turun memandang barang di tangan raihana . Raihana akur .

Setelah keduanya sudah berada di dalam rumah . Raihana dan puan Aminah menuju ke arah ruang tamu .

"Rai duduk dulu . Makcik pergi buatkan air dulu ye ."

"Eh tak payah lah makcik , lagipun rai sekejap je tak lama pun ." raihana menghalang puan Aminah . Jelas wajahnya menunjukkan yang dia benar-benar tidak mahu menyusahkan ibu naqif .

Puan Aminah akur . Pantas dia melabuhkan punggung disebelah raihana .

"Rai nak serahkan cincin ni dekat makcik . Maaf kalau rai lambat pulangkan cincin ni ." kotak baldu berwarna biru pekat diserah pada puan aminah . Teragak-agak puan aminah mengambil kotak cincin tersebut .

"Tak apa , makcik faham ." senyuman nipis berbentuk di bibir merahnya . Sesungguhnya dia tidak rela menyerahkan raihana di tangan orang lain . Sudah lama dia mahukan raihana menjadi menantunya . Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila mendapat tahu hal yang sebenar .

"Rai mintak maaf kalau bukan takdir rai untuk naqif . Rai harap naqif bahagia dengan pilihan dia ." perasaan sebak cuba disembunyikan . Airmata yang berkaca sedaya-upaya ditahan .

"Rai , sepatutnya makcik yang kena mintak maaf dekat rai dan seluruh keluarga rai . Makcik bersalah sangat atas kesalahan naqif pada rai . Makcik bersumpah , makcik tak tahu pun rahsia naqif selama ni ." terkumat-kamit bibir puan Aminah berbicara . Menidakkan kebenaran yang dia tidak tahu selama ni .

"Tak apa , dah nama pun ujian kan ? Rai terima semua tu ." balas raihana redho . Kemudian tangan puan Aminah dicapai lalu digenggam erat .

"Apa pun yang terjadi , rai masih boleh jumpa dengan makcik kan ?" mata raihana tepat memandang anak mata puan aminah . Seolah-olah pandangan yang memberi makna .

"Selamanya rai boleh jumpa makcik . Makcik dah anggap rai macam anak makcik sendiri tau ." kepala raihana digosok perlahan seraya tersenyum lebar .

Raihana senyum nipis , gembira mendengar jawapan ibu naqif . Walaupun dia dah tak ada hubungan apa-apa dengan naqif , tak bermaksud yang dia tak boleh jumpa dengan puan Aminah . Lagipun puan Aminah dia kenal sejak dia di zaman sekolah lagi .

"Terima kasih makcik . Rai hargai apa yang makcik buat untuk rai dulu dan sampai sekarang ." balas raihana setulus ikhlas .

"Sama-sama rai ."

"Errr makcik , rai pergi dulu ye . Takut suami rai tengah tunggu pulak ."

"Hm yelah ." balas puan Aminah , mengerti .

Lalu dahi dilekatkan pada belakang tapak tangan puan aminah dengan mesra .

"Assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ." balas puan aminah sambil melihat senyuman nipis yang terukir di bibir raihana . Raihana angkat punggung dan berlalu pergi .

Hilang sahaja kelibat raihana , mata puan aminah beralih kepada sekotak baldu yang diletak atas meja kaca . Kenapa naqif sanggup buat macam ni ?

Puan Aminah menghela nafas berat . Menantu yang dia idamkan selama ini sudahpun menjadi milik orang lain .

******

Raihana terpempan memandang sebuah rumah agam yang terbina luas . Mata coklatnya jugak membulat besar tatkala melihat dekorasi rumah ini , penuh dengan perabot kayu yang kemungkinan mahal dan mewah ?

Raihana pandang ariel disebelah yang waktu itu jugak memandang ke arahnya . Senyuman manis mekar di bibir merah raihana .

"Ini rumah awak ke ? Bila awak beli ?" raihana terpegun melihat betapa luasnya ruang tamu tersebut . Sofa bentuk L yang berwarna putih pekat menjadi tatapan raihana kembali .

"Actually dah lama , waktu saya belum bertunang dengan bella . Masa tu saya ada niat nak beli rumah , so sebelum saya mendirikan rumah tangga baik saya beli rumah . Senang saya nak hadiahkan rumah ni untuk isteri saya nanti . Tapi tak sangka pulak isteri saya tu awak ." ariel tersenyum lebar sambil berjalan disebelah raihana .

Langkah raihana terhenti , di palingkan muka dihadapan ariel . Dahinya berkerut berlapis-lapis .

"So rumah ni sepatutnya untuk cik bella kan ?" tebak raihana seraya menjongket kening . Siapa lagi tunang ariel selain bella ? Sudah tentu rumah ni sepatutnya menjadi milik bella dan ariel .

"Yes . Tapi sekarang dah bukan untuk dia , tapi untuk awak . Milik sara raihana dan bukan milik bella casandra ." terang ariel sebelum tangan raihana dicapai lalu digenggam erat . Mata memanah ke dalam mata isterinya .

Raihana senyum kelat . Dia sendiri keliru , patut ke dia suka dengan apa yang ariel bagi pada dia ? Tak , kau kena ingat tujuan sebenar kau rai . Kau kahwin dengan dia bukan sebab cinta , tolong jangan susahkan hati kau lagi .

"Sekarang ni , dah tak ada orang ganggu kita . Kita akan hidup aman dekat sini . Jauh pada semua orang ." sambung ariel seraya mengemaskan lagi pegangan tangannya . Raihana ketawa halus .

"Ariel , even awak bawak saya ke rumah baru awak . Tak bermaksud yang tunang awak takkan lepaskan kita macam tu je . Nama saya dan nama awak dah tersebar pun dekat laman instagram . Kita lari macam mana pun , wartawan tetap cari kita . Awak kena ingat , tunang awak tu artist dan dia boleh buat apa saja ." menutur raihana dengan bahasa lembut . Wajahnya berubah keruh .

Ariel gigit dinding pipi sambil biji mata memandang segenap wajah raihana yang tanpa ada cacat cela .

"Saya cuma nak hidup bahagia dengan awak . Takkan itu pun salah ?"

"Tak salah ariel , saya pun tak kisah awak nak bawak saya pergi mana pun . Tapi awak kena ingat , awak masih ada hubungan dengan cik bella . Orang luar fikir saya yang buruk-buruk tau , jadi awak kena selesaikan masalah ni dengan cepat ."

"Saya tak mintak awak putuskan pertunangan awak dengan cik bella . Jadi jalan yang terbaik , awak kahwin dengan dia ."

Ariel terdiam memandang raihana . Terkedu sungguh dia mendengar kata akhir dari raihana . Kahwin dengan bella ? Rasanya kalau dulu , memang dah lama dia kahwin dengan bella . Tapi rasanya sekarang , dia tak perlukan bella lagi . Dah terang lagi bersuluh yang bella masih pentingkan kerja berbanding dia . Buktinya , bella cuma mahu pertahankan hubungan dalam pertunangan sahaja .

"Saya cuma tak nak keruhkan hubungan awak dengan tunang awak . Nanti orang lain anggap saya rampas awak dari cik bella . Bersihkan nama saya pun dah cukup ariel ." senyuman nipis berbentuk di bibir mungil raihana . Dia tak mahu hidup dalam kecaman netizen , dan tak mahu orang luar anggap dia perempuan tak laku .

"Tapi takkan lah sampai saya kena kahwin dengan bella ?" ariel tidak puas hati . Seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan isterinya .

Raihana berdecit perlahan .

"Tu je jalan yang terbaik . Hubungan awak dengan bella pun pasti macam dulu lagi ." raihana senyum nipis seraya menarik tangannya dari sentuhan ariel .

Ariel sedikit kecewa melihat reaksi dari raihana .

"Tapi saya cintakan awak . Saya dah tak cintakan dia ."

"Awak nak putuskan hubungan awak dengan dia ? Awak tak kesian ke dekat dia , selama dua tahun awak bersama dengan dia ."

"Rai , selama dua tahun saya tunggu dia . Tapi sekarang dia masih abaikan saya . Saya cuma ada awak je sekarang , tolong jangan paksa saya buat benda yang saya tak nak . And mama pun nak saya putuskan pertunangan ni ." ariel tayang wajah berharap . Moga-moga raihana memahami kondisinya . Buat apa dia nak teruskan hubungan dia dengan bella sedangkan hati dia pada orang lain ? Sama je dia sakitkan hati bella , tak ubah apa pun .

"Saya cuma nak awak berbaik dengan bella macam dulu . Mungkin dia masih perlukan awak ? Saya tak nak dia anggap saya perempuan yang bukan-bukan , tu je ariel . If awak perlukan saya dalam hidup awak , tak semestinya awak akan bahagia dengan saya . Saya pun belum bersedia nak terima awak dengan betul-betul . Saya mintak maaf ." raihana tundukkan kepala . Sepatutnya hari ni dia merasa gembira kerana dapat melihat rumah besar yang dibeli oleh ariel , tetapi hari ni perbualan mereka menjadi isu bella pulak . Sensitif betul lah kalau bab ni .

"Its okay , saya faham . Jom lah kita naik atas , saya tunjuk bilik awak ." ajak ariel setelah tidak mahu bertengkar soal bella lagi . Raihana akur dan membuntuti ariel dari belakang .

Agak-agak cara percakapan aku ni terlalu menyakitkan hati dia ke ?

******

Raihana turun dari anak tangga dengan perlahan-lahan , sampai sahaja di ruang tamu hidungnya terbau sesuatu dari arah dapur . Tepat matanya memandang susuk tubuh tegap ariel yang sedang memasak membelakanginya . Al-maklum lah , dapur dan ruang tamu ariel terlalu dekat , jadi dari ruang tamu pun dah nampak bayang-bayang manusia .

Raihana menapak perlahan-lahan menghampiri suaminya . Dengan senyuman di bibir raihana menempel disebelah ariel .

"Awak masak ke ?" dengan soalan yang kurang cerdik raihana menyoal kepada ariel . Ariel pusing wajah memandang raihana disebelah .

"Tak lah , tengah baiki tayar ." sengihan kerang busuk terukir dibibirnya . Raihana mencebik seraya menjeling .

"Tadi saya tunggu awak lama dekat rumah , awak pergi mana siang tadi ?" ariel menukar topik setelah melihat raihana mengunci suara . Tangannya masih lincah menyiapkan kerjanya di atas kuali , nampaknya ariel sedang masak nasi goreng china .

Wajah raihana berubah mendadak apabila ariel menukar topik ke arah lain . Lupa pulak dia nak bagitahu ariel yang dia nak jumpa ibu naqif selepas tutup butik siang tadi .

"Err saya pergi rumah keluarga naqif ." suara raihana sedikit mengendur . Risau jikalau ariel marah . Yelah keluar pergi tanpa bagitahu dia mana tak risau .

Ariel berhenti dari kacau nasi goreng . Tangannya memulas dapur gas , tanda-tanda yang nasi goreng sudah siap dimasak . Dipandang wajah raihana dengan penuh dalam .

"Awak buat apa datang sana ?" mendatar suara ariel . Entah kenapa hati dia sedikit cemburu bila melibatkan naqif . Mungkin perasaan sayang dia pada raihana semakin meningkat ?

"Saya nak pulangkan cincin tunang saya . Saya lupa yang cincin tunang tu ada pada saya . Jadi saya pergi lah hantar balik cincin tu ." jelas raihana pada ariel . Dia tak nak lah ariel fikir yang bukan-bukan , lagipun dia pulang cincin je pun . Bukan pergi tanya pasal naqif .

"Kenapa awak tak bagitahu saya ? Risau saya tunggu awak lama-lama tadi ."

"Saya memang nak bagitahu awak . Tapi saya rasa tak payah lah , lagipun ni urusan saya dengan keluarga naqif ." balas raihana , dia sudah mengambil bekas besar untuk mengisi nasi goreng ke dalam bekas tersebut .

"Habis saya siapa ? Saya suami awak kan , kenapa awak buat saya macam tak ada hati eh ?" ariel dengan segera pecatkan apron di tubuhnya , lalu dicampak di atas meja kaunter seraya melangkah ke arah anak tangga .

Raihana terkedu di situ . Apa yang dia cakap tadi buat ariel terasa hati ke ? Hantar cincin je pun ? Takkan itu pun nak marah ? Dipandang kelibat ariel yang sudah memanjat tangga dengan laju . Raihana mengeluh perlahan .

Ya . Salah kau rai , dia suami kau bukan kawan kau . Lain kali jangan main sebut je . Dah terasa si ariel tu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience