Bab 17

Romance Series 185331

Raihana turun bersama ariel selepas siap sahaja membersihkan diri . Kerusi meja ditarik perlahan sebelum punggung dilabuh di situ . Manakala ariel berada disebelahnya .

"Bila balik rumah mak ngah ?" soal puan zaimah tatkala melihat anak dan menantunya sudah berada di depan mata .

"Sekarang ni dah mama bukan mak ngah ." raihana menjawab dengan wajah kosong . Puan zaimah gelak palsu .

"Mama lupa pulak ." puan zaimah senyum kelat . Manakala encik zamarul sekadar memerhati .

"Petang ni raihana balik sana ." balas raihana bagi menjawab soalan mamanya yang tadi . Ariel sekadar senyum .

Puan zaimah dan encik zamarul hanya akur .

"Ariel ," tiba-tiba suara encik zamarul memanggil nama menantunya . Ariel segera memandang ke arah encik zamarul apabila namanya diseru .

"Ye , pa - papa ." ariel menjawab dengan gugup . Sebenarnya lidah dia belum biasa untuk memanggil encik zamarul dengan panggilan itu . Namun dia harus belajar dari sekarang .

"Sekarang ni ariel dah bergelar suami kepada raihana , jadi papa mintak dekat ariel untuk jaga raihana dengan baik . Papa tak nak ariel libatkan raihana dalam masalah ariel dengan tunang ariel . Tolong jangan sesekali sakiti hati raihana , dia dah banyak merana . So papa mintak ariel hindarkan diri raihana dalam masalah ariel ." ujar encik zamarul panjang lebar . Itu yang dia harapkan selama ni , dia betul-betul merayu akan ariel supaya menjaga anaknya dengan lengkap .

Raihana pandang ariel dengan wajah redup . Ditahan airmata supaya tidak mengalir di pipi .

"Baik , ariel takkan libatkan raihana dalam hal ariel . Inshaallah ariel akan jaga raihana dengan ikhlas ." balas ariel sambil mengangguk beberapa kali .

Raihana sedikit terharu dengan kata-kata ariel . Pelan-pelan kepala ariel terhala memandang ke arahnya . Sama-sama berlaga mata dengan lama sehingga lah ..

"Ariel pergi kerja dulu . Takut jalan jammed pulak ." pantas ariel bangkit dari kerusi dan berlalu menyalami tangan encik zamarul dan puan zaimah .

Raihana terkebil-kebil memandang ariel . Namun kejutan yang dia dapat menyentakkan hatinya tatkala ariel menyentuh kepalanya dengan lembut sebelum lelaki itu berjalan meninggalkannya di ruang meja .

Raihana terasa serba-salah apabila tak menyalami tangan suaminya . Dengan perasaan berani , raihana bangun dari kerusi dan berjalan ke arah pintu utama .

Dia berdiri di hadapan ariel yang sedang memakai kasut kerja . Kemudian mata ariel memandang ke arah raihana apabila selesai memakai kasut kerja .

Keningnya jongket memandang isterinya . Raihana kemam bibir , perlahan-lahan tangannya dikeluarkan untuk bersalam dengan suaminya . Ariel pandang tangan raihana yang sudah dihulurkan di hadapannya .

"Nak salam ." raihana menjelaskan perbuatannya . Ariel senyum sikit , pantas tangannya dikeluar dan dengan tak semena-mena tangannya bersentuhan bersama tangan raihana .

Raihana jatuhkan dahinya di kulit tangan suaminya . Selesai salam , mata mereka berlaga seketika .

"Hati-hati ." pesan raihana dengan suara perlahan . Ariel senyum lagi . Kenapa isterinya terlalu comel bila berkelakuan seperti ini ?

Dengan rasa tidak takut , tangan ariel menarik kepala raihana lalu diciumnya dahi raihana dengan sekilas . Raihana terkesima .

"Terima kasih dengan pesanan tu . Saya pergi dulu ." ariel senyum lebar sebelum langkahnya menuju ke arah kereta .

Tak berkelip mata raihana memandang susuk tubuh ariel yang sedang menuju ke arah kereta . Kenapa ariel berbuat demikian ? Bukan ke kami kahwin hanya disebabkan pertolongan ? Bukan sebab cinta ? Tapi kenapa ariel layan aku macam ni ?

Raihana terdiam seketika .

******

"Gosh !" bibir diketap geram . Bagaikan ada kaca yang menusuk hatinya ketika ini . Bella menahan rasa . Apa yang dia baca sekarang ni betul-betul buat dia rasa sakit .

Ariel kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan dia ?! Bella tahan sebak .

Dia betul-betul tak sangka yang ariel sudah berkahwin dengan orang lain . Buktinya , video yang disebarkan dalam instagram benar-benar berlaku di matanya . Sekarang video itu sudah mencecah sejuta , dan banyak comment-comment yang negatif dia dapat .

Bella kemam bibir menahan diri . Dicuba kawal diri untuk tidak berbuat sebarang masalah .

Tiba-tiba .

"Bel !!!!!!!" seorang lelaki yang bersuara lembut menghampiri bella . Oh ya ! Sebenarnya mak nyah . Juru solek bella yang terkenal .

Bella segera menyeka airmata yang cuba mengalir di tubir mata supaya dapat mengelak dari sherry aka shahril . Wajah tenang ditayang .

"What ?"

"You tahu tak ! Tunang you dah kahwin dengan orang lain ." tercungap-cungap sherry kelihatan apabila berlari yang ingin mendapatkan bella di hujung meja bulat . Nasib baik mereka dan habis shooting .

"You merepek apa ni sherry ? You ni suka sangat tengok gossip yang bukan-bukan kan ?" bella kawal wajah .

"No ! I tak tipu lah . Takkan you tak tengok dekat instagram ? Dah kecoh kut yang tunang you kahwin dengan perempuan lain . Oh my god kesiannya you ." sherry keluh perlahan .

Bella tahan rasa .

"You jangan percaya dengan spekulasi zaman sekarang ni . Banyak haters ariel dekat muka bumi ni okay . Its nonsense ." bella bangun dari kerusi dengan wajah tegang . Siap-siap mahu balik . Dia tak ada mood sekarang ni !

"Bella ! Takkan you tak tahu yang video perkahwinan ariel dah tersebar ?" sherry seakan-akan mencucuk bella ketika ini .

"Stop it ! I don't want to hear anything from your mouth ." bergema suara bella memarahi juru soleknya . Terdiam sherry dibuatnya .

Bella tahan airmata . Segera dia melangkah keluar setelah beg tangan dicapai kasar . Sherry pandang susuk tubuh bella yang sudah menjauh .

******

Bella memberhentikan kereta apabila lampu merah mula menyala . Tangan mencengkam stereng kereta dengan kuat . Wajahnya sudah berubah bengis . Terbayang-bayang video ariel di benak fikirannya . Bella menitiskan airmata dengan laju .

Terhenjut-henjut bahu bella . Dia betul-betul kecewa dengan ariel , takkan disebabkan dia tak bersedia , terus ariel mahu melanjutkan perkhawinan bersama orang lain ? Sampai macam tu sekali ke ?

Bella menunduk kepala bersama tangisan . Ditumbuk stereng kereta dengan kuat sambil mengacip gigi . Dia betul-betul sakit hati . Sesak nafas bella dibuatnya .

Pin pin pin !

Bella tersentak tatkala terdengar bunyi dari arah belakang . Pantas kepalanya naik memandang trafic light yang sudah berubah warna hijau . Tanpa berlengah masa , bella segera menekan pedal minyak dengan laju . Airmata masih bermain di pipi tanpa dikesat .

Dia perlu berjumpa dengan ariel sekarang ! Dia mahu penjelasan ! Dia mahu kebenaran ! Dia mahu semuanya !

******

Bella menolak pintu ariel dengan kasar . Anak mata menikam wajah tunangnya yang sedang melakukan kerja di hujung meja . Dengan langkah perlahan bella mendekati ariel .

"Explain .." dengan lemah bella meminta . Tenaganya betul-betul habis .

Ariel kemam bibir sambil menghela nafas .

"Siapa benarkan you masuk dalam office i ?" mendatar suara ariel bertanya . Dipandang wajah bella yang sudah basah lencun itu .

"I tunang you . secretary you tak ada hak nak larang i . Now i want an explanation ." bergetar suara bella . Airmata sudah keluar dengan berjela-jela . Ariel pandang wajah bella dengan lama .

Ketika ini ariel terasa buntu . Hatinya tak tenang melihat bella menangis di hadapannya . Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi dan menghampiri bella yang sedang berdiri dengan wajah tegang .

"You mesti dah tahu hal sebenar kan ?" ariel menyeluk tangan ke dalam kocek . Anak mata merenung bella .

"Siapa perempuan tu ? Tell me ?!" bella tak tahan , terus dia menjerkah ariel . Lelaki di hadapannya kini betul-betul menguji tahap kesabarannya .

"Dia tak ada kena-mengena dalam hal kita . Jangan libatkan dia ."

Bella senyum sinis dengan rahang yang bergerak-gerak .

"What ?! Tak ada kena-mengena ? You lupa ke you siapa pada i ? You are my fiancée and I have a right to know who's that girl !" bahu ariel ditumbuk dengan rasa sakit . Tersedu-sedu bella menangis dihadapan ariel . Langkah ariel sedikit kebelakang .

Ariel pandang bella yang sedang menangis teruk dihadapannya .

"I'm sorry . I've made the decision . I want to break our engagement ."

Tangisan bella terhenti . Anak mata memandang ariel dengan pandangan terkejut . Nafas bella kini tidak tentu arah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience