Bab 46

Romance Series 185331

Raihana pandang ariel yang melangkah masuk ke dalam kamar tidur mereka . Entahlah , bila sahaja mata terpandangkan wajah lelaki itu , buatkan raihana diserang rasa serba-salah . Kalau lah kaki aku tak gatal nak pergi tempat lain , mesti rantai tu masih melekat pada leher aku .

Ariel menghampiri raihana dan berlabuh punggung di tirai katil . Satu senyuman pendek terukir dibibirnya . Raihana pandang nak tak nak .

"Awak dah okay ?" ariel menyoal lembut , tangannya menangkap pergelangan tangan isterinya lalu disulam dengan jemarinya . Raihana hanya biarkan .

Raihana diam membisu . Hanya sepi yang membalas jawapan ariel . Ariel tersenyum pahit , nampaknya raihana masih tertekan dengan kejadian pagi tadi .

"Saya tahu awak sayang dengan rantai tu . Tapi awak janganlah seksa diri awak sampai tak nak sentuh makanan . Saya tak nak isteri saya sakit , saya tak nak isteri saya tertekan . Saya risau kalau awak terus-terusan macam ni ." ariel ketatkan lagi pegangan tangan mereka . Raihana pandang ariel dengan mata basahnya . Hidung dan wajah sudah kemerahan dek menangis yang terlalu melampau .

"Rai , saya tak boleh nak buat apa-apa . Saya tak dapat nak selamatkan rantai tu , saya hanya risaukan awak je waktu tu . Saya tak nak kehilangan awak rai , sebab tu bagi saya rantai tu tak penting , tapi yang penting adalah awak . Kalau awak sayang sangat rantai tu , esok kita cari , mana tahu ada dekat celah batu-batu ?"

Riak wajah raihana sedikit berubah . Ariel ajak cari rantai tu ?

"Awak pasti ?" suara raihana keluar dengan perlahan . Ariel tersenyum sikit apabila raihana mula keluarkan suara .

"Mana lah tahu tiba-tiba tuhan nak temukan awak dengan rantai tu ." ariel mengangkat kedua keningnya ke atas . Raihana ukir senyuman payah .

"Betul ni esok kita pergi sana ?"

Ariel ketawa kecil .

"Tengok lah kalau awak nak pijak lagi tak dekat sana ."

Pap ! Raihana terus pukul bahu ariel . Kan dah mendapat ! Aku betul-betul dia main-main pulak ! Ariel ketawa .

"Okay-okay sorry ." ariel membuat gaya tangan meminta maaf . Dari gaya tangan ariel itu buatkan raihana turut ketawa . Mengada !

Ariel sembunyi senyuman , dalam hati ariel bersyukur kerana dapat melihat ketawa raihana . Rasa gelisah kalau raihana asyik tayang wajah ketat . Tapi sekarang alhamdulilah , dengan cara pujukannya akhirnya raihana kalah .

"Makan jom ." ariel angkat kening beberapa kali . Ketawa raihana terhenti , perlahan-lahan dia tersenyum . Mesti ariel belum makan , nak tunggu aku mungkin ?

Raihana hanya angguk kepala . Ariel ceria melihat jawapan isterinya . Akhirnya ..

"Nak saya bawak makanan ke atau makan dekat dapur ?" sepasang anak mata itu merenung seraut wajah lemah isterinya .

"Makan dekat dapur ." balas raihana perlahan .

"Okay jom ." ariel bangun dari katil , tangannya sudah dihulur ke arah raihana tanda-tanda ingin menyambut pegangan tangan gadis itu . Raihana ketawa kecil . Ariel memang selalu menceriakan hatinya . Ya Allah sayangnya dia pada aku .

Raihana sambut tangan suaminya dan dia mula bangkit dari katil . Mereka berpegangan tangan sambil berjalan keluar dari kamar . Dapur dituju .

Perlahan-lahan kerusi ditarik ariel , raihana disuruh duduk disitu . Raihana akur dan hanya memerhati tindak-tanduk suaminya yang sedang mencedok nasi bersama lauk-pauk segar .

"Saya nak suap ." raihana berkata perlahan . Hampir terjatuh ariel dibuatnya , terkejut betul dengan permintaan mengejut raihana . Raihana gigit bibir menahan senyum apabila melihat wajah terkejut ariel .

Yelah selama mereka berkahwin , mana ada pernah mereka bersuap-suap . Baru sekarang nak rasa manja-manja . Mengada kan ?

Perlahan-lahan ariel menyuap nasi ke arah mulut isterinya . Raihana nganga dan terus ariel menyumbat nasi serta lauk yang telah dicubit ke dalam mulut kecil raihana . Raihana kunyah sambil mata tak lepas memandang ariel .

"Abang ..." siap ditelan , tiba-tiba raihana menyebut segaris bahasa yang cukup asing ditelinga ariel . Ariel pantas menoleh memandang wajah raihana dengan dahi berlapis-lapis .

"Sayang panggil apa tadi ?"

Raihana tahan senyum .

"Abang ?" mata bundar kepunyaan raihana meragut hati ariel lagi sekali . Reaksi dari wajah raihana benar-benar buat ariel tak tenang . Dengan panggilan menggoda pulak tu !

Ariel senyum payah . Rasa malu mula menyerang dirinya . Ah ! Pipi ariel membahang .

"Err ... okay !" ariel terus suap makanan ke dalam mulut isterinya lagi sekali . Melihatkan wajah berona merah dari ariel buatkan raihana senyum .

Comel !

Haih ariel , kalau rantai tu yang hilang mungkin saya boleh menangis sehari sahaja . Tapi kalau awak yang hilang , saya rasa mungkin saya akan jadi gila ?

******

"Jumpa tak ?" dahi ariel berkeruh memandang raihana yang sedang mencari rantai pada celah-celah batu . Raihana angkat pinggang dari membongkok , wajah ariel dipandang .

"Tak ," nada suaranya berbunyi sedih . Ariel mengeluh seraya mendekati isterinya . Tangan raihana dicapai lalu digenggam .

"Mungkin dah hanyut sayang . Kita dah tak dapat nak jumpa rantai tu lagi ." ujar ariel berbaur sedih . Raihana gigit dinding pipi seraya mengeluh hiba .

"Sayangnya ... dah lah ada nama kita dekat situ . Kenapa lah berat hati saya nak biarkan rantai tu pergi ." balas raihana , sesekali matanya memandang air terjun yang mengalir laju . Haih ! Bila teringat pasal semalam , rasa sakit dihati memang tak boleh nak ditahan . Rasa nak menjerit satu dunia .

"Sayang ... benda yang dah lepas kita kena lupakan . Mungkin ada hikmah , dan mungkin juga Allah nak kita belajar dari kesilapan ." tutur ariel penuh makna . Raihana senyum sikit sebelum tangannya naik memegang pipi ariel .

"Saya mintak maaf , sebab tak dapat jaga rantai yang abang bagi ." ujar raihana meluahkan rasa menyesalnya . Panggilan 'awak' jugak sudah berubah kepada 'abang' . Mungkin dah tiba masanya dia panggil ariel dengan sebutan begitu . Kan manis bunyinya !

"Satu yang hilang , beribu-ribu rantai yang abang boleh bagi pada sayang ." ariel senyum bangga seraya merapatkan dahinya pada dahi raihana . Raihana ketawa , berlagak !

"Abang , saya rasa nak makan mee ketam lah . Dekat mana ada jual mee ketam eh ?" raihana lambat-lambat bertanya malu . Ariel kerutkan dahi .

"Teringin ke mengidam ni ? Atau jangan-jangan -"

"Ish !" raihana jegilkan biji matanya ke arah ariel . Nak cakap aku mengandung lah tu ! Asal mengidam je kata mengandung , ah mengarutnya !

"Dahtu ? Betul lah apa abang cakap , kalau orang perempuan ni teringin nak makan sesuatu mesti dia dah -"

"Dah apa ? Mengandung ? Ah merepek ! Saya dari semalam lagi teringin nak makan benda tu . Takkan tu pun nak kata mengandung ? Abang ni merepek lah !" potong raihana laju . Dia berpeluk tubuh sambil menjeling manja .

Ariel mencebik .

"Yelah , gurau sikit tak boleh ? Entah-entah hormon kehamilan tak ?" ariel lagi sekali bergurau . Tak cakap banyak , raihana terus mencubit lengan sasa suaminya . Ariel mengadu sakit .

"Ok-ok , abang gurau . Sakit sayang !"

Raihana lepaskan cubitan tersebut . Jelingan maut raihana menyapa pandangan raihana , sengihan terukir di bibir ariel .

"Ok-ok , dah jom . Abang tahu dekat mana jualnya mee ketam tu ." dengan selamba pinggang ramping isterinya dirangkul erat . Raihana senyum sikit , haih macam-macam perangai !

******

Bella merengus geram apabila melihat gambar-gambar kemesraan ariel dan isterinya yang baru di update sebentar tadi . Kelihatan ariel dan raihana sedang menikmati mee ketam dengan senyuman tak lekang dibibir . Bella mengacip gigi .

"Kau boleh bermesra-mesra tanpa aku ye ariel , kau memang jantan tak guna ! Kau tunggu lah nasib kau ." nafas bella tak tenteram . Mahu sahaja dia serang bini si ariel tu ! Dasar perempuan murah ! Hak aku jugak yang dia nak , dah pupus ke jantan dekat luar sana tu ?!

Argh ! Tubuh belakangnya terus bersandar pada kerusi . Dijeling fresh orange di depan mata . Mood down !

"Woo woo ... asal muka masam ketat je ni ?" seorang jejaka yang berumur 27 tahun itu muncul tanpa disedari bella yang tengah menayang wajah ketat . Bella tidak terkejut dengan kehadiran lelaki itu , dia hanya memberi reaksi malas .

"Nothing ..." bella membalas pendek . Pantas bella tegakkan tubuhnya kembali , memandang jamil dihadapan . Jamil , atau yang bernama penuh jamil kamarudin . Dia merupakan pengarah drama Melayu yang diadaptasi daripada novel . Dikira pengarah yang terkemuka jugak lah . Banyak lah jugak bella berlakon dalam drama arahan jamil ni .

"Ada apa you nak jumpa i ?" mata bella merenung bebola mata lelaki yang hanya tua setahun darinya . Bella dan jamil boleh dikatakan rapat jugak lah , well pengarah muda dan kacak kan .

"Okay macam ni bell , sebenarnya i ada job untuk you ."

Bella tayang wajah kosong .

"I nak ambil you jadi heroin dalam drama yang akan datang minggu depan . Drama tu akan mengganti drama yang akan tamat tak lama lagi . So i dah fikir , i nak take you jadi heroin dalam drama i minggu depan . So you terima ?" ujar jamil penuh bersungguh . Bella meraup wajah , entah kenapa dia rasa macam tak ada semangat nak berlakon .

"Siapa hero dia ?" bella menyoal acuh tak acuh . Jamil sudah tersenyum .

"Ofkos lah farhan aidin !"

Wajah bella berubah . Terus dia ketuk meja dengan kuat , terkejut jamil dibuatnya . Dipandang mata helang bella ketika ini .

"Why bella ?'

"I decline the offer ! And i won't accept correlated with farhan !" bella bangkit dari kerusi dan lekas berlalu pergi dengan keadaan amarah yang tinggi . Sudahlah dia tengah badmood dengan kemesraan ariel bersama raihana , boleh pulak si jamil ni sebut nama lelaki yang aku tak suka ! Memang naik angin betul !

Jamil melopong .

"Eh bella tapi -" jamil mengeluh panjang . Aduhaii masalahnya si farhan tu dah terima tawaran aku ! Mana aku nak cari heroin lain pulak ni !

Masalah betul !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience