Bab 57

Romance Series 185331

"Hai bie ! I miss you so much !" bella cuba merangkul leher bekas tunangnya , namun tindakan dari ariel lagi cepat dari bella . Di tepis kasar tangan putih gadis itu .

Bella menjeling . Jelas wajah ariel menunjukkan yang dia tiada masa untuk melayannya . Ariel dingin sekali , langsung tiada secalit senyuman di bibir . Dengan hati yang sebal , bella melabuhkan punggung disebelah ariel . Wajah tampan ariel yang sedang menghala ke arah tasik dipandangnya .

Kenapa lah ajak aku jumpa dekat tasik ?! Tak ada tempat lain ke ?! Dah lah panas !

"Aku tak ada masa nak layan kau bella . Aku nak kau jelaskan semuanya pada semua orang yang anak tu bukan anak aku !" tak cakap banyak , ariel terus membuka mulut . Matanya sengaja tidak memandang wajah bella . Entah , dia rasa benci sangat nak pandang wajah gadis itu .

Bella ketawa payah . Nafasnya sudah tak tentu arah .

"Dah terbukti yang anak ni anak you ariel . Apa lagi masalah you ? Kenapa you masih nak menang ? You kena bertanggungjawab atas apa yang you dah buat dekat i ." bella menjawab dengan yakin . Hanya ini sajalah peluang dia untuk miliki hati ariel . Dan dia sangat berharap supaya ariel ceraikan isterinya dengan cepat !

"Apa yang aku dah buat dekat kau hah ?! Cuba kau bagitahu aku celah mana aku sentuh kau ?" ariel terus pusing pandang bella . Bella sedikit gugup dengan pandangan helang ariel . Dia nampak kebencian di mata lelaki itu .

"You ... you memang ada sentuh i pun . Takkan you dah lupa malam tu ? You sebenarnya memang sengaja buat-buat lupakan ariel ? You sebenarnya nak lari dari masalah supaya kesalahan tu nampak dekat i je !" bella membuat andaian sendiri . Wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin .

Ariel meraup wajah dengan kasar . Sah ! Perempuan ni memang gila ! Malam bila pun aku tak tahu lah ! Ergh , stres !

"Please bella , tolong jangan besarkan masalah . Kita dua dah tak ada apa-apa hubungan lagi ! Tolong lah jauh daripada aku . Aku cuma nak hidup bahagia dengan isteri aku je ! Hanya dia sorang kau faham ke tak ?!" ariel menengking . Urat-urat lehernya mula kelihatan . Itu tanda-tanda yang dia benar marahkan bella .

Bella ketap bibir .

"Sampai bila-bila pun you milik i ariel ! Takkan ada siapa yang boleh pisahkan i dengan you . Selari mana pun you dari i , i akan tetap cari you sampai lubang cacing !"

"Ya Allah bella ! Masalahnya sekarang aku tak pernah buat kerja yang tak senonoh dekat kau , kau faham ke tak ?! Berapa kali aku nak cakap , aku takkan sentuh perempuan lain selain isteri aku ! Kau nak aku jadi macam mana lagi supaya kau boleh faham dengan keadaan aku ?" ariel hentak kaki dengan kuat . Geram sungguh dia melihat bella sekarang ni . Kenapa lah tak faham-faham bahasa lagi hah ?!

"I nak jadi you milik i . Macam dulu !" bella tayang wajah dingin .

"Kalau kau lelaki , memang dah lama aku tumbuk muka kau . Tapi disebabkan kau perempuan , aku tolak niat aku . Aku masih hormat kau sebagai perempuan . Aku cuma nak kita selesaikan masalah kita secara baik . Jadi tolong , kau bersihkan nama aku . Kau bagitahu hal yang sebenar yang anak tu bukan anak aku . Dan aku yakin , kau sebenarnya tak mengandung kan ?" wajah putih melepak bella dipandang benci . Alah dia tahu sangat agenda utama bella . Bukannya dia kenal bella baru hari ni , dah lama !

"Untuk pengetahuan you , i betul-betul mengandung . Dan i takkan tipu kalau melibatkan anak . Percayalah ariel , anak ni anak you ." mata bella mula bergenang . Tangannya naik memegang bahu sasa lelaki itu . Namun cepat sahaja ariel menolak tangan itu menggunakan bahunya .

"Apa bukti you yang you mengandung ?" ariel bersuara perlahan . Kini lebih elok bahasanya dari yang tadi . Dengan pandangan tajam dia memandang wajah cantik bella . Tanpa menunggu lama , bella mengeluarkan gambar ultrasound scan bayi seraya menghulurkan kepada ariel . Sama seperti yang dia lakukan sewaktu dia bersama raihana .

Ariel pandang lama sebelum tangannya menyambut huluran itu . Ditatap tanpa percaya .

"Ariel i dah kotor .. i tak macam dulu lagi . Percayalah anak ni , anak you ." airmata yang pada mulanya hanya berkolam , kini jatuh menyembah pipi . Entah kenapa dia menjadi sebak bila teringatkan kejadian hitam itu . Serta-merta bayangan farhan muncul di ingatannya . Namun cepat-cepat dia usir bayangan kejam itu .Dipandang wajah bengis ariel .

Ariel membalas pandangan itu dengan sukar . Dia rasa , ada bayang-bayang seseorang yang berada dalam mata bella . Sepertinya ada seseorang yang telah hancurkan hidup bella . Tapi siapa ?

Sekeping gambar ultrasound scan bayi diletak tepi bella . Dia kembali memandang wajah bella .

"Jadi selama i pernah bertunang dengan you . You dah kotor ? Macam tu ke ?" tebak ariel tiba-tiba . Wajah bella berubah pucat .

"Memang ... tapi semua tu perbuatan you . You je yang lupa ."

Ariel ketawa dibuat-buat .

"Lillahi ta'ala . Aku berani sumpah yang aku bukan lelaki tu . Aku takkan sanggup hancurkan martabat seorang wanita hanya semata-mata kepuasan nafsu . Aku yakin , ada lelaki lain yang sentuh kau kan ? Jujur bella , jangan kau pergunakan aku !" anak mata ariel menikam tajam wajah bella . Jelas wajah bella kelihatan gelisah .

Dia farhan ariel ! Dia farhan ! Dia lah yang hancurkan mahkota i yang selama ni i jaga untuk you . Tapi dah hilang buat selamanya !

Airmata bella jatuh lagi . Hanya mampu terluah di hati . Dia masih cintakan ariel , dan dia tak sanggup nak pecahkan rahsianya kepada ariel . Dia masih perlukan ariel .

"No ! Laki tu adalah you . Cukup lah you berpura-pura selama ni ariel . Walau macam mana sekalipun , kita tetap akan nikah ! Dan yang pastinya , you akan ceraikan isteri you demi i !" ujar bella dengan yakin . Sikit pun tiada riak wajah serba-salah . Dia memang benar-benar mahukan ariel , dan dia tak mahu raihana berada dalam kehidupan dia bersama ariel .

Ariel gigit dinding pipi . Bella memang mencabar kesabarannya !

"Okay , kau main-main dengan aku bella . Aku akan cari siapa dalang disebalik masalah kau ni ! Aku akan buktikan yang aku tak bersalah . Dan yang pastinya , aku takkan lepaskan isteri aku sebab dia cinta pertama dan akhir aku . Sampai mati pun nama dia masih terukir dekat hati aku . Kau jaga anak kau elok-elok , berubah dan jangan terlalu ikutkan perasaan . Cinta tak membawa ke mana pun bella . Akhir penghujungnya tetap ke akhirat . Kita cuma manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan ." tutur ariel panjang lebar . Tanpa sedar ada airmata yang menitis di pipi ariel .

Mungkin airmata yang membuktikan bahawa cinta dia pada raihana tak pernah hilang . Sampai saat ni , dia masih cintakan gadis itu . Sampai selama-lamanya .

Bella pandang ariel lama . Dia juga turut menitiskan airmata sebelum matanya menangkap susuk tubuh ariel yang sudah bangkit dari kerusi . Ariel mengorak langkah tanpa pedulikan bella yang masih menangis sendirian .

"Kenapa kau susah sangat nak cintakan aku balik ?" gumam bella perlahan dengan perasaan sebak . Dipandang kelibat ariel yang semakin jauh .

******

"Terima kasih pak long sebab sudi tolong rai ." raihana senyum segan . Dipandang wajah pak longnya iaitu merupakan abang sulung kepada papanya . Pak long yang diberikan nama zarul jugak mempunyai sebuah resort yang bernama the legend cherating beach resort . Dimana terletaknya di cherating pahang .

Zarul pandang anak sedaranya yang tersenyum nipis di hadapannya . Gaya seperti macam ada masalah pun ada ni . Tapi rasa ringan sangat mulut ni nak bertanya .

"Ala , tak payah nak berterima kasih sangat . Daripada rai pergi resort lain , baik rai datang resort pak long . Free of charge je .." jawab zarul seraya membalas senyuman raihana .

Raihana senyum sahaja sebelum matanya menghala memandang ke arah pemandangan indah yang membentangkan laut biru di hadapannya . Zarul memandang raihana dari tepi . Wajah itu jelas kelihatan keruh .

"Rai okay ke ? Kenapa tak datang dengan suami ?" zarul menyoal raihana yang jelas sangat tampak bermasalah . Raihana kalih pandang zarul . Satu senyuman payah menghiasi bibirnya . Perlahan raihana gelengkan kepala .

"Rai okay lah . Suami rai kerja , dia sibuk . Sebab tu rai mintak izin nak cari ketenangan . Alang-alang pak long dah ada resort sendiri , senanglah rai nak bercuti ." balas raihana dengan penuh mereka cerita . Bagi dia , biarlah rahsia . Dia tak nak masalah dia sampai ke telinga pak longnya . Tak perlu lah sampai nak agih-agihkan cerita dekat orang lain , walaupun zarul jugak ahli keluarganya .

Zarul senyum nipis . Entah kenapa dia berasa berlainan pada wajah anak sedaranya . Takkan lah sanggup cuti sendiri ?

"Apa lah rai ni . Orang lain ajak suami pergi honeymoon , tapi rai cuti sorang-sorang dekat sini . Tak rindu ke suami rai nanti ?"

Raihana ketawa dibuat-buat . Bukan ariel je rindu , tapi rai pun rindukan dia pak long . Satu keluhan kecil keluar di bibirnya .

Soalan pak longnya dibiar tanpa membalas .

"Ni mengeluh asal pulak ?" zarul menyoal apabila melihat raihana sekadar mengeluh dengan jawapannya . Pantas raihana geleng .

"Tak ada apa lah pak long ." dalih raihana cepat-cepat .

"Ni tak apa lah . Pak long ada kerja sikit , kalau rai nak apa-apa mintak dengan pekerja dekat sini okay . Jangan risau diorang semua bagi layanan yang mantap !" cakap zarul yang tidak mahu menanya melebih-lebih dalam urusan rumahtangga anak sedaranya . Raihana hanya ketawa seraya mengangguk kecil .

Dalam banyak-banyak pak sedara yang dia rapat , hanya pak long zarul sahaja yang dia selesa . Pak su dia hanya layan-layan macam tu je , mungkin sebab tak selalu jumpa ? Dalam belah mamanya pulak , mak ngah aisyah yang menjadi keselesaannya , mungkin kerana mamanya hanya mempunyai satu adik sahaja ? Campur pulak dengan mamanya , hah jadi dua adik-beradik .

Dan keseluruhan sepupunya , semua lelaki dan hanya dia sorang sahaja perempuan ! Pelik kan ? Eii rimas ! Nak berkawan dengan sepupu sendiri pun jadi tak selesa , hah alamatnya terlajak kahwin dengan sepupu sendiri . Bagus rai , haih !

Raihana senyum sendiri . Rindu abang ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience