Bab 67

Romance Series 185331

"Koma ? Macam mana boleh jadi macam tu ?" kata-kata itu mula terpacul di bibir mulut raihana . Dia mengerut kening sambil memandang wajah suaminya .

Ariel gigit dinding pipi . Dibalas pandangan isterinya yang masih belum tahu cerita sebenar .

"Abang .. saya tanya ni . Kenapa bella boleh koma ? Apa yang dah jadi dekat dia hah ?" raihana goncang lengan suaminya . Wajahnya berubah ke arah memaksa .

"Ye ye abang bagitahu . Jangan lah goncang lengan abang ni !"

Raihana mencebik .

"Bella koma sebab . Sebab dia . Dia accident ."

Terbuntang luas biji mata raihana apabila ariel menjelaskan isu bella . Accident ?

"Kesiannya .. abang tak cuba lawat dia ke ?" raihana menyoal dengan memberi pandangan redup . Ariel dengan selambanya mengangkat kedua belah bahunya .

"Serius ah abang ? Macam tu je abang balas ?" raihana tak puas hati .

"Habis tu . Nak abang balas apa ? Memang abang tak lawat dia pun sejak dua menjak ni . Hati abang masih tak boleh terima dengan perangai dia yang dulu . Disebabkan dia , awak pergi tinggalkan abang !" ariel menjeling sekilas wajah raihana .

Aci tak kalau aku hempuk kepala ariel ?

"Apa abang ni . Setiap manusia pernah melakukan kesilapan , jadi jalan yang terbaik ialah taubat nasuha . Mungkin dia dah insaf ? Abang tak boleh ungkit kisah lama dia . Kita kena maafkan kesilapan dia ." ujar raihana bersungguh-sungguh . Memang lah sebab bella aku tinggalkan ariel , tapi aku buat semua tu sebab nak diorang selesaikan masalah ni . Tapi tak sangka pulak si ariel ni belum boleh maafkan bella .

"Macam mana abang nak maafkan dia kalau setiap kali abang teringatkan perbuatan dia yang menyakitkan hati tu ?" ariel menyoal sambil mengangkat kening beberapa kali . Raihana menjeling .

"Abang jangan lupa eh , abang pun pernah buat salah dekat dia ." jari telunjuk raihana tepat menunding ke arah ariel . Ariel buat muka tak bersalah .

"Apa yang abang dah buat ?"

"Abang sakitkan hati dia . Abang mainkan cinta dia . Abang kahwin dengan perempuan lain sedangkan waktu tu abang bertunang dengan dia . Kira perbuatan salah jugak lah tu kan ?" raihana tayang wajah berlagak .

"Eh tapi perempuan tu awak . Jadi awak pun ada kena-mengena jugak !" ariel pun tayang jugak wajah berlagak . Raihana bengang .

"Yelah sebab abang kononnya nak gantikan tempat bekas tunang saya dulu . Saya tak salah !" raihana bela diri .

"Tak yang kita nak flashback masa dulu-dulu kenapa eh ?" ariel menyoal sambil berkerut dahi . Raihana tahan ketawa . Comel pulak suami aku ni .

"Ala , nak gurau-gurau pun tak boleh !" raihana tepuk perlahan bahu ariel . Ariel senyum sikit .

"Baby , bila dah keluar nanti jangan ikut perangai mama tau ." ariel tundukkan sedikit kepalanya ke arah perut raihana . Raihana mencebik .

"Eh kenapa pulak ? Perangai mama dia ni cantik tau !"

"Tak cantik pun ?" ariel menjuihkan bibirnya ke bawah . Dia menayang riak wajah selamba .

"Dah lah , abang ni suka tau . Sensitif lah macam ni ." raihana dah menunjukkan tanda-tanda merajuk . Dia berpeluk tubuh sambil memuncung .

Ariel ketawa lepas .

"Eleh tadi nak berdebat sangat ? Kiranya abang menang lah ni ?" ariel tolak bahu raihana menggunakan bahunya . Raihana berdecit .

"Abang jangan macam-macam eh ? Jangan sampai abang tidur luar hari ni ." raihana sudah memberi amaran keras . Wajahnya sudah hilang rasa keceriaan .

Ariel ketawa lagi .

"Amboi , pandai eh nak ugut-ugut orang ? Nak masuk syurga ke nak masuk neraka ?" ariel memberi buah soalan maut . Raihana terus memandang ariel dengan pandangan tajam . Dia mendengus perlahan .

"Abang ni kan ! Ish ! Mestilah nak masuk syurga , takkan neraka pulak !" dengan selamba raihana letak kaki di atas peha sasa suaminya . Perutnya yang memboyot itu ariel sentuh .

Ariel tersenyum lebar melihat tindak-tanduk isterinya . Perut isterinya digosok perlahan . Tak sangka aku dah jadi ayah .

"Abang ..." tak lama kemudian , raihana memanggil ariel . Dada bidang suaminya diusap perlahan . Ariel angkat kening tanda memberi respon .

"Esok kita pergi lawat bella eh ?" raihana kedipkan biji matanya . Sengaja nak cairkan hati suaminya supaya ariel berikan kebenaran .

Ariel mengeluh perlahan .

"Abang beruntung dapat awak . Orang tu dah buat jahat dekat awak , tapi awak still ada niat baik tu . Ni kalau orang lain , nak pandang pun naik benci ." ariel usap perlahan pipi gebu isterinya . Raihana senyum nipis .

"Kita kalau boleh , tak payah lah ada sifat dendam tu . Tak baik , Allah tak suka . Saya kan nak jadi isteri yang solehah ?" raihana senyum manis sambil mengedipkan lagi biji matanya . Ariel ketawa halus .

"Yang gedik sangat nak kelip kan mata tu kenapa eh ?" ariel menyoal sarkastik . Raihana sengih .

"Entah , mata ni asyik nak menggatal je dengan abang ." tangan raihana naik ke muka ariel sebelum di sentuh perlahan . Ariel menjadi tak keruan .

"Abang ...." sengaja raihana meleretkan panggilannya .

"Ye ?"

"Boleh eh , kita pergi lawat bella esok ."

Ariel berdecit . Ingatkan apa lah tadi .

"Yela . Kita pergi ." ariel senyum sikit .

"Yes ! Terima kasih abang ! Tapi ..."

"Apa lagi ?" pantas ariel menyoal . Banyak pulak permintaan dia hari ni .

"Err tak ada apa lah ." raihana sengih . Tak jadi pulak aku nak mintak sup ekor , bila tengok muka garang ariel tu .

******

"Assalamualaikum !" raihana senyum lebar tatkala dia melangkah masuk ke dalam perut butiknya . Kelihatan Nurul , fatimah dan iyad sedang berborak sesuatu .

"Walai ..... kumusalam ... ya Allah rai !!!!!" Nurul yang paling excited apabila melihat susuk tubuh raihana menuju ke arahnya . Raihana goyang-goyangkan kedua belah bahunya tatkala melihat Nurul melompat-lompat di hadapannya .

"Bila kau balik ?! Kenapa kau tak bagitahu aku hah ?!" Nurul menekup mulutnya sambil terkinja-kinja dihadapan raihana . Amboi minah ni excited sangat ke ?

Manakala iyad dan fatimah ketawa melihat telatah Nurul .

"Semalam aku balik , hari ni baru aku dapat datang butik . Tu pun aku merayu sepuluh kali dengan ariel ." raihana mencebik apabila teringat kembali rayuan dia kepada ariel . Sejak aku balik ni , mengada nak berkepit-kepit dengan aku .

Raihana dan Nurul segera berpelukan .

"I miss you so much lah !" luah Nurul setelah pelukan dileraikan . Raihana senyum nipis .

"Wau , dah besar lah perut puan rai ." fatimah mencelah sambil-sambil matanya memerhati perut raihana yang semakin membesar . Raihana gelak sikit .

"Boss kita tengah sarat mengandung pun still mengada-ngada nak datang butik kan ?" Nurul menjuihkan bibirnya ke bawah .

"Eh mestilah , nak check korang punya kerja . Mana tahu ada yang makan gaji buta ?"

"Ala , kau boleh je tengok kat CCTV kan ?" nurul jongket kening sikit .

"Aku nak datang butik sendiri pun salah ke ?" raihana menyiku lengan Nurul . Nurul diam tidak membalas selepas itu .

"Ke kau takut aku kacau date kau dengan iyad ." raihana mengerling iyad sekilas yang tersenyum-senyum malu . Nurul pantas menjegilkan biji matanya ke arah raihana .

"Kepala hangguk kau ! Dah lah , banyak pulak merepek dia ni ." nurul mencebik . Dia bukan apa , dia tak nak kata-kata raihana buatkan iyad taruh hati padanya . Kalau boleh , dia tak nak sakit hati buat kali kedua . Cukup lah izad dah tinggalkan dia .

"Eh tapi kan , cik nurul dengan iyad ni sesuai lah ." fatimah menyokong .

"Kan .." raihana buat muka tak bersalah . Lagi dia ketawakan Nurul ada lah . Nurul bengang .

"Suka hati korang lah . Malas aku nak ambik tahu ,"

Raihana gelak lagi . Segera tangannya naik menepuk lembut bahu sahabatnya tanda memujuk tatkala melihat wajah muram Nurul .

"Alolo , aku gurau je pun . Dah lah , aku nak masuk bilik jap . Nak tengok berapa tempahan customer ." raihana kenyit mata ke arah nurul sebelum dia menapak ke pintu bilik kerjanya .

"Apa pandang-pandang ?" nurul bertanya kepada iyad apabila dia mula sedar yang iyad yang sedang memandang ke arahnya .

Iyad geleng kepala dengan laju .

"Timah , kau ship aku dengan kawan kau ni . Aku sembelih kau nanti ." nurul memberi amaran keras . Fatimah tahan gelak .

"Okay-okay , tak-tak !"

Nurul menjeling melihat reaksi fatimah sebelum dia menjurus ke arah pintu bilik kerja raihana . Masa untuk kacau minah boyot ! Hehe ..

Nurul membuka pintu bilik kerja raihana sebelum dia melayangkan satu sengihan kerang busuknya . Perlahan-lahan dia menghampiri raihana dan mengambil tempat di hadapan raihana .

"Rai ,"

"Hm ?" raihana menjawab tanpa memandang wajah Nurul , dia sekarang tengah kusyuk pada buku kerjanya . Banyak jugak yang tempah baju pengantin di butiknya .

"Macam mana reaksi ariel bila dia dapat tahu yang kau dah mengandung ?" Nurul angkat kening .

"Marah ." sepatah raihana membalas . Mata tetap memandang helaian kertas di buku .

"Marah macam mana ?" nurul mengerut kening . Minah ni kalau dah fokus dekat kerja mananya nak pandang muka aku ni .

"Marah lah sebab aku rahsiakan benda ni dekat dia ." balas raihana perlahan . Mata tetap fokus pada yang itu .

"Then , korang gaduh ke ?"

"Ha'ah ."

"Wau ! Dah bertegur ke belum ?" nurul semakin rancak .

"Dalam berapa minit je ."

"Berapa minit ?" nurul dengan bengapnya pergi tanya soalan itu pada raihana . Dengan selamba dia tayang wajah selenge tatkala raihana angkat kepala .

Raihana merengus perlahan .

"Kau tu bila nak kahwin ? Sibuk nak tahu pasal rumahtangga orang !" raihana menyindir . Dah nak masuk 25 tahun , dah sesuai sangat cari calon suami .

Nurul mencebik geram . Kurang ajar punya kawan ! Mentang-mentang lah dia dah kahwin , di smash nya aku dengan kata-kata sindir dia tu .

"Amboi , kau ingat aku hadap sangat ke ? Aku cuma nak tahu je . Mana tahu kau bergaduh lagi dengan si malaun tu ?"

"Ala , malaun tu suami aku . Biarla dia . Yang kau ni bila nak pijak pelamin hah ?" raihana angkat kening beberapa kali . Sengaja nak cucuk-cucuk dengan soalan sensitif .

Nurul memuncung .

"Tak ada siapa nak . Aku pun malas nak fikir pasal benda tu . Lagipun aku lagi suka hidup membujang !" nurul sengih . Cukup-cukup lah dia termakan dengan kata-kata manis izad . Dah penat dia bercinta dengan orang yang tak pernah hargai dirinya . Dia tak nak pisang berbuah dua kali , ah gittew !

"Iyad tu , aku tengok macam berkenan je dengan kau . Apa kata kau dengan dia declare sebagai pasangan kekasih ?" bibir merah raihana tersenyum-senyum nakal dihadapan Nurul . Pap ! Terus lengan raihana dihempuk nurul .

"Kau sekarang dah bertudung kan ? Bawak-bawak lah bertaubat ! Jangan menghasut kawan buat perkara yang tak elok . Berkasih-kasihan tu kan harommm !" Nurul berseloroh sambil ketawa mengejek . Raihana ketap bibir .

Dia pulak nak ceramah aku ?

"Dah lah , sakit jiwa aku layan kau ." raihana sudah bersiap-siap bangun dari kerusi . Tawa nurul mati tatkala melihat raihana bangkit dari kerusi .

"Eh kau nak pergi mana ?"

"Aku ada hal . Nanti apa-apa kau call aku eh ?" raihana senyum sikit .

"Hal apa ?" memang perangai nurul ni suka banyak bertanya .

"Aku nak pergi hospital . Lawat bella . Bye assalammualaikum ." segera langkah raihana dipercepatkan . Tak nak ariel menunggu lama di rumah , nanti tak pasal-pasal merajuk lagi mamat tu .

Hilang sahaja kelibat raihana . Dahi nurul sudah berlapis-lapis .

"Hospital ? Lawat bella ? Haih , orang tu dah buat taik dengan kau . Boleh lagi kau nak pergi lawat dia ye rai ? Baik sungguh hati anak pakcik zamarul ni ." gumam Nurul perlahan sambil tergeleng-geleng kepalanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience