Bab 41

Romance Series 185331

"Assalammualaikum ." raihana ucap salam setelah kasut sarungnya di buka . Kemudian dia mendekati fatimah dan Nurul yang sibuk berbincang di meja bulat . Macam ada masalah je dua orang cik kak ni ?

"Walaikumsalam .." serentak Nurul dan fatimah membalas . Wajah manis raihana menyapa pandangan nurul dan fatimah .

"Amboi , borak apa tu ? Nampak macam serius je ?" raihana tersenyum manis seraya berdiri dihadapan Nurul dan fatimah . Beg tangan di letak atas meja bulat sebelum mata kembali menatap wajah dua orang gadis dihadapan .

"Hah datang pun makcik ni ! Asal lambat hah ?" soal Nurul seraya bercekak pinggang . Gaya bercakap macam dia pulak yang boss .

"Jalan jem tadi . Kenapa ? Ada yang tak kena ke ?" kening raihana bercantum rapat .

"Aku rasa kita kena cari pekerja baru lah . Tak cukup tangan kitorang tau . Makin lama makin banyak customer yang datang . Itu pun kalau kau setuju lah ." ujar Nurul memberi pendapat . Wajah kosong raihana dipandang .

"Aku setuju je , kalau benda tu kebaikan untuk butik aku ." raihana senyum manis . Rasanya memang patut dia cari pekerja baru , kesian dekat Nurul dan fatimah . Aku ni kadang-kadang tak selalu datang butik , jadi apa salahnya aku ambil sorang pekerja . Tak lah memenatkan Nurul dan fatimah .

"Kalau macam tu okay lah . Tapi tula , mana pulak aku nak cari pekerja baru eh ?" Nurul sengih seraya menggaru kepala .

"Kalau timah ajak kawan timah kerja kat sini okay tak ? Lagipun dia memang tengah cari kerja sekarang ." fatimah menyampuk seketika . Raihana dan Nurul berpandangan sesama sebelum melorek satu senyuman manis di bibir .

"Hah bagus lah kalau macam tu . Tak susah-susah aku nak cari pekerja lain ." Nurul senyum bahagia . 

"Eleh . Kau tu pemalas !" raihana membidas . Mencebik-cebik bibirnya sambil memandang ke arah kawan baiknya . Nurul melirik manja .

"Yang pemalas ni jugak lah yang tolong kau wahai sara raihana !"

Fatimah ketawa kecil yang duduk ditengah-tengah dua orang gadis yang sedang berceloteh .

"Yela , aku hargainya ." raihana menjeling . Cakap sikit dah mengungkit anak pakcik hassan ni ! Tibai kang !

"By the way , kawan timah tu bila boleh start kerja eh ? Kalau boleh saya nak esok ." raihana menukar topik , pandangannya terarah ke arah fatimah yang lengkap bertudung bawal . Kadang-kala , raihana sering memuji kecantikan semulajadi fatimah . Yela , hanya fatimah sorang sahaja yang memakai tudung . Dia dan Nurul mungkin belum bersedia untuk bertudung ?

"Em ,, balik nanti timah tanya dekat dia . Lagipun dia memang perlukan kerja sangat tu . Tapi ..." fatimah gigit bibir . Rasa bersalah pulak kalau pekerja tu bukan yang diidamkan oleh raihana .

"Tapi apa ?"

Nurul dah pandang pelik .

"Tapi kawan timah tu lelaki hehe ." fatimah sengih kambing . Salah ke kalau lelaki nak kerja dekat butik ? Rasanya tak salah kan ?

"Err pondan ke ?" nurul menyoal dengan wajah keruh . Hampir ketawa raihana mendengar soalan kawan baiknya . Asal lelaki nak minat bidang fesyen je dikata pondan , haih nurul ni .

"Eh tak ! Dia lelaki tulen lah . Cuma dia minat pada benda yang cantik-cantik . Lagipun dia memang gemar dalam bidang fesyen ." jelas fatimah bagi pihak nurul yang kelihatan was-was dengan sahabatnya . Nurul tersengih mendengarnya . Mati-mati dia ingat pondan tadi .

"Oh , kalau macam tu kira jadi lah . Saya tak kisah perempuan ke laki ke janji kerja buat ." raihana senyum sikit .

"Alright puan raihana ." fatimah balas senyuman raihana .

"Err lagi satu . Kalau kawan awak dah boleh start kerja esok , suruh dia jumpa Nurul untuk interview okay . Nurul kau boleh handle kan ?" mata terhala ke arah nurul .

"Boleh , tapi kenapa kau tak nak handle ?"

"Esok aku masuk lewat sikit , sebab tu aku nak suruh kau urus . Boleh kan ?" raihana kelipkan biji matanya .

"Boleh puan raihana ." nurul berseloroh sebelum dia mengekek ketawa . Raihana menjeling , kalau tak sakat aku memang tak sah perempuan ni !

******

Bella menghembus nafas baru sambil mata memandang ke arah balkoni yang berduyun-duyun angin masuk menyapa tubuhnya . Gebar ditarik sedikit ke atas pinggang rampingnya . Terpaksa dia mereput di atas katil disebabkan arahan datin sri zareena . Ikutkan dia nak keluar jumpa ariel , tapi arahan mummy nya lebih penting . Takut kalau dipaksa pergi klinik lagi .

Dia lebih rela bertapa atas katil dari pergi klinik ! Tak pasal-pasal pecah rahsianya dan tak pasal-pasal jugak rancangannya hancur ! Dia tak boleh hidup tanpa ariel , jadi dia harus lakukan sesuatu demi mendapat kebahagiaan bersama ariel .

Sedang dia termenung jauh , tiba-tiba pintunya diketuk dari luar . Bella pusing wajah memandang daun pintu . Siapa pulak yang ganggu aku ni ?

Tanpa memberi respon apa-apa , kelihatan pintu biliknya dibuka dari arah luar . Terpampang jelas susuk tubuh farhan di muka pintu bersama plastik makanan . Bella tayang wajah dingin .

"Boleh i masuk ?"

Bella diam tidak membalas . Dah bukak pintu dah pun , tanya lagi buat apa ?!

Melihatkan bella hanya diam , buatkan farhan melangkah masuk tanpa menutup pintu bilik . Yela , lagipun mereka bukan suami-isteri yang sah . Jadi tak elok kalau berdua-duan dalam bilik , takut nanti apa pulak kata mummy bella .

"I ada belikan nasi ayam untuk you . Mummy you cakap you ada muntah-muntah . Nasib baik i ada call mummy you ." farhan bicara lembut seraya meletak bungkusan nasi ayam di tepi meja kecil bersebelahan katil bella . Farhan labuhkan punggung di tirai katil , jauh sedikit dari bella .

Bella yang sedang bersandar pada kepala katil hanya menyepi . Pandang muka farhan pun tak nak .

"Jom kita pergi klinik nak ? I risau lah kalau jadi apa-apa dekat you ." farhan pandang bella .

Bella diam .

"Bella .."

"Jangan nak berlagak baik lah ." perlahan bella membalas dengan kesat . Menyampah dia dengan farhan ni . Memang suka kacau hidup aku ke macam mana ? Tak habis-habis nak tunjuk baik depan aku !

"Bella i datang sini bukan sebab nak gaduh dengan you tau . Tapi i risau dengan keadaan you . Tak boleh ke you faham i sikit ? I buat semua ni sebab i sayang you . Sampai bila you nak dingin dengan i ? I rindu bella yang dulu ." luah farhan sedih .

"Kalau you sayang i , you takkan buat i macam ni . Dan kalau you nak bella yang dulu , you takkan sentuh i ." balas bella sinis . Satu jelingan maut dilempar kepada farhan . Cakap macam bagus je dia ni ! Tak sedar ke yang dia dah kotorkan aku ?

"Bella , i akui yang i salah . I dah buat you benci i . Tapi takkan you tak boleh nak bagi peluang kedua untuk i ? Salah ke i nak perbetulkan balik keadaan kita ?"

Bella diam mencerna balik kata-kata farhan . Jujur . Bella tak pernah berkelakuan seperti ini dengan farhan dulu , mereka berdua memang nampak sweet kalau digandingkan dalam drama . Tapi disebabkan satu peristiwa , kepercayaan bella kepada farhan hancur begitu sahaja . Bella sangat-sangat benci nak menghadap wajah laki ini .

"Kalau you dah tak perlukan apa-apa lagi dari i . I balik dulu , get well soon bella ." farhan senyum nipis seraya bangun dari tirai katil . Baru sahaja dia mahu melangkah ke arah daun pintu , namanya diseru oleh bella .

"Bila keluar je anak ni . I tak nak you muncul depan dia dan mengaku sebagai ayah dia . I tak nak dia ada ayah yang hipokrit macam you . Faham !" amaran kesat yang keluar dari mulut bella , buatkan farhan terdiam . Tanpa membalas apa-apa , farhan berlalu pergi tinggalkan ruangan bilik bella .

Hilang sahaja susuk tubuh farhan . Bella mengeluh lega , fuh ! Dah blah pun jantan tu . Menyampah aku dengan muka hipokrit dia tu !

******

"Rai ,"

"Apa ?" raihana toleh pandang nurul yang menempel di sebelahnya .

"Semalam aku rasa macam nampak naqif lah . Tapi aku rasa macam tak yakin , yelah sebab dia kan ada dekat Sabah lagi . Tapi aku harap sangat yang dia tak jumpa kau ." ujar nurul seraya mematikan wajah manis raihana .

Sebenarnya dia tak bagitahu nurul lagi yang naqif dah balik KL . Dia risau kalau nurul fikir yang bukan-bukan . Lagipun cara naqif pulang ke KL macam nak rebut balik hati dia , kononnya nak mintak maaf . Kalau nurul tahu niat sebenar naqif , mampus dia kerjakan lelaki tu !

"Aku bukan apa , aku tak suka kalau dia cuba-cuba nak dapatkan kau balik . Mana lah tahu tiba-tiba dia nak kau semula . Jantan macam dia tu kan tamak ." terkumat-kamit bibirnya mengomel disebelah raihana . Raihana sepi tidak membalas , lebih kepada termenung .

"Lagi satu , kau jangan mengada-ngada nak maafkan perbuatan dia yang dulu . Kalau aku dapat tahu kau maafkan dia , nahas kau raihana !" Ah sudah , nurul dah bagi amaran keras tu .

Raihana diam .

"Kau dengar tak ni ?" nurul angkat kening lagak ziana zain . Orang cakap dia boleh buat dunno je ?

"Aku nak keluar kejap ." raihana sudah berura-ura bangkit dari kerusi empuk . Nurul berkerut .

"Kau nak pergi mana ?"

"Aku nak pergi ambil gaun-gaun pengantin dekat tailor hari ni ." balas raihana menuju ke kaunter untuk mengambil beg tangannya .

"Nak aku teman tak ?" nurul mempelawa .

"Tak apa , aku pergi sorang je . Kau dengan timah jaga butik ." raihana senyum seraya berlalu pergi . Nurul mencebik .

"Nak lari lah tu !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience