Bab 39

Romance Series 185331

Berlapis-lapis dahi raihana setelah memerhati tindak-tanduk bella bersama seorang lelaki yang begitu asing baginya . Raihana cuba mencerna kata-kata yang keluar dari mulut mereka , namun sukar untuk dia dengari kerana jaraknya terlalu jauh dari mereka .

Paling dia risau apabila lelaki itu mencuba berbuat kasar kepada bella . Ingin sahaja dia menuju ke arah situ , tapi siapa dia untuk masuk campur hal mereka . Sudahlah bella benci dia , lagi dia nak menyibuk dalam urusan bella . Memang tempah maut namanya .

"Siapa laki tu ?" gumam raihana perlahan sambil memikirkan identiti lelaki asing itu .

******

Raihana keluar dari perut kereta setelah pintu kereta ditutup dari arah luar . Kemudian dia menjurus ke arah butik yang sedang beroperasi sekarang . Alhamdulillah , sekarang butik dia sedang dibaiki supaya dapat kembali seperti dulu . Banyak jugak duit yang perlu dikeluar untuk membayar harga barang yang perlu diganti .

Tapi tula , bukan dia yang bayar semuanya . Tapi ariel . Pernah jugak dia tegah ariel supaya tidak perlu membayar kos pembinaan butik dia , tapi tula kedegilan ariel tidak boleh dipisahkan . Ariel tetap mahu membayar semuanya . Jadi yang mampu raihana buat sekarang hanya diamkan diri . Karang kalau bukak mulut lagi tak pasal-pasal bertekak dengan ariel lagi .

Hari ni dia buat keputusan ingin melawat butiknya . Awal-awal lagi dia dah mintak izin dengan ariel di office tadi . Syukur , lelaki itu bagi dia pergi ke butik . Susah betul kalau dapat suami yang semua nak kena bagitahu hal benda .

"Assalamualaikum bang ucop . " raihana mengucap salam seraya tersenyum manis . Lelaki yang berbadan gempal itu berdiri setelah lama bercangkung sambil menyiapkan pintu butik yang baru .

"Walaikumsalam . Eh puan raihana . Buat apa datang sini ?" lelaki yang bernama ucop itu sedikit terkejut dengan kedatangan raihana ke sini . Raihana ketawa .

"Tak payah lah nak puan-puan . Panggil je rai . Saya datang sebab nak tengok butik je ." balas raihana sopan . Ucop ialah merupakan pekerja yang diupah untuk membaiki kerosakan barang-barang keperluan butik raihana . Bukan dia sorang sahaja , malah ada jugak pekerja yang lain .

Ucop senyum payah .

"Tak biasa lah saya nak panggil puan macam tu . Segan pulak rasanya ." ucop mengeluarkan rasa tidak keselesaannya . Lagipun Raihana sudah bertahun menjadi customer tetapnya . Takkan lah sesuka hati dia nak panggil customer dia macam tu ?

"Suka hati lah abang ucop . Saya tak kisah . Ni butik saya berapa lama lagi nak siap ?" tanya raihana sambil anak mata meliar memandang seluruh segenap butiknya yang separuh siap .

"Inshaallah dalam dua tiga hari ni siap lah . Puan raihana jangan risau , gerenti siap punya ." ucop menyakinkan raihana seraya tersenyum lebar . Raihana membalas dengan senyuman manis . Akhirnya dapat lagi aku bertapa dalam butik aku , aku harap tak ada lagi lah masalah yang datang .

"Terima kasih tau bang ucop . Esok saya datang balik untuk bayar kos pembinaan butik saya . Saya balik dulu . Assalammualaikum ."

"Walaikumsalam ."

Raihana melangkah keluar setelah berbalas salam dengan ucop . Kemudian kakinya menuju ke arah bezza 1.3 miliknya . Punat kunci kereta ditekan sebelum tangannya menarik pintu kereta . Baru sahaja dia mahu membolosi ke dalam perut kereta , tiba-tiba ada satu suara yang cukup dia kenali .

Raihana mengerut kening , perlahan-lahan dia pusingkan tubuhnya menghadap figura tersebut . Di saat anak mata mereka bertembung , bagaikan ada batu yang menghempap dada raihana . Tubir matanya mula berair , jantung dan segala anggota badannya terasa bergetar .

Bibirnya begerak menyebut nama seseorang di hadapan tanpa berbunyi . Sekarang dirinya membeku dihadapan bersama kelopak mata yang berkolam , tinggal nak menitis je . Kenapa baru hari ni dia nak muncul depan mata aku ? Setelah berbulan dia hilang tinggalkan aku dan sekarang dia datang untuk bertemu dengan aku pula ?

"Rai , awak apa khabar ?" dua ulas bibir merah itu tersenyum payah . Raihana tayang wajah tegang tatkala mendengar butir bicara lelaki itu . Apa khabar ? Dia ingat selepas dia tinggalkan aku , aku akan baik dan tersenyum bangga ?

"Rai saya -"

"Stop . Jangan dekat ." raihana memotong percakapan naqif apabila naqif cuba mendekatinya . Bagaikan helang merah mata raihana merenung segenap wajah naqif .

"Kenapa awak muncul ?" soalan itu terpacul di bibir mulutnya . Bergetar rahang raihana ketika ini . Hati dia sungguh menjadi lemah apabila bersemuka dengan lelaki yang dulu pernah dianggap setia . Kini dia berani menunjuk muka dihadapan mata .

Naqif cuba menahan airmata . Baru semalam dia sampai di KL dan hari ni dia buat keputusan ingin berjumpa dengan raihana . Dia tahu , sudah berbulan dia tinggal di sabah atas alasan masih rasa bersalah . Keputusan yang dia buat ini memang tampak begitu susah untuk dihadapinya . Namun dia perlu berempat mata dengan raihana bagi ingin menyelesaikan isu masalah mereka berdua .

"Rai , saya - saya datang sebab nak - nak mintak maaf dengan awak . Saya tahu selama ni -"

"Cukup !" raihana memotong lagi . Tanpa sebarang tindakan , raihana bergegas memasuki ke dalam perut kereta tanpa hiraukan naqif . Dia rasa tak perlu lagi dia mendengar penjelasan dan kata-kata maaf dari naqif . Semuanya dah lepas dan tak perlu diungkit lagi .

Naqif cuba menghalang raihana , tapi gagal apabila raihana tidak mempedulikan panggilannya . Pacuan empat roda itu mula meluncur laju meninggalkan kawasan butik raihana . Naqif menghela nafas berat , dia akui yang raihana masih terluka dengannya . Tapi salah ke dia pulang ke kuala lumpur untuk meminta ampun maaf dari gadis itu ?

Aku tahu , bukan senang untuk rai maafkan kesilapan aku . Untuk aku rawat balik luka dia yang dulu mungkin sukar bagi aku ? Tapi aku takkan mengalah untuk meminta maaf kepada raihana . Mungkin masih ada peluang untuk aku dapatkan hati dia semula ? Mana mungkin ada orang gantikan tempat aku ketika aku pergi tinggalkan raihana ?

******

"Rai ," dua biji mata ariel terhala ke arah isterinya yang sedang menguis nasi . Dari riak wajah raihana kelihatan seperti tak okay . Disebalik wajah cantik itu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang bermasalah .

Raihana tersentak tatkala ariel bersuara memanggil namanya . Perlahan matanya berlaga dengan mata suaminya .

"Are you okay ? Macam ada yang tak kena aje ?" berlapis-lapis dahi ariel memandang raihana yang kelihatan sunyi sepi . Macam tak ada mood pun boleh dikira jugak .

"Saya okay ." senyuman payah terlayar di bibir merahnya . Cukup dia ingin menyedapkan hati suaminya . Dipandang separuh nasi yang tak terusik . Malam ni bukan tak sedap lauk-pauk yang dimasaknya . Tapi tiba-tiba selera makan tu hilang semenjak dia ketemu dengan naqif .

"Betul ni ?"

"Ya betul , saya okay ."

Ariel angguk faham . Tak lama pula , wajah raihana dipandang lama . Dia mula berkira-kira hendak menanyakan soalan ini kepada raihana . Risau jikalau hati isterinya tak selesa .

"Rai ," lambat-lambat ariel memanggil raihana semula .

"Ya ?"

"Dah sebulan kita nikah . Tapi sejak kita pindah , tak pernah pun tidur sebilik . Sampai bila eh kita nak macam ni ?" ariel gigit bibir sambil luah rasa hatinya . Seorang suami inginkan isteri yang berada disampingnya . Sampai bila ariel mahu terusan tidur berseorangan ?

Raihana pandang ariel lama . Kelu lidahnya ketika mendengar luahan hati ariel . Sememangnya dia juga inginkan suami yang seperti di luar sana . Dia tahu ariel mencintainya lebih daripada tu , dan dia tak pernah halang ariel supaya tak cintakan dia .

Cuma dia tak yakin dengan hubungan dia yang sekarang . Dia sedar yang dia isteri yang tak berguna . Tapi dia buntu untuk buat pilihan , sememangnya dia dah boleh terima ariel dalam hidup dia . Tapi bila datang naqif secara mengejut , buatkan dia serabut .

"Saya tahu awak nak yang terbaik dalam hubungan kita . Saya sedar yang saya bukan isteri yang baik . Tapi saya cuma tak yakin dengan diri saya . Saya bersyukur sebab awak layan saya dengan baik , sedangkan saya masih layan awak macam bukan suami saya ." balas raihana perlahan . Selera makan makin hilang , entah kenapa tiba-tiba hati ni jadi sedih pulak .

"Rai , saya bukan nak cakap awak isteri yang tak baik . Tapi saya cuma nak perubahan dalam hubungan kita . Saya sedar , saya banyak buat salah dekat awak . Saya tahu bukan senang awak nak terima saya dengan cepat . Tapi apa salahnya kalau kita belajar ?"

"Ariel , setiap layanan yang awak bagi pada saya . Cukup kasih sayang . Saya terima dengan apa yang awak buat pada saya , saya akui yang dulu saya juga sukakan awak . Saya tahu awak nak perubahan dalam hubungan kita , dan benda tu tak salah pun . Ariel ..." raihana pegang tangan ariel . Ariel sedikit terkejut .

"Saya akan belajar jadi isteri yang awak nak . Apa yang awak mintak minggu lepas , inshaallah saya akan tunaikan ." raihana senyum lebar . Digenggam tangan suaminya dengan erat . Ariel tidak terkata .

"Apa yang pernah terjadi dekat kita dulu , boleh tak kalau kita lupakan ?" raihana pandang ariel lama . Ariel hendak pengsan , sumpah dia sangat gembira dengan corak perbualan raihana . Macam nak lompat tinggi pun ada .

"Awak dah boleh terima saya ke ?"

"Dahtu takkan sampai bertahun-tahun kita nak macam ni ? Lagipun syurga isteri di bawah tapak kaki suami . Saya tak nak lah masuk neraka , takut ." raihana tayang wajah keruh . Hampir ketawa ariel dibuatnya .

"Terima kasih rai , saya hargai apa yang awak buat sekarang . Saya janji , saya takkan mainkan perasaan awak ." kata ariel bersungguh-sungguh .

"Saya kenal awak macam mana . So saya percayakan awak 100% ." raihana sengih kambing . Tanganya masih setia di genggaman ariel . Perlahan-lahan hatinya berbunga-bunga , mungkin dia sedar yang selama ni jodoh dia dengan ariel ?

Ariel senyum bahagia ..

"Rai .."

"Ya ?"

"Boleh tak kalau saya nak panggil awak sayang ?"

Raihana terdiam . Panggil sayang ? Waktu aku dengan naqif pun , jarang si mamat tu nak panggil aku sayang . Ini kalau ariel yang panggil , mahu sepuluh hari aku kurung diri dalam bilik .

"Boleh tak ?" ariel jongket kening .

Raihana sengih payah .

"Errr ... boleh ." raihana malu-malu .

Ariel lega . Mati-mati ingat tak boleh tadi .

"Terima kasih , sayang ."

Oh my god !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience