Bab 10

Romance Series 185331

"Nurul , kalau ada customer yang lain cari aku , cakap aku ada hal okay ." raihana sudah siap-siap memakai beg tangan . Nurul kerut kening melihat tindak-tanduk raihana .

"Kenapa ? Kau nak pergi mana ?"

"Aku ada hal sikit kat luar . Nanti kau dengan timah tolong handle okay ." jawab raihana sambil meminta tolong kepada nurul . Nurul angguk kepala .

"No hal lah ."

"Terima kasih nurul ."

"Sama-sama ."

Lantas itu , raihana menapak keluar dari perut butik . Langkah menuju ke arah kereta , namun kakinya terhenti di sekerat jalan dek akal fikiran yang tiba-tiba muncul teringatkan lelaki mabuk itu .

"Dah lama aku tak nampak laki tu ?" gumam raihana sendirian . Ah buat apa aku nak ingatkan dia pulak ? Buat naik bulu roma aku jelah !

Tanpa berlengah masa , raihana segera mendapatkan keretanya . Tidak ingin membuat orang di sana menunggu ketibaannya .

******

Raihana memberhentikan keretanya apabila kereta miliknya sudah selamat mendarat di pekarangan rumah banglo milik keluarganya . Raihana bergegas masuk ke dalam rumahnya . Pasti naqif dan keluarganya sedang menunggu ketibaannya .

Raihana melangkah masuk , saat kakinya sudah memijak lantai . Keluarga naqif mula memandang susuk tubuhnya . Raihana melemparkan senyuman sebelum dia menghampiri ke ruang tamu .

Tangan puan aminah iaitu ibu kepada naqif disalam raihana . Manakala encik zariff iaitu abah naqif hanya memberi senyuman lebar . Naqif turut diberi senyuman . Selepas itu , raihana menghenyak punggung disebelah puan zaimah .

"Sorry lambat ." raihana ucap tanda maaf . Keluarga naqif sekadar memberi anggukan tanda mengerti dengan kelewatan raihana .

"Okay , boleh mula ?" encik zariff menyoal . Ahli keluarga raihana mengangguk memberi keluarga naqif untuk berbicara .

"Selepas mereka dah bertunang selama dua tahun ni , kami sangat-sangat mintak maaf atas kesalahan naqif . Masing-masing sibuk kan , jadi kami nak tahu dari belah perempuan . Bila tarikh yang akan ditetapkan ?"

Raihana pandang puan zaimah dan encik zamarul . Ingin menanti jawapan dari dua orang tuanya .

"Kami maafkan kesalahan tu . Kami tahu jodoh raihana masih kuat dengan naqif . Jadi ..." encik zamarul kemam bibir sambil memandang ke arah anak perempuannya yang sedang menanti jawapannya .

"Tarikh yang ditetapkan sudahpun ada . 02/04 ."

Lagi dua minggu lah ni ? Cepatnya ?! Raihana pandang naqif yang jugak memandang ke arahnya . Sama-sama memberi pandangan yang bermakna .

"Cepat ke nak buat persiapan ?" tanya puan aminah .

"Inshallah sempat ." jawab puan zaimah bagi pihak raihana .

"Kalau macam tu , alhamdulilah . Esok rai dengan qif boleh lah pergi butik cari baju nikah dengan sanding ." puan aminah memandang raihana dan naqif silih berganti .

Raihana senyum sahaja .

"Macam mana ? Naqif setuju ke dengan tarikh tu ?" encik zamarul menyoal naqif tatkala wajah naqif sedikit berubah . Terkebil-kebil naqif memandang encik zamarul .

"Errr ,,, setuju . Naqif setuju dengan tarikh yang ditetapkan pakcik tu ." jawab naqif , sesekali wajah raihana dipandang .

Raihana senyum nipis .

"Alhamdulillah ," balas semua serentak , kecuali raihana dan naqif .

Raihana pandang naqif lagi . Naqif kenapa macam gelisah ? Macam ada sesuatu je dia ni ?

******

Raihana mendekati naqif yang berada di gazebo berukiran kayu jati . Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung disebelah encik tunang .

"Awak termenungkan apa tu ?" tegur raihana apabila melihat naqif hanya termenung jauh tanpa menyedari kedatangannya .

Naqif sedikit tersentak , pelan-pelan bebola matanya beralih memandang raihana yang sedang tersenyum-senyum melihatnya .

"Tak ada apa , cuma tak sangka orang sebelah saya ni nak jadi isteri saya dah ." senyuman manis terukir di bibir naqif . Raihana balas senyuman .

"Saya gembira tau bila awak dah ready nak kahwin dengan saya . Saya bukan apa , saya tak nak kita bertunang tanpa ikatan . Kalau tunang tanpa kahwin pun sama jugak , tak ada rasa bahagia . Betul kan ?" raihana jongket kening , anak mata memerhati segenap wajah naqif .

Naqif senyum kelat . Untuk mendapatkan kepercayaan raihana , naqif mencapai jari-jemari raihana lalu digenggam erat .

"You have to trust me . I promise .. i will take care of you until forever . You are the only girl that i have now . Please trust me darling .." ungkap naqif dengan penuh romantis . Raihana senyum lebar , cukup terharu dengan kata-kata naqif .

"I will trust you . Forever and ever ." balas raihana dengan penuh ikhlas . Sesekali dia melihat naqif memejam mata rapat . Raihana mengerut kening .

"Naqif , awak okay ?"

"Yeah , i'm okay ." balas naqif sambil tersenyum nipis .

I hope you didn't lie with the you words . I just believe you should only naqif . You are the man i have now .

******

"Congrats rai !!!!!" nurul muncul tanpa disedari dan terus menerpa ke arah raihana . Satu pelukan dan ciuman dihadiah buat raihana . Jantung raihana hampir terkelur dek sergahan dari nurul .

Amboi makcik ni , suka hati dia je main masuk bilik aku .

"Kau ni terkejut aku . Kau dari mana ni ?" raihana menyoal , wajah nurul dipandang minat yang sedang tersengih-sengih memandangnya .

"Aku dari mall tadi lepas tu singgah kejap kat rumah kau . Saja nak ucap tahniah ." jelas nurul .

"Tahniah ? For what ?" raihana tayang wajah selenge .

"Kau ni bengap eh ? Bukan ke kau dengan naqif dah nak kahwin bulan empat nanti ?"

"Oh ! Lambat lagi lah ." balas raihana tersengih-sengih .

"Ala saja aku nak ucap awal-awal . Tak salah kan ?" nurul lekatkan kepalanya di atas bantal disebelah raihana . Anak mata merenung syiling atas . Raihana disebelah memandang nurul yang sudah terbaring di atas katilnya .

"Kau rasa naqif tu betul-betul cintakan aku tak ?" tiba-tiba raihana menyoal tentang naqif . Kerutan di dahi nurul mula terlihat .

"Apa maksud kau ni ? Kalau dia tak cintakan kau buat apa dia nak kahwin dengan kau ? Baik dia kahwin dengan perempuan lain ." nurul menggeleng kepala . Raihana ni kalau bagi soalan memang setaraf betul dengan kebodohan dia tu .

"Aku confuse dengan naqif . Aku takut kalau dia tipu aku tu je ." raihana tayang wajah redup . Bukan dia was-was dengan cara naqif , tapi kita perlu berhati-hati . Takut kita salah memilih pasangan . Tapi kalau aku salah pilih pasangan , kenapa jodoh aku masih kuat dengan dia ?

Ah ! Perasaan aku je mungkin ?

"Dia nak tipu apa ? Cakap dengan aku ." nurul sudah bangkit dari baring . Anak mata mencari bebola mata raihana .

"Aku takut kalau suatu hari nanti dia cuba nak mainkan hati aku ." balas raihana risau . Wajahnya kian berubah . Serta-merta bayangan wajah naqif masuk ke dalam benak fikirannya .

"Aku kenal naqif macam mana . Kau jangan risau okay ." segera bahu raihana dipeluk nurul , ingin menyedapkan hati kecil sahabatnya . Raihana mengeluh .

Kenapa hati aku berubah semacam ni ? Ya Allah !

******

Raihana turun dari tangga dan mula menjurus ke arah dapur . Kakinya perlahan-lahan mendekati rak cawan sebelum tangannya naik mencapai . Dua gelas kaca diletak atas meja , kemudian dia beralih pulak ke arah peti ais dan mula mengambil botol berperisa oren .

Air oren dituang ke dalam gelas tersebut . Sedang raihana ralit menuang air ke dalam gelas , tiba-tiba bahunya dicuit dari arah belakang . Raihana toleh memandang ke arah tepi .

Ariel ? Dia buat apa dekat sini ?

"Hai ," sapa ariel lembut .

"H - hai ." jawab raihana terkebil-kebil . Wajah ariel diamati .

"Awak buat apa dekat sini ?" soal raihana pelik . Malam-malam macam ni pun datang lagi rumah orang ke ?

"Saja datang rumah mak long . Dah tak boleh ke datang rumah keluarga sendiri ?"

"Eh ada ke saya cakap tak boleh ?" raihana pandang wajah ariel dengan penuh dalam . Anak mata mereka berlaga . Ariel ketawa kecil .

"Dengar kata awak dah nak kahwin . Betul ke ?" ariel jongket kening , dia ubah corak perbualan .

"Ha'ah , bulan empat ." balas raihana . Selesai menuang air , dia kembali meletak air botol ke dalam peti ais , kemudian ditutup pintu peti ais dengan perlahan . Wajah ariel kembali dipandang .

"Saya harap awak datang majlis saya nanti . Bawak lah tunang awak sekali ." jemput raihana . Ariel sekadar senyum .

"Inshallah . Btw congrats my cousin . Dah nak jadi isteri orang ni buang-buang lah perasaan benci awak dekat saya . Tak elok ." ariel ukir senyuman manis . Raihana tarik wajah masam .

"Tengok lah macam mana ." jawab raihana selamba sebelum dia melangkah setapak bersama dua gelas air oren . Namun langkahnya terhenti tatkala ariel menarik lengannya . Wuish nasib baik tak tumpah air oren !

Buat seketika mata mereka kembali bertembung .

Raihana terpempan . Entah kenapa seperti ada sesuatu yang menyuruh dia mahu merenung lebih lama mata coklat yang dimiliki ariel . Mereka seolah-olah berada di dunia yang lain .

Jantung ariel bagaikan ada sesuatu yang menari-nari saat mata bundar yang dimiliki raihana merenungnya sedalam habis . Kenapa dia merasa lain ketika bersama dengan raihana dan kenapa jantungnya sering mengempam ?

Raihana cuba usir perasaan aneh yang mula berlegar-legar di dalam hatinya , namun tetap jugak ada sesuatu yang menyuruhnya membalas renungan itu . Tangan ariel masih tetap memegang lengan kecil raihana tanpa disedari .

Tiba-tiba .

"Rai , ariel ?"

Satu suara mula mengejutkan mereka berdua . Tersentak ariel dan raihana apabila puan zaimah mula menegur mereka dengan penuh riak wajah dimuka .

Mereka kembali di alam nyata . Masing-masing terkejut dengan perilaku sendiri . Raihana pandang ariel dengan perasaan malu . Berona merah wajahnya saat ini .

"Buat apa dekat dapur ? Puas mama panggil kamu . Nurul pun dah sakit tekak panggil kamu . Rupa-rupanya duk bertentang mata dengan ariel ye ." puan zaimah cekak pinggang .

"Emm .." jari-jemari raihana mula menggaru dahi yang tiba-tiba terasa gatal . Manakala ariel kemam bibir .

Astagfirullah al-azim . Tunang orang ni ariel oi !

"Mama jangan salah faham . Emm sebenarnya tadi raihana hampir terlanggar bucu meja , lepas tu ariel tolong lah raihana . Betul kan ariel ?" raihana pusing pandang ariel , pandangan yang penuh makna . Kepala ariel terangguk-angguk , mengiyakan sahaja .

Puan zaimah menggeleng kepala .

"Sampai bertentang mata ? Ni kalau naqif nampak mahu sebulan dia merajuk , nasib baiklah mama yang nampak ." omel puan zaimah . Raihana tunduk kepala .

"Sorry , rai naik atas dulu ." dua gelas air oren dibawa bersamanya . Langsung tak dipandang wajah ariel waktu dia berlalu pergi . Puan zaimah pandang ariel selepas hilangnya kelibat anak tunggalnya .

"Ariel , tidur sini ke ?" soal puan zaimah .

"Eh tak ! Ariel saja singgah sini ." ariel sengih .

"Oh ." puan zaimah menghampiri
kabinet dapur . Niat mahu membuat air untuk si suami , tapi tak sangka boleh ternampak ariel di sini . Dia mati-mati ingat ariel di luar .

Macam-macam perangai diorang ni . Jangan ada perasaan merepek sudahlah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience