BAB 25

Romance Completed 137457

TALITA duduk di birai katil sambil mengeringkan rambut basahnya dengan tuala. Fikirannya melayang pada situasi panas tadi. Tersenyum sendiri dia apabila mengingatkan hal itu. Nasib baik tidak ada orang lalu ketika dia sedang asyik melayan asmara di luar pintu bilik penginapan lelaki itu.

Tuala yang sudah basah diletakkan di atas kerusi. Dia menuju ke arah jendela. Bulan malam itu sungguh indah sekali. Namun keindahan malam itu langsung tidak memikat hatinya. Dia masih memikirkan perbualannya dengan pengetua Shaun tadi.

“Bukankah I dah bagi amaran sebelum ni? Jangan jumpa atau tegur I sekiranya kita dalam keadaan begini. Kalau Qaiz atau ahli keluarga dia nampak kita tadi, apa yang you nak jawab dekat mereka?” Talita naik marah. Pintu bilik itu di kuak dengan kasar. Dia terus melangkah ke arah kerusi dan terus melabuhkan punggungnya. Wajahnya kelihatan bengis. Dia berpeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya.

Pengetua Shaun tersenyum miring mendengar omelan itu. Dia menutup dan mengunci pintu biliknya. Dia membuka sutnya dan meletakkan di atas sofa. Kemudian dia membuka butang di bahagian tangan sebelum melipat lengan baju itu hingga ke paras siku.

“Tenanglah my dear. Kita tak mungkin akan ditangkap oleh mereka. Selama ni pun mereka tak tahu apa yang kita buat di belakang mereka, kan. So, janganlah risau sangat.”

“Senangnya you cakap macam tu. You ingat kita dekat mana sekarang ni, hah? Ini bukannya darat. Laut tau tak. Kalau kantoi habislah kita berdua. Silap hari nanti kita yang dibuang ke laut jadi makanan ikan-ikan jerung tu.”

Pengetua Shaun ketawa. “Takut sangat you ni, Talita.” Dia menyambung tawanya.

“Mestilah takut. Kalau pecah tembelang kita ni habislah. Sia-sia saja rancangan yang kita usahakan selama ni.”

“Relakslah. Semuanya akan okey.”

Talita mendengus geram. Dia berdiri dan mundar-mandir di ruang bilik itu. Hatinya resah. Takut sekiranya lelaki itu tahu hubungannya dengan pengetua Shaun itu.

KAPAL LAYAR Qalisha’Qil Star Cruise meneruskan pelayarannya di tengah malam itu. Talita masih merenung ke luar jendela. Matanya masih belum mengantuk lagi. Fikirannya serabut memikirkan pengetua Shaun dan juga perempuan perampas kekasihnya itu.

Talita mengepal tangannya. Hal lelaki tua itu dilupakan seketika. Dia mengimbas kembali pergaduhannya dengan Faira di majlis semalam. Apa tidaknya, majlis malam itu adalah majlis sambutan hari jadi perempuan itu. Dia sangkakan selama ini perempuan itu sudah pergi dari hidup Qaiz tapi rupanya tidak.

Sebelum ini pengetua Shaun ada memberitahunya tentang Faira Alisha. Tetapi dia tidak mempercayainya. Dia bukan jenis orang yang cepat percaya dengan kata-kata orang lain termasuklah orang-orang yang rapat dengannya.

“Tak guna punya Qaiz. Diam-diam kau dah jumpa perempuan tu, ya.” Talita mengetap bibir.

Cerita dua tahun lepas mengingatkan dia kembali dengan keadaannya sekarang. Apa sekali pun cara yang dia guna tidak dapat membuatkan lelaki itu kembali kepadanya. Padahal, dulu bukan main bahagia lagi dia dengan lelaki itu. Qaiz melamarnya di sebuah restoran mahal dan tidak lama kemudian mereka bertunang. Semua orang tahu mengenai hubungan mereka berdua itu walaupun Qaiz tidak pernah mendedahkan dirinya di media massa.

Tapi semenjak lelaki itu bertemu dan kenal dengan perempuan yang bernama Faira Alisha, hubungan mereka berdua semakin renggang. Ada sahaja kesalahan yang Qaiz nampak pada diri Talita. Beberapa bulan kemudian Qaiz memutuskan pertunangan dan memberi amaran kepada Talita supaya menjauhkan diri daripadanya.

Talita menuju ke birai katil. Sampai sekarang dia tidak tahu kenapa Qaiz tidak mempedulikannya lagi. Selama ini pun dia hanya menyalahkan Faira kerana perempuan itulah puncanya retak hubungan dia dengan Qaiz.

“Kalau dalam kapal ni ada aku dengan dia saja memang aku dah lama bunuh dia.” Talita mendengus kasar.

Dia mengimbas semula perbualannya dengan pengetua Shaun di luar pintu bilik penginapan tadi. Lelaki tua itu asyik mengulang ayat yang sama sahaja.

“Sampai bila kita nak macam ni, huh? Rancangan asyik gagal saja.” Jari runcing itu bermain-main di dada pengetua Shaun.

“Sabarlah. Itu baru rancangan kecil.”

“Rancangan kecil. Rancangan kecil. Asyik-asyik perkataan itu saja yang you ulang.” Talita menjuih mulut seiring dengan jelingannya.

“You tau tak betapa marahnya I bila tahu perempuan tu muncul balik. Lagi I marah bila tak percaya cakap you yang dia selama ni mengajar di sekolah you.”

“Itulah you ni. Dulu, bukan main lagi you nak cari dia. Nak musnahkan dia. Tapi bila I cakap perempuan yang you cari tu mengajar dekat sekolah I, you pula tak nak percaya.”

“Mana I tahu. You pun tahu, kan. I ni bukannya mudah percaya dekat orang.”

Pengetua Shaun tersenyum miring.

“Hah, kenapa bukan you saja yang musnahkan dia. You pun tahu kan yang I tak suka perempuan tu.”

“My dear, I tahu you geram dengan perempuan tu. I tahu you nak dia pergi dari hidup you. Tapi, you tak boleh suruh I buat sesuka hati macam tu saja. Lagipun, bukti-bukti I semuanya ada pada perempuan tu.” Pengetua Shaun mengelus lembut pipi Talita.

“You tahu bukti-bukti tu ada pada dia. Kenapa you tak paksa saja dia bagi bukti-bukti tu pada you?”

“Paksa dia bagi bukti? Tak bolehlah, my dear. I kenalah guna dia dulu untuk dapatkan apa yang I nak. Bukan setakat bukti saja tapi I juga nak miliki apa yang dimiliki oleh keluarga jutawan tu. Memandangkan dia ada kena mengena dengan Qaiz, ini memudahkan lagi rancangan kita.”

Talita tidak berpuas hati. Dia menolak pengetua Shaun ke tepi.

“Tapi dear. I peliklah. I dah lama perhatikan cikgu Faira tu. I rasa dia seperti menyorokkan sesuatu daripada I dengan cikgu-cikgu yang lain.”

“Pelik? Sorokkan sesuatu? Apa?” Talita tertanya-tanya.

“Yalah. Setiap kali I soal dia tentang masa lepas dia pasti dia akan mengelak. Kalau tak pun teman baik dia tu yang selalu menyampuk bila I tanya macam tu dekat cikgu Faira.”

Talita mengerutkan dahi. Ada sesuatu yang dia fikirkan tentang Faira ketika itu.

“Kenapa dear?” Tanya pengetua Shaun. Dia perasan air muka Talita berubah.

“Tak ada apalah. You, I nak baliklah dulu.” Talita terus meninggalkan pengetua Shaun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience