BAB 64

Romance Completed 137457

“ZAHWAN. Aku ikut kau boleh?”

Saat itu, mereka berada di halaman rumah Farish. Mereka baru sahaja selesai berborak dan Zahwan meminta diri untuk ke tempat lain.

“Kau cakap apa ni?” Zahwan cuak.

“Aku tahu kau mesti ke tempat adik aku, kan?”

“Mana ada. Aku...”

“Dia tu adik aku, Zahwan. Kau tak kesiankan akukah? Sebulan lebih aku dengan umi fikir tentang dia tau. Aku tak sanggup tengok umi aku hari-hari murung. Tak lalu makan. Mama si Qaiz, ibu si Alya pun tak dapat pujuk dia. Apatah lagi adik-beradik umi aku. Tolonglah aku, Zahwan. Bawa aku jumpa adik aku.” Rayu Farish. Dia yakin Zahwan ke tempat adiknya itu.

“Farish, aku memang nak bawa kau. Tapi, Faira sendiri tak nak jumpa kau dengan yang lain. Dia buat begitu untuk kesalamatan kamu sekeluarga juga.”

“Tak kira apa alasan dia. Bawa aku jumpa adik aku sekarang juga!” Suaranya keras.

“Abang Zahwan!”

Serentak dua jejaka itu berpaling.

“A... Alya.”

“Betulkah apa yang saya dengar ni?” Alya menerpa ke arahnya.

Zahwan telan liur.

BAMBOO CALET. Wajah-wajah yang dirindukan itu ditatap satu-persatu. Sungguh dia mahu menangis ketika itu. Air matanya hampir jatuh. Cepat-cepat dia menyekanya.

“Faira tau tak Faira dah buat abang dengan yang lain risau!” Farish memarahi adiknya. Terenjut bahu Faira.

“Kami semua risau tau bila kau hilang. Kami ingat kau mati dalam kemalangan tu.” Alya pula melepas geram.

“Nak buat laporan polis tapi si Mr. Richest tu pula halang. Katanya tak payah. Dia dah uruskan semua dan dia mahu kami bertenang saja. Dia ingat bila dia cakap macam tu hati memang terus tenanglah. Ergh!” Bertambah marah si Alya.

Faira hanya menadah telinga mendengar leteran dua orang itu. Nasib baiklah mereka marah dekat dalam ni. Kalau mereka marah aku dekat beranda calet tu, dah tentu aku rasa malu. Sudah orang lalu lalang dekat situ.

“Sudahlah tu. Jangan marah lagi. Kesian Faira.” Zahwan menyampuk. Dari tadi lagi dia menjadi pemerhati mereka.

“Mana boleh kesian abang Zahwan. Kita penat-penat risaukan dia. Dia pula hidup gembira dekat kawasan ala-ala hutan ni.” Alya menjeling Faira.

“Cik...”

Mereka memandang serentak ke arah pintu.

“Tak tahu pula cik Faira ada tetamu.” Perlahan terus suaranya.

Faira senyum nipis. “Ada apa Miena?”

“Minta bantuan boleh?”

“Apa?”

“Kak Liana ada hal. Jadi dia minta cik Faira gantikan dia sekejap dekat kaunter pendaftaran tu.”

“Kau ni tinggal dekat sinikah atau kerja dekat sini?” Alya masih tidak berpuas hati.

“Dua-dua sekali.” Balas Faira. Dia menoleh ke arah abangnya.

“Abang Farish. Faira ke kaunter sekejap, ya.” Faira meminta izin.

“Yalah. Kami tunggu dekat sini.”

Faira pandang Miena. “Miena borak-borak dululah dengan mereka, ya.”

“Okey. Kerja saya pun dah siap.” Kata Miena dengan senang hati.

SEKEJAP sahaja mereka jadi mesra. Macam-macam cerita yang dibawa oleh Miena kepada mereka. Dia juga menceritakan keadaan Faira masa mula-mula perempuan itu dibawa ke sini. Farish yang mendengarnya sangat bersyukur kerana ingatan adiknya itu telah pulih.

Beberapa minit kemudian datang pula seorang pekerja lelaki menegur mereka. Ezrey. Dia memperkenalkan dirinya sebagai teman dan jiran Zahwan di kawasan tempat tinggal mereka. Bertambah lagilah cerita mereka masa itu.

Alya pula tidak berminat dengan topik perbualan mereka. Dari tadi dua pekerja itu asyik bercerita tentang penginapan mereka ini. Kata mereka, sejak Faira ke sini penginapan mereka semakin maju. Ramai pengunjung datang mahu menginap di tempat ini.

“Qaiz?” Tiba-tiba matanya tertancap pada nama yang tertulis di bakul kertas itu. Alya menarik dan melihat isi di dalam bakul tersebut.

Telefon? Kotak kecil? Apa ni? Benda ni dia nak bagi dekat Qaizkah? Alya berfikir.

Baru sahaja Alya mahu menarik keluar telefon dari dalam bakul kertas itu tiba-tiba dia terdengar bunyi tembakan dari luar.

Semua berpandangan sesama sendiri.

“Faira!” Farish mula tidak keruan apabila memikirkan adiknya. Langkah seribu dia dengan yang lain ke lobi.

“TOLONG! TOLONG!” Jeritan dan tangisan bergema serentak.

Farish dan yang lain bersembunyi di sebalik dinding lobi. Jeritan mereka membuatkan Farish dengan empat orang itu panik. Pengunjung dan pekerja yang ada di situ berlarian mencari tempat berlindung.

Berdas-das tembakan dilepaskan di udara. Suara-suara kasar itu memberi amaran pada mereka agar tidak masuk campur.

“Diam! Diam! Kalau tak aku tembak kamu semua!” Max, lelaki bertubuh sasa memakai topeng muka menjerit marah. Dia mangacukan pistol ke arah mereka.

“Jangan ada yang cuba sentuh telefon kalau tak aku bunuh.” Amaran dari Akker salah seorang anak buah Max. Dia memerhati setiap orang yang ada di hadapannya. Ekor matanya menangkap seorang pengunjung lelaki yang berada di sudut lobi sebelah kiri. Baru sahaja dia mahu menembak lelaki itu tetapi tidak jadi kerana salah satu temannya sudah melepaskan tembakan tepat ke arah pengunjung itu.

Jeritan mereka bergema memenuhi ruang lobi itu.

“Pergilah telefon kalau kau orang nak jadi macam dia.” Max ketawa. Dia kemudian menarik mangsanya jauh dari mereka.

Terbeliak Farish melihat perbuatan itu. Dia mahu ke sana tetapi dihalang oleh Zahwan. Farish mengetap gigi.

“To... Tolonglah jangan apa-apakan kami. Lepaskanlah dia.” Pinta salah seorang pekerja itu.

“Tolonglah lepaskan cik Faira kami!” Teriak Liana dengan jeritan yang kuat.

Berdekah tawanya mendengar rayuan itu.

“Buat apa aku nak lepaskan perempuan ni.” Dia mengacukan pistol itu ke tepi kepala Faira. Sebelah tangannya pula menekup mulutnya.

Faira mahu menjerit tetapi tidak boleh. Mulutnya diketup kuat oleh lelaki itu.

“Faira!” Farish keluar dari persembunyiaannya. Dia tidak tahan melihat adiknya diperlakukan seperti itu.

“Kau siapa, hah?!”

“Aku abang dia. Aku nak kau lepaskan dia!”

Max senyum sinis. “Apa aku peduli kalau kau abang dia.” Dia dengan anak-anak buahnya mentertawakannya.

“Kau!” Baru sahaja Farish mahu buka langkah, mereka laju mengacukan pistol ke arahnya.

Faira meronta ketakutan. Air matanya mengalir deras. Dia tidak mahu mereka menembak abangnya.

“Kau tengok adik kau ni.” Max menolak dagu Faira ke atas dengan muncung pistolnya.

“Kalau kau tak nak jadi apa-apa pada dia ni baik kau undur belakang. Kalau tak...” Perlahan-lahan dia menarik picu pistol itu.

“Jangan! Jangan tembak dia!” Zahwan muncul.

“Hah, datang lagi satu hero dia ni. Kenapa? Kau pun nak selamatkan diakah?” Akker yang berdiri di sebelah Max itu senyum kambing.

Zahwan memandang tajam. “Lepaskan dia. Kalau tak aku...”

BANG!

Satu tembakan mengena pada Zahwan. Terbeliak Faira melihat darah yang keluar dari lengan kiri itu.

“Buang masa!" Akker menjelingnya. Dia meniup muncung pistolnya. Max pula hanya menyengih.

“Zahwan!” Farish menyambut temannya yang hampir jatuh.

“Abang Zahwan!” Laju Alya mendekati Zahwan yang sudah berlumuran darah.

Max dan anak-anak buahnya hanya memandang sinis mereka.

“Sorry, bro. Hari ni hari kami. Daripada kau orang buang masa bercakap dengan kami lebih baik kau orang pergi rawat dia.” Berdekah tawanya seiring dengan tembakan yang dilepaskan ke arah tingkap tepinya.

“Undur!” Arah lelaki bertopeng itu.

Faira mencuba lagi untuk melepaskan diri. Tetapi percubaannya itu tetap gagal.

“Kau nak diam atau kau nak mati depan mereka ni semua, huh?”

Faira ketakutan. Dia menutup matanya ketat.

Lelaki itu ketawa lagi. Dia kemudian mengangkat Faira masuk ke dalam kereta hitam.

“Gerak!” Arahnya.

KEADAAN masih lagi belum tenang. Habis berselerakkan barang-barang di lobi itu. Dinding kaca juga hancur berderai gara-gara tembakan tersebut. Pekerja-pekerja penginapan telah diarahkan untuk memeriksa keselamatan pengunjung-pengunjung mereka. Puan Iyza membawa Farish dan yang lain ke ruang persendirian. Manakala Zahwan pula sudah dibawa ke pusat rawatan.

“Apa kita nak buat sekarang ni? Kawan kamu sudahlah kena tembak.” Tubuh puan Iyza masih menggeletar ketakutan.

“Sabar puan. Encik Zahwan kan dah dibawa ke hospital.” Miena yang turut sama menyertai mereka cuba menenangkan majikan mereka.

“Baik ki...” Belum sempat Alya bersuara tiba-tiba telefonnya berbunyi. Segera dia menjawab.

“Abang Farish.” Panggil Alya sebaik sahaja dia mematikan panggilan.

“Kenapa Alya?” Soal Farish.

“Tadi, Shazwan telefon. Dia kata orang-orang dia dengan Qaiz sedang ekori Faira. Dia minta kita semua balik dulu. Tengok keluarga kita.” Beritahu Alya. Dia pandang puan Iyza pula.

“Puan Iyza. Puan jangan risau. Teman lelaki saya dah arahkan orang-orang dia untuk jaga tempat ni. Selagi keadaan belum reda selagi itulah mereka akan berjaga di sini. Satu lagi, segala kerosakan akan ditanggung oleh teman lelaki saya.”

Farish tersentak. Dia cuba menahan tawa. Sebelum ni bukan main lagi perempuan itu melawan Shazwan. Tapi sekarang mengaku teman lelaki pula.

Alya sedar dengan jelingan itu. Dia menahan rasa malu. Saat itu dia teringat sesuatu.

“Kejap. Saya nak ambil sesuatu.”

“Ambil apa?” Tanya Farish.

“Bakul kertas yang ada di calet Faira. Saya rasa Qaiz perlukannya.” Segera Alya ke sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience